Satu lagi hari.
Satu lagi majlis.
Satu lagi sijil yang diberikan.
Mungkin harga hasil kerja ini cuma sekadar sekeping sijil. Untuk apa sijil ini, aku tidak tahu. Kalau timbunan sijil yang diterima sejak 10 tahun ini dapat membeli sesuatu, mahu saja aku jualkan semuanya. Sudah tidak ada ruang dalam fail sampul sijil untuk disimpan sekeping lagi.
Kerja yang aku buat sebenarnya memang menyeronokkan. Ada kala ianya sangat mencabar dengan karenah pengurusan yang mahukan sesuatu yang tidak masuk akal. Ada waktu ianya membosankan kerana dirasakan terlampu mudah dan tidak memberi cabaran yang sebenar.
Tapi dalam masa lain, aku sentiasa harapkan apa yang aku buat ini dapat memberi pulangan yang setimpal. Namun begitu apa yang sering aku terima adalah sekeping sijil.
Itu saja.
Seorang staf yang aku latih untuk membuat kerja-kerja reka bentuk majalah kelmarin mengeluh. Katanya kerja menghasilkan majalah bukanlah kerja yang mudah dan sangat meletihkan akal fikiran. Hakikatnya begitu. Nampak begitu mudah dengan segala software dan tools yang ada di depan mata. Tetapi untuk menzahirkan idea dari benak otak ini, memerlukan kita memerah keringat otak seboleh mungkin.
Aku sering mengadu bahawa kerja aku ini tidak mengenal masa. Ada kala lewat malam baru otak ini berjalan dengan lancar dan memuntahkan idea demi idea. Apa yang aku dapat dari kerja lewat malam untuk menyiapkan kerja pejabat? Aku tak boleh buat klaim untuk itu kerana kerja itu disiapkan di rumah.
Sekeping sijil saja.
Petang semalam aku yang masih belum pulang dari kerja, menyelak tirai jendela pejabat. Melihat cahaya senja berlabuh. Ahh... Alangkah indahnya.
Hati ini begitu damai melihat keindahan alam. Dulu ketika aku berbasikal waktu petang di Putrajaya, aku sering menunggu saat senja berlabuh. Aku mahu rakam dengan kamera. Tapi ada waktunya aku hanya duduk diam dan menikmatinya. Melihat suria berlabuh di ufuk sana. Meninggalkan hari ini dan mengejar hari esok.
Cahaya senja adalah penawar duka sepanjang hari bekerja ketika itu. Namun kini penawar ini adalah Zura dan Qaseh. Setiap penhujung hari kerja, aku tidak sabar untuk pulang kerumah. Untuk membuka pintu dan melihat Qaseh berlari mendapatkan aku.
Petang ini aku harus ke Seremban untuk mengambil mereka balik ke rumah. Sudah lebih seminggu aku tidur sendirian di rumah.

2 comments:
Assalammualaikum.. Saya nak bertanya pada Encik mengenai kerja dalam DTP Artist (Dekstop Publishing) , terutama dalam percetakan buku. saya kurang jelas mengenai kerja ini. Boleh encik terangkan? Terima Kasih... :)
wsalam, terima kasih keran beri maklum balas di entri saya.. hehehe... saya kurang jelas dgn DTP & graphic. macam berbeza... skg lepas baca penerangan encik, saya dah faham skop kerja tersebut macamana. Terima Kasih..
Post a Comment