4.6.10

Bawah Jambatan, Penjuru Masjid & Menanti Senja Berlabuh

Bawah Jambatan



Penjuru Masjid


Menanti Senja Berlabuh
Tidak ada apa yang aku perlukan lagi untuk sentiasa berasa tenang dan damai. Tuhan sudah berikan segalanya. Terima kasih.

Kolam Teratai

Ada sebuah kolam teratai yang terletak di Taman Wawasan, Putrajaya. Kolam teratai ini sepanjang lebih kurang 200 meter di tepi laluan aku sering berbasikal. Semalam aku berhenti untuk merakam suasananya dengan lebih dekat.



Rugilah kalau kamu tidak pernah ke Putrajaya.

Tonka

Kelmarin aku belikan mainan ini untuk Qayyim, anak Asyikin. Walaupun ianya permainan untuk bayi berumur lebih 12 bulan, manakala Qayyim baru berusia 10 bulan, dek kerana menarik, aku tetap beli.

Rupa-rupanya, set Tonka ini datang dalam banyak versi dan saiz. Sungguh cool, seperti karakter dari filem Cars, keluaran PIXAR.

Asyikin tanya, kenapa aku tidak berikan pada ulang tahun Qayyim, Julai nanti. Mungkin aku akan cari set yang sama dengan corak yang berbeza sebagai hadiah hari lahir Qayyim nanti.

Nampak dalam gambar ini badan kereta mainan ini seperti plastik keras. Sebenarnya, badan kereta mainan ini adalah getah lembut dan amat sesuai untuk bayi yang sedang asyik hendak gigit apa saja.

Aku mahu beli juga untuk diri sendiri, boleh?