10.7.04

Berjalan-jalan

Esok kelas. Kali ni tidak lagi dibawah tempat duduk Stadium Shah Alam. Sekarang di Seksyen 17, Shah Alam. Lebih selesa harapnya. Kurang sikit aku mengantuk dalam kelas nanti. Aku ada matlamat besar untuk semester ni. Untuk membuktikan yang result aku dapat last sem bukan nasib semata-mata. Kali ni aku nak tingkatkan lagi. InsyaAllah.



Minggu depan nak ke Langkawi. Aku nak bercuti dan berseorangan. Member pelik bila aku cakap yang aku nak bercuti sorang-sorang di Langkawi. Kenapa pelik sangat? Aku suka begitu. Dan aku tahu orang tak suka ikut aku sebab aku tak pernah nak set kemana aku nak pergi. Jadi tak payah tanya kalau-kalau boleh ikut. Kalau nak ikut, pergi je. Tapi tak jamin boleh ikut aku kemana-mana.



Apa aku nak buat di Langkawi? Pertamanya aku tak pernah kesana lagi walau sudah berdekad orang sibuk cakap pasal Langkawi. Sejak dulu teringin nak pergi tapi masih tak tercapai hasrat. Tapi kali ni betul-betul nekad nak pergi. Cuti dah ambil tapi tiket masih belum beli. Macam ni perangai aku. Bila dan waktu tu memang aku tak dapat nak tentukan awal-awal. Ikut sedap rasa aku je. Sedang orang pejabat ni sibuk merancang rombongan ke Langkawi dengan kos yang lebih murah, aku pergi sendiri-sendiri dengan kos aku sendiri.



Aku sibuk minta kamera digital aku dari adik. Aku nak ambil banyak gambar dan kalau boleh akan diletakkan dalam blog ni. Kalau boleh aku nak ceritakan pengalaman disana kerana inilah pertama kali aku akan menjejak kaki di bumi Langkawi.



Jangan senyum sebab aku sebenarnya orang yang suka berjalan. Aku mahu saja merayau seluruh pelusuk alam sepanjang masa kalau diberi kesempatan waktu dan kesenangan wang ringgit. Tapi cuti aku selama ini hanya dapat diisi di atas motosikal dengan meredah jalan-jalan di sekitar lembah Klang. Kali ini aku mahu pergi lebih jauh sikit.



Tapi esok masih ada kelas sehingga petang.

No comments:

Post a Comment