12.7.04

Gelap Berselindung Disebalik Cerah

Bukan senang nak menilai orang lain. Atau melihat orang lain dan cuba membayangkan cara hidupnya. Selalunya kita hanya dapat lihat dari sudut fizikal yang amat sempit pandangannya. Realitinya hanya mereka saja yang tahu. Realitinya hanya kita saja yang tahu hidup kita bagaimana. Pakar psikologi pun takkan dapat tahu semuanya hidup kita yang sebenar. Dan aku sendiri tak pernah bebas menulis apa saja disini dan mendedahkan segalanya. Masih ada yang amat terlindung dan aku tidak mahu orang lain mengetahuinya.



Tapi kalau kita 'terserempak' dengan sesuatu yang buruk di kalangan yang baik seseorang itu, apa yang perlu kita lakukan? Diam sahaja sebab kita tak perlu masuk campur urusan orang lain dan tak perlu jaga tepi kain orang (ini persepsi salah kot)? Atau kita selama-lamanya berubah persepsi terhadap mereka? Kalau mereka tunggang terbalik sembahyang setiap masa dan menjeling kepada kita yang dikira jahil ini sedang mereka jelas melakukan sesuatu yang mungkar, apakah kita perlu berdiam diri? Aku tak nampak kemungkaran itu jadi aku patut berdiam diri. Lagipun kalau jadi saksi, diri aku ini takkan layak. Cuma aku jelik dengan orang yang berpura-pura dengan keadaan. Didepan kita seperti malaikat tetapi dibelakang begitu buruk perangainya. Sebab itu aku kata 'terserempak'. Keburukkan itu aku terserempak. Lantas aku berdiam diri kerana bukan sifat aku mempersoalkannya. Cuma aku jelik dengan kepura-puraan.



Ya, secara jelas aku kata aku bukan orang yang baik. Orang disekeliling aku kalau perhatikan sifat aku pasti akan mengiakannya. Tapi aku takkan jadi hipokrit mencanangkan kebaikkan sedang aku melakukan kejahatan. Aku bukan Senator Palpatine (Star Wars). Aku cuma aku.



====



Selamat bercuti untuk aku. Aku mahu berehat dan melancong. Sesiapa yang terasa nak ikut, jom. Aku ajak ikut sampai ke Langkawi je. Sampai sana nanti, korang pergilah kemana korang nak pergi. Mungkin aku cuma berehat saja.

No comments:

Post a Comment