27.8.04

Heh!

Minggu ni minggu beku. Idea pun takde. Apa nak tulis pun tak tahu tapi apa yang terfikir tu memang banyak. Cuma tak tertulis di sini. Rasanya kalau boleh rekod apa yang difikirkan kemudian secara automatik diterjemahkan di sini kan mudah. Berangan je aku ni.



Entah. Nantilah aku tulis panjang. Nak pegi main Futsal.

23.8.04

Entah

Baru la dapat relaks daripada buat assignment sepanjang masa. Lega rasanya. Kalau tak kelam kabut hidup ditambah dengan kerja yang tak sudah-sudah. Pace aku rasanya dah jadi gear ke 4 - 5 kot. Biasanya slow je. Ini dah laju semacam. Penat pun ada. Dah berapa lama aku tak pegi jogging. Aku nak jogging la. Malas jadi gemuk dah.



Nak tulis apa ye? Hehe.. Tatau la. Takde apa yang menarik melainkan aku sibuk dengan kerja dan study seminggu dua yang lepas. Cuti hujung minggu merdeka ni pun tak tentu aku balik kampung ke tak. Emak dah bising sebab aku lama tak balik, disuruhnya balik. Tapi aku ni susah sikit nak balik. Bukan tak suka balik tapi tak senang nak balik. Nak kena cari kereta juga la lepas ni. Baru selesa agaknya balik. Kalau tak selesa juga, baik aku pindah balik kampung je senang.



Dah le tu. Nak balik nak pegi kedai jual CD games. Nak cari CD Locomotion. Tak payah tanya la. Korang takkan minat.

17.8.04

Pelik

Busy siapkan assignment. Aku ada satu problem la. Entah kenapa tiap kali time aku nak baca buku ilmiah atau buat kerja ilmiah, secara automatik jadi mengantuk amat sangat sampai nak buka mata dan berfikir pun susah. Tapi bila aku pergi buat kerja lain, suff ke, baca komik ke, tiba-tiba je mengantuk tu hilang. Aku berbalik untuk cuba buat kerja ilmiah, terus mengantuk balik. Aku pelik dan tak faham kenapa.



Kenapa?

16.8.04

Voice From Within v1.0

Aku tengah mencuba BlogThis! dalam Blogger. Ini website member baik aku yang boleh kata setiap hari aku masuk walaupun tak setiap hari dia update.



Voice From Within v1.0

12.8.04

2 Tahun di Bekerja

Heh!

Dah Ogos 2004.

Kejap je masa berlalu.

Dua tahun dulu aku keberatan nak terima jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara ni. Memang waktu tu aku langsung tak berminat nak bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Yang aku paling berminat ialah nak buat bisnes sendiri. Malah kertas kerja untuk di persembahkan kepada pemodal masih ada di binding dengan sempurna. Tapi semakin berabuk tidak membawa apa-apa makna. Ketika itu aku sedang belajar disebuah institut latihan professional dalam kursus Microsoft Certified System Engineer (MSCE). Bayaran amat mahal pulangannya memang besar juga. Tapi bila dapat surat tawaran kerja dari JPN, aku serba salah. Loan dah apply. Emak dan Ayah pula bising suruh pergi. Petaling Jaya. Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Ingatkan dapat area Perak atau yang lebih dekat. Tapi dapat terus Ibu Pejabat. Mula sekali problem ialah tempat tinggal. Mana aku nak cari tempat tinggal dalam tempoh seminggu? Jadi kesana kemari aku pergi. Hari first terus aku lepak hotel murah. Kemudian aku merayau ke Kerinchi cari rumah sewa. Nasib baik dapat dan terus masuk. Tinggal situ sampai sekarang.

Kerja di JPN pun dah okay. Aku dah alami 3 kali pergerakan gaji jadi kira OK la tu. Takde pun aku nak merungut sangat sebab kerja tak berat seperti kerja swasta. Cuma dalam hati ni tersemat niat dan tekad untuk berusaha sendiri, buka bisnes atau apa saja yang aku minat. Erm, rasanya amat susah sekarang ditambah aku sedang belajar part-time di UiTM. Ya, aku dah belajar balik setelah sekian lama aku tinggalkan pendidikan dan sekian lama aku mengimpikan kembali belajar.

Macamana kerja? Macam biasa. Kalau nak dikatakan malas, orang lain tu terlampau rajin. Jadi aku automatik jadi malas. Cuma realitinya kerja mereka tak pernah nak sempurna. Ada saja tertinggal sana sini. Susah nak ajar orang yang tak nak dengar cakap atau suka menunjuk pandai. Atau buat-buat pandai. Jadi sekarang aku buat tatau je dengan apa yang mereka buat sebab malas sangat nak tegur orang yang pantang kena tegur. Aku seorang yang original bermula kerja ditempat aku kerja sekarang. Orang yang lain cuma masuk kemudian. Jadi segala setting dan perubahan ditempat aku kerja dari 2002 hingga sekarang, memang ada kaitan dengan aku. Bukan nak besar kepala. UAT (User Acceptance Test) aku yang buat. Masa buat UAT dulu, berpuluh komen aku buat sampai konsultan dan engineer kena buat itu dan ini balik. Sekarang semuanya dah mudah dan staf yang lain take-it for granted je. Tak boleh sikit, komplen. Salah sikit, komplen. Padahal kadang-kadang salah tu boleh diperbetul dengan mudah. Cuma mereka tak hargai orang yang susah payah ajar mereka kerja.

Takpelah, aku akan terus bekerja disini selagi berdaya...

8.8.04

Lelaki yang Macam Perempuan (Bukan Pondan!)

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, " lelaki yang baik adalah lelaki yang byk ciri-ciri perempuan".



Hah, baca tu lelaki. Letak jauh-jauh sikit ego korang bila baca tulisan aku seterusnya ni. Macam aku kata sebelum ni aku ialah lelaki yang sukakan perempuan, bukan gay walau aku suka tengok perangai orang gay (yang kebanyakkannya lebih bagus dari straight guy). Lelaki ni kadang-kadang terlebih sangat sifat lelakinya hinggakan tak boleh sikit nak terima sifat perempuan walaupun ianya betul dan sesuai juga kita nak guna.



Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO. Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!". Pi rah mabuk. Pantang pula jadinya kalau nak menangis. Tapi kalau nak diikutkan lelaki amat senang menangis. Time dia kena hina, time awek tinggal dia atau time dia tak dapat makan pizza. Heh. Takde la. Realitinya kebanyakkan lelaki amat mudah menangis tapi ditahan-tahan sampai merah muka atau cakapnya jadi sebak-sebak. Jatuh maruah kalau menangis, katanya. Tapi apa salahnya menangis. Nabi sendiri menangis. Adam lagi lama menangis memohon maaf kepada Allah. Umar yang garang dan perkasa tu pun menangis. Ala, Gladiator Russel Crowe tu pun menangis. Maknanya menangis untuk lelaki tidak salah tapi lelaki ni terlalu kontrol sifat ini menjadikan menangis adalah suatu sifat negatif. Kalau depan awek, cukup pantang kalau menangis. Takut awek dia nanti fikir dia seorang yang lemah. Tapi ditambah pelik kalau awek sendiri fikir pakwe dia lemah sebab menangis. Apa salah pakwe dia menangis. Tapi kalau kena tegur sikit menangis, memang salah la tu. Salah genus lelaki. Lelaki yang menangis adalah lelaki yang sensitif dan jujur. Mereka anggap menangis bukan sesuatu yang memalukan tetapi sesuatu yang menunjukkan pendirian mereka. Tapi jangan la lelaki pergi menangis kalau sebab motor rosak ke, handset tak boleh on ke. Merepek namanya tu.



Satu lagi sifat lelaki yang amat payah nak di buat, meminta maaf. Cukup-cukup susah sampai rasanya minta maaf tu hanya wujud bila orang dah nak mati ke atau dah nak kehilangan sesuatu. Tapi kalau salah biasa, biasanya lelaki tu buat donno je walaupun dah terang lagi bersuluh salah dan silap dia. Cuma tak payah la terkentut pun nak minta maaf (lainlah kalau busuk sangat). Mintalah maaf pada awek/isteri korang kalau korang ada buat salah walaupun kecil. Senang hati dia. Bukan nak tunjukkan mereka tu raja atau queen control, cuma nak mereka sedar kita ni ada buat salah dan kita akui kesalahan kita. Awek pun kalau dah pakwe minta maaf, maafkan la. Tak payah merajuk panjang (ni saja nak suruh pakwe pujuk selama mungkin). Lelaki ni kurang tahan sabar. Jadi jangan uji sangat kesabaran lelaki. Cuma aku rasa ini menarik dan aku pun nak buat kalau boleh; apa salahnya kalau dipenghujung hari sebelum kita berpisah (nak balik rumah) atau sebelum tidur, kita mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan kita dihari ini. Ye la, mana kita tahu dan mungkin mereka pendam. Dan mana kita tahu esok kita dah tiada lagi. Sekurang-kurangnya kita dah mohon maaf. Dan sekurang-kurangnya ianya romantik. Perempuan kalau tak cair, memang lebih sejuk dari lelaki la.



Lepas tu sabar. Erm, ni perkara paling payah. Kenapa orang lelaki takde yang mengandung? Sebab tiada orang lelaki yang sesabar orang merempuan nak menanggung beban anak dalam kandungan. Agaknya kalau dah masuk tiga bulan, ramai sangat la lelaki yang akan gugurkan kandungan mereka. Lelaki nipis sangat kesabarannya. Tapi lelaki jugalah amat terserlah dengan sabarnya. Ya, sabar itu ada batasan tapi kadang-kadang sabar lelaki ni macam kucing. Mana la boleh duduk diam melainkan tidur je. Pantang makwe buat silap sikit, mula melenting. Membebel tak sudah walaupun orang lelaki kata membebel tu perbuatan orang perempuan. Tengok la kalau awek dia lambat, dia kata takpe, tunggu kejap je. Dalam hati habis disumpah seranah awek dia tu. Tapi ni salah awek juga. Jarang sangat lelaki nak heran dengan mekap 2 inci perempuan. Lelaki kalau awek dia ada sebelah dan keadaan yang 'modest' dan 'sederhana' pun dah cukup. Dia tak banyak komplen. Tapi kalau melawa lebih-lebih, dari pagi sampai petang dia akan puji dan tak sudah-sudah pandang awek dia. Cuma jangan direct tegur lelaki yang selekeh. Jangan harap dia nak dengar. Kena pujuk baru lelaki nak buat. Kalau direct je, abis la marah dia.



Kemudian penampilan. Pernah tengok orang pergi date? Selalunya awek pasti akan pakai secantik mungkin kemudian bila tengok pakwe, t-shirt & jeans. T-shirt & jeans sahaja sedang waktu dia pergi kerja boleh pula pakai kemeja tangan panjang dengan seluar slack siap gosok lagi. Kenapa keluar dengan awek pakai t-shirt & jeans yang korang boleh pakai hari-hari time dalam rumah? Melawa la sikit. Awek ni dia suka tengok lelaki melawa walaupun dia kata dia OK je dengan penampilan lelaki. Itu kalau tak dapat awek yang cerewet. Kalau dapat awek yang cerewet, bengang je lelaki tu nanti. Ye la, rambut macam baru lepas bangun tidur. Misai & janggut macam tampal sana sini je. Baju pun tak iron. Lepas tu pakai sandal, tak pun kasut sport. Asal keluar date je pakai kasut sport. Tengok bebudak gay, nak beli telur 10 biji pun dressing macam nak buat fashion show. Maksudnya mereka alert dengan penampilan mereka. Bukan nak menunjukkan tapi orang lain tengok pun senang hati.



Sepanjang aku perhati orang, orang perempuan ni begitu berkira dengan rambut pakwe dia. Entah kenapa. Tak jaga rambut alamat memang kena bising la dengan makwe. Ala, korang kata la awek korang tak kisah rambut korang panjang. Ada tak dia cakap suruh sikat ikut gaya itu ini? Suruh ikat ke atau suruh buat fesyen itu ini? Dia ambil tahu juga tu sebab kalau korang buat sesuka hati, boring je muka awek korang tu nanti. Orang perempuan rasanya cukup ambil berat dengan rambut mereka jadi kalau mereka ada pakwe, tak heran ianya akan melarat kepada pakwe mereka.



Tapi rata-ratanya orang lelaki pandai bergaya time jumpa awek mereka. Cuma time lain je susah sikit. Orang lelaki susah sangat nak dengar nasihat orang perempuan. Kalau awek mereka cakap, cuba buat itu buat ini. Nanti pakwe cakap, mulalah tu nak tentukan hidup dia. Kalau dah kahwin pun satu. Kalau korang ingat isteri korang tu pembantu rumah, baik ambil pembantu rumah je. Senang hati mereka akan buat kerja tanpa banyak soal. Isteri tu bukan ke kawan korang? Sama taraf dalam perkahwinan. Takkan la bila balik kerja, campak je baju dalam raga baju untuk dibasuh. Basuh la sendiri encik abang. Dulu masa bujang pandai pula basuh sendiri. Makan pun nak suruh isteri atau tunggu isteri siapkan. Dulu makan meggi tiga kali sehari pun OK je. Baju pun nak isteri ironkan. Dulu time pergi kerja atau time dating, pandai pula iron baju sejam dua sampai tak nampak kedut semata-mata nak tarik perhatian isteri korang sekarang.



Perempuan rasanya tak boleh nafikan bahawa mereka suka di'pampered' tambah-tambah oleh pakwe mereka sendiri. Erm.



Lepas tu cuba tengok kalau-kalau ada forum atau artikel. Tengok apa orang perempuan cakap ciri-ciri lelaki idaman mereka. Kalau orang melayu Islam, mestilah beragama, baik budi pekerti dan penyayang, bla bla bla... Hensem tu belakang kira. Tipu pun ada dan tak berapa betul pun ada. Hensem tu tak semestinya merujuk macam Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik. Hensem yang orang perempuan cari ialah penampilan yang kemas dan sedap mata memandang. Jadi kalau korang tak sehensem Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik sekalipun, orang perempuan tetap akan tertarik pada korang kalau korang pandai ubah sikit penampilan korang. Misai tu jangan la jadi Encik Sarjan jaga trafik. Trim kalau taknak shave. Rambut pakai la minyak supanya nampak bersinar walaupun korang malas sangat nak pakai shampoo. Sikat, jangan tak sikat. Kalau nak gosok-gosok sampai nampak elok, pastikan nampak elok. Pakai kemas. Walaupun awek korang seorang yang rockers, dia pun nak tengok korang sebagai seorang rockers yang kemas. Cubalah pakai macam Marilyn Manson kalau nak test. Sikap, lembah lembut mesti ada. Ini mengusik awek macam nak bergaduh je. Kalau buat silap hatta sekecil mana sekalipun, mintalah maaf. Apa salahnya. Kalau orang perempuan tegur, terima. Kalau tak nak terima pun, cuba-cubalah buat-buat terima. Kalau korang sanggup bersusah payah nak beli jiwa perempuan, korang mesti sanggup bersusah payah untuk menjaga jiwa perempuan.



Aku cakap macam bagus je. Aku takde awek dari tahun 1998. Jadi layak ke aku cakap macam ni? Hehehe. Peduli apa aku.

Belajar Dan Lupa

Sebenarnya aku sibuk dengan assignment UiTM yang kalini begitu perit untuk disiapkan. Puncanya tiada connection internet di rumah dan di pejabat internet terpaksa berkongsi dengan 60 orang yang lain. Tambah lagi, lecturer ni macam tak faham orang ni kerja. Time bila nak check internet dengan banyak online assestment + online test + online quiz + homework + take home test + dll lagi nak kena siapkan. Penat ooo. Ini pula ditambah dengan kehadiran. Kehadiran aku rasa satu option bila belajar e-pjj sebab bukan semua orang ada masa. Tapi lecturer Accounting sorang ni fikir kalau tak datang mesti kena buat surat tunjuk sebab. Pelik betul.



Memang penat kerja sambil belajar ni. Penat sangat. Sebenarnya memang takde masa nak studi tambah-tambah kalau kerja dari awal pagi sampai malam setiap hari. Bila balik rumah dah penat jadi kalau studi pun memang tak masuk dalam kepala. Semester lepas walaupun aku score tinggi, aku akui memang aku tak studi langsung. Semunya last minute. Subjek sains politik aku studi di waktu pagi sebelum aku masuk exam petangnya. Nasib dapat A. Subjek lain pun sama. Tapi kalini situasinya amat berbeza. Subjek Financial Account tak boleh studi last minute, nanti alamatnya semua result last minute. Banyak nak kena faham dan banyak nak hafal. Problemnya lecturer mengajar pun melompat macam katak. Kesana kemari kalau tengok reference book. Pening nak faham. Bukan tak biasa buat tapi dah lama sangat ditinggalkan jadi banyak yang dah lupa.



Jadi terpaksa bekerja keras cari data dalam internet kalau nak buat assignment. Mustahil sangat nak pergi library cari info. Masalahnya library di KL dan Petaling Jaya ni jenis yang kena jadi member baru dapat masuk. Sesiapa yang bukan member, jangan harap boleh masuk. Kalau bayaran nak jadi member tu murah takpe la juga. Tapi sudahlah mahal ditambah dengan isi kandungan library tu tak menarik langsung. Jadi terpaksa jadikan internet sumber rujukan terpenting sekarang. Cuma yang ralatnya bila buat search, kita dapat informasi dari Indonesia yang terbanyak. Mungkin rakyat dia adalh 200 juta lebih orang maka isi kandungan internet dalam bahasa melayu lebih banyak berpunca dari sana. Tapi Malaysia ni bukan ke lebih 'advance' dari segi teknologi ITnya? Satu yang aku perasan, laman web kerajaan dan apa saja berkaitan pendidikan di Malaysia ni memang masih taraf primitif atau tak wujud langsung. Tapi kalau laman web hiburan, rasa nak muntah dah tengok sana sini.



=====



Pernah tak korang alami korang teringatkan atau terfikirkan sesuatu sedang korang buat sesuatu perkara dan apa yang korang fikir tu amat penting dan korang mahu buat. Tapi tak sampai beberapa ketika, ianya terus terlupa. Tiba-tiba saja terpadam dari ingat dan puas kita cuba nak ingatkan balik tak tak ingat walau pun kita hanya baru fikir mengenainya tak berapa ketika lalu? Pelik betul. Cuba korang duduk diam dan ingatkan apa yang betul-betul hendak diingatkan. Susah bukan? Cuba ingat lagu yang popular sewaktu kecil dulu. Silap-silap boleh hafal dengan liriknya sekali. Atau pun di benak otak ni bermain-main lagu dari iklan yang glamer dulu. Pelik betul. Macamana otak kita simpan perkara-perkara yang kita hendak ingati.



Kalau tengok cerita 50 First Date, perkara ini boleh jadi sesuatu yang amat kelakar dan boleh jadi sesuatu yang amat memeritkan untuk ditelan. Kalaulah otak kita ni dari jenis DDR RAM dalam PC, agaknya kita perlukan satu hard disk yang amat besar untuk diletakkan dalam badan kita sebagai tempat rakaman segala ingatan kita. Sebabnya ingatan seperti RAM tak kekal lama. Bila kita tutup PC, ianya hilang. Begitu juga dalam cerita 50 First Date, tidur saja dan bila tiba esok hari, ingatan akan kosong. Cuma dalam cerita ini, ingatan dia (si perempuan yang mengalami memory lost) akan cuma ingat peristiwa yang berlaku sehari sebelum hari lahirnya. Macamana dia hadapi setiap harinya? Inikan kita yang mudah terlupa benda yang amat kecil setiap hari. Aku sedang surf dan tiba-tiba teringat hendak mencari sesuatu dalam internet sedang aku surf satu website. Bila aku tutup website tu 15 saat kemudian untuk cari apa yang aku nak cari, aku lupa. Lupa apa yang hendak aku cari sedang 15 saat lalu aku ingat. Kenapa begitu?



Tapi aku akui diwaktu aku ingat perkara itu, fikiran aku sedang sibuk memproses data yang banyak di depan mata, jari jemari sedang sibuk menekan keyboard dan telinga sedang sibuk mendengar suara sekeliling. Apa yang aku cuba ingat itu tiba-tiba datang sebagai 'layer' yang bawah. Mungkin ingatan secondary yang secara tidak sedar. Jadi otak mungkin proses perkara ini sebagai tidak perlu maka secara semula jadi dipadamkan dari ingatan sedar aku ketika itu. Tapi perkara itu masih tersimpan secara residual dalam otak ini. Nak mencarinya adalah sesuatu yang amat-amat sukar. Sampai sekarang dalam waktu aku menulis ini, aku masih tak ingat apa yang aku nak cari tadi. Kalau aku diam dan cuba fikir pun aku takkan ingat. Pelik sangat.



=====



Takpelah, aku dah lupa apa yang aku nak tulis lagi. Heh.

6.8.04

Apa?

3.8.04

TENSION!

Keliru kalau kenyataan sudah berada di depan mata tapi realitinya tak dapat disentuh atau dimiliki. Hanya dapat melihat dan itu sahaja. Hanya dapat menghargai dan itu sahaja. Aku dalam keadaan sekarang amat-amat aku rasa terkilan dan kecewa. Tak dapat aku lakukan apa pun, hanya pasrah.



ermm... AAARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



KENAPA!!!!!!!!!!!