8.8.04

Lelaki yang Macam Perempuan (Bukan Pondan!)

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, " lelaki yang baik adalah lelaki yang byk ciri-ciri perempuan".



Hah, baca tu lelaki. Letak jauh-jauh sikit ego korang bila baca tulisan aku seterusnya ni. Macam aku kata sebelum ni aku ialah lelaki yang sukakan perempuan, bukan gay walau aku suka tengok perangai orang gay (yang kebanyakkannya lebih bagus dari straight guy). Lelaki ni kadang-kadang terlebih sangat sifat lelakinya hinggakan tak boleh sikit nak terima sifat perempuan walaupun ianya betul dan sesuai juga kita nak guna.



Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO. Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!". Pi rah mabuk. Pantang pula jadinya kalau nak menangis. Tapi kalau nak diikutkan lelaki amat senang menangis. Time dia kena hina, time awek tinggal dia atau time dia tak dapat makan pizza. Heh. Takde la. Realitinya kebanyakkan lelaki amat mudah menangis tapi ditahan-tahan sampai merah muka atau cakapnya jadi sebak-sebak. Jatuh maruah kalau menangis, katanya. Tapi apa salahnya menangis. Nabi sendiri menangis. Adam lagi lama menangis memohon maaf kepada Allah. Umar yang garang dan perkasa tu pun menangis. Ala, Gladiator Russel Crowe tu pun menangis. Maknanya menangis untuk lelaki tidak salah tapi lelaki ni terlalu kontrol sifat ini menjadikan menangis adalah suatu sifat negatif. Kalau depan awek, cukup pantang kalau menangis. Takut awek dia nanti fikir dia seorang yang lemah. Tapi ditambah pelik kalau awek sendiri fikir pakwe dia lemah sebab menangis. Apa salah pakwe dia menangis. Tapi kalau kena tegur sikit menangis, memang salah la tu. Salah genus lelaki. Lelaki yang menangis adalah lelaki yang sensitif dan jujur. Mereka anggap menangis bukan sesuatu yang memalukan tetapi sesuatu yang menunjukkan pendirian mereka. Tapi jangan la lelaki pergi menangis kalau sebab motor rosak ke, handset tak boleh on ke. Merepek namanya tu.



Satu lagi sifat lelaki yang amat payah nak di buat, meminta maaf. Cukup-cukup susah sampai rasanya minta maaf tu hanya wujud bila orang dah nak mati ke atau dah nak kehilangan sesuatu. Tapi kalau salah biasa, biasanya lelaki tu buat donno je walaupun dah terang lagi bersuluh salah dan silap dia. Cuma tak payah la terkentut pun nak minta maaf (lainlah kalau busuk sangat). Mintalah maaf pada awek/isteri korang kalau korang ada buat salah walaupun kecil. Senang hati dia. Bukan nak tunjukkan mereka tu raja atau queen control, cuma nak mereka sedar kita ni ada buat salah dan kita akui kesalahan kita. Awek pun kalau dah pakwe minta maaf, maafkan la. Tak payah merajuk panjang (ni saja nak suruh pakwe pujuk selama mungkin). Lelaki ni kurang tahan sabar. Jadi jangan uji sangat kesabaran lelaki. Cuma aku rasa ini menarik dan aku pun nak buat kalau boleh; apa salahnya kalau dipenghujung hari sebelum kita berpisah (nak balik rumah) atau sebelum tidur, kita mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan kita dihari ini. Ye la, mana kita tahu dan mungkin mereka pendam. Dan mana kita tahu esok kita dah tiada lagi. Sekurang-kurangnya kita dah mohon maaf. Dan sekurang-kurangnya ianya romantik. Perempuan kalau tak cair, memang lebih sejuk dari lelaki la.



Lepas tu sabar. Erm, ni perkara paling payah. Kenapa orang lelaki takde yang mengandung? Sebab tiada orang lelaki yang sesabar orang merempuan nak menanggung beban anak dalam kandungan. Agaknya kalau dah masuk tiga bulan, ramai sangat la lelaki yang akan gugurkan kandungan mereka. Lelaki nipis sangat kesabarannya. Tapi lelaki jugalah amat terserlah dengan sabarnya. Ya, sabar itu ada batasan tapi kadang-kadang sabar lelaki ni macam kucing. Mana la boleh duduk diam melainkan tidur je. Pantang makwe buat silap sikit, mula melenting. Membebel tak sudah walaupun orang lelaki kata membebel tu perbuatan orang perempuan. Tengok la kalau awek dia lambat, dia kata takpe, tunggu kejap je. Dalam hati habis disumpah seranah awek dia tu. Tapi ni salah awek juga. Jarang sangat lelaki nak heran dengan mekap 2 inci perempuan. Lelaki kalau awek dia ada sebelah dan keadaan yang 'modest' dan 'sederhana' pun dah cukup. Dia tak banyak komplen. Tapi kalau melawa lebih-lebih, dari pagi sampai petang dia akan puji dan tak sudah-sudah pandang awek dia. Cuma jangan direct tegur lelaki yang selekeh. Jangan harap dia nak dengar. Kena pujuk baru lelaki nak buat. Kalau direct je, abis la marah dia.



Kemudian penampilan. Pernah tengok orang pergi date? Selalunya awek pasti akan pakai secantik mungkin kemudian bila tengok pakwe, t-shirt & jeans. T-shirt & jeans sahaja sedang waktu dia pergi kerja boleh pula pakai kemeja tangan panjang dengan seluar slack siap gosok lagi. Kenapa keluar dengan awek pakai t-shirt & jeans yang korang boleh pakai hari-hari time dalam rumah? Melawa la sikit. Awek ni dia suka tengok lelaki melawa walaupun dia kata dia OK je dengan penampilan lelaki. Itu kalau tak dapat awek yang cerewet. Kalau dapat awek yang cerewet, bengang je lelaki tu nanti. Ye la, rambut macam baru lepas bangun tidur. Misai & janggut macam tampal sana sini je. Baju pun tak iron. Lepas tu pakai sandal, tak pun kasut sport. Asal keluar date je pakai kasut sport. Tengok bebudak gay, nak beli telur 10 biji pun dressing macam nak buat fashion show. Maksudnya mereka alert dengan penampilan mereka. Bukan nak menunjukkan tapi orang lain tengok pun senang hati.



Sepanjang aku perhati orang, orang perempuan ni begitu berkira dengan rambut pakwe dia. Entah kenapa. Tak jaga rambut alamat memang kena bising la dengan makwe. Ala, korang kata la awek korang tak kisah rambut korang panjang. Ada tak dia cakap suruh sikat ikut gaya itu ini? Suruh ikat ke atau suruh buat fesyen itu ini? Dia ambil tahu juga tu sebab kalau korang buat sesuka hati, boring je muka awek korang tu nanti. Orang perempuan rasanya cukup ambil berat dengan rambut mereka jadi kalau mereka ada pakwe, tak heran ianya akan melarat kepada pakwe mereka.



Tapi rata-ratanya orang lelaki pandai bergaya time jumpa awek mereka. Cuma time lain je susah sikit. Orang lelaki susah sangat nak dengar nasihat orang perempuan. Kalau awek mereka cakap, cuba buat itu buat ini. Nanti pakwe cakap, mulalah tu nak tentukan hidup dia. Kalau dah kahwin pun satu. Kalau korang ingat isteri korang tu pembantu rumah, baik ambil pembantu rumah je. Senang hati mereka akan buat kerja tanpa banyak soal. Isteri tu bukan ke kawan korang? Sama taraf dalam perkahwinan. Takkan la bila balik kerja, campak je baju dalam raga baju untuk dibasuh. Basuh la sendiri encik abang. Dulu masa bujang pandai pula basuh sendiri. Makan pun nak suruh isteri atau tunggu isteri siapkan. Dulu makan meggi tiga kali sehari pun OK je. Baju pun nak isteri ironkan. Dulu time pergi kerja atau time dating, pandai pula iron baju sejam dua sampai tak nampak kedut semata-mata nak tarik perhatian isteri korang sekarang.



Perempuan rasanya tak boleh nafikan bahawa mereka suka di'pampered' tambah-tambah oleh pakwe mereka sendiri. Erm.



Lepas tu cuba tengok kalau-kalau ada forum atau artikel. Tengok apa orang perempuan cakap ciri-ciri lelaki idaman mereka. Kalau orang melayu Islam, mestilah beragama, baik budi pekerti dan penyayang, bla bla bla... Hensem tu belakang kira. Tipu pun ada dan tak berapa betul pun ada. Hensem tu tak semestinya merujuk macam Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik. Hensem yang orang perempuan cari ialah penampilan yang kemas dan sedap mata memandang. Jadi kalau korang tak sehensem Bratt Pitt atau Harun Salim Bachik sekalipun, orang perempuan tetap akan tertarik pada korang kalau korang pandai ubah sikit penampilan korang. Misai tu jangan la jadi Encik Sarjan jaga trafik. Trim kalau taknak shave. Rambut pakai la minyak supanya nampak bersinar walaupun korang malas sangat nak pakai shampoo. Sikat, jangan tak sikat. Kalau nak gosok-gosok sampai nampak elok, pastikan nampak elok. Pakai kemas. Walaupun awek korang seorang yang rockers, dia pun nak tengok korang sebagai seorang rockers yang kemas. Cubalah pakai macam Marilyn Manson kalau nak test. Sikap, lembah lembut mesti ada. Ini mengusik awek macam nak bergaduh je. Kalau buat silap hatta sekecil mana sekalipun, mintalah maaf. Apa salahnya. Kalau orang perempuan tegur, terima. Kalau tak nak terima pun, cuba-cubalah buat-buat terima. Kalau korang sanggup bersusah payah nak beli jiwa perempuan, korang mesti sanggup bersusah payah untuk menjaga jiwa perempuan.



Aku cakap macam bagus je. Aku takde awek dari tahun 1998. Jadi layak ke aku cakap macam ni? Hehehe. Peduli apa aku.

1 comment:

Anonymous said...

ermmmm bgus bro..... heheh syok baca..... dpt la sket ilham utk kekalkn hbungan aq ngan makwe.. hehehe

Post a Comment