8.8.04

Belajar Dan Lupa

Sebenarnya aku sibuk dengan assignment UiTM yang kalini begitu perit untuk disiapkan. Puncanya tiada connection internet di rumah dan di pejabat internet terpaksa berkongsi dengan 60 orang yang lain. Tambah lagi, lecturer ni macam tak faham orang ni kerja. Time bila nak check internet dengan banyak online assestment + online test + online quiz + homework + take home test + dll lagi nak kena siapkan. Penat ooo. Ini pula ditambah dengan kehadiran. Kehadiran aku rasa satu option bila belajar e-pjj sebab bukan semua orang ada masa. Tapi lecturer Accounting sorang ni fikir kalau tak datang mesti kena buat surat tunjuk sebab. Pelik betul.



Memang penat kerja sambil belajar ni. Penat sangat. Sebenarnya memang takde masa nak studi tambah-tambah kalau kerja dari awal pagi sampai malam setiap hari. Bila balik rumah dah penat jadi kalau studi pun memang tak masuk dalam kepala. Semester lepas walaupun aku score tinggi, aku akui memang aku tak studi langsung. Semunya last minute. Subjek sains politik aku studi di waktu pagi sebelum aku masuk exam petangnya. Nasib dapat A. Subjek lain pun sama. Tapi kalini situasinya amat berbeza. Subjek Financial Account tak boleh studi last minute, nanti alamatnya semua result last minute. Banyak nak kena faham dan banyak nak hafal. Problemnya lecturer mengajar pun melompat macam katak. Kesana kemari kalau tengok reference book. Pening nak faham. Bukan tak biasa buat tapi dah lama sangat ditinggalkan jadi banyak yang dah lupa.



Jadi terpaksa bekerja keras cari data dalam internet kalau nak buat assignment. Mustahil sangat nak pergi library cari info. Masalahnya library di KL dan Petaling Jaya ni jenis yang kena jadi member baru dapat masuk. Sesiapa yang bukan member, jangan harap boleh masuk. Kalau bayaran nak jadi member tu murah takpe la juga. Tapi sudahlah mahal ditambah dengan isi kandungan library tu tak menarik langsung. Jadi terpaksa jadikan internet sumber rujukan terpenting sekarang. Cuma yang ralatnya bila buat search, kita dapat informasi dari Indonesia yang terbanyak. Mungkin rakyat dia adalh 200 juta lebih orang maka isi kandungan internet dalam bahasa melayu lebih banyak berpunca dari sana. Tapi Malaysia ni bukan ke lebih 'advance' dari segi teknologi ITnya? Satu yang aku perasan, laman web kerajaan dan apa saja berkaitan pendidikan di Malaysia ni memang masih taraf primitif atau tak wujud langsung. Tapi kalau laman web hiburan, rasa nak muntah dah tengok sana sini.



=====



Pernah tak korang alami korang teringatkan atau terfikirkan sesuatu sedang korang buat sesuatu perkara dan apa yang korang fikir tu amat penting dan korang mahu buat. Tapi tak sampai beberapa ketika, ianya terus terlupa. Tiba-tiba saja terpadam dari ingat dan puas kita cuba nak ingatkan balik tak tak ingat walau pun kita hanya baru fikir mengenainya tak berapa ketika lalu? Pelik betul. Cuba korang duduk diam dan ingatkan apa yang betul-betul hendak diingatkan. Susah bukan? Cuba ingat lagu yang popular sewaktu kecil dulu. Silap-silap boleh hafal dengan liriknya sekali. Atau pun di benak otak ni bermain-main lagu dari iklan yang glamer dulu. Pelik betul. Macamana otak kita simpan perkara-perkara yang kita hendak ingati.



Kalau tengok cerita 50 First Date, perkara ini boleh jadi sesuatu yang amat kelakar dan boleh jadi sesuatu yang amat memeritkan untuk ditelan. Kalaulah otak kita ni dari jenis DDR RAM dalam PC, agaknya kita perlukan satu hard disk yang amat besar untuk diletakkan dalam badan kita sebagai tempat rakaman segala ingatan kita. Sebabnya ingatan seperti RAM tak kekal lama. Bila kita tutup PC, ianya hilang. Begitu juga dalam cerita 50 First Date, tidur saja dan bila tiba esok hari, ingatan akan kosong. Cuma dalam cerita ini, ingatan dia (si perempuan yang mengalami memory lost) akan cuma ingat peristiwa yang berlaku sehari sebelum hari lahirnya. Macamana dia hadapi setiap harinya? Inikan kita yang mudah terlupa benda yang amat kecil setiap hari. Aku sedang surf dan tiba-tiba teringat hendak mencari sesuatu dalam internet sedang aku surf satu website. Bila aku tutup website tu 15 saat kemudian untuk cari apa yang aku nak cari, aku lupa. Lupa apa yang hendak aku cari sedang 15 saat lalu aku ingat. Kenapa begitu?



Tapi aku akui diwaktu aku ingat perkara itu, fikiran aku sedang sibuk memproses data yang banyak di depan mata, jari jemari sedang sibuk menekan keyboard dan telinga sedang sibuk mendengar suara sekeliling. Apa yang aku cuba ingat itu tiba-tiba datang sebagai 'layer' yang bawah. Mungkin ingatan secondary yang secara tidak sedar. Jadi otak mungkin proses perkara ini sebagai tidak perlu maka secara semula jadi dipadamkan dari ingatan sedar aku ketika itu. Tapi perkara itu masih tersimpan secara residual dalam otak ini. Nak mencarinya adalah sesuatu yang amat-amat sukar. Sampai sekarang dalam waktu aku menulis ini, aku masih tak ingat apa yang aku nak cari tadi. Kalau aku diam dan cuba fikir pun aku takkan ingat. Pelik sangat.



=====



Takpelah, aku dah lupa apa yang aku nak tulis lagi. Heh.

No comments:

Post a Comment