18.4.05

Kejam

Aku melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan polis berpakaian biasa menangkap seorang lelaki yang disyaki pengedar/penghisap dadah. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, lelaki tersebut digari tangan kebelakang, ditendang kaki hingga jatuh tertiarap, ditendang perut, dipijak kepala dan dimaki hamun. Maka menjerit-jerit lelaki tersebut memohon simpati dari 'penjaga keamanan' ini agar tidak dia diperlakukan sebegitu. Namun itu semua tidak diperdulikan. Lalu ditendang lagi, dipijak kepala seperti memijak puntung rokok dan diseret menuju ketempat yang lebih gelap. 'Serangan' diteruskan. Sehinggalah sebuah Proton Perdana berhenti tidak jauh dari adegan kekejaman itu. Keluar dua orang dengan lagak tokoh yang berpengaruh. Mereka lalu berbicara dengan sekumpulan polis ini. Seketika kemudian dua tokoh ini pergi, dan suara jeritan kesakitan lelaki itu senyap. Selesai...

Dimana kereta polis? Yang kelihatan hanya 5 buah motosikal.
Dimana suara yang menyatakan mereka polis? Serangan begitu licik seperti askar menyerang hendap musuh.
Dimana keadilan? Sejahat mana manusia, apakah layak dia dihina dan disiksa sebegitu rupa?
Aku dan rakan-rakan serta mungkin puluhan pasang mata yang melihat, apa yang kami rasa? Setidak-tidak ia telah mengesahkan kekejaman polis.
Mungkin lelaki itu pengedar/penagih dadah. Tapi kalau nak pukul sekalipun, jangan dihadapan orang. Pandangan orang akan menjadi lebih negatif...

Jeritan lelaki itu masih terngiang ditelinga ini.

Aku benci kekejaman...

No comments:

Post a Comment