19.4.05

Lagenda MyKad...

Maka pada hari ini berakhirlah stok MyKad. Tak habis tapi belum ada stok. Jadi rilekslah staf-staf yang berhempas pulas siang malam menyiapkan MyKad untuk jutaan rakyat Malaysia (yang tak sudah-sudah komplen). Sekarang tengah tunggu stok baru sampai. Bukan jauh pun. Kompeni Malaysia juga yang buat. Tapi kualiti sedang menjadi persoalan. Sebab itulah jadi lambat pengiriman stok baru. Mula-mula Sirim mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Kemudian staf persoalkan sebab begitu mudah rosak. Akhirnya pengguna mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Agaknya mereka masih tak nampak rasional institusi piawaian beri respon negatif. Mereka hendak letakkan salah kepada kerajaan kerana tidak menyediakan kad yang bermutu. Kemudian bos-bos dalam kerajaan pula letakkan salah kepada anak-anak buah kononnya mereka tak buat kerja dengan baik, akibatnya kualiti kad tiada. Dimana agaknya staf-staf yang bersengkang mata dari jam 7.30am - 9.00pm Isnin sampai Jumaat dan 8.00am - 4.00pm Sabtu dan Ahad bercuti untuk menyiapkan MyKad tersebut? Nasib tingkap pejabat terkunci rapat. Agaknya kalau letak beranda, setiap hari boleh dengar orang gila menjerit.

Mitos: MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan bermutu rendah menyebabkan ia mudah rosak dan tidak berfungsi.
Realiti: Harga sekeping MyKad kosong yang dibeli oleh kerajaan dari syarikat swasta lebih mahal dari harga yang pengguna kena bayar (sebelum free sekarang). Lebih dari itu, plastik cover depan dan belakang dan semua bahan mentah adalah diimport dari syarikat yang begitu terkenal didunia sebagai syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan kad pintar tersohor. Mesin yang digunakan sama seperti mesin yang ada di bank-bank mahupun di pusat pengeluaran kad pintar diseluruh dunia. Proses pembuatan dilakukan dengan penuh kawalan kualiti dan terkawal.

Ye, korang boleh kata, aku orang kerajaan bolehlah pertahankan semua ini. Tapi kalau dah betul sebegitu, kenapa aku mahu menipu? Ianya diiktiraf oleh Proton World (bukan syarikat buat kereta tu), satu badan sedunia yang membuat pengiktirafan pusat-pusat pengeluaran kad pintar.

Puncanya aku boleh jelas dengan mudah. Kepingan kad itu sendiri. Kad yang tidak bermutu yang menjadi persoalan tadi oleh Sirim, staf dan orang ramai. Sekeping kad itu sendiri. Kerajaan dengarnya hendak tukar syarikat pembekal. Muak sudah dengan sikap angkuh mereka yang tak sedar, tak semua orang kerajaan ni bodoh (ramai ye..) Kad telah dihantar ke USA, kesyarikat yang membuat mesin itu sendiri untuk mengkaji masalah yang dihadapi. Pada awalnya dituduh mesin yang tidak berfungsi dengan baik. Namun setelah kajian kimia dibuat, ternyata kandungan bahan dalam kad yang mempengaruhi kualiti kad itu sendiri. Dahulu, masa awal buat, kad begitu berkualiti. Ketuk tepi pun tak kemik. Sekarang cuba ketuk (tapi rugi kalau rosak). Lapisan plastik ber hologram itu amat berkualiti dan mahal. Sekeping lebih mahal dari setin Coca Cola.

Aku tak mahu menuduh, tapi realiitnya begitu. Kualiti kad akan bagus sekiranya pembekal menyediakan kad yang bagus. Bukan tau kutip untung saja.

Ini lagi satu hal. Orang komplen apply MyKad seratus tahun lepas, masih belum dapat. Okay setahun...
Kalau rajin baca piagam pelanggan JPN, ada menyatakan bahawa MyKad akan diproses dan disiapkan selewat-lewatnya 3 bulan. Kalau baca la. Tapi kalau tak baca pun, kenapa tunggu sampai setahun baru nak komplen.
"Aku dah buat MyKad, settle..."
Setahun kemudian,
"Apahal tak dapat-dapat lagi MyKad aku ni, lembab betul JPN!"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata masih dalam proses"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata application ada masalah. Patut bagitau awal-awal!"
"Peduli apa aku, janji aku dah buat!"

Biasa kita jumpa jawapan sebegitu. Tetiba marah di akhbar. Lepas setahun baru nak marah? Pergilah ke kaunter dan tanya betul-betul. Minta kepastian. Kalau orang kaunter tu marah, report saja pada pegawai dia. Atau marah dia balik. Dia memang tak patut marah. Kalau dia kata masih dalam proses, tanya kenapa lambat sangat. Kalau dia kata ada masalah dengan cap jari, contohnya, tanya dia samada kena buat balik atau tidak. Kalau dia kata tak tahu, minta dia buat kepastian dengan segera. Orang kaunter tu dibayar untuk jaga kaunter. Kalau taknak duduk situ, pegi cari kerja lain.

Katakan harini korang apply MyKad. Lepas dua minggu, kalau rajin masuk website JPN



Semak status permohonan korang. Kalau takde situ, telefon khidmat pelanggan JPN,

03-8880 7000

Kalau susah nak dapat, tunggu sebulan kemudian datang ke cawangan dan jangan lupa bawa resit putih yang korang dapat masa apply dulu. Tanya dah siap ke belum atau kalau belum siap, tanya apa masalahnya.

Lepas tu kalau dah setahun tak dapat juga, baru masuk surat khabar. Itu yang patutnya...

No comments:

Post a Comment