17.8.05

Savvy MyVi

Rasanya dah naik letih aku baca blog, website dan komen segala macam manusia mengenai Perodua MyVi dan Proton Savvy.

Kenapa orang bandingkan MYVI dan Savvy? Dua kereta ni memang tak sama dari segi spesifikasi dan konsep. Myvi lebih bersifat mini MPV macam geng Honda Jazz, Suzuki Swift baru dan juga Chevrolet Aveo manakala Savvy lebih bersifat sport mini macam Hyundai Getz, Renault Clio (obviously) dan kalau tak pun, Mini. Beza. Saiz dan spesifikasi pun beza walaupun enjin dekat sama besar. Itu pun beza sebab satu pakai DOHC dan satu lagi pakai SOHC.

Kenapa orang suka Myvi? Besar, terjamin sebab dah setahun lebih dijalan sebagai Toyota Passo dan Daihatsu Boon (kira main tipu la ni ye?), spesifikasi enjin, transmisi dan aksesori lebih meluas dan yang paling penting, ianya bukan Proton. Kenapa orang meluat dengan Savvy (ini berdasarkan kutukan orang di luar dan dalam internet)? Sebab bonet hodoh (bonet kereta mana yang tak hodoh?), enjin Renault (orang kata spare part mahal (pembeli belum pun buat first service lagi agaknya), pilihan tak banyak dan yang paling penting, ianya Proton. Ye lah, semua orang kata, kereta Proton takde kualiti, asyik rosak tingkap, bunyi sana sini, itu ini. Tapi rasanya orang yang kata ni adalah kebanyakkannya orang yang pakai Proton dan mungkin ada yang dah pakai begitu lama. Ye, aku tahu kereta lain mahal. Kalau tak mereka dah lama beli kereta Jepun, Korea dan mungkin, China.

Aku pernah berdebat dengan orang yang selama ini dia pakai Proton Wira Aeroback yang begitu diagung-agungkan olehnya. Katanya best, laju dan semua orang dia boleh potong termasuk Alex Yoong (kalau cakap Alonso nanti tak logik pula rasanya atas jalan Malaysia ni). Tapi bila saja dia tukar Myvi, habis semua Proton tu diantikan oleh dia. Jadi bila aku kata Savvy okey dari segi performance berbanding Myvi dan Savvy berbeza konsep dan kategori dari Myvi, dia suruh aku kerja tempat lain. Katanya aku fikir banyak sangat tapi aku rasa dia tak tau nak jawab apa.

Dua-dua kereta okay. Kalau nak beli kereta sebab nak bawa relax, ada anak dua orang yang masih budak, nak rasa duduk tinggi dari kereta lain, beli Myvi. Kalau rasa nak daring, nak pecut 170KM/J, nak buat corner macam Alex Yoong (aku dah cakap, Alonso tak drive atas Federal Highway!) dan nak bikin sana sini, beli Savvy. Itu memang teritori dia.

Aku tetap kata ada beberapa kelemahan terhadap kedua-dua kereta tersebut.

MyVi. Siapa pernah follow belakang Myvi dan terfikir betapa peliknya design belakang kereta ni. Sekali imbas macam katak. Tengok tayar yang digunakan. Kurus kering macam tak cukup makan. Kemudian driving position, kalau korang suka bawa van, Myvi kira okay sebab tinggi. Seat belakang agak nipis dan ada besi terbonjol keluar dari seat (tengok kalau tak percaya). Dan button di dashboard, masyaAllah, ingat orang ni buta ke? Besar gajah siap dengan tulisannya. Kalau tak nampak juga, korang memang buta.

Savvy. Bonet memang pelik. mengembang tak tentu pasal sebab mungkin nak ikut flow sisi badan, tapi memang pelik la. Tak ikut flow tak boleh ke? ada efek ke dengan cdi? (bukan pasal enjin, pasal drag). Lampu depan besar dan nampak sangat meniru BMW. Dan hood depan aku rasa aneh sebab singkat. Agaknya tak cukup besi. Seat belakang masing problem macam gen.2. Bumbung rendah. Lupa pula, apa hal tiru Alfa dengan styling tepi? Kalau buat line lurus ak boleh ke? Ini mesti sebab cermin sisi belakang ni.

Wish-List Myvi
1. Lampu depan ala Boon dan Passo.
2. Tayar lebih lebar supaya tak nampak macam guna tayar basikal.
3. Sport rim yang lebih menarik (tebal semacam je sekarang ni)
4. Dashboard yang lebih 'mulia' (orang bawa kereta tak buta la enche!)
5. Enjin lebih power, 1.6 ke macam Swift. Member yang bawa sekarang kata dia rasa macam bawa lori.

Wish-List Savvy
1. Lampu signal depan ikut kaler headlight, baru menarik.
2. Bonet belakang dibuat lain (sekali sekala aku meluat juga tengok)
3. Enjin 1.0 tak boleh taruk ke?
4. Kaler lain, silver ke, metalik green ke, putih ke, kuning cengkadak ke.
5. Styling tepi tu kalau boleh diluruskan. Tak payah curve tu, nampak sangat meniru Alfa. Aku rasa akan jadi lebih cantik dan cool.

Aku rasa tak patut korang nak kutuk mana-mana pun syarikat kereta Malaysia. Proton baru 20 tahun lebih dan Perodua baru 10 tahun lebih. Model T yang dikeluarkan oleh Ford awal kurun lepas tu pun penuh dengan masalah dan hodoh teramat sangat. Tak payah cakap pakai kereta Jepun, tanya atuk nenek korang. Takde sapa nak beli Diaorang lagi prefer kereta barat. Ingat, Mercedes ambil masa 100 tahun untuk jadi apa ianya sekarang. Toyota dan Honda ambil masa 60 tahun. Hyundai dan Kia ambil masa 40 tahun. Proton dan Perodua baru masih baru. Tunggu la 10 tahun lagi, mungkin korang dah tak pandang Toyota Corolla Altis dan Honda Civic dah. Proton baru start design kereta sendiri tahun 1997, so masih muda. Perodua masih beli design orang lain. Kia dan Hyundai masih tak sudah-sudah tiru idea orang lain. Mitsubishi pernah menyembunyikan masalah kereta mereka daripada orang ramai. Mercedes punya kereta pun pernah kena recall. Rover dah lingkup. Fiat group tak berapa untung, macam tu juga VW dan DaimlerChrysler. So, sabar. Jangan kutuk tak tentu pasal. Lagi baik korang buat forum dan bagi idea yang lebih menarik untuk Proton dan Perodua. Bagi design kalau terer dan bagi teknologi kalau bijak. Kutuk takde apa-apa result.

1 comment:

Anonymous said...

Idea anda memang bernas tapi dah jadi trend masyarakat kita yg memandang rendah barang buatan sendiri. Tapi proton perlu terus berubah untuk menambah baik kualitinya, pandangan serta komen perlu diberikan perhatian yang serius. tq

Post a Comment