30.5.06

Aku Tak Mahu Tahu (Ianya Amat-Amat Menyedihkan)

Aku tak perlukan orang beritahu aku betapa bahagianya dia dengan orang yang tersayang. Aku tak perlukan orang beritahu aku yang aku belum mengalaminya dan masih masih belum faham. Aku tak perlu semua itu. Belum buat masa ini. Dimasa aku masih cuba sedaya upaya nak lupakan segalanya melukakan dan segala yang menyakitkan. Aku minta maaf, harap engkau mengerti.

Aku habiskan masa-masa aku sebagaimana yang pernah aku lakukan dahulu; sebelum ada engkau. Kalau hendak mengetahui isi hidup ini, baca disini saja. Tak perlu ceritakan bahagia engkau. Ceritalah apa saja selain daripada itu. Aku takkan boleh menerimanya buat masa sekarang. Bukan masa yang sesuai. Maaf.

====

Kita selalu fikir, kalau seseorang bersedih, kita minta dia bersabar dan terimalah kenyataan dengan hati yang redha. Kalau begitu senang dilakukan, tiada yang membunuh diri, tiada yang menderita dan tiada yang kecewa dan berduka. Mereka akan kembali tersenyum sekelip mata. Dan kita memberikan sebuah bayangan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dimasa hadapan setelah habis kesedihan mereka. Sedang kita sendiri tidak pasti apa yang ada dihadapan kita. Bagaimana senang hendak kita katakan bahawa dia akan bergembira dimasa depannya nanti? Kita berdoa? Mungkin. Kita memujuk? Mungkin. Hakikatnya, dimulut kita lebih senang berkata-kata begitu dari hati mereka untuk menerimanya.

Kita hendak bersimpati? Bersimpatilah dengan cara yang lain lebih-lebih lagi kalau kita adalah orang yang melukai hatinya. Kata-kata kita bahagia kepada dia akan menyebabkan dia lebih merana dan kecewa. Itu sebenarnya dan tanyalah kepada sesiapa pun, mereka akan akuinya juga. Kita mohonlah maaf kerana itu yang mereka mahukan. Kalau sekalipun tiada salah kita terhadap mereka, tapi mohonlah maaf.

Aku belajar dari arwah Kak Nor. Sedang dia sedar ada orang yang menganiaya dia, dia tetap terasa bersalah dihatinya. Dia rasa bersalah kerana menyebabkan orang itu menganiaya dia. Kalau tidak dia lakukan sesuatu, sudah pasti orang itu tidak menganiaya dia. Itu katanya pada aku. Aku sedar dan ada benarnya. Kalau kita tidak buat sesuatu, orang takkan marah dan benci dan apa saja pada kita. Kita kadang-kadang tak tahu dan tak sedar.

Orang yang curi handset aku. Aku cakap direct pada kawan-kawan mereka (kalau betullah), aku cuma mahu handset aku balik. Aku takkan buat tindakan apa-apa. Malah aku akan belanja dia teh di kafetaria kalau dia serahkan balik handset tersebut. Dan aku akan minta maaf padanya kerana kalau tidak disebabkan handset aku diletakkan dimeja aku, dia pasti takkan mencurinya (pelik ke?). Ye lah, dah kalau takde handset aku situ, takde la dia mencuri. Takdelah dia dapat dosa. Ah, korang tak faham, sudahlah.

Manusia selalu fikir, aku, aku, aku. Jarang fikir, aku, engkau dan kita. Aku pun kadang-kadang begitu. Tapi orang selalu kata pada aku, engkau ni berkisah sangat pada orang lain sampai menyusahkan diri sendiri. Ada benarnya. Tapi apa yang aku nak buat kalau itu sifat aku?

Sayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain? Huh. Ye lah (mengeluh)...

27.5.06

Minggu Yang Serba Sendiri.

Aku tengok opening X-MEN: The Last Stand. Pelik la sekarang ni. Senang sangat aku dapat tiket tengok wayang tambah-tambah time opening. Dulu nak dapat bukan main susah. Agaknya orang tak minat tengok wayang atau ramai yang dah nak balik kampung sebab cuti sekolah.

Kali ni X-Men agak memeranjatkan. Banyak benar mutant yang mati dan hilang kuasa. Prof-X mati, Cyclops mati, Mistique dan Magneto hilang kuasa. Oh ya, Rogue yang aku masih tak faham kenapa dijadikan watak utama, hilang kuasa. Abis spoiler korang. Haha. Tapi yang best dapat tengok Juggernaut (yang dieja salah oleh penterjemah, kalau tak silap aku, Javerhaut!), real Iceman (baru la nampak dia jadi Iceman betul, Beast dan lain-lain. Kali ni filem diarahkan oleh pengarah SpyKids, jadi kalau korang rasa pelik kenapa ianya melantun kesana kemari, sebab mamat tu memang suka buat filem macam tu. Pendek pulak tu. Aku rasa tak sampai 2 jam habis. Habis cerita X-Men yang bakal diganti dengan citer khusus untuk Wolverine saja. Ala, boringnya.

Okay, lepas ni tunggu Superman Returns. Tengok teaser memang menarik. Apa taknya, pengarahnya ialah Brian Singer, mamat yang mengarah X-Men. Sure best sebab dia memang bijak memfilemkan komik. Dulu masa mereka buat Superman dengan Christopher Reeves, ianya rupanya sebuah filem gred B untuk Hollywood. Jadi hebat tak tentu pasal. Tapi sekarang, Superman Returns adalah filem gred A yang kosnya melampau mahal. Tengok la. Eh, betul ke Kal-El tu nama tuhan Yahudi? Bukan Yehovah? Nak kena kaji ni. Kal-El sapa? Nama saintifik Superman la. Heh. Nama Superman di Krypton.

Lepas tu filem apa pula? Ada beberapa yang aku nak tengok. Pirates of The Carribean sebab aku suka Johnny Depp. Tak. Suka ceritanya. Cars sebab aku suka semua yang Pixar buat (betul la ni), The Fast And The Furious : Tokyo Drift, Ghost Rider dan erm, apa lagi ye? Takat ini, itu saja. The film setakat ini? The DaVinci Code. X-Men nombor dua. Dan aku tak faham kenapa orang tak suka sangat dengan Mission Impossible. Oh ya, nak tengok Casino Royale. Lantakla James Bond blond.

====

Kereta aku yang bonet depannya berwarna hitam dulu, aku dah cat balik dengan warna asal. Member tolong buat dengan kos RM180.00. Termasuk cat bumper depan dan letak gloss. Nampak la berkilat sikit. Nampak la kereta budak baik. Tidak dulu, mesti polis toleh tengok kereta aku. Bukan ada modified apa pun. Cuma bonet depat saja yang hitam sebab aku tukar bonet lama yang dah rosak. Macamana bonet boleh rosak? Aku makan...

Accident la. Lama dah.

Ingatkan nak cat saja satu kereta, tapi aku fikir, rugi je. Takde la teruk sangat cat sekarang ni. Apa yang aku nak buat lagi selepas ni? Tukar absorber sebab aku rasa dah tak best. Kalau ada duit lebih, nak tukar drive shaft yang dah berbunyi. Kalau ada duit lagi, nak tukar sport rims 13 inci. Rasanya tak cantik sangat kalau letak 14 inci. Nampak macam kereta kartun.

Oh, tadi aku pergi KLIMS (KL International Motor Show), sempat aku ambil gambar kereta perodua (prototaip) yang aku fikir bakal menjadi Kancil yang baru. Nanti kalau senang aku uploadkan. Cantik juga designnya. Kalau tengok betul-betul terutama dari sudut belakang, ada iras Daihatsu Mira yang baru. Tapi apa yang Perodua buat memang dah menarik.

Proton takde satu pun kereta konsep kecuali Lotus APX. Kalau aku dalam pengurusan Proton, Lotus APX (yang Lotus sendiri tak mahu keluarkan sebab bercanggah dengan prinsip mereka) tu Proton patut bangunkan sebab kereta SUV Proton sendiri. Ambil kereta tu bulat-bulat kemudian letak saja jenama Proton. Orang takkan bising sebab semua orang tahu Lotus tu Proton punya. Lagi baik kalau letak saja enjin 2.0 Petronas EO1 yang hebat tu. Enjin dalam APX sekarang ialah 3.0 V6 yang mungkin agak besar dan mahal road-taxnya kalau dijual nanti. Tapi boleh juga jual, apa salahnya. Ada orang yang suka. Tapi aku berani cakap, kalau betul Proton ambil APX, mesti laku dan teramat-amat laku. Kalau suka tengok Mitsubishi Air-Trek, lebih kurang macamtu la. Tapi lagi best tadi Air-Trek.

Ingat nak tengok Asimo (robot Honda) tapi tak jadi. Lain kali sajalah. Dulu pun aku pernah tengok dah. Robot putih yang perasan dia Isaac Asimov. Huh?

Kereta apa yang menarik di KLIMS 2006? Paling best dapat tengok depan mata mestilah Ferrari Enzo. Tapi yang menarik untuk dilihat ialah Lotus APX, Toyota concept (ada 3 buah), Volvo 3CC. Oit, pergila tengok sendiri.

25.5.06

The Unnamed Feeling

Ingat aku dah okay? Belum. Realitinya masih belum okay. Aku masih teramat-amat sakit hati dengan apa yang telah terjadi sebelum ini. Padahal aku bukan dari jenis orang yang sakit hati lama-lama. Tapi kali ini aku memang betul-betul sakit hati. Entah. Mungkin bukan sakit hati maksudnya. Perasaan yang tak dapat dinamakan. The Unnamed Feeling - Metallica. Itu agaknya.

Nak kata marah, pun tidak. Aku tak marah. Aku terima hakikat lama dulu. Tapi kadang-kadang aku rasa terkilan dengan keadaan. Entah apa aku sendiri tak tahu. Aku tak pasti tentang apa yang aku rasa. Mungkin ini semua residue dari apa yang telah berlaku dan bila aku lihat dan dengar perihal semasa keliling aku, aku menjadi lebih agresif tentang perasaan ini. Perasaan apa? Entah.

Mungkin phobia. Aku pernah ada phobia suatu masa dulu. Ex-gf pertama aku tinggalkan aku sebab dia selalu membonceng kawan kerja dia ketempat kerja. Dari membonceng akhirnya sampai la lama-lama faham-faham sajalah. Semenjak daripada itu, apabila aku tengok orang perempuan membonceng motosikal dengan orang lelaki, aku jadi phobia. Tapi takde la sampai nak baling batu. Cuma geram je kot. Tapi itu aku tahu apa yang aku rasa. Sekarang aku tak tahu apa yang aku rasa.

Sekarang apa pula phobia aku? Entah. Pasal membonceng tu aku dah lama lupakan. Dah okay. Sekarang mungkin takde. Mungkin ada tapi aku sendiri yang tak sedar apa dia.

La la la la la la...

23.5.06

So Dark The Con Of Man

Lama dah tak post panjang-panjang. Macam takde masa. Tapi masa aku rasakan terlebih-lebih sekarang ni. Cuma aku tak rajin nak menulis. Entah apa yang hendak aku tulis, aku sendiri tak pasti. Hati tak tenang agaknya.

Aku dah beli handphone baru. Nokia 3250. Berapa lama aku tak guna Nokia? Aku rasa last sekali tahun 2002. Itu pun Nokia 3310 second-hand. Kemudian Sony-Ericsson, Motorola, Samsung dan Motorola kembali, SLVR L7 yang dengan sedihnya dicuri orang. Dalam opis sendiri pula tu. Siap ada CCTV lagi tapi malangnya tak nampak apa yang berlaku. Kalau tak salah aku, handset first yang aku pakai ialah Motorola CD928i. Lama sangat dah tu. Awal tahun 2000 agaknya. Masa tu tak hebat macam sekarang. Tapi CD928 memang hebat. Jatuh entah berapa kali. Masa tu pakai Celcom yang menyusahkan. Line dan kredit tak sama. Kena bayar lebih. Kemudian aku pakai Maxis. Kemudian Celcom balik, dan sekarang Maxis. Kenapa aku tak pernah pakai Digi? Entah. Tak menarik kot.

Aku takde la hantu sangat dengan handset ni macam orang lain yang aku kenal. Kalau sekali dah pakai tu, aku memang pakai lama. Walaupun kadang-kadang saja window shopping di kedai phone untuk tengok model terbaru. Terlintas nak beli tapi tak pernah nak beli secara spontan. Motorola SLVR L7 yang hilang tu aku dah idamkan sejak sekian lama. Agaknya dua tiga bulan sebelum ianya sampai di Malaysia. Kebetulan pula handset Samsung X100A aku rosak. Keypad jahanam dan OS dah gila. Jadi aku beli L7 yang original dengan harapan ianya takkan jadi bodoh macam Samsung. Memang tak jadi. Cuma hilang kena curi. Tak puas hati betul aku. Itulah first time aku beli original dari kedai yang sah. Hilang pulak... Bengang.

Lagi bengang dengan perangai bos. Buat bodoh je. Dia fikir murah agaknya. Kalau ikut hati, hendak saja aku tarik diorang jadi punca hilang. Apa tidaknya, benarkan orang luar masuk kedalam pejabat sesedap rasa. Sekarang tengoklah apa akibatnya. Menyusahkan orang lain. Kemudian boleh persoalkan samada aku benar-benar hilang phone tu dipejabat atau di tempat lain. Takpe, lain kali tanya, aku cakap aku hilangkan didalam kedai handset.

Sekarang dah beli Nokia 3250, puas hati. Memang la tak sehebat dengan apa yang aku hendak (O2 Atom), tapi bolehlah takat nak guna dan dengar lagu sebelum tidur. Cuma yang tak selesa, ianya agak tebal berbanding dengan L7 dulu. Dekat tiga kali ganda tebal.

Sudahlah pasal handset.

====

Tadi baru lepas menonton Mission Impossible 3. Menarik ceritanya. Aku tahu ramai orang nakkan cerita yang meletup sana sini tak tentu pasal. Tapi bila tengok MI:3 yang agak mellow, mereka agak kecewa. Tapi aku rasa ianya lebih menarik dari yang sebelum ni. Cuma ending tak menarik. Senang sangat orang jahat mati. Agaknya memang patut macam tu sebab orang jahatnya gemuk. Dan seorang lagi yang jahat tu, amat jahil ilmu perang. Boleh mati ditangan doktor yang baru first time pegang pistol. Kali ni korang boleh nampak Ethan tak buat kerja gila sorang-sorang dah. Ada orang lain yang buat kerja dengan dia walau tak segila dia. Tapi kira ok la tu berbanding dengan yang dua sebelum ni. Baru nampak Mission Impossible sebenar macam dulu. Berapa orang yang tolong? 4 orang. Kira kalau betul.

Minggu lepas aku menonton The DaVinci Code pada hari pembukaan di TGV Mines. Tak pernah aku menonton pada opening day sesuatu movie. Itulah yang first. Satunya aku memang tak sabar nak tunggu. Kemudian aku suka tengok lakonan Tom Hanks dan Ian McKellen dan juga Jean Reno. Kemudian aku dah baca beberapa kali novel DaVinci Code. Memanglah ianya hanya fiksyen. Malah lebih daripada itu dari pandangan seorang muslim, ianya salah sama sekali yang Nabi Isa mempunyai keturunan dan telah wafat. Sedang dalam Al-Quran ada menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Maka DaVinci Code karya Dan Brown adalah tidak lebih sebagai sebuah fiksyen hasil cernaan ideologi kristianiti dan juga kajian-kajian ilmiah semasa.

Maka aku sendiri mengkaji obsesi manusia dengan Holy Grail, mengenai Illuminati dan Priory of Sion, Opus Dei dan Vatican, serta perang Salib dan Knights of Templar. Jadi bila menonton filem karya Ron Howard, baru boleh faham jalan ceritanya dan baru boleh ketawa dengan selingan komedinya (orang lain tertanya-tanya kenapa aku ketawa) dan baru boleh faham kenapa golongan yahudi beria-ia sangat nak buat filem ni. Err.. bukankah industri filem Amerika dikuasai oleh orang-orang yahudi? Fikirkan, mereka tidak pernah buat filem memburukkan Nabi Musa. Tapi banyak filem yang memburukkan Nabi Isa. :)

Untuk Julina yang masih tak faham jalan ceritanya. Motif utama cerita DaVinci Code ialah HOLY GRAIL. Atau mangkuk/cawan/gelas yang dipercayai digunakan oleh Nabi Isa A.S. untuk minum bersama-sama 12 orang pengikutnya. Dimana ianya dikenali sebeagai The Last Supper. Pada masa itulah Nabi Isa dikatakan telah membongkarkan siapa dikalangan 12 orang pengikutnya yang akan mengkhianati baginda. Diceritakan pula, mangkuk/gelas/cawan itu telah digunakan oleh pengikutnya untuk mengumpul darah Nabi Isa setelah baginda disalib. Dan mangkuk inilah yang dilagendakan bahawa sesiapa yang minum dengan menggunakannya, mereka akan hidup kekal abadi.

Itulah juga asas cerita lagenda King Arthur bersama pahlawan meja bulatnya, yang mana beliau sepanjang hayatnya berusaha untuk mendapatkan mangkuk ini untuk hidup kekal abadi.

Cerita DaVinci Code ini sebenarnya cuba menafikan bahawa Holy Grail adalah sebuah mangkuk, sebaliknya ianya seorang manusia, atau dengan lebih detail lagi, adalah manusia yang dari keturunan Nabi Isa hasil perkahwinan baginda dengan Mary Magdeline.

Dikatakan juga, sebelum baginda wafat, baginda telah meminta Mary Magdeline meneruskan ajaran agamanya. Ini bermakna ketua agama atau penerus agama yang dibawa oleh nabi Isa (kononnya) adalah seorang perempuan, iaitu bersamaan dengan gerakan-gerakan agama kuno yang meletakkan orang perempuan sebagai golongan yang suci.

Jadi, apa yang berlaku, err.. panjang ni. Disingkatkan, Maharaja Rom, Augustus telah menggunakan peluang akibat kebangkitan agama kristian untuk menguatkan pengaruhnya. Makan diisytiharkan Kristian sebagai agama rasa dengan ketua agama adalah seorang lelaki. Itu la lebih kurang.

Sebab itulah Opus Dei (golongan katolik ekstrem) cuba sedaya upaya untuk menyekat usaha mendapatkan Holy Grail ni. Itulah lebih kurang. Nak tahu lebih lanjut, tanya aku sendiri. Tak pun tanya Encik Dan Brown yang menulis cerita tu sendiri. Ingat. Ianya hanya fiksyen. Umat Islam sepatutnya awal-awal dah tahu semua itu adalah salah sama sekali.

Sebenarnya aku dah dengar cerita ini lama sangat dah. Sebelum Dan Brown menulis DaVinci Code. Bila? Aku rasa hujung tahun 80an atau awal tahun 90an dari seorang cikgu, Cikgu Nik. Dia cikgu pendidikan seni MRSM Balik Pulau ketika itu. Waktu kelasnya, sebelum melukis, dia pasti akan berbicara dan berbincang dengan studentnya mengenai hal ehwal dunia. Termasuklah mengenai Holy Grail, kitab injil asal dan segalanya. Mungkin dia pernah baca buku Holy Blood, Holy Grail tulisan Baigent dan Leigh. Tapi yang pasti, aku pernah dengar semua ini lama sangat dah. Sejak itu aku suka buka ensaiklopedia dan apa saja bahan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai banyak perkara. Sebab Cikgu Nik ajar aku satu perkara, ilmu bukan hanya dipelajari di Sekolah dengan buku-buku teks, kerja rumah dan cikgu depan mata. Ilmu perlu dicari dan akan kita perolehi kalau kita mahu.

Dalam PC aku ada Microsoft Encarta dan Ensaiklopedia Britannica yang aku selalu jenguk sekali sekala. Ye, geek la tu. Tapi menarik kalau dapat tahu sesuatu perkara yang jarang orang tahu. Sekarang, korang nak ejek aku lagi ke kalau aku lebih tahu perihal DaVinci Code?

Oh ya, betul ke Leonardo DaVinci seorang gay? Kenapa dia selalu lukis perempuan, tak pernah lukis orang lelaki kecuali diri dia sendiri? Hmm... So Dark The Con Of Man.

21.5.06

Phone Baru, Nombor Baru

Nokia 3250

Phone : 012 2244656

Call kalau rajin.

:)

Oh ye, tak tau pulak aku maxis line + nokia 3250 boleh jadi modem. Sekarang aku tengah connect guna benda ni la. Best! Berapa cas hah?

18.5.06

SLVR Slipping Away

Handset hilang. Sorry kepada sesiapa yang berkenaan. Nanti kalau dah ada baru, aku post sini nombornya.

12.5.06

Ringkas

Dua projek mendatang,

1. Pelancaran MyPR pada 1/6/2006 untuk pemegang kad pengenalan merah. Sekarang nampaknya mereka akan ada kad sendiri warna merah diberi nama MyPR (permanent resident). Aku dah tengok dan aku fikir kalau di tengah-tengah orang ramai, memang akan jelas kelihatan. Takde beza dengan MyKad yang ada sekarang, cuma berwarna merah dan belakangnya nanti ada nombor permit masuk dan negara asal pemegang kad. Cuma warna saja yang merah. Pecah rahsia. Tapi rahsia apa pula? Nanti semua orang akan tengok.

Kalau tak salah aku, semua pemegang kad pengenalan merah, tak kira yang lama atau yang baru (MyKad dengan empat segi merah) akan kena tukar ke MyPR. Apa-apa je la. Aku kena siapkan slide-show dan mungkin background masa menteri KHEDN lancarkan nanti.

2. JPN Idol peringkat kebangsaan pada 17-18/6/2006. Pertandingan karaoke ala-ala Akademi Fantasia. Pengadil tak koman, S.Atan dan Sugito (kalau korang kenal la). Aku kena buat poster pertandingan, name-tag, buku majlis dan effect yang gerak-gerak ala AF tu. Haritu masa peringkat ibu pejabat dah buat, Pengarah suka. Nampaknya kali ni kena lebih gempak! Dan mungkin masa Konvensyen KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja) pun aku kena sediakan slide-show juga. Hmmm..

Banyak juga kerja nak buat. Luxor pun nak buat juga. Ini saja cara terbaik yang aku boleh buat untuk lupakan masalah aku.

10.5.06

Melayang

Pernah mimpi? Soalan bodoh. Heh.

Suatu masa dulu aku pernah bermimpi mengenai sesuatu dan ianya berulang-ulang terjadi. Agak peliknya kadang-kadang berulang sesudah sekian lama ianya berlalu. Tapi situasinya tetap sama.

Mimpi aku bermula diatas bukit yang landai. Keliling kawasan lapang dengan rumput menghijau dan pokok rendang yang tumbuh jauh-jauh antara satu sama lain. Aku melihat sekeliling begitu nyaman rasa udaranya dan begitu damai angin yang membuai. Suasana cerah tetapi tidak terik. Tiada matahari tetapi cahaya dirasakan begitu indah. Ewah. Heh.

Kemudian aku mula berlari menuruni bukit. Tidak berapa lama kemudian sedikit demi sedikit aku membiarkan diri aku melayang seperti layang-layang yang baru naik. Tidak tinggi. Kemudian aku terawang-awang menuruni bukit yang landai tersebut. Antara kaki dan bumi hanya sekaki jaraknya. Sekali sekala hujung kaki akan terkuis-kuis pucuk rumput yang meninggi. Tetapi aku terus melayang tidak menjejak bumi. Dada kedepan, tangan dan kaki sedikit kebelakang, aku melayang menuruni bukit hingga kekaki lembah. Disitu aku mendarat bagai daun yang gugur dari pokok. Lembut.

Kemudian aku terjaga dari mimpi.

Sampai sekarang aku tidak tahu apakah maksud mimpi aku ini. Adakah hanya mainan tidur atau mempunyai apa-apa maksud. Tetapi yang pasti, mimpi ini aku alami beberapa kali. Ada kalanya ianya kembali setelah lama aku lupakan.

====

Alangkah bagusnya kalau dalam realiti ini, kita dapat melayang sebegitu. Aku mahu ketempat itu kalau ada. Aku mahu melayang bebas tanpa arah. Yang pasti aku akan berada dipuncak bukit dan melayang kebawah kekaki bukit tersebut.

Kalaulah aku dapat tahu apa maksudnya, alangkah baik. Kalau korang tahu apa maksudnya, tolong bagitau ye. Baik atau buruk, aku tak kisah.

====

Minuman kegemaran minggu ini : Fruit Tree Epal & Aloe Vera.
Makanan kegemaran minggu ini : Jacker Wafer perisa coklat.
Sarapan Pagi : Nasi goreng atau nasi lemak & rendang daging.
Minum Pagi : Air mineral.
Makan Tengahari : Tak makan atau Biskut Jacker Wafer perisa coklat.
Minum Tengahari : Air Mineral.
Makan Petang : Tak makan atau Roti krim vanilla.
Minum Petang : Kopi Jantan atau air mineral.
Makan Malam : Tak makan atau kalau sebelum jam 9, nasi putih, sup cendawan & telur dadar.
Minum Malam : Air kosong.

Rancangan TV : Prison Break & 3 Hari 2 Malam (sebab aku suka berjalan, bukan minat Fazley, err.. Doktor Fazley)
Lagu : Green Day - Wake Me Up When September End, Peterpan - Mimpi Yang Sempurna
Ringtone Bodoh Minggu Ini : Hellomoto
Projek semasa : Flash animation untuk Angel.

Apasal aku list semua ni? Menarik. Minggu depan apa pulak ye?

9.5.06

Setelah Ribut Taufan

Mungkinkah
Bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila akupun merasa
Merasa kesunyian

Salahkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbata
Semua dalam kehaluan

Aku dan semua
Yang terluka karena kita

Aku kan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya
Pada bintang-bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna

Aku dan semua
Yang terluka karena
Kita

====

Apahal dengan lagu Peterpan ni? Apahal dengan nama Peterpan ni? Pelik betul dengan nama kumpulan Indon ni walaupun lagu-lagunya ada yang best. Salah satu lagu yang best adalah lagi ni, Mimpi Yang Sempurna. Aku agak keliru dengan maksud-maksud lirik ni tapi aku rasa aku faham.

====

Sudahlah mengenai lagu. Kalau ada yang faham, tentu faham kenapa aku letakkan disini. Kalau tak faham, enjoy je lagu tu. Err.. lirik saja.

Berkaitan catatan sebelum ini, biarkan ianya begitu. Tidak ada apa yang hendak diperkatakan lagi. Tak ada sebab dan tidak perlu bersebab. Macam aku katakan,

"Tidak ada sebab untuk bersahabat, tapi ada beribu sebab untuk bermusuh"

Sudahlah, aku tak mahu mencari sebab-sebab itu semua. Manusia ni bila sampai satu tahap, bilamana dia hampir lemas, dia sanggup berpaut pada apa saja dan siapa saja agar dia selamat. Kalau dia berpaut pada benda, takpe. Kalau dia berpaut pada orang lain, bahaya. Silap-silap orang yang dia berpaut tu yang lemas semata-mata untuk selamatkan diri sendiri. Takpe, aku tukarkan diri aku dari seorang manusia menjadi sebentuk benda agar sesiapa saja boleh gunakannya untuk berpaut tak kala korang sedang lemas. Paut saja ramai-ramai. Takkan aku pedulikan kesannya. Aku tetap begitu.

Apakah satu perkara yang manusia sering cari dan selalunya dia kata dia memperolehinya atau mengalaminya sedangkan dia sebenarnya tidak pernah faham atau tahu apa yang dialaminya?

BEBAS

BEBAS

BEBAS

Apakah yang korang faham dengan bebas? Free sex? Itu yang orang lelaki akan fikir dulu. Huh. Agaknya la.

Bebas mental. Bebas fizikal. Bebas akal fikiran. Bebas tindakan. Bebas perbuatan. Bebas amalan. Bebas hati. Bebas jiwa. Apa yang korang pilih? Pilih semua? Boleh. Apa salahnya. Patutnya pilih semua.

Kenapa manusia marah? Kerana salah satu kebebasan dia telah dibelenggu. Agaknya. Kenapa manusia membenci? Kerana bebasnya terkongkong. Agaknya.

Selagi aku boleh mengawal kemana aku pergi, apa yang aku lakukan dan faham siapa aku sebenarnya, itu adalah kebebasan aku. Aku pasti korang ada bebas korang sendiri. Masing-masing kemahuan masing-masing. Takkan ada yang sama.

Apa jadi kalau kebebasan ini dihalang? Ada yang memberontak. Ada yang mengikut. Ada yang CUBA menghalang. Ada yang memBIARkan saja dan ada yang langsung tidak tahu keadaan dirinya. Yang terakhir itu yang ramai manusia sering alami. Dia tidak sedar yang kebebasannya telah hilang dan tidak tahu apa yang membelenggunya.

Engkau.. Engkau salah seorang daripada itu. Fahamlah.

====

Kelmarin aku ke sesi taklimat dan penerangan Luxor, sebuah syarikat jualan langsung. Aku dah jadi ahli dan aku sedang cuba untuk mencapai sasaran aku iaitu financial freedom melaluinya. Takpelah. aku buat yang ini dulu. Kalau gagal, adalah diakibatkan dari kelemahan aku sendiri. Tuhan buka mati aku melihat ini satu cara untuk menambah rezeki. Aku akan buat dulu, kemudian berdoa dan tawakal. Kalau aku berjaya, Alhamdulillah.

Apa masalahnya? Aku kerja 4 tahun di JPN, baru pakai Kancil. Orang yang buat tu umurnya 4 tahun lagi muda daripada aku, buat baru 3 tahun, dah pakai Mazda RX8. Kalau dia boleh, sudah pasti aku pun boleh. Hendak seribu daya, tak nak satu dalih saja; TAK NAK.

Doa-doakan untuk aku berjaya ye. Kalau nak join, jom. Kita sama-sama berjaya. Apa salahnya. Aku suka je.

5.5.06

Cerita Sebalik Cerita

"Rajin-rajin tulis cerita & perkembangan diri dalam website, saya akan baca/balas bila saya senang.."

Kalau boleh hendak saja aku menulis segalanya disini agar semua yang membacanya tahu dan faham apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam hidup ini. Kalau boleh aku mahu ceritakan satu persatu keadaan yang sebenar. Tapi bolehkah korang yang membaca menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak terus menerjah dan menegur tentang apa yang telah aku lakukan? Bolehkah korang faham perasaan ini dan bagaimana sukarnya aku memjalani hari-hari yang mendatang. Dan janganlah korang menilai dia. Aku sendiri tak pernah salahkan sesiapa.

Selepas dari kecewa aku dulu, aku dan dia masih berhubung walau aku tahu situasi ini akan menimbulkan masalah kelak nanti. Sedang dia sendiri masih tidak menceritakan perihal sebenar kepada suaminya. Lantas kami berhubung seperti biasa. Seperti sebelum dia berkahwin tapi dengan keadaan yang sedar bahawa wujud batas-batasan yang perlu aku patuhi dan hormati.

Tidak berapa lama selepas itu, mungkin antara kami yang sedar apa yang bermain dihati ini adalah lebih dari yang dijangkakan. Malah pada dia sendiri wujud keraguan tentang jalan yang telah dia ambil. Hingga suatu masa, keadaan menjadi begitu berceralu tanpa aku tahu arah mana harus aku tuju.

"Buat macam biasa"
"Macam biasa? Apa yang biasa?"
"Kita kawan macam biasa. Dari dulu saya nak awak jadi abang saya"
"Okay saya jadi abang awak... Tapi awak mesti kena terima hakikat apa yang akan berlaku kemudian hari nanti. Kalau saya jumpa seseorang, awak kena faham dan terima"
"Baiklah"

Maka berlalu suatu masa yang amat singkat dan berlaku suatu kisah yang agak menarik yang pernah aku ceritakan dahulu disini mengenai seseorang yang sering melihat aku. Kemudian,

"Apa cerita yang menarik?"
"Takde apa-apa yang menarik. Kecuali saya berkenalan dengan seseorang"

SMS Menyusul selepas daripada itu.

"Cepatnya awak berubah"
"Ala, baru berkenalan saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku"

Tanpa aku faham apa sebabnya, dia menjelaskan bahawa dia masih tidak dapat melepaskan aku. Lepaskan aku dari apa? Bukankah setelah dia berkahwin, dia sepatutnya lepaskan apa saja yang bukan dari suaminya sendiri? Kemudian dia jelaskan.

"Saya masih perlukan awak. Sekurang-kurangnya tunggu sampai saya habis belajar. Saya perlukan bantuan awak masa saya buat assignment, masa exam"
"Baiklah, saya tunggu hingga waktu itu."

"Tapi selepas daripada itu, apa akan berlaku? Adakah awak akan berlalu pergi begitu saja?"
"Buat macam biasa. Cepat-cepat cari girlfrien. Cepat-cepat kahwin. Tapi jangan bagitau saya"
"Siapalah yang nak saya ni?"

Aku masih tak faham apa yang dimaksudkan macam biasa tersebut. Apa maksudnya? Jadi demi menghormati permintaan (yang aku fikirkan permintaan terakhir dari dia yang mahu saja aku anggap sahabat mulai saat ini). Aku tunggu.

Tapi kenapa aku perlu tunggu? Kerana semua yang berlaku dari dia mula memohon masuk menjadi seorang guru hingga kesaat ini, ada aku disitu. Aku tolong dapatkan borang, tolong tengokkan keputusan temuduga, tolong tunjukkan tempat temuduga, beritahu ayahnya dan dia kejayaan dia menjadi seorang guru, menghantarnya ke KLIA sebelum berangkat ke Miri (sedang ayah dan bakal suaminya ketika itu tiada disitu), tolong belikan komputer, tolong belikan laptop (hmmm.., isu sensitif) dan banyak lagi. Aku tahu. Disini korang akan kata aku dah dipergunakan. Allah. Bukannya aku bodoh buat sesuatu membuta tuli. Jadi aku tunggu demi menyelesaikan sesuatu yang aku mulakan dulu. Bila habis nanti, kalau dia nak kenang, dia kenang. Kalau dia nak lupakan, aku tak kisah.

Jadi semakin lama (aku rasa sebulan lebih saja), kami kembali rapat seperti dulu. Malah sampai suatu masa,

"Saya akan cari awak kalau apa-apa yang berlaku nanti"
"Saya akan tunggu. Datanglah dalam keadaan apa sekalipun"

Malah kata-kata itu aku pernah cakap pada setiap ex- aku. Dua je pun. Aku kata dengan ikhlas. Datanglah dalam keadaan apa sekalipun. Aku pasti akan terima dengan hati yang terbuka. Aku tak pandang semua yang indah semata-mata. Suatu masa nanti indah itu akan hilang dan pudar, yang tinggal adalah sinar yang sentiasa akan menjadi kenangan dan semangat untuk kita.

Ye betul. Aku masih sayangkan dia. Engkau tak habiskan masa 4 tahun dengan seseorang untuk engkau lupa dalam masa 4 hari, 4 minggu atau 4 bulan.

Korang tahu bila kali terakhir aku betul-betul bercinta dengan orang yang takde orang lain selain aku? Tahun 1998. Itu kali terakhir. Dengan Yuslina yang aku berkawan selama 4 tahun juga. Selepas dari 1998 sehingga sekarang, aku sebenarnya single. Dan sepanjang waktu aku, aku ada mengharapkan dari beberapa orang, tapi biasalah. Siapa nak pada orang macam aku.

Berbalik pada dia. Maka bila semakin lama semakin rapat, aku rasa dia sendiri hilang pertimbangan mengenai hakikat hidup dia. Sedang aku semakin lama semakin keliru. Apa yang perlu aku lakukan. Mahu saja aku minta dia tinggalkan suami dia. Tapi aku bukan orang yang sebegitu jahil. Setiap masa dalam doa, aku harapkan agar mereka dapat hidup dalam aman dan damai dan agar aku dapat menemui seseorang yang dapat memadam kenangan lalu. Sukar, teramat-amat sukar.

Jadi bila aku tahu yang suaminya akan ke Miri untuk menemui dia, aku jadi cemburu. Tapi aku terima hakikat yang aku sendiri takkan boleh halang semua itu. Maka dia jadi seperti dia diawal perkahwinan dulu.

"Buat macam biasa. Cepat-cepat cari girfriend. Cepat-cepat kahwin. Tapi jangan bagitau saya"
"Siapa la yang nak pada saya ni?"

Apa yang biasa? Aku masih tak faham. Baiklah. Aku buat macam biasa. Sedang aku mencari cara untuk memadamkan perasaan aku dan sekurang-kurang dapat mencari seseorang sebagai pengganti. Maka aku berikan coklat kepada dia yang selalu memandang aku tempohari. Bukan umpan. Itu yang aku selalu lakukan. Sebagai penghargaan kerana sudi berkawan dengan aku. Itu yang paling koman aku boleh buat. Tanya ASyikien, tanya Rina (tak lama lagi dia nak kahwin, aku kena pergi), tanya Lily. Mereka tahu.

"Apa yang menarik?"
"Tiada apa-apa. Oh ya. Haritu saya bagi coklat pada budak yang selalu tengok saya tu"

Tidak lama kemudian SMS menyusul.

"Sampai hati awak buat macamtu!"
"Apasal pula ni? Awak tak tahu ke suami awak nak datang sana, kenapa nak berkira lagi dengan saya?"
"Itu barang yang saya suka. Kenapa awak bagi pada orang lain?"
"Aik? Salah ke? Saya nak bagi orang dengan harapan saya dapat kurangkan tekanan saya ini"
"Tapi itu barang kesukaan saya. Awak tak boleh bagi pada orang lain!"
"Awak ni nak apa sebenarnya? Awak dah ada suami. Awak tahu berapa sakitnya hati saya pasal tu? Kenapa awak nak halang saya buat apa yang saya buat?"

Aku sampai ketika itu amat-amat keliru hingga mahu saja aku cabut kepala ini dan campak jauh-jauh. Aku pening. Kenapa?

"Awak pun tahu saya masih tak boleh nak lepaskan awak"
"Ish. Susah la saya macam ni. Sampai bila?"
"Tunggulah dulu"
"Baiklah. Saya janji saya akan tunggu dan ini buat kali yang terakhir. Saya takkan cari sesiapa dan harapkan pada sesiapa pun. Saya tunggu sampai habis awak belajar dan sampai awak boleh lepaskan saya nanti"

Tak payahlah kata aku bodoh. Aku sendiri tahu.

"Tapi awak sendiri tahu perasaan saya. Dengan suami awak akan kesana nanti. Awak tahu apa yang saya rasa kan?"
"Awak jangan risau. Takde apa yang akan berlaku"

Err.. Aku tahu takde apa yang akan berlaku.

Isnin, petang.

"Masalah. Dia dah tahu"
"Tahu? Macamana dia tahu?"
"Dia baca draft mesej saya"
"Kenapa awak tak padam?"
"Saya nak selesaikan dengan suami saya. Dia dah marah saya habis-habisan. Dia dah merajuk pergi ke Airport"
"Pergilah, saya doakan korang dapat selesaikan dengan baik"

Hati ini amat-amat sedih. Aku sebenarnya sedar aku merosakkan rumahtangga orang lain. Dalam solat, aku berdoa agar mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik. Aku doakan agar mereka dapat hidup aman damai. Aku pasrah. Aku sedar tiada apa yang boleh aku lakukan lagi melainkan begitu. Maka nekad aku, aku mahu lepaskan semua ini dan aku juga mahu dia lepaskan aku. Tak guna dia suruh aku tunggu kalau ianya nanti bakal merosakkan sesuatu yang baik.

"Apa cerita"
"Saya dah terangkan semua dan dia faham. Dia letak syarat"
"Syarat?"
"Boleh berkawan sekadar berkawan. Untuk bantu belajar dan semuanya yang berkaitan. Jangan itu dan ini."
"Takpelah. Tak payah semua tu. Saya takkan ganggu awak lagi"
"Sepatutnya dari dulu saya kenalkan awak dengan suami saya"
"Takpelah, tak payah semua tu. Saya tahu hati orang lelaki. Cakap dimulut lain, dihati lain"
"Nanti kalau senang saya akan call awak. Kalau saya ada masalah dengan study saya, saya akan call"
"Tak payahlah. Saya taknak ganggu rumahtangga awak lagi"
"Saya juga nak awak jadi abang saya macam yang saya mahu dulu"
"Baiklah. Kalau itu yang awak nak. Sekarang kira dah oklah ye?"
"Dah ok. Dia jaga saya dengan baik"
"Ye lah. Korang bahagia, saya bersedih"

Kemudian dari itu hingga kehari ini, aku amat-amat bersedih dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Aku bersedih kerana orang mengecap bahagia dengan membiarkan aku bersedih. Aku kecewa kerana orang meletakkan syarat dalam hidup ini sedang mereka adalah orang-orang yang tidak pernah mahu memperdulikan dia suatu masa dulu. Sekarang aku diletakkan syarat untuk berkawan pula? Tak payahlah. Engkau ambil saja dia sepenuhnya. Itu hak engkau. Aku tak mahu lagi. Aku tak mahu kerana aku kecewa dengan sikap engkau.

Dan aku bersimpati dengan dia. Korang yang membaca ini juga patut bersimpati. Dulu, aku lihat seorang manusia yang gembira, ceria dan amat-amat terbuka fikiran dan perasaannya. Sekarang dia dikeliling oleh tembok ciptaan dia dan suami dia sendiri. Wajar kerana dia sudah bersuami? Entahlah. Aku faham hakikat dia bersuami. Tapi aku tak faham kenapa manusia terlalu rakus mempertahankan hak mereka? Hak mereka? Benar suaminya tak menghalang aku terus berkawan dengan dia. Tapi lihat apa yang terjadi pada dia. Dimana hilangnya gembira dan ceria dalam hidupnya? Walau jauh, aku tahu. Aku dapat rasakan.

Tolong, janganlah menilai apa yang aku tulis ini. Aku salah, dia salah. Masing-masing sedar dengan kesalahan masing-masing.

Aku mencari-cari jalan agar semua ini berakhir dengan baik. Tapi buat masa ini, aku amat-amat bersedih. Segala kerja aku tak boleh nak buat. Aku kehilangan sesuatu yang amat besar dalam hidup aku.

Sabarlah aku menghadapi semua ini. Terima kasih kerana menemani masa gelap aku. Kepada dia,

Awak hiduplah dengan aman sejahtera dengan suami awak. Saya takkan ganggu lagi. Saya tak mahu saya jadi punca awak berdua berbalah. Dalam doa, saya akan doakan kebahagiaan awak berdua. Tak perlu doakan sesuatu untuk saya. Saya takkan dapat terima kalau ianya datang dari awak kerana ianya akan membuat saya menjadi sedih. Saya tahu apa yang awak rasa dalam hati awak. Saya harap awak dapat cepat-cepat padamkannya dan lupakan semua ini. Saya harap awak jadi yang terbaik dalam hidup awak. Awak orang yang baik, layaknya awak dengan suami awak yang amat-amat baik. Saya ini orang yang datang seketika dalam hidup awak. Sudah sampai masa saya pergi. Maafkan saya. Bak kata Arwah Kak Nor,

"Terima kasih seperti pasir di pantai"...

Aku dah ceritakan secukupnya.

====

Jam sekarang lewat 2.30 pagi, Jumaat. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Semalam aku tidak bekerja. Segala apa yang aku lakukan, aku tak dapat melakukannya. Entah sampai bila aku akan jadi begini. Harapnya tidak lama. Aku amat-amat letih, letih dengan perasaan, letih dengan keadaan.

Mahu saja aku duduk disini dan tidak bangun-bangun lagi. Aku tidak mahu mahu pergi kemana-mana pun. Tak perlu aku wujud diluar sana. Aku mahu menyepi diri disini. Menulis sepanjang mengenai apa saja.

Tapi realitinya tidak begitu. Esok aku kena bekerja. Malah hujung minggu ini pasti akan ada yang hendak dilakukan. Aku mengalami kesempitan wang yang amat sangat. Kereta dah berapa bulan tak bayar. Duit tak pernah nak cukup. Entah kemana duit aku habis. Tak, aku tak minta tolong dari sesiapa. Tak perlu. Aku masih boleh hidup. Terima kasih sajalah.

Menulis novel? Hendak aku ceritakan mengenai apa? Mengenai semua ini? Aku tak berminat. Kerana akhirnya menyedihkan. Baik korang tengok movie Braveheart kalau nak sad ending.

Aku sedang menyiapkan sesuatu untuk seseorang. Dia tak minta tapi dia kata apa yang pernah aku bagi dulu menarik dan kalau dapat lagi, mesti dia amat sukakannya nanti. Aku sedang buat. Untuk, my Angel. You know who you are.

Err... Jangan tanya.