23.5.06

So Dark The Con Of Man

Lama dah tak post panjang-panjang. Macam takde masa. Tapi masa aku rasakan terlebih-lebih sekarang ni. Cuma aku tak rajin nak menulis. Entah apa yang hendak aku tulis, aku sendiri tak pasti. Hati tak tenang agaknya.

Aku dah beli handphone baru. Nokia 3250. Berapa lama aku tak guna Nokia? Aku rasa last sekali tahun 2002. Itu pun Nokia 3310 second-hand. Kemudian Sony-Ericsson, Motorola, Samsung dan Motorola kembali, SLVR L7 yang dengan sedihnya dicuri orang. Dalam opis sendiri pula tu. Siap ada CCTV lagi tapi malangnya tak nampak apa yang berlaku. Kalau tak salah aku, handset first yang aku pakai ialah Motorola CD928i. Lama sangat dah tu. Awal tahun 2000 agaknya. Masa tu tak hebat macam sekarang. Tapi CD928 memang hebat. Jatuh entah berapa kali. Masa tu pakai Celcom yang menyusahkan. Line dan kredit tak sama. Kena bayar lebih. Kemudian aku pakai Maxis. Kemudian Celcom balik, dan sekarang Maxis. Kenapa aku tak pernah pakai Digi? Entah. Tak menarik kot.

Aku takde la hantu sangat dengan handset ni macam orang lain yang aku kenal. Kalau sekali dah pakai tu, aku memang pakai lama. Walaupun kadang-kadang saja window shopping di kedai phone untuk tengok model terbaru. Terlintas nak beli tapi tak pernah nak beli secara spontan. Motorola SLVR L7 yang hilang tu aku dah idamkan sejak sekian lama. Agaknya dua tiga bulan sebelum ianya sampai di Malaysia. Kebetulan pula handset Samsung X100A aku rosak. Keypad jahanam dan OS dah gila. Jadi aku beli L7 yang original dengan harapan ianya takkan jadi bodoh macam Samsung. Memang tak jadi. Cuma hilang kena curi. Tak puas hati betul aku. Itulah first time aku beli original dari kedai yang sah. Hilang pulak... Bengang.

Lagi bengang dengan perangai bos. Buat bodoh je. Dia fikir murah agaknya. Kalau ikut hati, hendak saja aku tarik diorang jadi punca hilang. Apa tidaknya, benarkan orang luar masuk kedalam pejabat sesedap rasa. Sekarang tengoklah apa akibatnya. Menyusahkan orang lain. Kemudian boleh persoalkan samada aku benar-benar hilang phone tu dipejabat atau di tempat lain. Takpe, lain kali tanya, aku cakap aku hilangkan didalam kedai handset.

Sekarang dah beli Nokia 3250, puas hati. Memang la tak sehebat dengan apa yang aku hendak (O2 Atom), tapi bolehlah takat nak guna dan dengar lagu sebelum tidur. Cuma yang tak selesa, ianya agak tebal berbanding dengan L7 dulu. Dekat tiga kali ganda tebal.

Sudahlah pasal handset.

====

Tadi baru lepas menonton Mission Impossible 3. Menarik ceritanya. Aku tahu ramai orang nakkan cerita yang meletup sana sini tak tentu pasal. Tapi bila tengok MI:3 yang agak mellow, mereka agak kecewa. Tapi aku rasa ianya lebih menarik dari yang sebelum ni. Cuma ending tak menarik. Senang sangat orang jahat mati. Agaknya memang patut macam tu sebab orang jahatnya gemuk. Dan seorang lagi yang jahat tu, amat jahil ilmu perang. Boleh mati ditangan doktor yang baru first time pegang pistol. Kali ni korang boleh nampak Ethan tak buat kerja gila sorang-sorang dah. Ada orang lain yang buat kerja dengan dia walau tak segila dia. Tapi kira ok la tu berbanding dengan yang dua sebelum ni. Baru nampak Mission Impossible sebenar macam dulu. Berapa orang yang tolong? 4 orang. Kira kalau betul.

Minggu lepas aku menonton The DaVinci Code pada hari pembukaan di TGV Mines. Tak pernah aku menonton pada opening day sesuatu movie. Itulah yang first. Satunya aku memang tak sabar nak tunggu. Kemudian aku suka tengok lakonan Tom Hanks dan Ian McKellen dan juga Jean Reno. Kemudian aku dah baca beberapa kali novel DaVinci Code. Memanglah ianya hanya fiksyen. Malah lebih daripada itu dari pandangan seorang muslim, ianya salah sama sekali yang Nabi Isa mempunyai keturunan dan telah wafat. Sedang dalam Al-Quran ada menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Maka DaVinci Code karya Dan Brown adalah tidak lebih sebagai sebuah fiksyen hasil cernaan ideologi kristianiti dan juga kajian-kajian ilmiah semasa.

Maka aku sendiri mengkaji obsesi manusia dengan Holy Grail, mengenai Illuminati dan Priory of Sion, Opus Dei dan Vatican, serta perang Salib dan Knights of Templar. Jadi bila menonton filem karya Ron Howard, baru boleh faham jalan ceritanya dan baru boleh ketawa dengan selingan komedinya (orang lain tertanya-tanya kenapa aku ketawa) dan baru boleh faham kenapa golongan yahudi beria-ia sangat nak buat filem ni. Err.. bukankah industri filem Amerika dikuasai oleh orang-orang yahudi? Fikirkan, mereka tidak pernah buat filem memburukkan Nabi Musa. Tapi banyak filem yang memburukkan Nabi Isa. :)

Untuk Julina yang masih tak faham jalan ceritanya. Motif utama cerita DaVinci Code ialah HOLY GRAIL. Atau mangkuk/cawan/gelas yang dipercayai digunakan oleh Nabi Isa A.S. untuk minum bersama-sama 12 orang pengikutnya. Dimana ianya dikenali sebeagai The Last Supper. Pada masa itulah Nabi Isa dikatakan telah membongkarkan siapa dikalangan 12 orang pengikutnya yang akan mengkhianati baginda. Diceritakan pula, mangkuk/gelas/cawan itu telah digunakan oleh pengikutnya untuk mengumpul darah Nabi Isa setelah baginda disalib. Dan mangkuk inilah yang dilagendakan bahawa sesiapa yang minum dengan menggunakannya, mereka akan hidup kekal abadi.

Itulah juga asas cerita lagenda King Arthur bersama pahlawan meja bulatnya, yang mana beliau sepanjang hayatnya berusaha untuk mendapatkan mangkuk ini untuk hidup kekal abadi.

Cerita DaVinci Code ini sebenarnya cuba menafikan bahawa Holy Grail adalah sebuah mangkuk, sebaliknya ianya seorang manusia, atau dengan lebih detail lagi, adalah manusia yang dari keturunan Nabi Isa hasil perkahwinan baginda dengan Mary Magdeline.

Dikatakan juga, sebelum baginda wafat, baginda telah meminta Mary Magdeline meneruskan ajaran agamanya. Ini bermakna ketua agama atau penerus agama yang dibawa oleh nabi Isa (kononnya) adalah seorang perempuan, iaitu bersamaan dengan gerakan-gerakan agama kuno yang meletakkan orang perempuan sebagai golongan yang suci.

Jadi, apa yang berlaku, err.. panjang ni. Disingkatkan, Maharaja Rom, Augustus telah menggunakan peluang akibat kebangkitan agama kristian untuk menguatkan pengaruhnya. Makan diisytiharkan Kristian sebagai agama rasa dengan ketua agama adalah seorang lelaki. Itu la lebih kurang.

Sebab itulah Opus Dei (golongan katolik ekstrem) cuba sedaya upaya untuk menyekat usaha mendapatkan Holy Grail ni. Itulah lebih kurang. Nak tahu lebih lanjut, tanya aku sendiri. Tak pun tanya Encik Dan Brown yang menulis cerita tu sendiri. Ingat. Ianya hanya fiksyen. Umat Islam sepatutnya awal-awal dah tahu semua itu adalah salah sama sekali.

Sebenarnya aku dah dengar cerita ini lama sangat dah. Sebelum Dan Brown menulis DaVinci Code. Bila? Aku rasa hujung tahun 80an atau awal tahun 90an dari seorang cikgu, Cikgu Nik. Dia cikgu pendidikan seni MRSM Balik Pulau ketika itu. Waktu kelasnya, sebelum melukis, dia pasti akan berbicara dan berbincang dengan studentnya mengenai hal ehwal dunia. Termasuklah mengenai Holy Grail, kitab injil asal dan segalanya. Mungkin dia pernah baca buku Holy Blood, Holy Grail tulisan Baigent dan Leigh. Tapi yang pasti, aku pernah dengar semua ini lama sangat dah. Sejak itu aku suka buka ensaiklopedia dan apa saja bahan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai banyak perkara. Sebab Cikgu Nik ajar aku satu perkara, ilmu bukan hanya dipelajari di Sekolah dengan buku-buku teks, kerja rumah dan cikgu depan mata. Ilmu perlu dicari dan akan kita perolehi kalau kita mahu.

Dalam PC aku ada Microsoft Encarta dan Ensaiklopedia Britannica yang aku selalu jenguk sekali sekala. Ye, geek la tu. Tapi menarik kalau dapat tahu sesuatu perkara yang jarang orang tahu. Sekarang, korang nak ejek aku lagi ke kalau aku lebih tahu perihal DaVinci Code?

Oh ya, betul ke Leonardo DaVinci seorang gay? Kenapa dia selalu lukis perempuan, tak pernah lukis orang lelaki kecuali diri dia sendiri? Hmm... So Dark The Con Of Man.

No comments:

Post a Comment