10.5.06

Melayang

Pernah mimpi? Soalan bodoh. Heh.

Suatu masa dulu aku pernah bermimpi mengenai sesuatu dan ianya berulang-ulang terjadi. Agak peliknya kadang-kadang berulang sesudah sekian lama ianya berlalu. Tapi situasinya tetap sama.

Mimpi aku bermula diatas bukit yang landai. Keliling kawasan lapang dengan rumput menghijau dan pokok rendang yang tumbuh jauh-jauh antara satu sama lain. Aku melihat sekeliling begitu nyaman rasa udaranya dan begitu damai angin yang membuai. Suasana cerah tetapi tidak terik. Tiada matahari tetapi cahaya dirasakan begitu indah. Ewah. Heh.

Kemudian aku mula berlari menuruni bukit. Tidak berapa lama kemudian sedikit demi sedikit aku membiarkan diri aku melayang seperti layang-layang yang baru naik. Tidak tinggi. Kemudian aku terawang-awang menuruni bukit yang landai tersebut. Antara kaki dan bumi hanya sekaki jaraknya. Sekali sekala hujung kaki akan terkuis-kuis pucuk rumput yang meninggi. Tetapi aku terus melayang tidak menjejak bumi. Dada kedepan, tangan dan kaki sedikit kebelakang, aku melayang menuruni bukit hingga kekaki lembah. Disitu aku mendarat bagai daun yang gugur dari pokok. Lembut.

Kemudian aku terjaga dari mimpi.

Sampai sekarang aku tidak tahu apakah maksud mimpi aku ini. Adakah hanya mainan tidur atau mempunyai apa-apa maksud. Tetapi yang pasti, mimpi ini aku alami beberapa kali. Ada kalanya ianya kembali setelah lama aku lupakan.

====

Alangkah bagusnya kalau dalam realiti ini, kita dapat melayang sebegitu. Aku mahu ketempat itu kalau ada. Aku mahu melayang bebas tanpa arah. Yang pasti aku akan berada dipuncak bukit dan melayang kebawah kekaki bukit tersebut.

Kalaulah aku dapat tahu apa maksudnya, alangkah baik. Kalau korang tahu apa maksudnya, tolong bagitau ye. Baik atau buruk, aku tak kisah.

====

Minuman kegemaran minggu ini : Fruit Tree Epal & Aloe Vera.
Makanan kegemaran minggu ini : Jacker Wafer perisa coklat.
Sarapan Pagi : Nasi goreng atau nasi lemak & rendang daging.
Minum Pagi : Air mineral.
Makan Tengahari : Tak makan atau Biskut Jacker Wafer perisa coklat.
Minum Tengahari : Air Mineral.
Makan Petang : Tak makan atau Roti krim vanilla.
Minum Petang : Kopi Jantan atau air mineral.
Makan Malam : Tak makan atau kalau sebelum jam 9, nasi putih, sup cendawan & telur dadar.
Minum Malam : Air kosong.

Rancangan TV : Prison Break & 3 Hari 2 Malam (sebab aku suka berjalan, bukan minat Fazley, err.. Doktor Fazley)
Lagu : Green Day - Wake Me Up When September End, Peterpan - Mimpi Yang Sempurna
Ringtone Bodoh Minggu Ini : Hellomoto
Projek semasa : Flash animation untuk Angel.

Apasal aku list semua ni? Menarik. Minggu depan apa pulak ye?

No comments:

Post a Comment