5.11.06

Betul Ke Aku Kerja JPN Ni?

Nak tulis something tapi malas nak mampos. Tambah pula ngantuk dah ni. Tengah malam buta rajin pula ngadap pc ni tak tentu pasal. Ada benda yang nak cakap. Banyak, banyak sangat tapi biarkanlah dulu. Esok-esok pun boleh cakap juga. Lagipun aku tak fikir masih ada orang yang nak baca. Lama sangat dah aku tak menulis dengan kerap. Setakat dua bulan ni baru dua kali aku update. Entah kenapa aku diamkan sangat diri ini, aku sendiri tak faham. Mungkin aku dah bosan untuk menulis atau mungkin aku terlalu sibuk untuk menulis. Sibuk dengan apa? Kerja. Tapi kerja aku tak tentu arah sekarang ni.

Sebenarnya timbul persoalan dalam diri ini, kenapa aku senang-senang sangat tukar bahagian dan berhadapan dengan beban kerja yang banyak sangat-sangat. Kalau ada orang tolong, tak mengapa. Tapi selain daripada Ahmad Sharidan, siapa lagi yang boleh guna Adobe InDesign CS2 untuk buat majalah dan laporan tahunan di JPN? Kalau ada, tolong bagitau aku. Apasal? Sebab Pencetakan Nasional Malaysia Berhad tak terima hasil kerja yang dibuat dengan menggunakan Microsoft Publisher atau mungkin Microsoft PowerPoint (ada la mamat sorang tu yang terlalu membanggakannya). Sebab cost untuk convert hasil kerja PowerPoint kepada Indesign, PageMaker atau Quark boleh mencecah ribuan ringgit. Haritu, JPN kena bayar RM5 ribu sebab nak convert hasil kerja staf sebelum aku buat majalah JPN dengan Microsoft Publisher.

Kemudian satu hari, timbalan pengarah dia cari aku, tanya boleh guna PageMaker. Aku dengan selamba bodoh cakap boleh, padahal, baru sekali dua try dan itupun tak berapa menjadi. Jadi bila masuk bahagian tu, aku buat-buat tau guna PageMaker. Buat itu ini sikit bagi jadi satu page. Satu page dulu pun cukup la. Jadi, syukur. Balik kerja aku pergi Mines, cari CD macamana nak belajar guna PageMaker. Bodoh juga aku sebab tak sedar yang PageMaker telah diganti dengan InDesign oleh Adobe. Bila tengok balik baru sedar. Aku belajar Indesign dengan DVD cetak rompak. Kemudian aku bagitau boss yang aku akan guna InDesign buat majalah. Dia panik, dan semua yang lain panik. Boleh ke, tanya mereka. Aku confirm dengan PNMB dan mereka kata boleh. Jadi dengan senang hati aku siapkan apa yang telah hampir 2 bulan terlewat untuk disiapkan.

Tapi masalahnya bos aku sorang ni jenis manusia perfectionist. Aku rasa lebih 10 kali dia buat proofing dan editing termasuklah kata-kata sidang pengarang yang dia tulis sendiri. Bayangkan dia edit kata-kata dia sendiri hampir 5 kali! Jadi tambah lagi 2 minggu semata-mata tunggu orang tua ni siapkan editing dan proofing dia. Sekarang dah siap cetak dan sedang diedarkan ke JPN seluruh negara. Puas hati tengok hasil karya aku yang pertama dalam dunia penghasilan majalah. 36 mukasurat. Jadilah. 100x ganda berbeza dengan hasil versi pertama. Semua orang nampak puas hati tengok. Ada seorang pegawai kanan siap cakap,

"Baru ada rasa nak tengok majalah ni"

Ok juga kan? Sekarang aku sedang siapkan buku laporan tahunan JPN. 180 muka lebih. MasyaAllah, berat kerjanya dan seorang je yang kena buat, dari segi setting, design, editing dan segala macam benda yang berkaitan dengan desktop publishing yang tak sepatutnya aku buat seorang je. Nasib bukan aku yang kena cari data semua. Kalau tak aku dah minta gaji pengarah.

Kenapa perlu buat sendiri design buku laporan tahunan? Betul juga, kalau tengok jabatan atau kementerian atau syarikat sendiri pun, mereka cuma hantar data dan apa-apa yang berkaitan ke publishing house dan disana, publishing house yang design semua. Tak kira la kita suka ke tak, kalau korang tengok kebanyakkan buku laporan tahunan, lebih kurang sama je dari segi design. Generik. Jadi pengarah JPN ni jenis orang yang suka mencabar keupayaan anak buahnya. Dia cabar kami buat sendiri design. Mangsanya, aku.

Jadi aku mencabar mereka pula untuk sediakan peralatan yang perlu untuk aku buat semua itu. Jadi aku akan dapat Apple iMac dan yang berkaitan dengannya. Walaupun niat dalam hati nak dapatkan Apple Mac Pro, tapi biarlah. Nanti kalau tak buat betul-betul, naya pula kena hentam balik. Baik minta benda yang orang fikir logik. Aku minta Canon DSLR supaya semua gambar digital yang diambil dengan Sony CyberShot bodoh takkan gelap gelita dan 'berpasir' lagi.

Aim aku nanti, nak buat web version buletin JPN. Tengok la. Lepas ni baru aku boleh pomen website aku sendiri. Oit, hmm.. Udah la. :)

No comments:

Post a Comment