5.11.06

Diaryland - I Was There

Macam tak percaya je bila tengok tarikh template yang aku buat untuk blog ni. Mei 2004. Dah hampir err, 3 tahun lamanya dan langsung tidak berubah. Aku rasa si Bayah punya blog dah berpuluh kali tukar template, aku masih sama. Orang tua la katakan, malas nak tukar-tukar dah. Itu sebab orang tua pakai lampin ke?

Website aku ni memang dah lama. Website original yang aku buat guna Geocities template rasanya bermula pada awal 1999. Ye, sebelum Y2K. Entah hilang kemana dah website tu. Kemudian aku pakai Netscape Composer, agaknya. Aku pun dah lupa nama editing tool yang Netscape buat tu. Kira waktu tu, memang mudah sangat nak pakai. Tapi website pun nampak mudah la, bodoh semacam je. Lebih kurang kalau tengok website yang budak sekolah rendah sekarang buat. Macamtu la website aku dulu.

Kemudian aku beranikan diri guna Microsoft FrontPage 3.0. Awal 2000 kalau tak salah aku. Menjadi juga sebab itulah first time aku buat grafik sendiri dan lain-lain termasuk button dan splash page. Masih ada, rasanya nanti aku upload.

Kemudian awal 2001 aku dah mula bergiat dalam dunia blog. Waktu tu aku host sendiri dalam website aku. Jenuh nak update website setiap hari secara manual termasuk codingnya sebab masa tu aku tak kenal lagi Blogger, Diaryland dan apa-apa blogging tools. Lama dah eh aku blog. Memang lama. Blog lama masih aku simpan. Yang ada dalam Diaryland pun mungkin ada lagi (hahaha, dah kena remove, tapi aku dah regenerate balik). Kalau rajin, pegi tengok. Eh, aku lupa apa address. Nanti aku bagitau. Ada satu blog website dulu yang aku guna tapi sekarang dah jadi korporat. Jadi abis semua blog aku kena delete. Bodoh punya kompeni.

*Dah jumpa blog di Diaryland

Banyak juga yang aku post dalam Diaryland tu ye. Baru harini aku dapat baca balik semua tu. Nasib baik orang Diaryland tu baik tak delete terus post aku yang lama. Esok lusa boleh aku download. Oh ya, nama blog service bodoh yang aku pernah guna dulu ialah Ujournal.org. Sekarang rasanya dah tak wujud. Memang sah dah tak wujud. Biarkanlah.

====

Kenapa aku menulis perkara yang remeh sekarang ni? Tidak mengenai diri sendiri dan tidak berapa personal? Malas. Malas nak menceritakan kepada sesiapa lagi mengenai hidup aku. Rasanya tak penting mana pun. Dan rasanya juga, hidup aku biasa saja, macam hidup korang. Atau mungkin hidup korang jauh lebih menarik dari apa yang aku alami setiap hari, setiap masa.

Ingat dulu ada juga niat nak ceritakan flashback hidup aku masa dulu, terutamanya semasa kecil di Gerik. Tapi rasanya tidak menarik untuk diulang cerita sepanjang masa.

Hendak juga aku ceritakan perihal masa di UiTM suatu masa dulu, dengan Yus dan kawan-kawan. Tapi aku rasa ianya bakal menyinggung perasaan orang lain. Itu sebabnya aku jadi bosan untuk menulis. Orang mempersoalkan apa yang aku tulis disini. Mereka berhak bersuara, tapi mereka juga perlu ingat, ini macam diari aku sendiri. Dan aku boleh tulis apa saja yang aku rasa aku mahu tulis dan ianya boleh menjadi 100% realiti atau 100% fantasi, terpulang pada pandangan aku sendiri. Tengok cerita Big Fish, mungkin korang akan faham maksud aku.

Aarrrr.... Menariknya post aku dalam Diaryland. Takde masa nak menulis. Aku nak baca semuanya dulu. :)

No comments:

Post a Comment