31.12.06

Genting Highland For A Week

 

Seminggu aku berada di Hotel Sri Malaysia, Genting Highland. Gambar sebelah adalah gambar Lea, salah seorang peserta kursus induksi yang aku jadi urus setia dan aku semasa minum-minum di kedai makan sebelah hotel malam terakhir tugas aku disana.

Geng-geng dia saja yang betul-betul kamcing dengan aku. Hampir setiap hari lepas kelas mereka, mesti pergi minum-minum dengan mereka. Lea ni orang Johor. Aku ingat aku memang tak ramai kawan orang Johor. Boleh kira dengan jari tangan je kot. Dia yang ambil shot ni dengan effect yang sedia ada dalam SonyEricsson Cyber-Shot aku. Aku cukup suka gambar ni. Dan ada satu lagi gambar.

Antara bebudak geng diorang ni, si Lea ni la yang paling havoc agaknya. Ada sekali tu aku rasa aku tengah lelap mata, rehat dalam bilik hotel. Tetiba je phone hotel berbunyi. Ingatkan siapa. Rupanya Lea salah call. Entah siapa yang dia nak call sebenarnya tapi yang menariknya ialah cara dia buat ending perbualan. Dia boleh kata, "Thank for the services". Hehe. Pelik. Dan antara geng mereka ni juga, hanya dengan Lea je yang aku betul-betul boleh connect. Mungkin dari cara berbual tapi yang penting, aku senang dengan orang yang open minded.

Realitinya kebanyakkan daripada mereka ini akan ditempatkan dicawangan JPN seluruh negara selepas habis kursus induksi mereka. Jadi, kemungkinan besar aku takkan bertemu mereka lagi selepas ini. Ini merupakan tugas urus setia pertama yang aku pernah jalankan. It was fun and membuka mata. Baru aku tahu memang susah nak jaga karenah orang. Semua ada karenah mereka sendiri. Tetapi yang menarik kalau kita dapat turun padang dan dengar cerita daripada peserta sendiri. Itu yang aku buat. Tanya keadaan mereka dan aku juga dapat dengar cerita-cerita menarik mereka.

Kalau diberi peluang, aku nak jadi urus setia sampai habis program 17hb Januari nanti. Tapi disebabkan jadual dah ditetapkan, maka aku boleh jadi urus setia hanya untuk masa seminggu sahaja. Takpelah. Cukup untuk aku berkenalan dengan orang-orang yang menarik dari segi perangai dan sifat mereka. Untung dapat berkenalan dengan orang baru. Mereka begitu hormati urus setia, cuma aku rasakan ianya agak berlebihan. Aku pun rasa aku tak layak untuk terima pernghormatan daripada mereka banyak-banyak sangat.

Makanan hotel agak pelik tapi boleh kata okay. Cuma disebabkan gigi aku yang agak sakit, aku tak dapat la betul-betul menikmati makan. Rancangan TV memang membosankan. Takde Astro.

Berbalik dengan Lea. Raya Haji ni dia balik Taiping. Rumah err... iparnya mungkin. Lupa dah. Aku cakap kalau aku balik Kuala Kangsar, boleh juga aku pergi bawa dia jalan-jalan di Taiping. Tapi aku tak balik pun. Rugi la sikit.

Hopefully Lea dapat Putrajaya. Boleh jadi kawan baik. Hehe. InsyaAllah. Posted by Picasa

24.12.06

Cyber-Shoting My Future

Esok aku ke Genting Highland. Seminggu. Jadi urus setia program induksi jabatan. Kalau ikutkan aku sepatutnya pergi awal tahun baru. Tapi ada la sorang staf opis ni yang rasanya nak beraya Haji secara besar-besaran kot. Seminggu lebih dia cuti. Aku offer la tempat aku untuk dia. Sebab masa tu aku ingat kerja aku dah okay. Kena pulak tiba-tiba hard disk crash. Jadi aku pergi Genting ni dalam keadaan kerja yang tak siap-siap lagi. Malang betul. Tension pun ada juga.

Aku dah tukar handset. Hehe. Sony Ericsson K800i Cyber-Shot. Jangan tanya, tapi aku dapat murah je. Trade-in dengan phone lama. Phone lama tu sebenarnya dah biol. Kalau hantar sms, rasanya ambil masa 10 minit baru clear balik screen. Selagi belum habis, selagi tu phone tu jam, kita tak boleh nak guna buat apa-apa pun.

Aku dah lama mengidam K800i ni. Paling tension kalau ternaik lrt yang penuh dengan iklan dia atau pagi-pagi buta di KL Sentral masa pergi kerja. Apa sebab aku pilih K800i? Sebab kamera Cyber-Shot je. Takde reason lain. Tipu la kalau aku kata aku ada reason lain. Kalau aku nak dengar lagu sepanjang masa, baik aku peli Sony Ericsson Walkman phone je. Lagi menarik bunyinya. Tapi phone yang aku beli ni pun kira ok bunyinya. Obviously being a Sony. Hehe.

Aku suka fotografi. Jadi sebab utama aku beli phone ni ialah untuk ambil gambar. Memang la baik beli kamera digital je. Tapi takde kerja aku nak usung sana sini kamera tu. Aku suka satu device mudah yang ada macam K800i ni. Tak menyusahkan aku. Secara umumnya aku berpuas hati dengan mutu gambar yang terhasil Very impressive sebenarnya. Aku ambil night shot, peh, nampak jelas. Kalau ambil tengah goyang pun, ada stabilizer lebih kurang untuk kurangkan gegaran. Gambar memang sharp. Takde banyak sangat noise macam camera phone biasa. Memang kamera betul handset ni, cuma terbina dalam phone je.

Cuma aku kurang puas hati dengan keypad dia. Mungkin aku dah terbiasa dengan Nokia. Tapi keypad dia agak lembab. Spring-back dia lambat. Itu yang leceh. Tapi rasanya aku tak banyak main sms. Jadi kira ok la.

Kira nasib orang kedai tadi tak perasan masalah handset lama aku tu. Kalau dia tengok betul-betul, rasanya dia tak ambil dengan harga yang mahal. Handset tu pun terjaga. Takde calar. Itu orang kedai ingat handset baru. Padahal dan 1/2 tahun. Dah rosak pun softwarenya. Nasib dia tak perasan. Ahh.. Dia dah untung banyak dari aku. Berapa lama pula handset K800i ni aku akan pakai? Lama agaknya. Sebab aku tukar handset lama ialah ianya dah hampir rosak. Daripada aku baiki dan kena cas ratusan ringgit, baik aku trade-in. So, thanks Nokia 3250. Banyak kenangan. Welcome SonyEricsson K800i Cyber-Shot.

====

Dah lama tak drive dalam KL. Tadi siang aku drive melilau dalam KL. Rupanya KL jam harini. Ada pula sebuah lori trailer rosak MRR2 dekat persimpangan Maluri. Jam dari situ sampai Sungai Besi. Jadi aku cari jalan lain. Masuk Bandar Tun Razak, masuk Taman Tasik Permaisuri, Masuk Shamelin. Saja jalan sebenarnya. Last baru sampai Bukit Bintang, destinasi sebenar aku. Jauh betul. Baik aku ikut Highway Sungai Besi je awal-awal.

Satu aku perasan driver di KL ni, sangat-sangat agresif terutama lelaki melayu dan cina yang muda, samada drive Wira, Satria atau apa saja kereta Ah Beng. Kita dah bagi signal nak masuk line pun dia dengan selamba himpit rapat agar kita tak dapat masuk. Apa, korang nak pergi mana? Jatuh saham ke kalau bagi orang lain masuk? Aku agak driver muda zaman sekarang ni memang takde adab driving. Kedekut nak mampos. Agaknya boleh meletup kereta dia kalau orang potong depan dia. Aku kalau tak fikir malas nak bergaduh, mau saja aku gesel dengan kete diorang. Takut apa.

Aku tengok driver yang dah berumur, lebih bertimbang rasa dan lebih understanding. Kalau kita dah bagi signal nak masuk, diorang slow dan bagi laluan. Takde nak himpit. Takpe, di KL ni korang boleh tunjuk lagak. Kalau jumpa di Kuala Kangsar, aku langgar je sampai korang masuk Sungai Perak tu! hehe.

====

Apa azam aku tahun depan? Kahwin. Hehe. Itu yang utama kot. Entah, kalau ada rezeki, insyaAllah. Dah 32, takkan tak mahu kahwin lagi kot. Kemudian nak cari duit lebih sikit. Memandangkan aku dah mahir dengan publishing, aku nak offer buat publishing kecil-kecilan. Dapat masuk sikit kira ok la. Namun di antara semua azam tahun depan, azam paling aku nak buat ialah pergi ke Jengka dan menziarahi pusara Arwah Kak Nor. Dia meninggal dunia pada tahun 1998. Maka hampir 10 tahun dia meninggal namun aku masih belum pernah sekali pun menziarahi pusaranya. InsyaAllah akan aku cuba penuhi hasrat aku ini yang saban tahun aku tangguh. Well, sekarang dah bergenangan air mata pula. Ish...

Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia ajar aku agar jangan berdendam. Dia ajar aku agar tidak semata-mata nampak salah orang lain. Dia mengajar aku supaya menjadi orang yang pemaaf dan paling penting menjadi seorang yang lebih sabar...

Melihat dia terlantar di pembaringan, kurus kering, tiada daya berbicara dan renungan yang begitu dalam disaat-saat akhir hidupnya, aku lihat seorang insan yang begitu tabah menghadapi kehidupan walau diseksa sebegitu rupa. Disaat aku marah melihat orang melakukan kekejaman terhadap dirinya, dia pula ingin sekali memohon kemaafan daripada orang itu kerana dia fikir, kalau tidak ada salah dan silap dirinya, tak mungkin orang itu menyeksanya. Aku tak fikir ramai orang yang mampu berfikiran sebegitu.

Al-Fatihah buat Arwah Kak Nor Kumalaisari Abdul Mubin.

23.12.06

Sekuntum Ros Kuning Memudarkan Perit Seminggu

Isnin lepas, satu mala petaka menimpa. Habis sekelip mata hard disk pc aku ni crash tak tentu pasal. Kalau tak salah aku, hard disk ni baru setahun lebih digunakan. Maknanya masih ada waranti sebab biasanya waranti untuk hard disk ialah 3 tahun keatas. Tengok kalau ada masa nanti, aku nak pergi claim waranti aku. Kalau boleh dapat. Tapi biasalah kalau kedai jual komponen pc ni. Banyak la alasan dia nanti. Balik-balik nanti salah kita juga.

Cuma aku tak kisah semua tu. Paling aku tension ialah di sebabkan hard disk aku ni crash, habis semua kerja aku, data dan apa saja yang aku dah kumpul selama 4 tahun hilang. Nasib ada beberapa data yang lama aku dah simpan dalam cd atau dvd. Tapi yang baru-baru ni masih belum aku backup. Paling parah ialah annual report untuk opis aku. Masalahnya pc opis tak berkuasa secukupnya nak jalan Adobe InDesign dan beberapa perisian publishing lain. Jadi terpaksa guna PC aku sementara menunggu pembelian Apple iMac. Korang tahulah masalah kalau order barang untuk pejabat kerajaan.

Aku sebenarnya dah awal-awal lagi bagitau bos supaya jangan mengharap sangat pc aku. Risiko tinggi. Kebetulan pula aku tak sempat nak backup hasil kerja sebulan lebih aku. Ye lah, takde pulak fikir nak crash tak tentu pasal. Selamanya tak pernah terjadi. Mungkin sebab aku selalu usung kesana kemari pc ni yang menyebabkan vibration banyak sangat kot. Maka tamatlah riwayat hard disk 120 gigabait aku. Buat sementara ni aku ganti dengan Hitachi Deskstar SATA 7200rpm 80 gigabait. Aku nak dapatkan satu unit lagi hard disk, mungkin dalam kapasiti 160 gigabait sebagai ganti hard disk lama yang crash tu. Semua tu nanti akan aku claim daripada opis. Bos yang suruh aku claim. Memang patut pun aku claim. Aku nak claim RAM juga. Satu ram 512MB aku dah rosak. Saja aku tinggalkan atas meja di pejabat supaya bos tahu apa masalah aku hadapi.

Namun walaupun hard disk tu crash, aku masih boleh extract bererapa data penting daripadanya. Memang ambil masa berhari-hari untuk dapatkan semua. Guna tools macam disk recovery dan yang berkaitan. Jenuh nak tunggu sebab pc secara automatik jalan dalam mood yang paling perlahan. Bukan crash tak boleh jalan langsung. Crash mungkin disebabkan ada bad sector. Tapi pelik juga sebab selama ni tak pernah ada bad sector. Tiba-tiba isnin lepas kena. Mungkin aku terbuka virus. Entah. Tapi protection pc ni rasanya dah cukup bagus. Masih pelik tapi biarkanlah.

====

Petang Jumaat tadi aku jumpa Asyikin di Ampang Park. Rupa-rupanya dia tak pernah kesana. Pelik juga sebab dia orang KL. Mungkin tak nampak apa yang menarik di sana kot. Tapi bila dia dah ada di sana, suka je dia. Harini aku jumpa dia berbaju kurung biru dan bertudung putih. Jumaat agaknya. Kalau jumpa malam-malam biasanya free hair. Mungkin dia baru balik dari kerja. Aku suka tengok rambut dia. Tapi aku tak pernah pula suruh dia jumpa aku dalam keadaan free hair. That is her choice.

Pergi makan pizza. Aku dah lama sangat tak makan. Dia pun sama. Jadi ajak la dia pergi makan. Nasib kenal dengan orang yang tak berkisah sangat pasal makan. Gerai tepi jalan pun boleh, restoran mewah pun boleh. Seperti biasa kami akan berbual sepanjang masa dan rasa macam tak sudah. Ada saja yang hendak diperkatakan.

Aku dah bagitau yang aku berikan dia sekuntum ros kuning? Oh ya, aku bagi dia sekuntum bunga ros berwarna kuning. Selepas duduk di meja makan, dia pergi basuh tangan. Aku keluarkan kuntum bunga ros berbalut plastik dan letakkan di atas meja. Dia kembali di meja dan tidak langsung menyedarinya sehinggalah hampir seminit kemudian. Bila ditanya siapa yang bagi, aku katakan ada orang lalu dan terus meletakkan kuntuman bunga tersebut di atas meja. Heh. Tapi kenapa ros kuning?

Yellow roses signify strong feelings of pure joy, gladness, happiness and friendship, but were once used to convey jealousy. Friendship is the main meaning of the yellow rose but it also signifies familiar love and domestic happiness. Yellow roses also symbolize fun and freedom. Today, the yellow rose is used to embrace a new beginning, apologize or express sympathy, and to say, "remember me" , "I am sorry', or "I care." Yellow roses are appropriate for marking the beginning of a new life together or for starting all over again. A Yellow rose with red tip indicates friendship falling in love.bellaonline

Separuh dari makna di atas benar dengan niat aku. Tapi sebenarnya Asyikin sukakan ros kuning. Pada awal perkenalan kami lebih 4 tahun yang lalu, dia pernah beritahu yang dia sukakan ros kuning. Mungkin masa itu kami berbual mengenai bunga, maklumlah, kami berkenalan di malam Valentine's Day. Kalau tak silap aku, tiada sesiapa yang pernah berikan dia ros kuning. Kalau ros merah memang ada. Dia ramai peminat dan ramai yang menaruh harapan. Dia baru saja menerima sejambak ros merah dari seseorang kalau dari apa yang Asyikin perkatakan, begitu benar-benar mengharapkan dia.

Kenapa sekuntum? Aku boleh berikan 100 kuntum tapi apakah ia akan memberi makna yang lebih dari apa yang aku maksudkan? Jadi aku berikan sekuntum. Dan cuma itu; tiada hiasan atau tambahan jambak bunga lain seperti yang selalu dilakukan. Aku fikir ianya lebih ikhlas begitu. Romantik? Well, kalau korang kenal dia, you would do the same. :)

Cuma, bila kenal dengan sikap dan cara pemikiran dia, aku tahu dia akan tegur aku dan katanya membazir walaupun aku beli dengan harga cuma RM3 saja. Tapi bila tengok cara dia menerima sesuatu pemberian orang, sekuntum rasanya tak cukup. Suatu kegembiraan apabila bersama dengan Asyikin adalah apabila melihat dan merasai cara dia menghargai diri kita dan apa yang dia lakukan pada kita. Bukan hanya aku, malah orang lain akan katakan perkara yang sama.

Hakikatnya, itu mungkin kali terakhir yang aku akan dapat berjumpa dengan dia dalam waktu-waktu begitu, damai suasan malam. Kerana selepas ini dia akan kembali berpindah kerumah ibu bapanya di Puchong. Sebenarnya lebih mudah untuk aku bertemu di sana tapi lebih sukar untuk dia nanti. Sebab dia perlu berulang alik kerja dari Puchong dengan Kuala Lumpur. Lebih memenatkan.

Orang bertanya, kenapa aku banyak menceritakan mengenai Asyikin dan kenapa aku begitu rapat dengannya. Kerana dia dekat dengan aku. Kerana aku ada sepanjang waktu dari dia remaja sehingga dia dewasa sekarang. Kerana aku gelarkan dia My Angel; di waktu jiwa menjadi begitu kacau, senyuman dia akan melenyapkan segala kekacauan itu.

Adakah aku akan minta lebih darinya daripada apa yang aku miliki sekarang?

Tidak.

Kerana suatu masa dahulu aku pernah meminta sebegitu sebanyak 2 kali. Aku tak pernah terima apa-apa jawapan darinya, walaupun perkataan

Tidak.

Maka, aku takkan minta apa-apa lagi darinya mengetahui sejauh mana ianya lebih bermakna begini dari yang pernah aku fikirkan lebih bermakna suatu masa dahulu. Aku rasa, begini lebih menyenangkan buat kami berdua, mungkin. Dalam hati ini tidak meronta-ronta mahukan apa lagi. Aku dah perolehi semua yang aku mahukan darinya, iaitu

Senyuman.

Cukuplah. More than that, aku mahu hidup seratus tahun lagi untuk melihat dia gembira dan bahagia sepanjang hidupnya...

11.12.06

No. 12, Jalan Sultan Idris, Gerik, Perak

 
 Inilah dia rumah aku yang pertama, seingat aku la. Rumah kerajaan yang ayah dapat setelah berkahwin dengan emak pada tahun 1974. Aku dilahirkan pada tahun 1975 di hospital. Tapi adik aku yang kedua lahir di dalam rumah ini pada tahun 1976. Kawasan rumah ini memang penuh ketenangan, sehingga sekarang. Kali terakhir aku pulang ke Gerik, aku merayau-rayau ke kawasan ini untuk memerhatikan perubahan sekelilignya. Tidak banyak yang ketara. Rumah asal masih ada. cuma ada tambahan beberapa buah bangunan lain. Tapi seingat aku, pokok yang sebelah kiri gambar memang tak ada sebelum ni. Masa aku kecil dulu ada sebuah pokok jambu batu betul-betul ditepi kiri rumah. Di situ aku mencari buah jambu bila tiba musimnya. Disebelah kanan pula ada sebuah pokok yang agak besar. Mungkin sebab itu aku tidak berapa ingat apa yang ada disebelah kanan rumah kerana mungkin aku takut dengan pokok tersebut.

Rumah kerajaan era lama ni memang besar. Ada satu bilik tidur utama sebelah kanan rumah dihadapan kereta tu. Disebelah kirinya ada sebuah bilik kecil yang merupakan bilik permainan aku suatu masa dulu. Dinding dalam bilik ini cuma ada pagar besi. Jadi kita boleh nampak apa yang berlaku dalam bilik tersebut biarpun pintu tertutup rapat. Pernah jadi cerita sedang aku bermain-main dalam bilik ni (sebab ada kotak besar penuh dengan permainan), pintu bilik tersebut terkunci. Aku tahu macamana, mungkin aku kuncikan sendiri. Tapi emak tak boleh nak bukanya dari luar menyebabkan aku terperangkap di dalam bilik tu sampai tengahari. Bila ayah balik, baru boleh dia buka pintu bilik. Tapi aku masih ingat emak berikan aku air oren dan biskut melalui ruang pagar besi bilik tu.

Sebelah kiri rumah adalah ruang tamu yang agak besar. Set sofa rotan dihadapan sekali. Peti TV mengadap kepintu utama. TV hitam putih dengan pintu yang boleh ditarik. Kalau hujung minggu, orang kampung berhampiran akan datang kerumah aku untuk menonton filem-filem melayu lama dan kalau tak silap mereka juga datang untuk menonton Drama Minggu Ini. Ramai, mungkin hampir 20-30 orang. Yang paling best, aku dapat duduk di sofa, tuan rumahlah kononnya.

Ruang tengah sebelah kiri rumah pula ialah ruang makan. Ada meja makan besar disitu dengan 6 buah kerusi tipikal set meja makan tahun 80an. Di situlah selalunya ayah buat kerja (aku tak tahu apa yang dia buat). Ada sebuah rak almari yang dibina sendiri oleh ayah disebelah meja makan. Rak almari tersebut kali terakhir aku lihat, beberapa tahun yang lalu. Adik aku yang nombor lima pernah terhantuk kepalanya ke pintu cermin rak almari tu hingga pecah cerminnya. Nasib tidak ada apa yang berlaku di kepala budak sorang tu. Menjerit aku marahkan dia sebab memang betul salah dia.

Ruang tengah sebelah kanan pula adalah ruang terbuka yang berdinding tinggi dengan pintu besar untuk parking kereta. Disitu juga terdapatnya bilik mandi dan bilik air yang berasingan. Jarang aku mandi situ, budak kecik, penakut. Jadi aku mandi dibawah garaj tempat letak kereta di ruang terbuka itu juga. Aku ada gambar aku mandi disitu. Hehe. Emak dan ayah pernah bela ayam di ruang terbuka ni, dalam reban sebelah bilik mandi.

Ruang belakang rumah pula adalah dapur. Dapur yang cukup luas. Setiap kali aku dengar lagu Tiga Kupang, aku pasti akan teringatkan dapur dan juga kuali yang tergantung di dinding dapur. Masa tu emak masih guna dapur minyak tanah untuk memasak. Kalau mungkin korang masih ingat, dapur ada tangki kaca yang berisi minyak tanah dibawahnya dengan tapak zink berwarna biru. Masa tu masih ada kukur kelapa yang sering aku jadikan alat permainan, jadi motosikal. Ada almari/gobok lauk kayu yang berdinding depan jaring plastik. Emak akan simpan makanan yang baru dimasak atau yang tak habis didalamnya. Ada peti air jenama National satu pintu. Ada Tudung saji asli yang dibuat dari lapisan plywood dan kain batik.

Aku ketika itu masih makan nasi guna pinggan ayan. Cawan tin pun aku guna juga. Pinggan kaca pyrex masa itu terlalu mahal untuk budak sekecil aku.

Jiran sebelah kiri rumah adalah keluarga cina yang betul rapat dengan kami. Pernah suatu senja aku yang masih kecil dan sedang makan nasi, merayau kearah rumah jiran cina tu kerana mencari ayah. Kerana tidak nampak jalan dan mungkin asyik dengan makanan dalam pinggan, aku duduk ditengah padang antara dua rumah tersebut. Puas ayah dan emak cari, akhirnya keluarga cina tu yang nampak aku sedang duduk makan ditengah padang dalam senja yang semakin gelap.

Di sebabkan rumah ini terletak bersebelahan dengan pejabat ayah, dia cuma menggunakan basikal untuk berulang-alik kepejabat. Kiranya pada waktu itu, ada basikal sudah cukup okay. Keluar dari rumah, belok kekiri. Lebih kurang 30 meter, belok kekiri lagi dan berkayuh menaiki curam landai tepi padang bola. Lebih kurang 50 meter, tiba disimpang empat, belok kekanan dan terus kayuh lebih kurang 30 meter, sampai pejabat. Dekat. Tak panas sebab ada pokok angsana yang besar di tepi jalan memayungi dari terik matahari.

Sungai pun dekat, cuma lebih kurang 100 meter dari rumah, keluar rumah terus melintas jalan dan terus kehadapan hingga tiba ke jambatan gantung (waktu itu). Sungai Kenderong. Di tepinya sekarang ada rumah Dato' Seri Tajol Rosli, Menteri Besar Perak sekarang. Tapi kawasan tersebut selalu mengalami banjir.

Keluarga aku menetap di rumah ini dari tahun 1974 hingga 1981. Kemudian kami berpindah ke penempatan rumah murah yang ayah beli. Tapi kenangan di rumah lama ini masih jelas dalam ingatan. Posted by Picasa

8.12.06

Sekarang Ni...

 

Sekarang, macamni la aku. Besar. Agaknya harini lagi besar. Itu gambar setahun dua lepas di Taman Botani, Putrajaya. Jalan-jalan dengan seseorang yang sekarang dah jadi bini orang. Lepas hujan jadi rambut basah semacam je. Kemudian kami naik bot di tasik Putrajaya. Okay la sebab rasanya masa tu takde lagi boat-ride keliling Putrajaya macam yang ada sekarang.

Tunggu 3 bulan lagi... Posted by Picasa

12 Tahun Lalu...

 

12 tahun lalu aku begini. Kurus, mungkin dalam lingkungan 65 kilo saja. Gambar ni diambil di Bukit Cerakah semasa ada family day untuk kursus semasa aku di ITM, masa tu ITM la.. Sekarang dah UiTM. Tengok aku pakai baju purple. Nak difikirkan balik rasa kelakar sebab masa beli, mati-mati ingat baju tu kaler biru. Itu masalah dengan orang yang rabun warna macam aku ni. Apa nak buat, dah beli, pakai je la. Itu pun awek yang bagitau aku pakai baju purple. Takde apa yang nak dilindungi tentang kekurangan diri sendiri.

Tapi masa tu memang aku kurus. Kurang makan agaknya. Tapi salah satu sebab utama, masa tu aku fit sebab selalu bersukan. Dah memang atlet suatu masa dulu. Wakil sekolah itu ini. Sekarang kalau tengok, macam raksasa gemuk. Tapi realitinya aku tercari-cari cara nak kuruskan badan balik. Banyak buruk gemuk badan ni berbanding kurus. Teruk juga bila orang perli semacam je. Tapi kalau ikutkan, aku ni jenis buat bodoh je.

Nanti aku upload gambar terbaru. Huh. Tak malu ye... Posted by Picasa

7.12.06

Best Ke?

Harini best sikit kerja. Takde la boring mengadap kerja sepanjang masa. Semalam aku dengan sesedap rasa buat connection ke internet dengan pc aku sendiri di opis ni. Tak payah nak susah-susah pergi surf di pc lain. Bukan susah nak buat connection kalau tahu mana nak godek, mana nak letak ip dan beberapa perkara yang berkaitan dengan network connection. Biarlah orang nak marah. Aku ada sebab. Senang nak buat kerja. Aku perlu banyak sumber multimedia dari internet untuk buat kerja-kerja grafik. Jadi aku rasa kalau aku on internet di PC ni pun takkan ada masalah nanti. Melainkan orang di luar sana sesenang hati nak menggodam.

Harini dah siap laporan tahunan. Letih nak buat sorang-sorang sejak hampir dua bulan lepas. Bukan senang nak buat kalau bahan takde. Bila aku cakap takde, diorang suruh aku cari. Ada ke patut aku kena cari sendiri bahan. Where got jalan? Lainlah kalau nama kita letak jadi editor ke. Sanggup je aku buat semua kerja. Ini nama aku letak pada Reka Letak / Grafik saja. Jadi itu saja yang aku akan buat dan dah buat. Tak lebih daripada tu. Aku cuma dibayar sebanyak mana gaji untuk bekerja sebanyak mana yang sesuai dengan gaji tu. Ini ikutkan dan kerja profesional yang kalau di luar sana, mesti dah cas ribu-ribuan ringgit. Aku buat untuk ratusan ringgit yang berupa gaji...

1.12.06

Melayu oh Melayu..

Baru balik dari PC Fair di KLCC. Ramai orang. Memang la ramai, cuti sekolah, orang balik kerja, orang jalan-jalan tak tentu arah. Ada pokok krismas besar tengah-tengah Suria KLCC. Wah, bersungguh-sungguh ye orang Malaysia sambut krismas. Agaknya berapa ramai orang kristian di Malaysia ni? Sejuta, dua juta? Mungkin lagi ramai dari orang Islam? Entah, tapi yang pasti setiap kali menjelang krismas, sambutannya mengalahkan orang kristian di negara barat menyambutnya. Tadi aku tengok dan dengar dua orang putih yang sinis menyindir lagu krismas mereka sendiri. Err.. Mungkin mereka bukan kristian.

Sementara itu di dalam surat khabar terutamanya surat khabar berbahasa Melayu dan juga media elektronik yang lain, tak sudah-sudah dengan cerita Rufaqa iaitu kumpulan yang diketuai oleh Ustaz Ashaari yang dulunya glamer dengan Al-Arqam. Katanya sesat lagi? Sebenarnya aku pelik, kalau mereka tu jenis orang yang sesat, kenapa mereka mengejar ekonomi dan teknologi jauh lebih hebat dari orang Melayu Islam kita nak buat? Kenapa mereka boleh menjana jutaan ringgit hasil perniagaan mereka? Agaknya semua yang membeli produk mereka pun ahli juga ke? Kaya betul ye.

Dan media serta pihak yang berkenaan tak sudah-sudah menghentam mereka seperti tiada pengakhirannya. Kenapa? Aku bukan menyokong Rufaqa. Jauh sekali dari hendak mengikutnya. Aku masih ingat bagaimana mobiliti kumpulan Al-Argam dulu dalam perjalanan dakwah dan ekonomi mereka. Tiada yang boleh menandingi kehebatan mereka ketika itu. Tiada yang mampu, mungkin. Sekarang Rufaqa bertindak dalam situasi yang sama. Berdakwah dan mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh memalukan korporat Melayu lain (terutama mereka yang suka dengan keris). Kenapa mereka dituduh begitu begini? Kalau benar mereka nanti bakal ditangkap semuanya, apa akan jadi dengan ekonomi dan perniagaan mereka? Siapa yang akan ambil alih? Ada orang tertentu yang akan merampasnya atau perniagaan mereka akan diteruskan oleh orang yang dari kumpulan mereka juga nanti?

Aku nampak ada perbalahan ekonomi sebenarnya disini. Mungkin ada yang dengki dengan kekuatan ekonomi kumpulan Rufaqa. Mungkin saja. Kita tunggu dan lihat.

Selain dari itu, aku melihat kerugian yang amat besar untuk orang Islam di Malaysia. Agaknya betul, orang melayu ni pantang nampak orang lain senang...