24.12.06

Cyber-Shoting My Future

Esok aku ke Genting Highland. Seminggu. Jadi urus setia program induksi jabatan. Kalau ikutkan aku sepatutnya pergi awal tahun baru. Tapi ada la sorang staf opis ni yang rasanya nak beraya Haji secara besar-besaran kot. Seminggu lebih dia cuti. Aku offer la tempat aku untuk dia. Sebab masa tu aku ingat kerja aku dah okay. Kena pulak tiba-tiba hard disk crash. Jadi aku pergi Genting ni dalam keadaan kerja yang tak siap-siap lagi. Malang betul. Tension pun ada juga.

Aku dah tukar handset. Hehe. Sony Ericsson K800i Cyber-Shot. Jangan tanya, tapi aku dapat murah je. Trade-in dengan phone lama. Phone lama tu sebenarnya dah biol. Kalau hantar sms, rasanya ambil masa 10 minit baru clear balik screen. Selagi belum habis, selagi tu phone tu jam, kita tak boleh nak guna buat apa-apa pun.

Aku dah lama mengidam K800i ni. Paling tension kalau ternaik lrt yang penuh dengan iklan dia atau pagi-pagi buta di KL Sentral masa pergi kerja. Apa sebab aku pilih K800i? Sebab kamera Cyber-Shot je. Takde reason lain. Tipu la kalau aku kata aku ada reason lain. Kalau aku nak dengar lagu sepanjang masa, baik aku peli Sony Ericsson Walkman phone je. Lagi menarik bunyinya. Tapi phone yang aku beli ni pun kira ok bunyinya. Obviously being a Sony. Hehe.

Aku suka fotografi. Jadi sebab utama aku beli phone ni ialah untuk ambil gambar. Memang la baik beli kamera digital je. Tapi takde kerja aku nak usung sana sini kamera tu. Aku suka satu device mudah yang ada macam K800i ni. Tak menyusahkan aku. Secara umumnya aku berpuas hati dengan mutu gambar yang terhasil Very impressive sebenarnya. Aku ambil night shot, peh, nampak jelas. Kalau ambil tengah goyang pun, ada stabilizer lebih kurang untuk kurangkan gegaran. Gambar memang sharp. Takde banyak sangat noise macam camera phone biasa. Memang kamera betul handset ni, cuma terbina dalam phone je.

Cuma aku kurang puas hati dengan keypad dia. Mungkin aku dah terbiasa dengan Nokia. Tapi keypad dia agak lembab. Spring-back dia lambat. Itu yang leceh. Tapi rasanya aku tak banyak main sms. Jadi kira ok la.

Kira nasib orang kedai tadi tak perasan masalah handset lama aku tu. Kalau dia tengok betul-betul, rasanya dia tak ambil dengan harga yang mahal. Handset tu pun terjaga. Takde calar. Itu orang kedai ingat handset baru. Padahal dan 1/2 tahun. Dah rosak pun softwarenya. Nasib dia tak perasan. Ahh.. Dia dah untung banyak dari aku. Berapa lama pula handset K800i ni aku akan pakai? Lama agaknya. Sebab aku tukar handset lama ialah ianya dah hampir rosak. Daripada aku baiki dan kena cas ratusan ringgit, baik aku trade-in. So, thanks Nokia 3250. Banyak kenangan. Welcome SonyEricsson K800i Cyber-Shot.

====

Dah lama tak drive dalam KL. Tadi siang aku drive melilau dalam KL. Rupanya KL jam harini. Ada pula sebuah lori trailer rosak MRR2 dekat persimpangan Maluri. Jam dari situ sampai Sungai Besi. Jadi aku cari jalan lain. Masuk Bandar Tun Razak, masuk Taman Tasik Permaisuri, Masuk Shamelin. Saja jalan sebenarnya. Last baru sampai Bukit Bintang, destinasi sebenar aku. Jauh betul. Baik aku ikut Highway Sungai Besi je awal-awal.

Satu aku perasan driver di KL ni, sangat-sangat agresif terutama lelaki melayu dan cina yang muda, samada drive Wira, Satria atau apa saja kereta Ah Beng. Kita dah bagi signal nak masuk line pun dia dengan selamba himpit rapat agar kita tak dapat masuk. Apa, korang nak pergi mana? Jatuh saham ke kalau bagi orang lain masuk? Aku agak driver muda zaman sekarang ni memang takde adab driving. Kedekut nak mampos. Agaknya boleh meletup kereta dia kalau orang potong depan dia. Aku kalau tak fikir malas nak bergaduh, mau saja aku gesel dengan kete diorang. Takut apa.

Aku tengok driver yang dah berumur, lebih bertimbang rasa dan lebih understanding. Kalau kita dah bagi signal nak masuk, diorang slow dan bagi laluan. Takde nak himpit. Takpe, di KL ni korang boleh tunjuk lagak. Kalau jumpa di Kuala Kangsar, aku langgar je sampai korang masuk Sungai Perak tu! hehe.

====

Apa azam aku tahun depan? Kahwin. Hehe. Itu yang utama kot. Entah, kalau ada rezeki, insyaAllah. Dah 32, takkan tak mahu kahwin lagi kot. Kemudian nak cari duit lebih sikit. Memandangkan aku dah mahir dengan publishing, aku nak offer buat publishing kecil-kecilan. Dapat masuk sikit kira ok la. Namun di antara semua azam tahun depan, azam paling aku nak buat ialah pergi ke Jengka dan menziarahi pusara Arwah Kak Nor. Dia meninggal dunia pada tahun 1998. Maka hampir 10 tahun dia meninggal namun aku masih belum pernah sekali pun menziarahi pusaranya. InsyaAllah akan aku cuba penuhi hasrat aku ini yang saban tahun aku tangguh. Well, sekarang dah bergenangan air mata pula. Ish...

Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia ajar aku agar jangan berdendam. Dia ajar aku agar tidak semata-mata nampak salah orang lain. Dia mengajar aku supaya menjadi orang yang pemaaf dan paling penting menjadi seorang yang lebih sabar...

Melihat dia terlantar di pembaringan, kurus kering, tiada daya berbicara dan renungan yang begitu dalam disaat-saat akhir hidupnya, aku lihat seorang insan yang begitu tabah menghadapi kehidupan walau diseksa sebegitu rupa. Disaat aku marah melihat orang melakukan kekejaman terhadap dirinya, dia pula ingin sekali memohon kemaafan daripada orang itu kerana dia fikir, kalau tidak ada salah dan silap dirinya, tak mungkin orang itu menyeksanya. Aku tak fikir ramai orang yang mampu berfikiran sebegitu.

Al-Fatihah buat Arwah Kak Nor Kumalaisari Abdul Mubin.

No comments:

Post a Comment