14.1.07

Seharian

Aku ke Mid Valley. Kononnya nak melepak (ada lagi yang buat benda ni ye). Masuk Nike Store tingkat atas. Aku nak tengok jersi baru Malaysia. Okay. Cantik. As I expected. Tengok buat di mana; Portugal. Huh! Tengok harga... RM259.90. Erk!

Kenapa RM259.90? Aku rasa macam jersi pasukan world cup je. Mahal gile. Betul la ni replika jersi yang betul. Memang mahal. Baju panas pun harga lebih kurang. T-shirt bodoh pun mahal. Inilah akibat kalau ditaja oleh Nike. Memang ambik kesempatan betul. Tapi baguslah. Takde la selama ni pakai baju second grade. Cuma aku fikir, siapa yang sanggup beli jersi bolasepak Malaysia yang kira bingai tu dengan harga RM259.90? Kecuali orang tu memang fanatik bola atau lebih tepat, penyokong fanatik Malaysia, orang lain takkan beli.

Aku sendiri pun fikir dua tiga kali (lebih kot) untuk beli. Lebih baik aku beli baju retro Adidas Liverpool F.C. Cool. Sayang takde tulisan penaja Crown Paint atau Candy atau Hitachi. Tapi jauh lebih murah. Jauh lebih nostalgik. Tapi secara khususnya, jersi Malaysia kali ni memang lebih 'garang'. Lago kepala harimau lebih garang dan macam cakap

"Siap kau!"

Kalau tengok logo Nike Singapore, kepala singa, nampak 'serene'. Nampak cool je. Takde urgency, takde 'ganas'. Tapi mungkin ada baiknya juga. Diam-diam bapak singa. Aku tak faham kenapa Nike guna ular tedung selar untuk logo Thailand. Kepala gajah kan lebih menarik?

====

Aku bakal sibuk lagi. Esok nak ke Setapak tengok perasmian bangunan mini KHEDN disana. Kemudian mungkin kena pergi ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Chan Sow Lin untuk hantar draf laporan tahunan. Lepas tu nak kena siapkan gimik untuk perasmian sukan dalaman JPN. Kemudian nak kena jaga kursus induksi staf JPN yang baru. Banyaknya nak kena buat. Buletin lagi belum siap. Tapi buletin sedang penuh dengan idea...

====

Maaf buat Asyikien...

9.1.07

Rupa-rupanya kotak belang-belang Nike di Bukit Bintang tempohari tu adalah perasmian penajaan Nike untuk pasukan bola sepak Malaysia. Patut nampak familiar semacam je. Aku jenguk website untuk cari info lebih lanjut mengenainya. Ini yang aku jumpa. Menarik. Nampaknya Nike betul bersungguh-sungguh untuk menaja pasukan bola sepak Malaysia. Tidak macam Adidas dulu yang kebanyakkan jersi tajaan mereka adalah novelty ataupun produk yang berasaskan produk sedia ada.

Penajaan Nike kali ini lebih detail termasuklah kalau tengok betul-betul pada jersi home ada ikon keris terdapat pada baju. Cool. Kemudian, logo FAM yang diletakkan pada baju adalah jenis yang sama macam team Korea dan Australia, getah melekat agaknya. Dulu masa Adidas taja, mereka cuma sulam bendera Malaysia saja.

Jersi home Malaysia kali ni (seperti gambar dibawah) adalah bersandarkan jersi yang pernah dipakai pada tahun 1958. Bila aku tengok balik, teringat aku jersi team bola sepak JKR Gerik, Perak masa aku kecil-kecil dulu. Sama je. Jersi kali ni nampak gah dah 'bersemangat'. Ini barulah boleh dipanggil jersi! Tapi harapnya pemain pun turut bersemangat nak bermain.



Di bawah ini pula adalah jersi away Malaysia. Warna biru dengan ada lining merah. Nasib ada lining merah tu sebab seluarnya warna putih. Kalau tidak memang sah nampak macam jersi team Italy. Huh! Tapi jersi ni aku rasa lebih cool dari jersi home Malaysia.



Yang ini pula adalah Anthem Jacket atau kalau nak senang, baju panas la kononnya. Ahhh... cool. Aku nak beli kalau ada duit. Memang kuning nampak cool ye? Patut sultan-sultan suka kuning.



Set dibawah ini pula adalah padanan jersi home dan away Malaysia termasuk dengan seluar. Puas hati.



Secara keseluruhannya, very nice work. Jangan komplen pasal permainan. Harap Malaysia boleh berubah.

Kalau ikutkan bukan Malaysia saja yang ditaja, Singapura, Indonesia dan Thailand pun turut ditaja Nike untuk musim 2007. Seingat aku, cuma Indonesia yang telah awal lagi ditaja Nike. Singapura pakai Lotto/Puma. Thailand pakai FBT. Nampaknya Nike bijak dalam bisnes mereka. Tengok apa akan berlaku nanti. Dengan design yang cukup menarik ni, pasti ramai yang akan pergi kekedai untuk membelinya. Team tak hebat pun takpe, jersi hebat! Selebihnya korang boleh lawat link di bawah untuk tengok keseluruhan produk Nike. Tidak, aku tidak dibayar oleh Nike untuk menghebahkan semua ini (sob.. sob..)

">Nike Team Malaysia New Jersey Kit

Boot-Camp (Boot Tidak Dijual Bersama)

iMac - sejenis binatang ganas



Installation Windows XP untuk kegunaan Dual-Boot. Menyusahkan.



Windows XP dalam Apple iMac setelah selesai proses installation dual-boot guna Boot-Camp



iPod-like remote control. Very useful

Apple Ni Tak Boleh diMakan!

 
My new iMac at work. Baru sampai jumaat lepas.

Apple iMac 20"
Intel Core 2 Duo 2.16Ghz
1024MB DDR2 667MHz
128MB ATI Radeon 1600XT
250GB 7200RPM HDD
Apple Super-Drive
20" of deliciously wide lcd screen.
Apple OSX 10.4 Tiger
Keyboard and Mighty-Mouse
and not forgetting, an ipod like remote control.

drool...

Aku minta lama dah binatang jahat ni. Bulan Oktober lepas. Alasan aku adalah untuk kegunaan publikasi majalah dan kerja-kerja editing video dan audio yang berkaitan dengan aktiviti pejabat. Sebab aku minta Apple berbanding PC biasa;

1. Cool (bagi aku la..)
2. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, tempat kami cetak buku, majalah etc. guna Apple yang sama (rugi aku tak mintak Mac Pro)
3. Kalau aku bagi spec. PC, nanti orang ingat aku nak main games.
4. Nak bagi opis-mate jeles.
5. Aku minta sesuka hati sebab bos tak tahu amenda! (realiti)

Kalau tak silap aku, Apple iMac aku ni adalah satu-satunya Apple yang digunakan dalam JPN seluruh Malaysia. Entah, aku tak jumpa lagi yang lain. Takde sebab mereka nak pakai Apple. Tapi sekarang aku nak bagi satu sebab yang jelas. JELAS. Stabiliti. Guna sendiri baru tahu. Memang la Linux dan lain-lain OS open-source murah, tapi realitinya, disebabkan kelok pembelajaran yang tinggi menyebabkan orang macam kakitangan kerajaan biasa kurang minat nak guna. Kalau guna Apple, jelas depan mata. Kalau tak tahu juga guna, entah apa la diorang ni.

Tapi disebabkan bos aku tak faham requirement aku, dia tak beli software yang sepatutnya. Adobe Creative Suite CS2 yang berharga lebih kurang RM3000 lebih. Jadi terpaksa buat masa ni aku buat dual-boot pada Apple iMac (grrrr!!!) supaya aku boleh run Windows XP Service Pack 2 dan Adobe Creative Suite CS2 for Windows. Arrggghh.. Macam letak body Toyota pada enjin Ferrari. Nanti aku tunjuk gambar aku dengan biolnya install Windows XP ke dalam iMac dengan menggunakan Boot-Camp, perisian dual boot oleh Apple sendiri. Huh?

Puas hati? Puas. Sekarang takde alasan buat kerja slow lagi. Baru tersedar betapa besarnya 20" tu. Macam padang golf. Selama ni aku main bola atas padang bola. Sekarang aku main bola atas pada golf! Mana tiang gol? Nun hujung sana! Luas. Aku cuba Need For Speed Carbon; mak aih, nampak brek kereta. Mungkin 5 tahun lagi aku boleh minta skrin 30" sebab power cermin mata mungkin masa tu dah cecah 1000!

Apple... still drooling. Posted by Picasa

7.1.07

Tunjuk Perasaan Ada Dalam Agenda Tahun Melawat Malaysia 2007 ke?


Makcik ni kata

"Daripada pukul kami ni, baik korang pergi pukul Mat Rempit. Lagi baik."

Memang betul pun. Apa motif FRU datang ke perhimpunan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga tol 7 Januari 2007 di depan Sunway Pyramid? Makcik tu siap dukung anak dia yang cacat. Mamat FRU yang ada dekat dia jeling je tengok makcik tu. Muka memang tak puas hati langsung. Entahlah, mungkin FRU memang diajar untuk menjadi tidak belas kasihan. Ada sesetengah daripada mereka memang nampak tak puas hati langsung. Sedang kebanyakkan daripada penunjuk perasaan cuma bertepuk tangan. Takde pun aku dengar mereka kutuk polis.

Aku kebetulan ada di Sunway Pyramid. Ingatkan nak cari CD. CD tak jumpa tapi tunjuk perasaan jumpa. Ingatkan nak tengok kejap je. Tapi bila tengok stesen bas dah jam, jalan pun dah jam, kensel. Seronok juga tengok tunjuk perasaan. Last sekali aku tengok masa kempen reformasi tahun 1998. Lama dah tu.

Tapi kali ni aku rasa polis tidak seberani dahulu. Sekarang hampir setiap orang yang ada disana siap dengan kamera digital, kamera video, camera phone dan segala macam jenis media yang boleh dijadikan bukti kalau ada apa-apa tindakan ganas pihak polis terhadap penunjuk perasaan. Dan, kuasa internet sekarang adalah jauh lebih hebat dari media massa yang ada di Malaysia ni. Media arus perdana boleh laporkan apa saja yang mereka mahu, orang ramai tetap ada alternatif lain yang lebih 'adil'.

Satu yang menarik aku nampak tadi. Sedang orang ramai terus tidak berganjak bila 'water canon' FRU mula bergerak, seorang wartawan TV3 cemas tak tentu pasal. Dia je yang takut sedang penunjuk perasaan takde rasa apa-apa pun. Pelik juga. Wartawan apa ni?

Secara umumnya, tunjuk perasaan ni berjalan dengan aman, cuma yang ralatnya, mereka mengganggu lalu lintas. Ada yang berani berdiri tengah jalanraya yang amat-amat sibuk. Kalau kena langgar siapa susah? Nasib baik polis halang. Polis baju biru dan polis trafik tu kira ok la. Tapi aku masih tak faham dengan FRU. Apa motif? Aku tak nampak pun penunjuk perasaan yang bawa senjata berbahaya selain kayu pengibar bendera. Takkan nak hempuk polis dengan lensa kamera kot?

Paling menarik bila tengok anak-anak muda yang begitu ramai terlibat terutama dikalangan gadis-gadis yang bertudung. Mungkin mereka sokong PAS. Tapi mungkin juga tidak. Perempuan paling seksi yang hanya pakai singlet putih dengan seluar pendek jeans pun ada. Apa yang menarik minat dia? Loud Healer tu ke?

Berada disitu, aku seakan mahu saja menolak kata-kata pakar mengenai keadaan harmoni rakyat Malaysia yang kian berkurangan. Melayu, Cina, India dan segala macam bangsa lain aku nampak bersatu padu termasuk indonesian yang aku rasa mungkin susah hati sebab ramai sangat polis. Entah siapa la yang pandai kata orang Malaysia dah berbelah. Tengok ok je. Aku siap sembang dengan seorang uncle cina yang tak sudah-sudah dia kata, kali ni BN teruk. Mungkin betul. Suara orang cina di kota ni memang berkuasa.

Aku tak minat dengan politik sebenarnya. Tadi mereka, ahli politik pembangkang boleh la janji itu ini mengenai hal yang mereka sendiri tidak nampak dengan jelas. Teringat lagu John Lennon

Imagine there is no country... Posted by Picasa

For Angel

Apabila kita mengenali seseorang dalam masa yang lama, ada waktunya kita dapat merasakan apa yang dilalui dalam dirinya...

5.1.07

Aku, Berubah.

Aku tidak pasti kenapa, tetapi tahun ini aku mulakan langkah dengan begitu lemah dan tidak bermaya. Hanya satu yang baru bermula (mungkin kerana ianya masih panas) sahaja yang aku rasa berbaloi untuk aku tumpukan buat masa ini. Selain daripada itu aku rasakan sudah lama beku. Mungkin mereka tidak lagi selesa dengan karenah aku yang aku tahu sering menyusahkan.

Aku merasakan mereka semakin jauh. Malah lebih jauh dari yang aku jangkan. Mereka yang begitu hampir dengan aku suatu masa dulu pun aku rasakan begitu jauh. Mungkin, masa telah mengubah segalanya. Susahnya bila aku sentiasa memikirkan yang aku tidak pernah berubah. Sentiasa disini. Jadi apabila berlaku perubahan, aku begitu dapat merasakannya.

Kadang-kadang aku keliru. Sejauh mana lagi perlu aku lakukan untuk mereka nampak watak aku yang sebenarnya? Adakah begitu susah untuk mengenali aku? Mungkin mereka tidak mahu berusaha untuk mengenali atau mungkin aku tidak betul-betul jelas dengan mereka. Apa jua keadaannya, aku tidak faham kemana arah mereka dan kenapa arah itu menuju jauh daripada aku.

Maka, aku telah ucapkan terima kasih kepada beberapa orang daripada mereka. Satu, ianya sebagai sebuah penghargaan atas segala kebaikan mereka terhadap diri aku. Kedua, sebagai ucapan selamat tinggal. Selamat tinggal kerana aku rasa aku tidak diperlukan lagi oleh mereka. Biarlah. Mereka semuanya sudah mampu berdiri dan berlari. Lebih lama mereka berlari, lebih jauh mereka dari aku yang masih terpaku disini. Kenapa perlu aku halang mereka? Itu hak mereka untuk lakukan apa saja dalam hidup mereka dan yang pasti, mereka senang dengan apa yang mereka lakukan.

Aku ucapkan terima kasih kerana aku letih. Letih untuk mengejar mereka sedang aku tidak bergerak walau seinci dari tempat asal aku berdiri. Mungkin aku akur dengan kata-kata,

"Kalau engkau cintakan seseorang, lepaskan dia. Kalau dia cintakan kita, dia akan kembali"

Rasanya aku amat-amat menghargai mereka dan yang mereka telah lakukan. Maka, aku rasa wajar sekali aku lepaskan mereka dari 'belenggu'. Pergilah tanpa perlu fikir apa-apa tentang aku. Kalau mereka hargai aku, mereka akan kembali. Aku tidak mengharapkan apa-apa. Aku cuma mahu lihat mereka bahagia. Itu saja.

Kerana selepas dari ini, aku mahu berjalan seorang. Aku dah letih berhenti temankan seseorang dan akhirnya mereka tinggalkan aku. Aku mahu berjalan dan tidak mahu fikirkan tentang sesiapa. Banyak perkara yang mahu aku lakukan. Banyak yang tertangguh dalam hidup yang mencecah 32 tahun ini. Aku tidak mahu membezakan diri aku dengan orang lain. Rezeki masing-masing.

Kemana aku mahu pergi? Aku tidak akan kemana-mana. Aku cuma tidak mahu memperdulikan apa-apa lagi mengenai mereka. Kerana ianya begitu menyukarkan bagi aku. Sering kali aku tersinggung. Mungkin aku menjengkelkan, tetapi hakikatnya aku tidak pernah mengabaikan. Aku sentiasa ingat walau ada kalanya mengambil masa begitu lama untuk aku ingat kembali. Tetapi sekurang-kurangnya aku ingat. Aku tidak terus untuk abaikan begitu saja. Maka, tidak perlu aku kemana-mana.

Entah, harini ini begitu sayu. Biar ada yang menceriakan, tetapi dia begitu asing dengan hidup aku. Seingat aku, kalau tidak aku mulakan, mereka tidak akan mulakan. Kalau tidak aku katakan sesuatu, mereka tidak akan kata apa-apa. Kalau aku tidak menyampaikan salam, mereka tidak akan tegur aku. Kalau aku tidak memandang, mereka langsung tidak menoleh.

Jadi biarlah. Cukup buat masa ini tentang semua itu. Kecewa? Tidak. Aku cuma ucapkan terima kasih (selamat tinggal). Aku tidak pergi jauh, aku masih disini. Aku tidak menunggu mereka, aku cuma mendoakan sesuatu...

Semoga damai hati kalian dan hidup dalam penuh kegembiraan dan kebahagiaan... tanpa aku.

1.1.07

Keep On Going

 

Set PC aku. Mini PC dengan prosesor AMD Sempron 2200+ socket A je. 768MB DDR400 RAM (dulu 1GB). ATI Radeon 9550 256MB AGP Graphics Card. Creative Sound Blaster! Live 5.1 Digital. 80GB Hitachi DeskStar 7200RPM SATA2 Hard Disk Drive (dulu 200GB... isk, semua crashed!). Samsung WriteMaster DVD Burner/ROM. 15 inci ViewSonic LCD Display. Microsoft Keyboard. A4Tech Cordless mouse. Philips SHP805 Stereo Headphone. Itu lebih kurang spec semasa PC ni. Dah dekat 2 tahun dah ni. Senang sebab kecil. Boleh bawak pegi mana-mana aku suka.

Target aku tahun ni yang aku rasa boleh diusahakan;

1. 250GB 7200rpm SATA2 HDD.
2. 400GB Maxtor One Touch External-HDD. (serik dah takde backup)

Kalau aku nak angan-angan;

1. LAPTOP!

Itu je. Posted by Picasa

Selamat Tinggal 2006, Selamat Datang 2007

 
Aku beberapa hari sebelum Tahun 2007.

Selamat Tahun Baru 2007. Semoga apa yang di azamkan tahun lalu dapat dicapai. Semoga hari-hari yang mendatang lebih menceriakan dan lebih membahagiakan buat kalian semua.

Aku?

Aku sepatutnya berkahwin tahun ini. Aku dah hampir 32 tahun pun. Muda lagi ke? Dengan siapa? Rahsia. Haha. Kita merancang, hanya Tuhan yang menentukan.

Aku nak tambahkan lagi pendapatan aku. Sekarang ni takat cukup makan saja. Dengan sedikit kemahiran yang ada aku harap dapat sekurang-kurangnya aku guna untuk tambah pendapatan.

Aku cuba untuk jadi orang yang lebih baik dan berguna. Nak kata aku jahat, tak juga. Tapi orang tak nampak. Jadi aku tetap kata aku jahat. :P

Aku nak kerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Sekarang aku dah dapat kerja yang aku cukup suka. Bermain-main dengan komputer dan segala yang berkaitan dengannya. Dari seorang pekerja biasa, sekarang aku dah jadi designer untuk majalah JPN. Best apa dapat mahirkan diri dengan Adobe InDesign yang selama ni aku ingat susah sangat.

Aku nak balik kampung selalu. Aku rasa tahun ini aku cuma pulang ke kampung tak lebih daripada 10 kali. Kesian mak dan ayah. Mungkin mereka tak cakap direct dengan aku tapi aku rasa mungkin mereka kecewa sebab aku jarang balik. Adik aku duduk KL ni pun yang takde transport hampir setiap bulan balik. Anak apa la aku ni.

====

Aku nak hargai beberapa orang yang begitu bermakna dalam hidup aku tapi biarkanlah aku tak tulis siapa mereka disini. Susah, nanti ada yang tidak puas hati. Tapi mereka tahu siapa mereka. :)

Terima kasih atas segala yang telah kalian berikan. Tak terbalas segalanya itu walau seribu tahun hidup aku lalui.

====

Gambar di atas adalah kenangan tahun yang lalu. Aku dah gemuk, makin gemuk agaknya. Aku dah semakin tua. Hehe. Aku dah semakin letih, mungkin sebab aku jarang senaman. Tapi masa gambar itu diambil, sebenarnya aku sedang gembira. Gembirakan sesuatu. Biarlah aku saja yang tahu.

====

Semoga tahun ini akan membahagiakan kita semua, InsyaAllah. Posted by Picasa