7.1.07

Tunjuk Perasaan Ada Dalam Agenda Tahun Melawat Malaysia 2007 ke?


Makcik ni kata

"Daripada pukul kami ni, baik korang pergi pukul Mat Rempit. Lagi baik."

Memang betul pun. Apa motif FRU datang ke perhimpunan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga tol 7 Januari 2007 di depan Sunway Pyramid? Makcik tu siap dukung anak dia yang cacat. Mamat FRU yang ada dekat dia jeling je tengok makcik tu. Muka memang tak puas hati langsung. Entahlah, mungkin FRU memang diajar untuk menjadi tidak belas kasihan. Ada sesetengah daripada mereka memang nampak tak puas hati langsung. Sedang kebanyakkan daripada penunjuk perasaan cuma bertepuk tangan. Takde pun aku dengar mereka kutuk polis.

Aku kebetulan ada di Sunway Pyramid. Ingatkan nak cari CD. CD tak jumpa tapi tunjuk perasaan jumpa. Ingatkan nak tengok kejap je. Tapi bila tengok stesen bas dah jam, jalan pun dah jam, kensel. Seronok juga tengok tunjuk perasaan. Last sekali aku tengok masa kempen reformasi tahun 1998. Lama dah tu.

Tapi kali ni aku rasa polis tidak seberani dahulu. Sekarang hampir setiap orang yang ada disana siap dengan kamera digital, kamera video, camera phone dan segala macam jenis media yang boleh dijadikan bukti kalau ada apa-apa tindakan ganas pihak polis terhadap penunjuk perasaan. Dan, kuasa internet sekarang adalah jauh lebih hebat dari media massa yang ada di Malaysia ni. Media arus perdana boleh laporkan apa saja yang mereka mahu, orang ramai tetap ada alternatif lain yang lebih 'adil'.

Satu yang menarik aku nampak tadi. Sedang orang ramai terus tidak berganjak bila 'water canon' FRU mula bergerak, seorang wartawan TV3 cemas tak tentu pasal. Dia je yang takut sedang penunjuk perasaan takde rasa apa-apa pun. Pelik juga. Wartawan apa ni?

Secara umumnya, tunjuk perasaan ni berjalan dengan aman, cuma yang ralatnya, mereka mengganggu lalu lintas. Ada yang berani berdiri tengah jalanraya yang amat-amat sibuk. Kalau kena langgar siapa susah? Nasib baik polis halang. Polis baju biru dan polis trafik tu kira ok la. Tapi aku masih tak faham dengan FRU. Apa motif? Aku tak nampak pun penunjuk perasaan yang bawa senjata berbahaya selain kayu pengibar bendera. Takkan nak hempuk polis dengan lensa kamera kot?

Paling menarik bila tengok anak-anak muda yang begitu ramai terlibat terutama dikalangan gadis-gadis yang bertudung. Mungkin mereka sokong PAS. Tapi mungkin juga tidak. Perempuan paling seksi yang hanya pakai singlet putih dengan seluar pendek jeans pun ada. Apa yang menarik minat dia? Loud Healer tu ke?

Berada disitu, aku seakan mahu saja menolak kata-kata pakar mengenai keadaan harmoni rakyat Malaysia yang kian berkurangan. Melayu, Cina, India dan segala macam bangsa lain aku nampak bersatu padu termasuk indonesian yang aku rasa mungkin susah hati sebab ramai sangat polis. Entah siapa la yang pandai kata orang Malaysia dah berbelah. Tengok ok je. Aku siap sembang dengan seorang uncle cina yang tak sudah-sudah dia kata, kali ni BN teruk. Mungkin betul. Suara orang cina di kota ni memang berkuasa.

Aku tak minat dengan politik sebenarnya. Tadi mereka, ahli politik pembangkang boleh la janji itu ini mengenai hal yang mereka sendiri tidak nampak dengan jelas. Teringat lagu John Lennon

Imagine there is no country... Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment