29.9.07

Kutu Takde.. Jadi Mati Akal.

Mana nak pergi hujung-hujung minggu ni? Tak kemana kot.
Apa nak buat hujung-hujung minggu ni? Tak buat apa kot.
Apa nak tulis hujung-hujung minggu ni? Ini je...

23.9.07

Hari Ini Aku Berubah Lagi

Cuma ada beberapa post lagi yang perlu aku lakukan untuk aku menyamai jumlah post aku tahun lepas. Kira banyak juga aku post tahun ini walau aku amat-amat sibuk terutama kebelakangan yang lalu. Mungkin, ianya bakal mencecah 100 post untuk tahun ini. Aku akan cuba. Ruginya sebab kalau ikut sejarah post aku, ianya bermula pada tahun 2002 dengan 1 post dan mula aktif pada tahun 2004. Padahal aku sudah mula buat blog sejak tahun 2001 lagi. Sudah lama. Dulu aku post blog melalui website aku sendiri. Sejak tahun 2004 aku malas jadi malas, maka aku post saja guna blogger. Kalau ikutkan sebelum tu ada Diaryland dan UJournal yang lingkup. Post di Diaryland ada lagi, klik SINI. Aku masih ada post mengenai tragedi 9/11. Mungkin aku akan upload balik bila ada masa nanti.

Hari ini hari yang relaks. Mengemas rumah macam anak dara dan pergi ke Jusco untuk membaca. Malangnya kedai buku situ amat kecil dan amat terbatas bahan bacaan. Kalau dulu aku menetap di KL, MidValley cuma 5 minit dari rumah. Maka MPH situ jadi tempat aku melepak. Sambil membaca. Sekarang aku sudah hilang sumber untuk membaca. Untuk ke KL sudah menjadi terlalu jauh dan membebankan. Kalau ada Internet di rumah, boleh aku baca Wikipedia atau apa saja info di internet sepanjang masa. Tapi belum ada modal lagi. Takpelah, harap Astro dapat membantu aku mengatasi kebosanan di rumah nanti. Ada History Channel, ada National Geographic Channel... Wah... Best. Puas hati. Ye, aku manusia skema sebab tengok semua itu. Tapi biarkanlah. Aku tak dapat apa-apa manfaat tengok E! atau baca URTV.

Asyikin sudah mendiamkan diri. Ada la yang aku salah buat pada dia tu. Takpelah, aku tak nak ganggu dia.

Lily sudah bertunang maka mungkin dia tak boleh langung nak balas sms aku walaupun aku cuma ucap Selamat Berbuka Puasa. Jadi biarkan saja. Aku akan tetap ucapkan Selamat Berbuka Puasa sekali sekala kepada dia atau Ucapkan apa saja yang patut.

Zura masih di Sarawak rupanya. Mengajar di sana. Pelik juga aku. Aku ingat dia cakap dulu kalau dia kahwin, senang dia dapat pindah ke Semenanjung. Rupanya tidak. Takpe, ada baiknya dia di sana saja. Senang hati aku.

Ima esok ada exam. Good luck untuk dia. Jaga PC aku baik-baik. Takpe, menolong orang terutama orang yang sedang belajar ni suatu yang baik, kan? Guna sampai mana dia perlu.

Sudah lama aku tak sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Kak Nor...

Ramai orang perempuan aku kenal ye? Ramai. Ramai juga orang lelaki aku kenal tapi cerita pasal orang lelaki tidak menarik kalau ianya datang dari orang lelaki juga. Pelik rasanya. Jadi baik aku cerita pasal orang perempuan saja.

Aku rasa aku dah bosan untuk menulis. Takde yang menarik untuk ditulis dengan banyak sekatan terhadap penulisan. Tidak boleh menulis mengenai perkara yang sedih yang menyebabkan orang menangis. Yang menyebabkan orang fikir hidup aku menyedihkan. Ahh... Pedulikan orang. Esok aku tulis la balik benda-benda macamtu. Baru senang untuk digubah dengan ayat-ayat menarik, kan?

21.9.07

Maaf Yang Letih

Ada 10 minit sebelum balik kerja. Sempat ke menulis? Harini hampir 200 keping gambar diambil dalam masa 1 jam. Ada majlis dan ada acara penyampaian sijil untuk dekat 200 orang staff yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek MS ISO 9001:2000 dan AKPM 2007 JPN. Aku terpacak berdiri depan pentas untuk mengambil hampir semua gambar tersebut. Letih tangan, letih tengkuk dan letih mata nak fokus. Tapi OK la. Cuma letih. Letih macam ni...



Bukan letih sebenarnya. Bosan. Bosan dengan kerja yang tak banyak tapi yang paling bosan adalah bosan dengan karenah orang. Apa, aku saja ke yang kena ambil hati orang? Takpelah. Aku tak marah. Aku cuma bosan. Tapi biarkanlah. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Sebab selama ni aku cuma menumpang. Kalau orang nak halau, halau je la. Itu hak dia. Lagipun, orang yang dah jauh terbang tinggi, dia takkan dengar apa yang kita jerit dari atas tanah di bumi ni. Angin kuat sangat kot. Atau mungkin, dia takut nak pandang bawah. Takut jatuh.

Apa-apa pun, aku doakan agar kalian sentiasa damai dan bahagia. Selamat berbuka puasa. Bak kata orang, tak baik buat perkara yang tak bulan Ramadan ni. Kurang pahala puasa. Arr... Maaf la. Aku dah letih minta maaf.

20.9.07

Kisah Jam Tangan (Spoiler Alert!!!)

"Jam berapa?"

Kalau si Sudin dalam Bujang Lapok sudah pasti akan mengira berapa banyak jam yang ada disekeliling dia.

"Tuan pakai satu, saya pakai satu..." Haha. Lawak bodoh tapi sangat efektif. Aku dok pakai lawak-lawak jenis ni sekarang bila nak bergurau dengan member. Ada yang sakit hati dengar jawapan dari aku.

"Buka apa nanti?"
"Buka baju, seluar, mata, pintu..." Aku jawab.
"Orang tanya buka puasa nanti makan apa la!" Marah kawan aku.

Pasal jam. Aku tengok pergelangan tangan aku. Korang tengok korang punya sendiri. Aku dah lama tak pakai jam tangan rupanya. Mungkin hampir 10 tahun. Mungkin lebih. Entah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku pakai jam tangan. Mungkin kalau dihitung dari usia aku, cuma 3-4 tahun saja aku pakai jam di tangan. Selebihnya samada aku takde jam langsung, atau jam tangan tidak bertali di dalam poket atau jam di handphone.

Kalau nak diikutkan, memang aku tak reti nak pakai apa-apa di tangan. Cincin atau gelang jangan harap. Sarung tangan pun aku rasa kekok untuk dipakai. Masa menunggang motor dulu aku beli dengan harapan tangan kanan yang memulas pendikit minyak tidak akan berasa kebas bila jalan jauh. Rupanya tidak ada kesan langsung. Tangan tetap kebas. Aku syak tangan kanan aku sedang mengalami fasa awal RSI - repetitive strain injury akibat terlalu lama menggunakan keyboard. Mungkin aku perlu mendapatkan rawatan segera.

Berbalik dengan jam. Mungkin aku tak suka pakai jam tangan sebab ianya tidak selesa ditangan. Kalau pakai jam yang bertali besi, rimas sebab bulu-bulu roma di tangan pasti akan tersepit dicelah-celah rantai besi tersebut. Kalau pakai jam yang bertali kulit, baunya nanti kalau lama dipakai di tangan. Atau mungkin aku patut pakai jam yang berantai dan tersimpan didalam poket (pocket watch) yang biasa orang dulu-dulu pakai? Tapi kalau begitu, aku perlukan set kot, cermin mata satu kanta (monocle) dan sebatang cerut Cuba yang sentiasa terselit dibibir. Tidak lupa rambut disisir rapi belah di tengah dan misai panjang "handlebar". Tambah lagi satu, kasut kulit hitam putih. Ya, itu perlu. Menarik juga kalau dijadikan set baju raya tahun ini memandangkan aku tidak pernah beli baju raya sejak 3 tahun lepas. Kalau hendak buat perubahan, biar pasti mengejutkan orang. Betul kan? Tidak perlu cliche, tidak perlu konformis. Buat sehabis hebat dan aku rasa apa yang aku cakap tadi memang betul-betul hebat. Kalau hendak retro, retrokan diri 100%. Kemudian boleh aku berbual bicara dengan gaya bahasa 30an-50an. Lebih menakjubkan!

Aku masih ingat semasa di ITM dulu, seorang kawan sebilik. Otak memang gila-gila dan bergeliga. Entah kenapa satu hari dia kata mahu gunting rambut. Sedang aku sibuk melukis watak-watak dari karya Tony Wong (komik kung-fu), dia melihat salah satu watak yang berambut separuh kepala di belakang saja. Macam dalam cerita period cina yang biasa kita tonton di TV. Separuh kepala didepan botak, separuh dibelakang berambut dan mungkin bertocang. Itu yang kawan seorang ni buat. Separuh kepala di hadapan botak dan separuh di belakang berambut walau tidak bertocang. Esoknya di kelas. Seperti biasa. Nah, itu betul manusia yang non-konformis. Bukan Melayu yang bangga dengan Guiness di tangan, perempuan yang dilayan dan parodi falsafah barat yang keliru. Itu bukan non-konformis. Itu... berkhayal. Silakan, rambut separuh bota dihadapan. Silakan, seluar senteng setengah kaki. Silakan, pakai baju terbalik luar ke dalam dan tidak perlu tertulis di dadanya

FROSSONICE
AKU MANUSIA PALING HEBAT DALAM DUNIA
AKU NON-KONFORMIS DAN KAMU SEMUA BANGSAT
AKU MANUSIA BERAKAL KERANA MEMBACA FALSAFAH DUNGU DAN ENGKAU HANYA MEMBACA URTV
AKU COOL KERANA ADA MINERAL WATER DI TANGAN DAN ENGKAU HANYA MENELAN AIR LIUR

Tidak perlu semua itu.

Berapa jauh aku tersasar dari jam tangan?

Mungkin aku tidak suka memakai jam tangan kerana aku rasa ianya suatu penindasan diri. Kita memaksa diri untuk sentiasa patuh dengan masa sedang masa itu tidak pernah patuh dengan kita. Kita mahu sentiasa mengawal keadaan dan dengan itu kita perlukan satu alat iaitu sebuah jam untuk memberitahu kita samada kita sedang mengawal keadaan atau tidak.

Atau pakai cincin dijari kerana ianya sebuah pelaburan bagi sesetengah orang. Mungkin kalau yang batu cincinnya sebesar telur ayam, boleh disimpulkan bahawa dia adalah seorang yang gagah perkasa lagi maha hebat. Sekurang-kurangnya kalau bergaduh dengan penyangak, boleh la melebamkan kepala beberapa orang dari penyangak tersebut dengan batu cincin sebesar telur ayam tu.

Atau pakai rantai perak di tangan sebesar-besarnya dengan harapan orang boleh lihat bahawa kita ada rantai tangan besar. Aku ada cadangan, guna saja rantai basikal. Atau rantai motor, atau rantai pintu yang jauh lebih besar dan berguna. Sekurang-kurangnya orang boleh kata engkau seorang non-konformis.

"Yeah, tengok aku! Aku pakai rantai basikal!!!" Jerit sekuat hati di tingkat 5 Suria KLCC dengan harapan awek-awek akan melihat anda sebagai seorang yang amat cool.

"Yeah, tengok aku! Aku khatam Quran, minum Guiness, tidur dengan seramai awek, pencinta alam, bencikan perosak alam, benci pembunuhan, hisap rokok berbungkal-bungkal, baca buku falsafah Barat paling agung, berhaluan kiri (kerana tangan kanan aku sedang memegang sebotol Guiness) dan non-Konformis. Aku Rebel! Tidakkah aku amat-amat COOL??"

Maka dengan penuh taksubnya ramai wanita akan melihat lelaki itu amat-amat cool kerana semua itu. Dan tidak lupa pada cincin dengan batu sebesar telur ayam di jarinya, rantai basikal di tangan, rantai pintu di leher, kasut kulit hitam putih, seluar senteng setengah kaki, baju kot dipakai luar ke dalam, jam poket berkilauan emas, misai handle-bar dan cerut Cuba terselit di bibir. Oh, tidak lupa rambut separuh botak dihadapan. Itu amat-amat cool. Mungkin wanita yang memandang akan meruap...

Sudah amat jauh aku terpesong dari jam tangan. Padahal ini adalah ceritanya. Kesian...

19.9.07

Customised Your Life

Semalam balik sampai KL sebelum waktu berbuka, bergegas aku ke MidValley. Kononnya nak makan Carl's Jr. untuk berbuka puasa. Tapi malangnya belum buka. Entah bila nak dibuka cawangan disitu. Takde kerja aku nak ke 1 Utama semata-mata nak berbuka makan Carl's Jr. Jadi akhirnya aku cuma makan Burger King. Boleh la...

Jadi harini mula kerja balik. Aku buat apa? Aku belajar. Aku belajar InDesign dengan video oleh Steve Holmes, antara pakar dalam publishing design. Bukan apa, senang nak faham apa yang dia ajar. Walaupun apa yang dia ajar tu benda simple, tapi dia ajar penuh detail dan penuh contoh yang jelas. Itulah rahsia aku tahu guna InDesign. Dengan DVD cetak rompak bagaimana nak mahir menggunakan InDesign. Hasilnya boleh korang tengok SINI.

Aku tak mengaku aku pakar, tapi sekurang-kurangnya hasilnya dah nampak dan semakin hari semakin bertambah bagus, kata bos aku. Ok la tu. Ada perubahan. Tapi kata bos aku semasa dia mengadu kepada bos besarnya, aku ni takde successor. Nak buat successor plan pun tak tahu siapa yang boleh ambil alih kalau apa-apa jadi pada aku nanti. Itu masalahnya. Kalau ikutkan memang ada tapi hasilnya kurang memuaskan. Err.. Tak puas hati langsung.

Masalah dengan mereka ni ialah jiwa muda yang suka menunjuk pandai walaupun sebenarnya mereka tak tahu apa yang mereka buat. Kemudian terlalu mengikut kehendak hati muda, maka gelap, kelabu, keras saja yang menjadi pilihan. Designer patut ikut kehendak pelanggan. Melainkan pelanggan tu clueless habis dan serah bulat-bulat pada kita untuk design produk dia.

Kalau kita design produk dengan warna garang tetapi mesej dalam produk adalah sesuatu yang lembut, apa hasilnya? Tak menarik. Itu masalah mereka, tak mahu beralah dengan hasil kerja mereka. Patutnya mereka boleh pelbagaikan usaha mereka agar dapat memuaskan hati pelanggan. Ini tidak, mengharap pelanggan terima bulat-bulat hasil kerja kita walaupun tidak menarik.

Apa yang aku selalu buat ialah research, research, tanya, research, tanya sampai aku puas hati apa yang orang nak dengan design yang aku akan buat. Kalau ada 10 orang keliling aku, setiap orang tu akan aku tanya pendapat dan minta pandangan tentang contoh, cover depan. Itu baru cover, yang lain belum lagi. Kalau mereka puas hati, aku puas hati.

Selamat berbuka puasa. Aku tak tahu nak makan apa lagi harini. Meggi boleh?

17.9.07

Aku Tidak Senang

Lama sudah tak post dari kampung halaman sendiri. Sudah lama tak balik kampung. Rasanya dalam tahun ni, baru 3 kali balik dan ini mungkin paling lama, 4 hari. Setakat bulan puasa ni, dapat la makan murtabak Pak Mat Kuala Kangsar yang amat-amat glamer tu. Kena harinya, orang akan beratur panjang untuk tunggu dapat order. Sedap? Biasa je. Cuma mungkin isinya yang lebih berbanding orang lain buat. Takkan boleh lawan oleh pasar Ramadhan di Putrajaya. Kecuali kalau ada murtabak Singapore. Besar gila.

Harini aku rancang nak beli laksa. Asal balik kampung, aku pasti akan cari laksa. Itu favorite aku. Boleh aku beli banyak sikit nak berbuka nanti. Malas nak suruh emak buat, kesian dia puasa. Jadi beli pun dah ok walaupun kuahnya tak sesedap yang emak buat.

Sini musim hujan jadi nyamuk banyak sangat di rumah. Habis aku kena hurung. Sudahlah aku jenis alah dengan nyamuk. Mesti bengkak-bengkak badan. Lupa pula nak bawa balik baju tangan panjang untuk aku pakai malam-malam. Terpaksa la tanggung gigitan nyamuk sepanjang masa.

Motor lama aku masih ok. Malah makin sedap pula naik motor sebiji ni. Terasa nak beli motor supaya senang aku ke pejabat. Pejabat sekarang dah dekat dengan rumah jadi takde masalah untuk aku guna motor. Ingat baik aku ambil skuter saja. Lebih senang walau kos penyelenggaraan lebih mahal. Tapi takpelah, senang nak bawa. Kalau beli kapchai, risiko hilang tinggi pula. Aku sedang berfikir-fikir.

Esok balik. Ingatkan nak berbuka puasa dengan Asyikin tapi dia pula katanya nak bersolat Terawih. Jadi kalau bebuka di KL, tentu dia tak sempat balik rumah untuk bersolat Terawih. Jadi takpelah, lain kali saja. Atau lain tahun saja. Biarkanlah.

Kenapa waktu senang aku... Erm.. takpelah.

13.9.07

Sehari puasa seluar aku dah longgar. Apa hal ni? Jenuh aku nak perbetulkan sepanjang hari di opis tadi. Pelik sebenarnya. Kalau hari biasa aku tak makan seharian, takde pulak seluar aku jadi longgar tak tentu pasal. Ini baru puasa setengah hari dah longgar? Menarik juga. Agaknya kalau sampai habis Ramadhan nanti, rasanya aku akan kurus sekurus penagih dadah. Heh!

Seingat aku lagi, semalam petang aku makan pizza je. Pizza sebab seminggu lebih aku bebel nak makan pizza, takde orang nak belanja. Jadi aku belanja diri aku sendiri. Malam semalam aku makan buah saja. Jadi semalam memang aku tak makan banyak la ye? Patut la aku terasa lapar harini. Tak lapar kebulur. Lapar je.

Cakap pasal makan lagi... Huh. Selamat berbuka puasa.

12.9.07

Dulu Aku Pernah Beraya

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Jangan lupa puasa kalau yang rasa nak-nak lupa puasa. Harap kurus sesiapa nak kurus bulan puasa ni. Semoga diberkati ibadah yang dijalankan. Semoga damai sepanjang Ramadhan.

Aku tak buat baju raya untuk kesekian tahun. Berapa tahun dah? Lebih 3 tahun mungkin. Baju melayu dulu masih elok kata diri aku sendiri. Walaupun ada juga member yang cakap, buat je la yang baru. Bila lagi nak buat. Aku rasa aku boleh cakap esok, lusa atau bila-bila time bukan raya pun boleh buat. Lagipun time raya aku macam hari biasa saja. Aku takkan kemana-mana pun. Duduk rumah tengok sarkas dalam TV. Atau silap mata atau cereka-cereka melayu yang entah kali ke berapa diulang tayang.

Atau mungkin saja aku beritahu bos aku yang aku mahu kerja time raya nanti. Walaupun aku akan ke pejabat dengan niat untuk surfing sepanjang hari. Mungkin aku boleh bawa balik iMac opis ke kampung dan buat kerja yang aku perlu buat sepanjang minggu bercuti. Bagus juga idea tu. Tapi sure aku kena marah disini nanti. Atau didunia nyata oleh kawan-kawan. Raya tu time orang nak beraya. Apa kes aku kena kerja pula kan?

Kalau raya aku boleh jalan kaki dari hulu ke hilir (orang Gerik kata Kulu dan Kilir) kampung, dari rumah ke rumah untuk makan sebiji dua kuih melayu asli dan dapat duit raya 20 sen, aku nak beraya.

Kalau raya aku boleh kayuh basikal ramai-ramai dengan kawan-kawan pergi ke rumah orang yang aku langsung tak kenal kemudian makan sebiji dua kuih melayu asli dan dapat duit raya 20 sen, aku nak beraya.

Kalau raya aku boleh makan lemang Tok Ki masak dari tengah malam, ketupat yang Tok Wan buat dan rebus dan laksa yang mak aku buat, aku nak beraya.

Kalau raya aku boleh merayau dari Kuala Kangsar hingga ke Seberang Perak nun jauh di utara untuk beraya ke rumah saudara mara yang langsung aku tak pernah tahu wujud, aku nak beraya.

Kalau raya suruh aku tunggu rumah, baik aku tunggu opis...

11.9.07

Asal Dekat Ramadhan Mesti Ingat Nak Makan...

Aku teringat suatu masa dulu aku pernah makan fast food Carl's Jr. Siapa pernah dengar? Masa tu kalau tak salah aku ada dua cawangan di KL, di Lot 10 dan dekat Jalan Silang. Masa tu kira dah mahal sebab burger saja dah RM5 lebih. Tahun 1993 burger harga macamtu memang mahal. McD Big Mac pun baru RM3.60 kalau tak silap. Tapi aku pasti itulah burger paling sedap aku pernah makan. Sayangnya tak lama lepas tu Carl's Jr. tutup kedai.

Tahun 2007 aku jumpa papan iklan yang Carl's Jr. akan buka kembali di MidValley semasa aku jalan-jalan disana. Tak sabar nak rasa kembali burger bapak gajah mereka. Rupa-rupanya di 1 Utama dah lama buka. Lama ke baru aku tak pasti tapi yang pasti dah buka. Jadi bila aku jalan-jalan sana hujung minggu lepas, aku terserempak dengan iklannya. Aku tak peduli. Member aku nak bebel aku makan burger pagi-pagi, pedulikan. Aku tahu dia tak suka sangat dengan burger tambah-tambah burger yang dia tak pernah kenal dan dengar. Tapi aku kenal dan aku pernah rasa...

Jumpa saja aku terus terkedu. Banyak juga menunya dan aku dah lupa apa yang last aku makan. Harga pun boleh tahan. Satu set boleh cecah RM20 lebih untuk seorang. Tapi aku memang dah agak sebab burgernya memang besar. Okay mungkin tak sebesar Wendy's tapi still, 1/2 kali ganda lagi besar dari Big Mac. Aku order Charboiled Double Western Bacon Cheeseburger (aku tengok web sebab aku dah lupa apa yang aku order, tapi kira sama la). Aku order set large dan aku terkejut bila aku dapat cup besar sebesar cup paling besar di 7Eleven. Gila... Member order... err... Chicken Sanwish. Besar juga. Meja makan agak menarik sebab tepinya ada salt and pepper dan kotak tisu ala Amerika yang korang selalu nampak dalam Diner citer-citer omputeh tu. Aku tak sudah-sudah belek. Memang dari sana pun. Tiba je burger, masing-masing terpinga-pinga tengok betapa besar burger yang ada depan mata.

Ingatkan tak boleh nak habis, tapi habis juga. Burger sedap, rasa fresh. Roti lembut dan rasa macam baru masak. Tak kering macam burger biasa. Potato chips lebih sedap. Sos pula diberinya Heinz. Patut la harga mahal. Tapi amat-amat berbaloi. Member yang mulanya agak keberatan nak makan, puji makanannya yang sedap dan berbaloi. Aku terpaksa habiskan sedikit Sanwich dia.

Cuma, tak boleh la nak makan selalu. Mahal. Dan jauh. Jauh tu yang betulnya. Kalau dekat, boleh kata selalu juga aku akan pergi. Apa kelas McD... hehe. Cubalah. Korang pasti akan puas hati. Cuma jangan expect makan burger macam makan steak.

Aku tunggu White Castle pula. Agak-agaknya bila nak buka balik di Malaysia ni. Pernah dengar White Castle? Fast Food juga.

http://www.whitecastle.com/

Aku ingat dulu masa sekolah di Penang, burger White Castle paling murah siap dengan set cuma RM1.40. Murah tapi burger kecil empat segi yang kalau mulut cukup besar, sekali suap pun dah habis. Setahu aku memang semua burgernya bentuk empat segi. Takde la sedap mana. Cuma menarik kalau ada pilihan untuk kita makan. Aku bukan suka teramat suka nak makan fast food. Kita makan nasi hampir setiap hari, apa salahnya kita makan fast food ni sekali sekala. Sakit? Sekali sekala makan fast food lebih bahaya dari tiap-tiap hari makan nasi? Menarik juga teori tu.

Apa lagi yang aku nak makan? Erm... Roti Pisang + aiskrim di Teluk Bahang, Penang selepas pusing keliling Pulau dengan basikal... Ahhh.. Puas. Tapi aku dah gemuk. 100 meter kayuh basikal roda tiga pun mungkin dah kondem.

Apa lagi yang aku nak makan? Umai di Miri. Mula-mula, Yuck! Yuck! Yuck!... Kemudian, hmmm... sedap. Ikan/obor-obor mentah la brader. Bayangkan dalam kepala tu.

Apa lagi? Laksa mak aku buat. Cendol mamak di Lembah, Kuala Kangsar.

Apa kes ni??? Esok nak puasa kan? :P

9.9.07

Mencari Delilah Dalam Hidup Ini

Menulis sambil dengar 'Hey There Delilah'. Cuma suasana sekeliling agak tidak menyenangkan. Kalau tidak, perfect. Masalahnya aku tidak punya apa-apa yang hendak ditulis. Tidak tahu apa-apa yang hendak diceritakan dan tidak pasti untuk apa aku ceritakan semua ini.

Dalam mata ini aku sedang terbayangkan sebuah kilang di Rembau semasa aku praktikal tahun 1996 dahulu bersama arwah Kak Nor. Kami pernah berjalan hampir dua kilometer untuk sampai ke jalan besar. Along the way, kami berbual-bual tentang kehidupan. Aku lihat seseorang yang sungguh-sungguh fikirkan mengenai orang lain jauh lebih penting dari dirinya sendiri. Dia sekarang sudah hampir 10 tahun meninggal dunia sedang aku masih kalut melalui hari-hari yang penuh dengan kehidupan yang aku tidak dapat duga.

Dalam mata ini aku sedang terbayangkan duduk ditepi pantai berbatu-batu di Tanjung Gila bersama-sama Mazura (waktu kerja) sambil berbual-bualkan tentang kehidupan. Aku melihat seseorang yang hilang semangatnya untuk bekerja lagi ditempat aku kerja sekarang. Sedang aku memikirkan apa yang aku akan lakukan esok hari. Dia sekarang sudah menjadi seorang guru, kerjaya idamannya sedang aku masih disini bekerja sudah hampir 6 tahun ditempat kerja yang dulunya aku tidak pernah terfikir untuk berada disitu.

Dalam mata ini aku sedang terbayangkan hidup aku sewaktu lampau sedang aku tidak mengerti hala tuju hidup aku dimasa depan. Aku yang sedang berkayuh laju menuruni lereng-lereng bukit yang penuh selekoh tajam tanpa risau dan gerun dengan sebuah basikal lumba dalam satu perlumbaan basikal. Aku yang sedang bergambar diatas sebuah basikal lumba yang gambar itu dirakamkan oleh seorang pelancong asing begitu kagum dengan keindahan alam disini. Aku yang sedang berada dalam perut kapal terbang menuju ke Miri untuk bercuti dan bertemu seseorang yang aku tahu akhirnya nanti tidak akan dapat aku bersamanya...

Hidup ini sebenarnya indah. Kita lalui hidup ini dengan leka tentang apa yang kita lakukan tanpa kita sedar apa yang kita lakukan adalah sebuah sejarah untuk diri kita. Untuk kita kenang dan untuk kita hargai. Untungnya aku dapat bayangkan semua itu dimata ini seperti ianya sedang terjadi.

Namun tetap ada dalam hati ini penyesalan tentang apa yang telah berlaku. Kalau boleh aku menulis sebanyak mungkin penyesalan itu, akan aku lakukan. Bukan penyesalan... Cuma sesuatu yang telah aku tinggalkan dan kalau boleh aku mahu ianya terakam dalam suasana yang lebih indah untuk aku kenang dan hargai.

1.9.07

Hey There Delilah

"Hey There Delilah" - Plain White T's

Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
and we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here's to you
This ones for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me.

====

This is my song of the day. Beautiful song with beautiful lyrics. I could listen to this song again and again without ever feeling bored. How I wish I could sing this song to someone or somebody that I love and care so much...