Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Jangan lupa puasa kalau yang rasa nak-nak lupa puasa. Harap kurus sesiapa nak kurus bulan puasa ni. Semoga diberkati ibadah yang dijalankan. Semoga damai sepanjang Ramadhan.
Aku tak buat baju raya untuk kesekian tahun. Berapa tahun dah? Lebih 3 tahun mungkin. Baju melayu dulu masih elok kata diri aku sendiri. Walaupun ada juga member yang cakap, buat je la yang baru. Bila lagi nak buat. Aku rasa aku boleh cakap esok, lusa atau bila-bila time bukan raya pun boleh buat. Lagipun time raya aku macam hari biasa saja. Aku takkan kemana-mana pun. Duduk rumah tengok sarkas dalam TV. Atau silap mata atau cereka-cereka melayu yang entah kali ke berapa diulang tayang.
Atau mungkin saja aku beritahu bos aku yang aku mahu kerja time raya nanti. Walaupun aku akan ke pejabat dengan niat untuk surfing sepanjang hari. Mungkin aku boleh bawa balik iMac opis ke kampung dan buat kerja yang aku perlu buat sepanjang minggu bercuti. Bagus juga idea tu. Tapi sure aku kena marah disini nanti. Atau didunia nyata oleh kawan-kawan. Raya tu time orang nak beraya. Apa kes aku kena kerja pula kan?
Kalau raya aku boleh jalan kaki dari hulu ke hilir (orang Gerik kata Kulu dan Kilir) kampung, dari rumah ke rumah untuk makan sebiji dua kuih melayu asli dan dapat duit raya 20 sen, aku nak beraya.
Kalau raya aku boleh kayuh basikal ramai-ramai dengan kawan-kawan pergi ke rumah orang yang aku langsung tak kenal kemudian makan sebiji dua kuih melayu asli dan dapat duit raya 20 sen, aku nak beraya.
Kalau raya aku boleh makan lemang Tok Ki masak dari tengah malam, ketupat yang Tok Wan buat dan rebus dan laksa yang mak aku buat, aku nak beraya.
Kalau raya aku boleh merayau dari Kuala Kangsar hingga ke Seberang Perak nun jauh di utara untuk beraya ke rumah saudara mara yang langsung aku tak pernah tahu wujud, aku nak beraya.
Kalau raya suruh aku tunggu rumah, baik aku tunggu opis...
No comments:
Post a Comment