Bermula dengan album Seventh Son of a Seventh Son, aku terus mencari album-album lain (beli kaset je la) seperti Powerslave dan Somewhere In Time. Album terakhir yang aku beli adalah Fear of The Dark, sekitar tahun 1992. Lepas tu aku terus minat dangdut... Hahaha. Tak, selepas daripada itu, Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden dan diganti oleh Blaze Bayley yang nyata tidak dapat menandingi kehebatan vokal Bruce Dickinson. Apa saja album yang dikeluarkan selepas itu tidak aku beli.
Kira-kira 2 tahun lepas aku berjalan-jalan di Pertama Complex. Terfikir untuk mencari semua CD atau kaset Seventh Son of A Seventh Son. Teringin nak dengar kembali lagu-lagu lama sewaktu aku membesar di MRSM Balik Pulau suatu ketika dahulu. Aku tak jumpa original. Cuma ada salinan kaset yang tinggal. Cukuplah sekadar untuk aku dengar dalam kereta.
Tapi sekarang aku sudah ada beberapa MP3 Iron Maiden dalam playlist iTunes aku. Walaupun aku tak set dalam playlist, sekali sekala seperti di pagi buta ini aku akan memainkan semula. Mengimbau kenangan lama bersama Azrul Hanidi yang sama-sama berjaga malam untuk mendengar lagu-lagu sebegini di Maktab dulu. Terpaksa pinjam kaset Abg Hislimas. Itu aku masih ingat.
Sekarang aku sedang mendengar lagu The Evil That Men Do. Cool...
No comments:
Post a Comment