Kali terakhir aku makan kek hadiah hari lahir sendiri adalah pada tahun 1993. Hampir 18 tahun yang lalu. Kek pandan yang dibelanja oleh rakan pejabat. Tempohari, Zura hadiahkan aku kek sempena hari lahir aku yang ke-36, kek blueberry cheese. Aku sukakan kek keju. Apa saja. Blueberry terlampau manis bagi aku tetapi masih aku makan dengan ceria.
Sempat aku rakam gambar sewaktu dijamu kek di tepi pintu rumah Zura. Tidak boleh masuk lebih ke dalam. :-) Tepi pintu pun sudah cukup. Rakan-rakan serumahnya turut meraikan aku.
Apa lagi yang aku dapat? Zura berikan aku sehelai seluar jeans. Itu aku sendiri yang minta (selepas Zura tanya apa hadiah yang aku mahu). Dia pada asalnya mahu berikan aku sebuah beg yang aku cukup minati. Tetapi aku menolaknya kerana beg tersebut aku akan jarang guna. Membazir. Sekurang-kurangnya, jeans itu boleh aku guna ketika keluar bersiar-siar dengan Zura. Nampak faedahnya depan mata.
Akhirnya kami pergi makan malam di restoran kegemaran kami, Strawberry Fields di Petaling Jaya. Hidanganya; tomyam seafood, telur dadar berisi ayam dan ayam goreng butter. Cukup sedap.
Ianya secara rasmi menjadi sambutan hari lahir aku paling meriah sepanjang hidup ini.