25.7.11

Bebola Daging Idaman

Aku mengidam makan ini,


Meatball di Ikea. Memang sedap. Selalunya bila datang ke Ikea dengan Zura, aku akan singgah makan meatball di kafe Ikea. Tempohari aku pesan set 15 ketul bebola daging. Aku makan seorang. Zura cuma menjamah sandwich yang tidak kurang sedapnya.

Oh ya, Zura tidak makan daging lembu, atau apa-apa daging binatang berkaki empat dan juga ikan bersaiz besar. Maka, biasanya kalau aku makan daging, aku akan makan seorang diri. Kalau di rumah, memang Zura tidak masak daging lembu langsung. Biasanya hanya akan ada ayam atau ikan.

Itu tidak menimbulkan masalah sangat. Sekiranya aku mahu makan daging, aku boleh pergi makan di luar. Lagi pun, dengan umur yang semakin meningkat naik seperti aku ini, bagus juga aku kurangkan makan daging merah. Daging putih seperti daging ayam lebih baik.

Betul, aku sedang mengidam Ikea's meatballs. :D

2 comments:

RiHiKi said...

nmpk cm sodap gk..nk kne try nih..heee

Ahmad Sharidan said...

silakan... memang sedap. makan meatball + sauce + jem. Hehehe.

Post a Comment