Lama tidak menulis. Ada beberapa kerja di pejabat yang perlu diselesaikan segera dan ianya termasuk reka letak dua buah buku. Apabila ianya melibatkan kreativiti, perkara lain perlu ditolak ke tepi dulu. Aku memang begini; tumpuan untuk perkara kreatif tidak boleh dibelah-belah.
Bila siap satu reka letak siang tadi, hati jadi lega. Siap juga akhirnya setelah beberapa ketika aku mengerah otak, mencari idea untuk reka letaknya. Aku tunggu apa respon dari 'pelanggan' nanti. Ya, ianya berbayar. RM200 untuk buku setelah 28 muka. Hampir semua bahan sudah disediakan. Tinggal aku buat reka letak dan hiasinya. RM200 pun cukuplah buat permulaan ini.
Kandungan bayi dalam badan Zura sudah masuk bulan yang ke enam. Ada lebih kurang tiga bulan lagi. Segala persediaan belum kami lakukan lagi. Nama masih belum dicari. Barang keperluan bayi belum dibeli. Namun begitu setiap hari perasaan 'seronok' itu sungguh meluap-luap, tambah lagi bila si kecil dalam perut ibunya bergerak-gerak dan telapak tangan ini merasainya.
Aku masih ingat aku menyiapkan sebuah puisi untuk Fisyah, anak Aliah ketika dia dilahirkan tidak cukup bulan lebih kurang tiga tahun lalu. Ianya berbunyi begini,
Ianya tidak sempurna seperti karya sasterawan tersohor. Tetapi cukup untuk menggambarkan suasana dan sifatnya.
Namun buat si kecil yang sedang masih damai di perut ibunya itu, aku mahu berikan sepenuh kasih sayang, lebih dari sekadar sebuah puisi. Itu janji aku pada diri ini. Ianya tidak mampu tergambar dengan kata-kata, atau dengan raut wajah luaran jiwa ini. InshaAllah.
Doktor jangkakan bayi kami akan dilahirkan pada 14 April 2012, lebih kurang tiga bulan dari sekarang.
Semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini. Amin.

Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia
Atau bondamu tidak sabar melihat dirimu
Kerana itu engkau tiba awal di perhentian ini
Jangan engkau risau wahai puteri
Kami datang menyambutmu dengan penuh kasih sayang
Tidak pernah sekali pun kami akan meninggalkanmu sendirian
Dalam dunia yang bila engkau dewasa nanti
Tidaklah seindah mata kecilmu yang cuba melihatnya
Namun itu juga tidak kami ceritakan kepadamu
Kerana sejauh mana wajahmu berpaling
Akan kami hias hamparan pemandangan damai dan suci
Ceria dan bahagia ayahnda dan bondamu
Akan membelai hari-harimu yang mendatang
Kami menunggu senyum dari bibirmu wahai puteri
Kami menunggu tawa suaramu wahai puteri
Kami menanti saat dirimu perlu untuk dimanja
Dan dirimu dimanja sepenuh jiwa
Lalu kami berdoa
Agar dirimu nanti kelak akan menjadi insan tersanjung
Dibanggai ayahnda dan bondamu
Dikasihi oleh segenap manusia yang menyayangimu
Mungkin engkau sudah tidak sabar melihat dunia
Kami sebenarnya sudah lama menunggu dirimu
Selamat datang, sang puteri
- Puisi Untuk Puteri Kecil Sani & Aliah
oleh Ahmad Sharidan / 13 Januari 2009 / Seri Kembangan
Ianya tidak sempurna seperti karya sasterawan tersohor. Tetapi cukup untuk menggambarkan suasana dan sifatnya.
Namun buat si kecil yang sedang masih damai di perut ibunya itu, aku mahu berikan sepenuh kasih sayang, lebih dari sekadar sebuah puisi. Itu janji aku pada diri ini. Ianya tidak mampu tergambar dengan kata-kata, atau dengan raut wajah luaran jiwa ini. InshaAllah.
Doktor jangkakan bayi kami akan dilahirkan pada 14 April 2012, lebih kurang tiga bulan dari sekarang.
Semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini. Amin.
No comments:
Post a Comment