21.2.12

Terima Kasih Untuk 36 Tahun Yang Indah


365 hari lalu aku menulis bahawa di usia 36 tahun ini, aku tidak akan lagi bergelar bujang. Aku berkahwin pada usia 36 tahun dan ianya terlaksana pada Jun lalu.

Esok aku berusia 37 tahun, inshaAllah.

Jika diizinkanNya, pada usia 37 tahun, aku akan bergelar seorang ayah. Mempunyai anak sendiri di samping seorang isteri adalah sesuatu yang sungguh mengharukan jiwa. Selama aku menulis di blog ini lebih 10 tahun lalu, aku sangkakan hidup ini sudah cukup menawan dan berliku. Tetapi dalam masa terdekat sejak Jun lalu hingga menjelang April nanti, segala yang terisi di sini sejak 10 tahun lalu tidak akan dapat menggambarkan begitu bermaknanya hidup ini.

Fasa baru dalam hidup ini sudah bermula dan walaupun agak lewat, ianya tetap sebuah perjalanan yang menarik dan penuh dengan bunga-bunga yang harum baunya di kiri dan kanan perjalanan ini. Pada penghujung usia aku 35 tahun lalu, aku menulis bagaimana hidup ini tidak sendirian lagi kerana ada Zura sebagai penyeri hidup.

Maka, hendaknya pada usia 37 tahun nanti, hidup ini makin damai bersama isteri dan anak yang tercinta serta bersama keluarga, saudara dan sahabat yang disayangi. Aku fahami maksud 'live life' sekarang. Ianya bukan semester bombastik, penuh keterujaan, penuh warna warni. Live life bagi aku adalah menikmati hidup ini dengan seadanya dan penyeri hidup ini adalah manusia di sekeliling aku sendiri.

Terima kasih untuk 36 tahun yang penuh bermakna. Hello dan selamat datang tahun ke-37 hidup ini. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Hanya Dia yang tahu segala sesuatu di hati ini.


3 comments:

zarilfaizalpsa said...

tahniah dan semoga dikurniakan anak yang solehah...aku nak kau ceritakan perasaan kau esok bila tengok anak tu keluar daripada perut ibunya..kalau kau tanya aku, masa aku sambut anak sulung aku, aku menangis tak terkata kerana terlalu gembira dan bersyukur...tapi jgn ko pengsan pulak tengok dan bau darah..heheheh...

Ain said...

Tahniah dan selamat hari jadi Idan :)

Ahmad Sharidan Mohd Alias said...

Bob & Ain, terima kasih. :D

Bob, inshaAllah aku ok nanti.

Post a Comment