Memandu kereta pergi pulang dari kerja setiap hari boleh menimbulkan rasa bosan. Tambahan jika jarak perjalanan itu mencecah 50 kilometer sehari dan sering menempuh kesesakan.
Ubat atau penawarnya adalah siaran-siaran radio yang berkumandang. Namun begitu ada satu tahap di mana siaran radio ini juga sudah tidak lagi mampu membendung rasa bosan. Tambahan pula jika hampir setiap masa disumbat dengan lagu-lagu rap melayu yang aku ragui kenapa ianya begitu kerap dimainkan di corong radio sedangkan peminatnya tidaklah begitu ramai. Kualitinya juga, meh...
Nasib juga sistem hiburan dalam kereta (ICE - In Car Entertainment) kereta aku menyokong penggunaan USB dan boleh memainkan lagu-lagu dalam bentuk MP3. Maka aku download lagu-lagu seperti ini;
atau;
dan beberapa genre lagu lain, kebanyakkannya instrumental.
Aku mainkan lagu-lagu ini mengikut mood aku sewaktu memandu. Sekiranya matahari senja sedang berlabuh dan melimpahkan cahaya jingga yang indah, lagu instrumental paling sesuai, seperti pelengkap lakaran alam.
Atau waktu hendak meredamkan perasaan marah dan benci, irama piano yang mengalunkan lagu-lagu merdu tanpa suara sudah cukup untuk menenangkan gundah perasaan ini. Begitu juga di waktu aku membuat kerja, bila aku perlukan tumpuan maka aku dengar irama sebegini untuk meredam bising suasana sekeliling.
Aku boleh terima apa saja genre muzik, asalkan ianya bersesuai dengan jiwa ini. Kadang-kadang orang seperti kebingungan apabila iMac di pejabat sedang memainkan lagu-lagu instrumental muzik tarian melayu asli seperti inang, ghazal dan keroncong. Ada yang bertanya, tidak kurang yang mencemuh 'citarasa' ini.
Aku peduli apa. Halwa telinga ini selesa sudah memadai.
Bukankah lebih menarik jika hidup kita ini sentiasa ada 'background music'?

No comments:
Post a Comment