Sekelip mata penghujung minggu tiba.
Waktu terasa berlalu begitu pantas. Esok november menjelang tiba. Setahun lagi waktu bakal dilalui dan ditinggal pergi. Aku seperti tidak sempat mengejar apa-apa buat masa ini. Tahun hadapan aku menjejak usia 40 tahun.
Empat puluh tahun.
Sungguh lama walaupun terasa begitu sekejap tibanya. Mana perginya dekad-dekad yang aku tempuhi sebelum ini? Qaseh hanya baru berusia dua setengah tahun.
Empat puluh tahun.
Lama.
Sungguh lama.
Aku doakan agar 20 tahun dari sekarang aku masih ada untuk melihat Qaseh membesar gembira dan bahagia. Aku pasti akan merindui saat-saat jari tangan ini ditariknya, mendesak aku mengikut kemana saja dia pergi untuk bermain; di rumah dan di mana saja.
Dia sudah menjadi begitu bijak sekarang. Kelmarin dia buat tipu daya terhadap aku. Aku pasang suis mesin pembersih udara. Dia tutup. Aku pasang kembali dan aku cuba halang dari dia menutupnya. Dia berlari ke kanan dan ke kiri cuba mencari ruang untuk jarinya menekan suis penutup. Tidak berjaya kerana aku benar-benar menghalang. Kemudian dia memegang jari telunjuk aku, menarik dan mengajak aku ke peti sejuk. Dia meminta sebotol air Vitagen. Air kegemarannya. Tiba di peti sejuk, sebaik saja dia menyuruh aku membuka peti tersebut, dia meluru berlari menuju ke arah mesin pembersih udara dan menutup suisnya. Dia tertawa riang. Aku terpinga-pinga.
Ya, dia pandai melakukan tipu daya.
Tidak sangka sudah begitu besar dan sudah begitu bijak si kecil ini.
Dalam usia sebegini, Qaseh masih menyusu badan. Entah bila dia mahu berhenti. Aku kasihankan Zura namun dalam masa sama, Zura sendiri kasihankan Qaseh. Katanya, bila Qaseh berhenti menyusu kelak, dia akan rindui saat yang ada sekarang; kemesraan ibu dan anaknya.
Hujung minggu yang tiba ini, Qaseh adalah penyerinya. Rumah kecil kami akan dipenuhi tawa riang, sosok tubuh kecil yang kesana kemari mencari apa saja yang boleh mengusik akal fikirannya. Masa ini adalah emas untuk kami. Ianya tidak akan kekal lama. Ianya bakal jadi kenangan suatu waktu nanti. Sehingga tiba waktu itu, biarkan kami nikmati detik-detik bahagia ini.

No comments:
Post a Comment