30.6.04

Kaunter

Kenapalah orang kaunter jabatan kerajaan ni garang, susah nak senyum dan malas nak jawab soalan pelanggan? Aku kakitangan kerajaan bila berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan pun selalu hadapi semua tu. Patut sangat orang ramai malas nak berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan. Sombong tak tentu pasal.



Tadi aku ke Medan Mara di KL untuk memohon borang pinjaman pendidikan. Sampai tingkat 3, aku mengah lepas naik tangga. Ye la, badan dah gemuk dan langsung tak senaman. Rehat kejap kemudian terus ke kaunter untuk bertanyakan perihal pinjaman tersebut. Dengan keadaan aku batuk (memang batuk teruk pun), aku bertanya dengan nada yang agak perlahan. Kakak kaunter tu senyum pun tidak, bangun pun tidak dari kerusi yang dia duduk berselindung disebalik kaunter yang tinggi melangit (kenapa orang buat kaunter tinggi sangat? Nak menyorok dari apa?). Kakak tu pun tak pasal-pasal suruh aku cakap kuat sikit sebab dia kata dia tak dengar. Okay, aku usahalah tinggikan suara dan terangkan dengan jelas tujuan aku. Kemudian dia minta surat tawaran universiti. Aku tanya nak yang photostat ke yang original. Tak dijawab. Aku bagi surat original (kalau dia simpan mau aku tepuk dahi dia). Lepas tu dia tanya aku student PJJ ke? Erm, tadi tak dengar ke aku cakap? Lepas tu dia bagi borang dan kembalikan surat tawaran (original) aku. Aku tanya hanya borang tersebut saja ke dan ada apa-apa lagi yang aku perlu buat? Dia tenung aku dengan muka yang rimas. Katanya baca apa yang terkandung di dalam. Hmm, takkan la tak boleh nak explain sikit. Aku dah bosan nak tunggu, aku terus balik. Sampai di pejabat aku tengok balik borang tu. Pening juga nak isi sebab ada yang aku tak faham. Sebab itu la aku tanya di kaunter tadi sebab aku nak dia explain sedikit. Ini belum sempat aku nak tanya disuruh aku refer checklist saja. Pemalas betul.



Teruk sangat ke kerja kaunter ni? Mungkin la kot gaji dia tak cukup atau mungkin dia bosan dengan kerja sebegitu hari-hari. Tapi jarang sangat bila aku pergi ke kaunter bank atau apa-apa kaunter swasta (kecuali kaunter tiket bas), orang kaunter akan bersikap sombong. Ada tu ada la. Tapi jarang. Ada pun bila dia tengok kita selebet semacam, malas dia nak layan. Agaknya kita selebet jadi tak berduit. Atau kalau orang cina jaga kaunter dan kita datang. Kalau kita tak smart semacam, jangan harap mereka nak layan. Tapi tak semua orang cina macamtu. Ada orang cina (ramai) yang begitu peramah aku rasa patut dia ajar orang melayu di kaunter kerajaan cara-cara nak berhadapan dengan pelanggan.



Kemudian tadi aku ke JPN Maju Junction (Kuala Lumpur) dengan hasrat nak jumpa Kak Kamariyah. Tapi dia takde. Bila aku tanya orang kaunter (tak habis lagi ni), mereka macam blur je dengan soalan aku. Panik pun ada dan entah, apa yang mereka fikir aku pun tak tahu. Macam la aku tanya, 'Ada jual bom tak encik?'.



Aku duduk di satu sudut dan memerhatikan tingkah laku kakitangan kaunter JPN ni. Aku akui kerja mereka memang sibuk dan tak duduk diam sebab begitu ramai orang yang ada disana pada waktu tu. Secara amnya mereka layan pelanggan dengan baik (cordial), tapi tak mesra. Nombor giliran dipanggil (secara elektronik), pelanggan pun pergi ke kaunter. Tunjuk no giliran kemudian duduk. Kakitangan kaunter secara jelasnya memang tak senyum pun. Masam pun tak tapi lebih bersifat tawar. Kebanyakkan pelanggan aku tengok macam takut-takut nak berhadapan dengan kakitangan kaunter. Agaknya takut kena marah kot. Tapi ada juga pelanggan yang blur habis. Bila orang suruh letakkan ibu jari tangan kanan ke mesin pengimbas, dia letak jari tangan kiri. Orang kaunter naikkan nada sikit suruh letak jari kanan. Pelanggan blur. Lagi tinggi suara arahan sambil tangan menunjukkan tangan tangan. "JARI TANGAN KANAN! JARI TANGAN KANAN!" Menonong je pelanggan ikut. Kemudian entah apa dibebel oleh orang kaunter tu aku tak dengar. Pelanggan tu duduk membongkok bahu, gaya orang takut. Aku tahu dia tak salah dan aku tahu dia tak takut dengan kakitangan kaunter tu. Cuma dia memang tak tahu apa-apa dan blur. Bila aku tengok balik pelanggan tu, aku sedar dia seorang berbangsa cina. Mungkin dia tak jelas dengan arahan tu kot.



Mungkinlah, ada baiknya jabatan kerajaan sediakan jangkawaktu kerja kakitangan kaunter yang lebih pendek. Contohnya dua orang jaga satu kaunter dengan setiap orang jaga 2 jam setiap masa. Lepas dua jam ganti orang lain. Kos tinggi tapi sekurang-kurangnya orang dapat refresh dan dapat hilangkan tension. Kerja kakitangan kaunter jabatan kerajaan tak semudah swasta. Orang swasta dapat duit banyak dan macam-macam lagi. Perks banyak. Kakitangan kaunter jabatan kerajaan cuma dapat elaun kaunter RM40 je. Kalau gaji dia RM911.23 + RM40.00, tak sampai seribu lagi pun. Lepas tu bukan senang nak buat OT. Tolak itu ini, berapa yang dapat? Sikit je kan? Lepas tu kena service berapa orang? Ramai.



Tapi aku tetap bengang dengan kakitangan kaunter yang memang jenis biol. Ikut angin dia. Sesedap rasa nak marah. Pergi McD, sampai depan kaunter terus berhadapan dengan staf yang aku rasa senyum dia dah hilang dalam BigMac. Takde pun ayat "May I take you order sir?". Kita order, dia tekan-tekan butang kemudian hulur tangan minta duit. Berapa? Tengok sendiri di skrin. Erm, susut sikit selera nak makan. Pergi kaunter tiket bas (selalunya bukan Transnasional), tanya tiket. Orang kaunter samada duduk atas kaunter, sibuk dengan call atau sibuk dengan mengikis kuku. Tiket dah habis. Itu saja. Pergi kaunter pasaraya Giant, orang kaunter tu nyonya. Walaupun dia tak senyum tapi dia tak malas langsung nak angkat barang-barang kita beli. Semua dia buat. Rajin betul.



Aku sanggupke kerja kaunter? Mungkin tidak...

26.6.04

Friends

Petang sabtu dan masih di pejabat. Tak penat cuma mengantuk. Semalam aku menonton episod 8 - 12 Season 4, siri Friends. Dah berapa kali ulang tapi aku tak jemu-jemu terutama bila lihat telatah Joey dan Chandler. Ye, aku peminat Friends. Satu KL aku jelajah sedang mencari Friends Season 8 yang tak original. Erm, aku beli original tapi tak mampu nak beli semuanya. Season 1,2 dan 5 aku beli original VCD. Season 3,4,6 dan 7 aku beli DVD cetak rompak. Mana larat nak beli yang original oii. Watak paling aku suka dalam Friends? Kalau boleh aku nak kata Chandler tapi aku tak sekelakar dan sesinis dia. Kalau boleh aku nak kata Joey tapi aku tak sehensem dan seromeo dia. Mungkin aku nak cakap Ross sebab perangai Ross lebih kurang macam aku tapi lainnya ialah aku tak suka konfrontasi dan aku takkan nak mempertahankan sesuatu mati-matian. Jadi kiranya aku suka Chandler, Joey dan Ross. Watak perempuan aku suka Pheobe sebab wataknya amat jujur, naif dan selamba. Monica, aku takkan boleh hidup dengan dia sebab dia control-freak. Rachel takkan nak pada aku sebab erm, aku tak hensem. Heh.



Apa yang best mengenai Friends? Cerita ada sinambungan tapi sub-plot lebih banyak membantu mengurangkan kebergantungan kepada plot utama. Jadi cerita tak jadi meleret tak tentu pasal. Banyak komedi aku lihat ceritanya tak tentu arah dan kadang-kadang tiada arah. Kalau tengok Everybody loves Ray, ceritanya balik-balik konflik dengan isteri dan seolah-olah tak reti-reti nak perbaiki diri dia sendiri. Kenapalah isteri dia setia sungguh? Tapi kalau tengok Friends, kalau bergaduh akan tetap bergaduh dan kadang-kadang sampai melangkau musim tayangan. Maksudnya macam manusia biasa, ada keadaan kita akan bergaduh seminit dua kemudian kembali baik, tapi ada keadaan kita ambil masa yang lama untuk pulihkan hubungan. Kadang-kadang walau sudah pulih, ia masih boleh diungkit bila wujud tak puas hati. Friends begitu ikhlas dalam memperlihatkan suasana ini terutama kisah antara Ross dan Rachel.



Persahabatan pula ada pasang surut seperti Joey dan Chandler. Sudah berapa kali mereka bertelagah dan bergaduh? Banyak. Kalau tak bergaduh maknanya tak normal. Kalau tengok Sienfield, berapa kemungkinan mereka akan bergaduh? Cakap dah macam nak bergaduh tapi masih baik. Itu peliknya Sienfield walaupun bagi aku ianya tetap menarik. Friends juga tak lepas dari memperlihatkan sifat-sifat jujur. Ye la, engkau suka awek kawan engkau. Engkau ambil kesempatan dibelakang dia. Apa rasa? Dalam Friends, agak peliknya kita terpaksa mengaku. Kita takkan dapat membisu dan menafikan. Walaupun agak tak logik tapi hakikatnya ialah jujur dan terus terang. Kalau tak cakap orang tak tahu. Kalau cakap mungkin kawan kita boleh consider sesuatu.



Yang buruk dalam Friends tu memang banyak. Seks bebas, tukar-tukar pasangan, hipokrasi, racist dan lain-lain lagi. Tapi aku bukan hard disk save semuanya dalam otak ni. Mana yang aku rasa elok dan boleh disimpan, aku simpan. Mana yang buruk dan tak elok, tak perlu simpan. Tak payah la ditapis oleh orang lain. Kita sendiri yang tapis, lebih elok dan lebih berkesan.



Pagi tadi aku berdiskusi dengan Zura tentang hal persahabatan. Masing-masih ada pendapat dan sebab-sebab sendiri. Tapi yang pasti bagi kami, persahabatan ada sesuatu yang patut kekal lama dan berterusan dalam apa jua keadaan. Ya, suatu masa nanti aku dan Zura pasti akan terpisah tapi persahabatan tetap akan terus terjalin.



Nak balik rehat dan basuh kain (washing machine). Nak balik tidur dan erm... bersedia untuk pendaftaran esok.

25.6.04

Pendek Aje

Sesiapa yang baik hati, sponsor la laptop untuk aku. Senang aku nak buat assignment dan connect dengan hotspot WiFi. Hehehe. Ada ke patut minta sedekah. Tapi mana la aku ada duit nak beli laptop. Bukannya murah. Paling murah dan okay pun dekat RM3000. Jenuh aku nak kumpul duit banyak tu. Sponsor la... Sponsor la...

*WinK* *WinK* *WinK* (Dengan gaya mata simpati Puss In Boots cerita Shrek 2)

====

Kejap lagi nak pegi main futsal. Ada lawan pula harini. Ingatkan nak main saja-saja je. Malas sangat nak lawan sebab banyak pressure. Kalau takat main-main je, boleh gelak-gelak. Boleh buat lawak dan boleh rileks sikit. Ini sudahla playmaker takde, aku pun tengah mengantuk ni. Ingat nak balik awal kemudian tido.

====

Aku akan register masuk kembali ke UiTM hari Ahad ni. Minggu depan start class. Erk! Dah belajar balik. Boleh ke aku score 3.82 macam last sem lagi ni? Harap-harap boleh la ye. Kalau tengokkan subjek takde la susah sangat. Kalau nak susah pun subjek politik je. Subjek lain tu boleh la makan kalau aku prepare. Aku ingat nak register cepat-cepat lepas tu balik tido. Malas la aku nak pegi perjumpaan petang tu. Lama sangat nak tunggu dan takde apa yang menarik nak dengar. Alah, last sem pun aku tak pegi. Tapi sem ni aku mendaftar sorang-sorang. So, sapa nak temankan aku? Meh le. Aku belanja McD. Hehe.

====

Kawan aku sorang bising pada aku tanya kenapa web ni tak siap-siap lagi. Aku sekarang tengah kehabisan idea. Tatau apa nak design dan nak letak. Malas nak buat pun ye. Macam aku cakap sebelum ni, sampai rumah je, aku tengok TV dan tido. Tak sentuh apa-apa aplikasi dalam PC tu pun. Brain Drain agaknya...

23.6.04

Duit Lagi..

Hujung minggu ni mulalah aku kembali belajar di UiTM. Sibuk balik dengan assignment dan kelas. Harapnya tak bosan macam sekarang. Tambah-tambah ada subjek akaun. Aku cukup suka dengan subjek akaun. Aku tak kata senang tapi aku tak rasa susah. Bolehla. Dulu masa belajar pun time subjek akaun, aku dapat A. Itu pun malas tahap beruang koala nak study. Hujung minggu ni melayang RM1000 lebih untuk yuran belajar. Aku boleh ambil sikit tapi rasa rugi sangat kalau ambil sikit. Aku nak cepat habis. Boleh apply jawatan tinggi sikit.

Aku dok merungut pasal KWSP. Aku kerja kerajaan dan masa awal masuk dulu aku dah pilih skim pencen. Maksudnya aku tak payah nak mencarum ke KWSP sebab bila bersara nanti, aku dapat duit pencen tiap-tiap bulan iaitu lebih kurang 1/2 dari gaji terakhir. Tapi dah dekat dua tahun aku kerja dan dekat setahun aku diluluskan jawatan tapi KWSP masih tetap dipotong. Katanya aku kena tunggu sampai 3 tahun baru boleh dibatalkan KWSP tu. Lepas dari tu aku boleh keluarkan semuanya. Tak banyak pun tapi kira okayla kalau nak bayar muka beli rumah ke, beli kereta atau nak pegi haji. Cuma yang tak puas hati, bila tengok slip gaji untuk bulan ni, potongan yang sepatutnya tak seberapa dah naik jadi banyak. Pening kepala juga memikirkannya. Sudahlah nak pakai duit untuk bayar yuran belajar, KWSP pula 'curi' duit. Indi, KWSP tu sama macam CPF Singapore. :)

Sebab itulah agaknya pekerja kerajaan ni tak banyak menabung ye. Sebab diorang tahu bila bersara je, dapat gaji lagi. Bukan gaji je, duit gratuiti pun dapat. Kadang-kadang sampai ratusan ribu ringgit. Banyak. Lagi lama kerja lagi banyak duit gratuiti yang dapat. Patutla aku tengok pekerja kerajaan bila bersara senang-senang boleh buat rumah banglo dikampung sebiji. Patutlah orang yang suruh ayah buat pelan rumah rata-ratanya orang tua.

Erm.. Sudahlah. Penat aku nak menulis. Otak tengah blur sangat ni.

21.6.04

Bebel

Aku sementara waktu ni memang menjauhi aktiviti PC selain buat kerja di pejabat, tulis blog ni dan tengok TV (ye, aku tengok TV di PC). Main games pun tak, buat website pun tak dan apa-apa yang lain pun tak. Oh ye, kelmarin aku cuci PC aku luar dan dalam. Habis habuk aku buang. Korang patut buat macamtu sekali sekala. Tengok kipas dalam CPU tu kot2 dah penuh dengan habuk. Jangan tak cuci, silap-silap boleh terbakar CPU tu nanti. Tapi kalau tak reti, jangan buat. Terbakar duit pula nanti.

Harini seharian tak buat kerja di pejabat. Sebabnya memang takde kerja. Hujung minggu lepas aku dah siapkan semuanya (ini bukan rajin tapi terlebih laju buat kerja). Jadi harini aku rehat secara tak rasmi dan ianya sungguh-sungguh membosankan. Pegi library pejabat, aku kaut sebanyak mungkin National Geographics. Selak mukasurat je. Takde masa nak baca semuanya. Ye, majalah paling aku suka ialah National Geographics. Nerd? Orang bodoh je yang tak baca National Geographics. Dan orang bodoh je yang baca URTV, Media Hiburan dan majalah kecil yang tak habis-habis dengan cerita seks (pengajaran konon). Okay, tak bodoh tapi agak membazir.

Kenapa nak obses dengan aktiviti artis (define artist for me please - boleh ke panggil Yusry/Erra tu artis?). Kenapa nak baca cerita-cerita seks ganjil dan perkara pelik yang selalunya banyak imaginasi manusia dari realiti. Aku kata selalunya, maksudnya aku percaya tapi aku tak obses. Kalau korang pergi kedai buku, tengok mana orang melayu kita berdiri. Mesti depan majalah hiburan. Budak-budak melayu mesti terpinga-pinga atau paling tidak menjerit menangis ajak mak ayah dia keluar. Jarang nampak budak kecil melayu yang terperap dibalik susunan buku baca novel kanak-kanak, komik dan lain-lain yang berkaitan. Jarang sangat-sangat.

Lepas tu perihal aku suka tengok cerita omputeh dan baca bahan bacaan omputeh. Aku tengok je cerita melayu. Cerita P.Ramlee memang aku suka sangat. Aku suka Selubung, Soal Siapa, Layar Lara dan lain-lain lagi. Aku suka je baca novel melayu. Tapi banyak sangat yang tak bermutu. Novel melayu tak habis-habis dengan soal cinta. Macamtu juga wayang dan cereka melayu. Takde idea lain ke? Nak buat cerita hantu pun kena tapis itu ini. Pelik betul..

Aku nak tengok Shrek entah bila la dapat tengok...

20.6.04

Seorang Personal Computer

Senang kalau hati ni jenis macam software komputer. Tukar aje setting kalau tak serasi atau tak senang dengan setting semasa. Kalau rasa bosan, tukar je interface atau theme. Kalau rasa dah rosak, format je balik. Kalau lupa, restore je. Kalau nak cari sesuatu, taip je Find...

Kalau sakit hati, delete je perkara tu masuk dalam recycle bin. Kalau kecewa, uninstall je. Kalau gembira, simpan atau print banyak-banyak...

Senang ke?

18.6.04

Macam-macam.

Rugi betul rasanya terpaksa cancel satu subjek. Terpaksa sebab nanti clash dengan subjek lain. Nak tambah rasa malas pula sebab bila disemak, subjek yang sesuai diambil adalah untuk semester 4 ke atas. Aku tak nak melangkau jauh sangat. Semester 2 dan 3 nampak banyak sinambungan saja. Jadi baik aku teruskan sementara waktu. Jimat duit lebih kurng RM270. Sekarang pun tengah sempit ni. Takpelah, hasrat nak dapat sijil dekan semester ni terpaksa aku pendam dulu.

Sekarang tengah pening nak settle semuanya sebelum 23 hb ni. Kemudian 27 hb kena daftar. Bulan depan sudah mula kuliah. Penat + pening = aku tengah migrain.

====

Tol mahal? PLUS nak naikkan kadar tol? Hmm.. Lepas tu ramai la orang komplen katanya tak bertimbang rasa dan tak patut. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Orang kita ni sanggup ambil loan berpuluh ribu RM, bayar bulan-bulan beratus-ratus RM dan harga kereta yang cukup mahal (berbanding dengan nilai matawang Malaysia), kita sanggup semua itu. Tapi bila harga tol mahal sikit, naik ke atau di set mahal, orang komplen. Kalau dah sanggup pakai kereta, kenalah sanggup bayar tol. Semua orang nak untung. Kita kena faham, syarikat di Malaysia ni suka bayar imbuhan untuk pengarah-pengarah (berapa ramai tu..) sebanyak mungkin. Duit yang patutnya disalurkan untuk improve keadaan jalan habis dibayar bonus untuk pekerja mereka (selalunya pegawai-pegawai). Itu tak termasuk duit kopi untuk orang-orang penting kerajaan lagi. Semuanya sebab nak jaga bisnes. Sebab itu kalau dilihat nak dikatakan tak munasabah, memang ye. Tapi hakikatnya begitu.

Mungkin orang macam kita ni berfikiran senang, lebih murah kadar tol, lebih ramai orang yang guna. Kompeni akan untung juga. Tapi kalau dah awal-awal start dengan harga yang mahal, persepsi orang dah jadi negatif. Alamak sekali jalan dah RM3.20 (NPE). Kalau mula-mula NPE cas RM2 mungkin ramai orang akan guna. Kemudian sikit-sikit naik dengan kadar kenaikan disemak dengan kadar yang lebih pendek. Apa salahnya begitu. Biarlah selari dengan peningkatan ekonomi rakyat. Ini sekarang dibeban dengan RM3.20. Lima tahun lagi? RM6.00 agaknya. Sebab masa diorang buat loan bina lebuhraya, minta banyak. Aku agak hairan kenapa harga NPE begitu mahal? Jalannya bukan baik sangat dan lebih banyak dibina diatas tanah kawasan setinggan dan rumah murah. Biarlah, aku naik motosikal. Cuma kadang-kadang waktu malam balik dari OT, aku akan lalu NPE dari PJ ke Kerinchi. Lengang dan sejuk. :)

====

Ingat nak beli Laptop. PC di rumah tetap ada tapi nak beli Laptop dan yang ada WiFi. Senang sikit nanti nak surf internet. Nak buat assignment dan nak dibawa kemana-mana. Tapi mahalnya laptop. Nak buat sendiri susah. Tak susah tapi barangnya susah nak dapat. Kalau macam PC, beli itu ini dah boleh siap sebuah. Tapi laptop, mana aku nak cari LCD? Mana aku nak cari casing? Mana aku nak cari MoBo dan komponen lain? Yang biasa aku nampak ialah HDD dan RAM. Itu je. Lain susah. Aku taknak yang besar bapak gajah dengan skrin 14 inci keatas. Kalau boleh aku nak yang skrin 10 inci je. Kecil pun takpe. Senang aku simpan dalam beg gendong aku. Aku bukan nak main games atau tengok VCD (mungkin sekali sekala). Aku cuma nak buat assignment dan menulis jurnal sebegini.

Takpelah, kalau ada cara, aku nak beli juga nanti. Tengoklah cos macamana nanti. Harapnya tak mahal sangat. Memang aku minat dengan Centrino tapi kalau dapat VIA pun takpe. Kalau AMD pun takpe. Asal RAM power dan grafik berpatutan. Spesifikasi? Ermm.. Prosesor tak kisah asal yang agak latest. RAM 256 minima. Grafik GeForce go atau Redeon. Tak kisah la. Kalau intergrated lemah sikit. Sebab aku nak pasang WinXP. HDD takat 40GB dah cukup. Tak payah CDRW atau DVD (kalau ada bagus). PC di rumah dah ada semua tu. Tak payah pun disket drive sebab aku senang pakai Thumb Drive. Sound integrated takpe. Kos? Tak lebih RM3500. Ada kot. Nantilah aku cari. Aku tak risau pasal waranti tapi built quality mesti ada. Kalau pakai sejam dah panas macam periuk nasi, baik tak payah.

Kalau banyak duit, nak cari Tablet PC. hehehe.

14.6.04

Fobia dan Api Dalam Diri Ini

Orang kalau fobia dengan sesuatu perkara atau keadaan, bila ianya datang kembali dapat dilihat bagaimana takutnya dia dengan keadaan atau perkara tersebut. Nak berhadapan atau hendak mengawal keadaan orang yang sedang fobia adalah begitu rumit sekali kerana walau seboleh mana kita cuba menenangkan hati mereka, ianya tetap sukar untuk diterima. Mungkin orang yang mengalami fobia adalah dari golongan mereka yang tidak tahan bersabar atau tidak tahan ditekan. Akibatnya mereka menjadi takut dengan bayang-bayang imaginasi sendiri.

Cuma sekiranya ada orang disekeliling kita yang sedang menghadapi fobia, sebaiknya kita tenangkan hatinya dengan tidak menekankan betapa tidak releven fobia mereka itu. Sebaliknya aku rasa kita perlu sokong ketakutkan mereka tetapi tidak menjurumus diri kita sendiri dengan ketakutan tersebut. Apa yang patut kita lakukan ialah memberi gambaran yang ikhlas dan memberi peransang untuk mereka supaya dapat mengawal perasaan kembali.

Tetapi kadang-kadang aku agak terkilan dengan sikap manusia. Seharusnya mereka lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan orang yang ada disekeliling mereka. Tidak patut mereka mempergunakan kelemahan orang lain atau membuat tidak peduli dengan perasaan orang lain. Simpatilah sikit. Kadang-kadang fobia ini begitu menekan jiwa seseorang hingga sampai tahap mahu membunuh diri. Sanggupkah kita membiarkan orang sebegini tersiksa dengan permainan minda mereka sendiri? Ada baiknya kalau sesuatu yang mereka fobia itu kita cuba elakkan dari timbul. Fahami keadaan dan bertimbangrasa.

Aku cukup bersimpati dengan seseorang kerana fobianya. Dan secara tidak langsung semua ini sebenarnya amat berkait rapat dengan aku. Namun aku begitu tenang dapat menghadapinya kerana mungkin kesabaran aku. Walaupun dalam jiwa ini penuh gelodak gelisah, tetapi diluar nampak begitu biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Sebaliknya dia begitu gelisah, susah hati, kecewa, sedih, takut dan serba serbinya tidak kena. Akibatnya aku yang menjadi mangsa fobia dia.

Cuma aku berjanji pada dia sekiranya ada orang yang cuba mengambil kesempatan atau mengganggu ketenangan hidup dia, akulah yang akan menjadi api membakar mereka-mereka itu hingga hangus agar tidak lagi mereka boleh menjadi manusia yang bermuka-muka. Jangan diuji kesabaran aku. Kata orang aku amat bersabar, mungkin ya. Cuma aku takut amarah aku nanti timbul akibat ini semua. Aku takut amarah aku akan membuat mereka 'cedera'.

Sejauh mana kesabaran aku ini? Entahlah. Mungkin makin menipis.

9.6.04

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar.

Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian?

Aku tak sepandai yang disangkakan dalam hal nak perbaiki semua ni. Tapi kalau bercakap berdasarkan pengalaman, bolehla sikit-sikit. Aku guna PC yang dipasang sendiri, jadi kalau PC jenis Compaq, HP, IBM, Acer (ni boleh tahan), DELL dan sewaktu dengannya, cara penyelesaian agak berbeza (bukan sikit, banyak!).

Kalau WinXP rosak, ini solution aku. Mula-mula sekali mesti ada CD WinXP, tak kirala pirate ke original. Tapi yang pastinya CD tu kena Bootable, maksudnya kalau start PC, CD WinXP boleh dibaca terus. Start-Up Disk? Betapa punya kuno la idea ni. Korang kena masuk BIOS. Tau ke BIOS tu apa? Kalau tak tahu, tak payah buat. Kalau nak buat juga, meh ikut cara ni. Memula ON PC. Pasti korang akan nampak salah satu ayat dia kata "To Enter BIOS, Press F2" atau F10, atau tekan DEL dan lain-lain lagi. Tekan je button tu banyak kali sebaik saja ON PC tu sampai la masuk BIOS system. Apasal aku suruh masuk BIOS ni? Sebab aku nak suruh korang tukar Boot sequence. Aturan PC membaca maklumat dalam PC. Biasanya kalau setting asal PC akan baca drive A: dulu, kemudian baru drive C: (Hard Disk korang). Cari dalam BIOS tu mengenai Boot Sequence (kalau nak pasti, cari yang ada tulis A:, C: atau D:. Kalau dah jumpa tu, tukar Boot Sequence tu suruh PC baca CD-ROM dulu. Sudah tukar (dan jangan lupa masukkan CD WinXP dalam PC korang tu), restart PC tu balik.

Bila dah restart, tunggu sampai PC baca CD WinXP. Nanti dia cakap, kalau nak start guna WinXP CD, tekan enter, atau F8 (aku dah lupa). Ikut je. Nanti PC akan start guna CD WinXP tu. Tunggu sampai screen yang ada cakap, korang nak install balik ke, nak baiki WinXP tu ke atau ermm... lupa dah yang lain tu. Pilih REPAIR WinXP. Jadi biarlah PC korang tu REPAIR WinXP tu sendiri sampai jadi. Lepas siap PC akan suruh RESTART. Masa RESTART, masuk balik BIOS Setting, tukar balik suruh PC baca Hard Disk (Drive C:). Kalau ianya boleh masuk macam biasa, maknanya WinXP korang dah okay. Kalau tak, maksudnya korang kena INSTALL balik WinXP tu (guna cara atas tapi jangan pilih REPAIR, sebaliknya pilih INSTALL WINXP). Beranikanlah diri anda untuk mencuba. Tapi kalau ada data penting dalam PC korang tu, harap cabut Hard Disk korang kemudian cari rumah kawan yang ada PC, connect HDD korang pada PC dia dan save segala data yang penting tu. Ini aku cakap berdasarkan apa yang aku buat. Cara orang bodoh je ni. Tapi mujarab. Tapi kalau korang tak berani, tak payah buat. Hantar je kekedai PC, sama juga proses dia nanti.

Kalau korang guna PC BRANDED (aku tak tahu kenapa orang sanggup bayar lebih untuk beli nama), ini cara yang korang patut guna. Pastinya setiap PC BRANDED akan disertakan dengan RECOVERY DISK. START PC korang, masuk Recovery DISK, kemudian RESTART (Sebab biasanya orang tak selaju PC nak kejar masa dia boot up). Ikut aje arahan yang dia cakap pada PC tu. Kalau korang tak faham juga, baca BUKU MANUAL yang company sediakan. Kalau semua tu takde, adakah korang membeli PC BRANDED celup? Haha. Kadar keberkesanan? 50-50. Bergantung cara korang ikut arahan. Kalau betul, okay jadinya. Sebab korang mesti ingat, biasanya masa di kilang, PC tu diinstall cara macam tu juga. Takde kerja diorang nak install program satu-satu dalam PC korang. Diorang pakai Ghost atau Disk Clone. Biasanya Recovery Disk yang diberikan itu ialah Ghost yang aku maksudkan. Risiko? Besar. Kemungkinan besar habis data korang akan hilang. Kalau tak sayang data, tak kisah la. Kalau sayang data, macam aku cakap tadi, pergi cari kawan.

WinXP ni tak sesusah Win3.11, Win95, Win98, WinMe dan Win2000 (semua aku pernah guna). Ianya direct dah agak mudah. Jangan panik. Baca manual betul-betul (kalau PC branded). Tapi kalau PC branded yang masih ada waranti, baik guna waranti tu. Jangan bazir. Kalau PC Clone, kalau tak reti buat, ada baik pergi kedai atau cari member yang reti buat.

Aku beri penerangan ni bukan berdasarkan cara yang sepatutnya. Tapi berdasarkan cara yang aku fikir senang dan 'clean'. Satu cara untuk memastikan data korang selamat, buat partition pada hard disk korang. Satu partition install semua software termasuk WinXP (biasanya Drive C:), satu partition lagi save segala data korang (biasanya Drive D:). Jadi kalau WinXP problem, korang boleh install balik tanpa perlu risau data korang hilang. Lagi baik, beli lagi satu hard disk. Itu yang lebih selamat. Tak pun cari CDRW. Burn data korang dalam CDRW sebulan sekali, sebabnya CDRW boleh rewrite jadi takde la merugikan CD. CDRW pun sekarang dah murah, tak sampai RM200. Kalau rasa banyak duit, beli je DVD-RW+-. Itu korang boleh clone satu hard disk. Senang. Sekarang pun dah murah, tak sampai RM500.

Aku tak bertanggungjawab kalau PC korang hancur terus. Tapi rasanya tak. Cuma sebagai kepastian, hantar kedai kalau betul-betul tak tahu buat. Kalau tahu, baiki yang mana patut je. Jangan menggatal pegi solder Mobo atau RAM atau apa yang boleh di solder. Macam terer je.

Macamana nak pastikan WinXP sentiasa okay. Aku dah jalan WinXP yang ada dalam PC aku sekarang ni sejak awal tahun ni walaupun aku sebenarnya takde sebab nak reinstall WinXP tu balik haritu. Sebulan sekali jalankan tools seperti Disk Defragmanter, Scan Disk dan Disk CleanUp. Buat benda tu walaupun WinXP kata tak payah. Install Norton Systemworks sebab dalamnya ada tools yang amat berguna nak jaga PC korang selain boleh protect korang dari virus dan hack. Jangan sesedap rasa download segalanya dari internet. Ada kalanya program dari internet atau data dari internet ni dah tainted atau tercemar. Risiko banyak. Jangan delete program sesuka hati. Kalau nak buang program, guna Uninstall atau Add/Remove Program. Itu cara yang lebih baik.

WinXP ada fungsi Restore. Caranya ialah Masuk START-ACCESSORIES-... SYSTEM RESTORE. Lagi baik setiap tiga bulan buat RESTORE POINT yang baru. Kalau PC korang tak boleh nak masuk WINXP, masuk START PC, tekan F8 sejuta kali. Heh. Tekan F8 sampai masuk ke screen yang ada pilihan samada nak jalan WinXP secara biasa, VGA mode, dan macam-macam mode lagi termasuk SAFE MODE. Pilih SAFE MODE. Kalau boleh masuk, bagus. Pergi balik START... SYSTEM RESTORE. Pilih RESTORE MY COMPUTER TO A SPECIFIC RESTORE POINT. Pilih la yang sebelum tarikh PC korang tu problem. WINXP akan try RESTORE PC korang tu kembali ke keadaan PC korang okay. Harap-harap okay. Cuba yang ini dulu ye (UNTUK INDI). Sejak aku cuba, tak pernah lagi aku ada masalah melainkan aku RESTORE pada tarikh lepas PC aku rosak.

Cubalah ye. Kalau jadi, korang boleh tepuk bahu korang sendiri dan ucapkan tahniah (kalau nak bersorak sorai gembira pun boleh). Kalau tak boleh, buatlah perkara-perkara berikut; tarik rambut, hentak kepala ke dinding, sumpah seranah PC dan aku, bakar PC (pastikan ada bomba dikeliling), beli PC lain, hantar kedai (dan korang akan disumpah seranah oleh tokay kedai), sorok PC bawah katil (anggap ianya harta karun).

Ada juga Website yang boleh membantu, contohnya
TOM'S Hardware

Selain dari itu, aku rasa korang baik la baca journal lain juga. Ada buat kerja korang tu. Atau tido...

6.6.04

Web Design, Product Design and Patent

Cuba pergi ke http://www.govicdesigntech.com dan lihat apa problem website tu.

Website ni claim mereka adalah suatu institusi yang menjalankan R&D tentang teknologi terkini terutama bidang automotif. Bila aku masuk web ni, satu perkara yang paling mengejutkan aku ialah betapa besarnya banner header dia. Lebih kurang 2/3 dari screen yang bersaiz 800x600. Sudahlah begitu, mereka kata web ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 800x600. Apa gunanya buat content kalau kita dapat baca melalui 1/3 skrin je? Itu pun masih ada menu yang mengganggu content sebenar. Jadi terpaksalah scroll kebawah banyak kali untuk membaca teks yang panjang berjela. Dan penggunaan emboss, kaler macam pelangi dan efek tulisan yang begitu 'cheesy', tak ubah macam website budak sekolah yang diajar oleh cikgu yang pun belajar dari buku "Macamana Hendak Membina Sebuah Laman Web Yang Mudah".

Agak memalukan website yang kononnya hebat mengatakan mereka adalah pencipta kenderaan baru, Govic dan claim ada design mereka yang dihantar kepada NASA dan harini aku baca dalam The Star mengenai mereka, tapi website tak ubah macam website budak-budak. Sudahlah The Star promote website mereka. Apa agaknya pandangan orang bila lihat website sebodoh ini?

Tak perlu banner yang besar bapak gajah begitu. Kalau nak buat juga, buang je frame supaya ia boleh scroll keatas dengan mudah. Maksudnya orang still boleh guna 100% screen mereka untuk surf content tersebut. Ini kalau dah diset frame dan kemudian disable keupayaan frame untuk mengubah saiznya, terpaksalah orang bersusah payah scroll 1/3 screen. Hasilnya nanti, orang lari. Berhati-hati kalau guna frame. Kalau ianya dihasilkan cara yang betul, puas hati orang nak surf. Tapi kalau buat macam bagus je sama seperti web yang aku cakapkan ni, baik dia buat 100% skrin tu banner dia je. Mana content? Tak payah.

Pasal content. To prove you did something kemudian kata lagi korang dah pegi patent benda tu without showing any prove, apa guna? Okay, aku boleh kata yang aku dah design apa yang Govic tu design sejak dulu lagi. Aku boleh post dalam web ni design aku, lebih cantik dan lebih menarik minat mat-mat rempit nak beli motor tu. Depan ada satu tayar dan belakang ada dua tayar. Mercedes pun dah buat design macam tu dan kalau tak salah aku ianya diberi nama F300. Dua tayar depan yang boleh tilt dan satu tayar belakang. Lebih cantik dan convertible (bumbung boleh buka). Pakai Enjin A-Class kalau tak salah atau mungkin pakai enjin SMART. Memalukan claim sesuatu yang orang lain dah buat. Satu lagi, SVTOL (Short Vertical Take Off Landing) untuk pesawat pejuang? Hmm, Harrier dah lama keluar dan begitu juga yang Russia buat. Swerving Headlamp (Lampu kereta yang boleh ikut belokan kereta), baru je Mercedes keluarkan E-Class yang boleh buat macamtu. Teknologi lama yang baru nak di implementasi kedalam dunia automotif.

Aku bukan perekacipta mahupun pengkritik tapi kadang-kadang rasa segan tengok perkara yang orang lain dah buat tapi kita besar-besarkan keupayaan kita. Hendaknya kita reka sesuatu yang orang lain belum reka lagi. Masih aku ingat masa di MRSM Balik Pulau dulu. Kami ada pertandingan Saintis Muda. Kalau tak salah geng Tok Siak design Tempat letak ais dalam jag. Jadi, bila ais cair, airnya tidak akan melarut dalam jus, teh atau apa saja air minuman dalam jag. Sejuk dan rasanya tetap sama. Mereka menang tempat pertama sekolah dan tempat kedua kebangsaan. Memang hebat. Tapi sayangnya ciptaan itu tidak dipatentkan. Akibatnya sekarang korang boleh lihat dimana-mana saja rekaan tersebut. Aku percaya geng Tok Siaklah yang pertama design benda sebegitu rupa sebab sebelum dari itu aku tak pernah tengok lagi.

Mr. Chen Fung Woo, seorang pensyarah UiTM Shah Alam telah membuat patent mengenai sistem penyuraian trafik di plaza tol lebuhraya. Dia buat plaza tol berlapis. Maksudnya plaza tol yang dulunya sebaris saja, sekarang ni korang boleh nampak ada beberapa lapis dibelakang dan dihadapan plaza tol utama. Tengok plaza tol Sungai Besi atau Ipoh Selatan dan korang akan faham macamana. Patent dah lama wujud, jadi Mr. Chen pun berjumpa dengan PLUS untuk berbincang hal pampasan, royalti atau yang sewaktu dengannya. Tapi PLUS buat tak tahu sebab katanya mereka yang dapat idea itu dulu. PLUS ada backing kerajaan dan duit yang berbilion jadi mereka tak takut kena saman. Mereka boleh ambil peguam yang hebat. Jadi akhirnya Patent hanya tinggal patent kalau orang lain tak tahu menghargainya.

Aku tengah design sesuatu. Harapnya aku patent benda ni dulu kemudian baru aku bagitau apa dia.

5.6.04

Mahalnya Nak Belajar!

RM1300. Itulah kos untuk sambung belajar semester yang akan datang ni. Aku ambil satu subjek tambahan. Jadi terpaksa bayar lebih. Namun kalau difikirkan, baik aku ambil 1 subjek je. Jimat kos. Ini sekarang sudahla takde duit, nak tambah subjek lagi. Manalah nak cari duit ni. Pening kepala memikirkannya.

Hidup di KL ni memang rasa macam tak pernah cukup duit. Dapatlah berapa banyak gaji sekalipun. Kalau dengan gaji aku macam ni, aku bekerja dikampung sudah pasti dapat beli kereta sekarang. Tapi hidup di KL, semuanya duit. Nak parking motor di MidValley pun kena 50 sen. Simpan halmet pun 50 sen. Nak buang air pun 20 sen. Semuanya kena duit.

====

Apa lagi ye?

2.6.04

Mana Padang Aku Nak Main Bolasepak?

Bebudak opis ni punya la bosan dengan kerja, sekarang sedang tendang bola di dalam opis. Keliling ada tingkap berkaca. Kemalangan yang menanti terjadi. Tapi bila dah dapat bola Adidas Roteiro Glider, semua orang nak menendangnya. Mana nak cari padang bola yang free di KL-PJ ni? Semuanya kena bayar sewa. Akhirnya jalan paling mudah, sewa padang futsal. Itu pun berabis dekat RM80 sekali main dan mesti kena book dulu. Kalau tak, jangan harap nak dapat. Itu tandanya orang kota ni nak bersukan tapi kemudahan sukan amat terbatas. Selalunya ada kawasan kosong, mesti orang gila duit berebut nak buat kondo, shopping complex dan lain-lain yang bakal hilang padangnya nanti.

Korang kalau pernah lalu Jalan Brickfields pasti ada nampak suatu kawasan lapang yang dipagari oleh pemaju KL-Sentral. Dulunya padang itu ialah sebuah padang bolasepak yang penuh dengan orang. Sekarang jadi padang terbiar yang menunggu masa untuk dimajukan. Mana lagi orang-orang disekeliling nak main?

Tapi contoh paling jelas ialah Kelab Golf Kuala Kangsar. Suatu masa dulu orang mengenalinya sebagai Padang Polo yang begitu luas dan dipenuhi orang ramai samada untuk joging, main bola atau main hoki. Seingat aku, ada 3 padang bolasepak, ada satu padang hoki dan padang ragbi, dan masih ada lebih ruang padang yang luas. Begitu ramai anak muda yang setiap petang akan membanjiri padang tu nak bersukan. Dulu daerah Kuala Kangsar memang terkenal dengan kehebatan sukan mereka. Tapi majlis daerah (sekarang majlis perbandaran) ambil padang tersebut dan ditukar menjadi padang golf. Padang golf 9 lubang ditengah-tengah bandar Kuala Kangsar yang setiap hari hanya beberapa kerat makhluk yang memukul bola kecil untuk dimasukkan kelubang.

Mana pergi anak-anak muda yang selalu bermain dipadang tu? Entah. Tapi anak-anak muda Kuala Kangsar sekarang lebih suka lepak di stesen bas, di CC dan menjalankan aktiviti yang lebih memenatkan; bohsia dan bohjan. Aku tak nampak rasional membina sebuah padang golf demi memenuhi kehendak segelintir orang kaya dibandingkan membiarkan saja padang itu untuk anak-anak muda (orang tua dan orang kaya pun boleh) bermain dan beriadah disitu.

Dulu semua orang tak kira apa bangsa akan berkumpul dipadang polo. Melting Pot. Tapi sekarang takde lagi. Melayu buat hal melayu, cina buat hal cina dan india buat hal india. Betapa senangnya bangsa berpecah belah hanya kerana segilintir orang yang mahu bermain golf. Aku bukan anti golf tapi aku rasa golf suatu permainan yang tidak langsung membina semangat persaudaraan manusia selain untuk bisnes, dan menunjuk kaya.

Berbalik kepada padang di Brickfield (depan KL-Sentral). Apa salahnya buat masa sekarang ianya dibuka dan dibiarkan orang ramai beriadah disitu. Apa salahnya pihak KL-Sentral jadikan padang itu sebagai projek awam mereka iaitu padang awam yang diselenggara oleh pihak pengurusan KL-Sentral. Berbakti kepada masyarakat sedikit sebanyak apa salahnya. Cantikkan kawasan sekitar. Cas la orang yang nak guna tapi janganlah cas sama harga dengan orang yang guna padang golf. Sekurangnya ada duit nak selenggara padang tu (kalau duit hasil KL-Sentral tu tak cukup?).