23.6.04

Duit Lagi..

Hujung minggu ni mulalah aku kembali belajar di UiTM. Sibuk balik dengan assignment dan kelas. Harapnya tak bosan macam sekarang. Tambah-tambah ada subjek akaun. Aku cukup suka dengan subjek akaun. Aku tak kata senang tapi aku tak rasa susah. Bolehla. Dulu masa belajar pun time subjek akaun, aku dapat A. Itu pun malas tahap beruang koala nak study. Hujung minggu ni melayang RM1000 lebih untuk yuran belajar. Aku boleh ambil sikit tapi rasa rugi sangat kalau ambil sikit. Aku nak cepat habis. Boleh apply jawatan tinggi sikit.

Aku dok merungut pasal KWSP. Aku kerja kerajaan dan masa awal masuk dulu aku dah pilih skim pencen. Maksudnya aku tak payah nak mencarum ke KWSP sebab bila bersara nanti, aku dapat duit pencen tiap-tiap bulan iaitu lebih kurang 1/2 dari gaji terakhir. Tapi dah dekat dua tahun aku kerja dan dekat setahun aku diluluskan jawatan tapi KWSP masih tetap dipotong. Katanya aku kena tunggu sampai 3 tahun baru boleh dibatalkan KWSP tu. Lepas dari tu aku boleh keluarkan semuanya. Tak banyak pun tapi kira okayla kalau nak bayar muka beli rumah ke, beli kereta atau nak pegi haji. Cuma yang tak puas hati, bila tengok slip gaji untuk bulan ni, potongan yang sepatutnya tak seberapa dah naik jadi banyak. Pening kepala juga memikirkannya. Sudahlah nak pakai duit untuk bayar yuran belajar, KWSP pula 'curi' duit. Indi, KWSP tu sama macam CPF Singapore. :)

Sebab itulah agaknya pekerja kerajaan ni tak banyak menabung ye. Sebab diorang tahu bila bersara je, dapat gaji lagi. Bukan gaji je, duit gratuiti pun dapat. Kadang-kadang sampai ratusan ribu ringgit. Banyak. Lagi lama kerja lagi banyak duit gratuiti yang dapat. Patutla aku tengok pekerja kerajaan bila bersara senang-senang boleh buat rumah banglo dikampung sebiji. Patutlah orang yang suruh ayah buat pelan rumah rata-ratanya orang tua.

Erm.. Sudahlah. Penat aku nak menulis. Otak tengah blur sangat ni.

No comments:

Post a Comment