2.6.04

Mana Padang Aku Nak Main Bolasepak?

Bebudak opis ni punya la bosan dengan kerja, sekarang sedang tendang bola di dalam opis. Keliling ada tingkap berkaca. Kemalangan yang menanti terjadi. Tapi bila dah dapat bola Adidas Roteiro Glider, semua orang nak menendangnya. Mana nak cari padang bola yang free di KL-PJ ni? Semuanya kena bayar sewa. Akhirnya jalan paling mudah, sewa padang futsal. Itu pun berabis dekat RM80 sekali main dan mesti kena book dulu. Kalau tak, jangan harap nak dapat. Itu tandanya orang kota ni nak bersukan tapi kemudahan sukan amat terbatas. Selalunya ada kawasan kosong, mesti orang gila duit berebut nak buat kondo, shopping complex dan lain-lain yang bakal hilang padangnya nanti.

Korang kalau pernah lalu Jalan Brickfields pasti ada nampak suatu kawasan lapang yang dipagari oleh pemaju KL-Sentral. Dulunya padang itu ialah sebuah padang bolasepak yang penuh dengan orang. Sekarang jadi padang terbiar yang menunggu masa untuk dimajukan. Mana lagi orang-orang disekeliling nak main?

Tapi contoh paling jelas ialah Kelab Golf Kuala Kangsar. Suatu masa dulu orang mengenalinya sebagai Padang Polo yang begitu luas dan dipenuhi orang ramai samada untuk joging, main bola atau main hoki. Seingat aku, ada 3 padang bolasepak, ada satu padang hoki dan padang ragbi, dan masih ada lebih ruang padang yang luas. Begitu ramai anak muda yang setiap petang akan membanjiri padang tu nak bersukan. Dulu daerah Kuala Kangsar memang terkenal dengan kehebatan sukan mereka. Tapi majlis daerah (sekarang majlis perbandaran) ambil padang tersebut dan ditukar menjadi padang golf. Padang golf 9 lubang ditengah-tengah bandar Kuala Kangsar yang setiap hari hanya beberapa kerat makhluk yang memukul bola kecil untuk dimasukkan kelubang.

Mana pergi anak-anak muda yang selalu bermain dipadang tu? Entah. Tapi anak-anak muda Kuala Kangsar sekarang lebih suka lepak di stesen bas, di CC dan menjalankan aktiviti yang lebih memenatkan; bohsia dan bohjan. Aku tak nampak rasional membina sebuah padang golf demi memenuhi kehendak segelintir orang kaya dibandingkan membiarkan saja padang itu untuk anak-anak muda (orang tua dan orang kaya pun boleh) bermain dan beriadah disitu.

Dulu semua orang tak kira apa bangsa akan berkumpul dipadang polo. Melting Pot. Tapi sekarang takde lagi. Melayu buat hal melayu, cina buat hal cina dan india buat hal india. Betapa senangnya bangsa berpecah belah hanya kerana segilintir orang yang mahu bermain golf. Aku bukan anti golf tapi aku rasa golf suatu permainan yang tidak langsung membina semangat persaudaraan manusia selain untuk bisnes, dan menunjuk kaya.

Berbalik kepada padang di Brickfield (depan KL-Sentral). Apa salahnya buat masa sekarang ianya dibuka dan dibiarkan orang ramai beriadah disitu. Apa salahnya pihak KL-Sentral jadikan padang itu sebagai projek awam mereka iaitu padang awam yang diselenggara oleh pihak pengurusan KL-Sentral. Berbakti kepada masyarakat sedikit sebanyak apa salahnya. Cantikkan kawasan sekitar. Cas la orang yang nak guna tapi janganlah cas sama harga dengan orang yang guna padang golf. Sekurangnya ada duit nak selenggara padang tu (kalau duit hasil KL-Sentral tu tak cukup?).

No comments:

Post a Comment