28.12.05

Seven Nation Army

I'm gonna fight 'em all
A nation army couldn't hold me back
They're gonna rip it off
Taking their time right behind my back

And I'm talking to myself at night
Because I can't forget
Back and forth through my mind
Behind a cigarette
And the message coming from my eyes
Says leave it alone

Don't want to hear about it
Every single one's got a story to tell
Everyone knows about it
From the Queen of England to the hounds of hell

And if I catch it coming back my way
I'm gonna serve it to you
And that aint what you want to hear
But thats what I'll do
And the feeling coming from my bones
Says find a home

I'm going to Wichita
Far from this opera for evermore
I'm gonna work the straw
Make the sweat drip out of every pore
And I'm bleeding, and I'm bleeding, and I'm bleeding
Right before the lord
All the words are gonna bleed from me
And I will sing no more
And the stains coming from my blood
Tell me go back home

The White Stripes - Seven Nation Army

24.12.05

Singing Along

What day is it
And in what month
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

Cause it's you and me and all of the people
With nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people and
I don't know why I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say
Just aren't coming out right
I'm tripping on words, you got my head spinning
I don't know where to go from here

Cause it's you and me and all of the people
With nothing to do, nothing to prove
And it's you and me and all of the people and
I don't know why I can't keep my eyes off you

Something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

Cause it's you and me and all of the people
With nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people and
I don't know why I can't keep my eyes off of

You and me and all of the people
With nothing to do, nothing to prove and
It's you and me and all of the people and
I don't know why I can't keep my eyes off of you

What day is it
And in what month
This clock never seemed so alive

Lifehouse - You And Me

====

My life is brilliant.
My love is pure.
I saw an angel.
Of that I'm sure.
She smiled at me on the subway.
She was with another man.
But I won't lose no sleep on that,
'Cause I've got a plan.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause Ill never be with you.

Yes, she caught my eye,
As I walked on by.
She could see from my face that I was,
Flying high,
And I don't think that I'll see her again,
But we shared a moment that will last till the end.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful it's true
I saw your face in a crowded place,
And I don't know what to do,
'Cause Ill never be with you.

You're beautiful. You're beautiful.
You're beautiful, it's true.
There must be an angel, with a smile on her face,
When she thought that I should be with you.

But it's time to face the truth,
I will never be with you.

James Blunt - You're Beautiful

====

Nothing much to say.

10.12.05

Drive Your Passion

MyVi dan bawa, Savvy dah bawa. Ini pendapat aku.

MyVi.
Posisi driving tinggi ala-ala bawa van. Jadi view pun tinggi. Kalau dari statik nak bergerak (bukan ala-ala racer ye), lancar tapi underpower walau pun enjin 1.3 liter. Power enjin ok tapi bagi aku tak cukup kuat untuk saiz body sebesar tu. Kalau ada enjin 1.5 liter kira ok. Kalau tekan abis minyak, nak cecah 130kmj - 140kmj lambat. Ye la, berat.

View angle dalam MyVi memang bagus. Boleh nampak keliling sebabnya posisi seat tinggi. Cermin luas. Tapi feel dalam kereta tak best. Banyak sangat plastik. dan bagi aku, signal/lights/wiper levers dekat sangat dengan stering.

Kalau nak bawa rileks, senang hati dan boleh tengok sana sini, beli MyVi.

Savvy.
First kalau duduk dalam kete, korang rasa rendah sebab line tepi tinggi. Cermin belakang kecik dan C-pillar besar. Satu je ralat, stering tak boleh adjust, jadi posisi agak tinggi bagi aku. Dashboard pun rasa tinggi dan 'jauh'.

Kalau nak reverse, kena angkat satu picu dan tolak ke kiri depan. Kereta eropah semua macam tu. Takde la tersalah masuk gear reverse tak tentu pasal. First bila tekan minyak korang rasa macam under power tapi rupa-rupanya tipikal untuk enjin Renault. Lambat tapi lancar. Cuma bagi aku timing agak tinggi sikit jadi rasa lambat. Kalau timing rendah sikit rasanya mungkin best.

Suasana driving? Best. 10 kali ganda lagi best dari bawak MyVi. Kalau MyVi, time corner kena slow. Tapi dengan Savvy, macam tak reti-reti orang nak corner. Dia ikut je. Macam grip abis dengan jalan. Cornering memang teramat best. Walaupun rasa tinggi kete tu tapi tak rasa membuang langsung.

Kalau rasa nak bawak macam orang gila, corner sana sini, bawa Savvy. Puas Hati. Heh.

26.11.05

Pehal?

21.11.05

Savvy is being Savvy...

Kenapa bila nak dapatkan maklumat awam dari data-data orang awam milik kerajaan dari internet, kita sentiasa diarahkan untuk mendaftarkan diri kita dahulu? Untuk apa? Untuk membuktikan bahawa kita ini adalah orang sebenarnya? Bukankah bodoh sebab nama dan segala biodata diri boleh diperolehi dengan mudah oleh sesiapa saja. Mungkin yang kita nak tahu adalah maklumat saman dan lain-lain tetapi kenapa perlu daftar? Untuk apa rekod itu semua? Pelik. Kalau kata nak bagi syarikat jualan langsung, tak munasabah.

====

Try MyEG kalau nak check pelbagai maklumat; saman, kejara, jpj, polis, bankrap.. Menarik. (http://www.myeg.com.my)

====

Pernah tak atas jalan raya, tepi jalan, dari dalam bangunan melihat ke jalan atau dimana saja korang berada, bila nampak MyVi, kadang-kadang korang tak perasan itu MyVi. Tapi bila nampak Savvy, korang nampak jelas.

"Tengok tu Savvy. Buruk betul."

Apa sebab ye?

1. Designer Proton memang bijak sebab dia design Savvy lain dari yang lain sampai orang boleh nampak jelas ianya adalah Savvy dari sudut mana sekalipun.
2. Savvy sebenarnya lebih menarik perhatian dari MyVi.
3. Kaler Savvy yang 3 tu (sekarang dah 5) lebih 'pronouce' dari kaler MyVi.
4. Orang sebenarnya lebih tertarik dengan Savvy...

Mungkin je la. Aku terperasan sebab bila aku duduk memerhatikan sekeliling, bila MyVi lalu, orang cuma menjeling. Tapi bila Savvy lalu, kepala menoleh hingga Savvy hilang dari pandangan. Mungkin dia meluat tengok Savvy tapi aku rasa dia tertarik untuk melihat Savvy yang sampai tengok begitu lama. Bukan sedikit, ramai yang buat begitu. Entah kenapa. Mungkin juga sebab Savvy tak sebanyak MyVi di jalan oleh sebab itu ianya boleh dikira rare jadi orang sebolehnya nak tengok. Tapi Kalau dah meluat, orang takkan tengok sampai macamtu sekali.

Ada sesuatu tarikan dari segi design Savvy yang membuatkan orang teruk melihat. Mungkin hood enjin yang terbantut. Mungkin bonet belakang yang tenggelam tak tentu pasal. Mungkin line tepi yang ala-ala Alfa yang membuatkan orang menoleh untuk melihat lebih teliti.

Bandingkan dengan MyVi. Design? Menarik. Apa lagi? Saiz, kaler, tinggi, rendah... Apa lagi? Melainkan bonet belakang MyVi yang orang suka gelar KATAK, orang takde nak kata apa-apa lagi tentang MyVi. Melainkan bila dah modified. Itupun nanti siap kata,

"Macam Jazz ye.."

Maknanya design MyVi secara umumnya biasa saja. Normal to many Malaysian eyes. Jadi apa yang menariknya? Ye la, ianya mini MPV. Itu je.

Aku tak membandingkan Savvy dan MyVi. Aku cuma membandingkan reaksi orang terhadap kedua-dua kereta ini dan kenapa. Ini telahan aku. Aku mungkin salah. Tapi mungkin juga betul.

Ada yang positif untuk perkara-perkara yang negatif. Mungkin itu yang cuba dibuat oleh designer Proton. To make negatives be positives. Pandaikan?

====

Esok sibuk dengan KMK, kali ini jadi AJK pula... Letih. Kereta rosak lagi.

15.11.05

Want A Nice Catch Line?

Mrs. Murphy: Dade?
Dade Murphy: Yeah, ma?
Mrs. Murphy: What are you doing?
Dade Murphy: I'm taking over a TV network.
Mrs. Murphy: Finish up, honey, and get to sleep.

Hackers, The Movie, 1995

Cabut Gigi Tak Sesakit Kena Cabut Nyawa

Semalam cabut gigi yang dah pecah. Sakit la sebab doktor tak bius cukup-cukup. First bius, dia lepak kejap tunggu bius efek. Lepas tu suruh aku tahan sikit (memang akan sakit juga). Dia ambil playar cabut gigi terus pulas-pulas nak cabut gigi aku. Aku ni tahan sakit ya amat sampai meleleh air mata. Doktor siap suruh tahan. Kemudian baru dia tersedar yang dia tak bagi cukup ubat bius.

"Tak cukup bius ni. Tolong ambilkan yang panjang tu (merujuk kepada picagari dengan jarum yang panjang gila)"

Baru la lepas dia bius kali kedua, sakit kurang. Itu pun sakit juga lagi. Hilang satu gigi aku. Itu la pasal tak jaga gigi. Entah la. Jaga juga tapi kalau dah nak rosak, aku bukan tahu. Minggu depan ada appointment lagi. Dia nak tengok agaknya.

Lain kali suruh doktor bius cukup-cukup. Aku teringat cerita Mr. Bean jumpa doktor gigi dan bila dia kena bius, bibir dia jadi numb (kebas). Itu yang aku rasa masa first time kena bius. Aku sengih sorang-sorang sebab aku pun sama usik-usik bibir aku yang takde rasa apa-apa dah time tu. Lama juga kebas tu nak hilang. Aku cabut jam 11 pagi, jam 3 petang baru hilang bius. Punya la banyak dia letak.

Siapa kata klinik kerajaan tak bagus? Aku rasa yang selalu kata tak bagus ni sebab mereka dah terbiasa dengan klinik swasta. Bayangkan dengan bayar RM2 korang dapat cabut gigi. Cari klinik swasta yang minta RM2 untuk cabut gigi. Cari klinik swasta yang minta RM1 untuk GP dan ubat. Takkan ada. Semuanya mahal sebab apa? Sebab dia nak bagi service terbaik dengan harga sebegitu. Sebab itu mata pencarian dia. Sebab korang yang datang situ adalah pelanggan bukan pesakit. Ye pelanggan. Kenapa pelanggan? Ada ke dia nak check kalau korang tak bayar? Ustaz Haron Din mungkin tapi doktor Ali, doktor Aminah, doktor Maniam, doktor Menachi, doktor Ah Chong, doktor Ah Moy yang buka klinik sendiri takkan bagi free. Harga je yang lain-lain.

Jadi pergi ke klinik kerajaan kalau rasa tak mampu. Kalau rasa mampu dan tak nak sakit bila time cabut gigi, pergi klinik pakar pergigian. Mungkin bayar puluhan atau ratusan ringgit untuk cabut sebatang gigi tanpa rasa apa-apa sakit. Aku lebih rela habiskan duit sebanyak itu untuk makan dan minum.

Begitu juga MyKad yang korang asyik komplen tu (sebab aku kerja dengan JPN la ni ye). Kalau dah dapat free, atau kena bayar pun mungkin nanti RM20 saja, janganlah harap kualitinya sama macam kereta Rolls Royce. Gambar makwe/pakwe korang dalam wallet yang harganya mungkin RM1 sanggup jaga sampai nak gila, tapi MyKad yang penting sesangat tu boleh hilangkan sesedap rasa. Pelik juga aku dengan mentaliti masyarakat Malaysia. Komplen tak sudah. Alamat salah, jantina salah, agama salah, cap jari salah... jari salah. Kenapa tak periksa? Alamat tu tengok betul-betul bila keluar resit. Boleh tukar selagi dia tak confirm. Jantina pun sama. Orang kaunter takkan tukar sesedap rasa melainkan dia mengalami masalah mental atau dia dapat tahu yang kucing dia lari dari rumah.

Bayar RM20 pun orang dah komplen. Kos sekeping MyKad lebih dari RM30. Bayar RM1000 untuk handphone semata-mata nak berbalas sms boleh pula ye. Itu saja yang boleh membuktikan korang rakyat Malaysia on the spot. Nak buktikan dengan cara apa lagi? Takkan nak cakap dengan polis

"Rumah saya di kampung Boyan tu Tok. Kalau tak percaya pegi tanya depa. Mesti kenai saya Ahmad. Semua orang kampung saya kenai saya Tok!"

Simpan elok-elok MyKad. Orang luar berusaha bayar puluhan ribu ringgit nak dapatkan MyKad secara haram. Mereka nak sangat jadi warganegara Malaysia sebab nilainya amat tinggi. Cari negara mana dalam dunia yang tak terima rakyat Malaysia? Israel pun kalau boleh nak terima tapi Malaysia yang tak iktiraf Israel. Jumpa jadi rakyat USA, ada pasport USA, cuba masuk North Korea, Iran atau mana saja negara yang USA tuduh jahat. Susah. Jadi rakyat Malaysia senang. Semua orang tak kisah kita nak kemana. Sebab itu ada orang yang sanggup bayar RM30,000 semata-mata nak dapat MyKad Permaustatin Tetap (kad merah). Itu pun dah cukup. Orang sanggup tipu surat beranak supaya anak mereka dapat jadi warganegara Malaysia. Itu ini boleh dapat. Belajar free, ubat free, makan kalau ikutkan free.

Orang Malaysia tak habis-habis komplen. Jalan asyik jam. Jalan berlubang sana sini. Makanan mahal. Buku sekolah mahal. RM20 untuk MyKad mahal. Tol mahal. Minyak mahal. Itu ini tak puas hati. Agaknya nak puas hati kena duduk dalam syurga. Itu pun mungkin dia takkan puas hati juga kot.

Bila rakyat Malaysia nak puas hati? Bila Mawi putus tunang... Huh! (menjerit-jerit awek-awek diluar sana kegembiraan)

10.11.05

Lover Test?

The Surprising Lover
59% partner focus, 38% aggressiveness, 55% adventurousness
Based on the results of this test, it is highly likely that:

You prefer your romance and love to wild and daring rather than typical or boring, you would rather be pursued than do the pursuing and, when it comes to physical love, your satisfaction comes more from providing a wonderful time to your partner than simply seeking your own.

This places you in the Lover Style of: The Surprising Lover.

The Surprising Lover is a wonderful Lover Style, and, like the name implies, is often filled with hidden delights and talents that might not be apparent from a surface knowledge of the person. The Surprising Lover is rather like a geode--sometimes rough on the exterior, but filled with beauty and wonder. The Surprising Lover is thus a gem to find, though it can sometimes be difficult to do so because they often tend to be humble and unwilling to reveal their inner greatness unless they're in a rewarding relationship.

In terms of physical love, the Surprising Lover really shines, often highly imaginative and utterly devoted to bringing the heights of pleasure to the one that they truly love. Given a rewarding, reciprocative relationship, and the right lover, the Surprising Lover can be a delight in bed.

Best Compatibility can probably be found with: The Carnal Lover (most of all) or the Exotic Lover, or the Suave Lover.

Congratulations!

The Lover Test

====

Kelakar. Mungkin ada betulnya. Tapi tak tahulah. Tanya makwe aku kalau-kalau mungkin betul dan kalau betul aku ada makwe. Hah!

26.10.05

Kad Raya Yang Terlampau...

Wah, sekarang ni ada orang sanggup nak iklan dalam blog guna reply tool yang kita sediakan. Dasyat betul orang nak meniaga. Sampai personal blog pun nak invade. Tapi pedulikanlah. Bukan dari Malaysia pun.

Aku ubah sedikit template, buang links yang mana tak aktif dan tambah iklan sebelah kanan untuk aku cari duit sikit. Abis orang lain pun buat! Bukan senang nak dapat untung pun. So berkurun la kalau nak capai $50 Dollar, baru boleh dapat cek sekeping.

Semenjak kebelakangan ni letih betul rasanya. Bersengkang mata buat E-Card raya guna SwishMAX. Menarik dan puas hati sebab buat sendiri. Kalau beli kad raya rasanya tak pernah puas hati. Cover cantik tapi isi tak cantik. Isi cantik tapi cover macam bodoh je. Last buat sendiri. Siap buat digital lagi. Guna Flash-based SwishMAX kemudian burn ke CD, lepas tu hantar. Nak suruh download dari internet, besar sangat saiznya. Tapi tak la sebesar kad raya yang aku jumpa di kedai.

Apa halnya dengan kad raya saiz papan tanda jalan ni? Besar betul. Rasanya lebih besar dari saiz kertas A3. Ye memang, selalunya kad raya yang jiwang je yang ada saiz macam tu. Kenapa ye? Agaknya pakwe/makwe mereka rabun, jadi kenalah beli kad raya yang besar supaya boleh nampak jelas. Ataupun mungkin sengaja yang timbulkan kejelesan jiran sebelah sebab dapat kad raya besar. Ye, betul la korang kata itu nak tunjukkan korang sayang dengan teman korang. Tapi dengan saiz kad raya yang boleh dikatakan melampau tu, itu tanda sayang korang? Menarik ye. Aku bukan nak kata tak boleh, tapi rasanya pelik sangat. Agaknya orang pejabat pos pun pening.

Aku rasa lagi baik, beli kertas, beli kaler, buat sendiri siap dengan ayat sendiri. Lebih menarik, lebih romantik (agaknya) dan lebih istimewa. Buruk macamana pun tetap akan lawa di mata teman korang. Kalau tak, nampak sangat dia mata kumpuan. Huh?

====

Sudah berapa hari aku tak makan nasi? 2 hari. Kenapa? Semalam buka puasa di Palm Garden Resort Putrajaya. Buffet kompeni belanja. Buat apa makan nasi kalau time buffet. Buat kenyang tak tentu pasal je. Tadi makan KFC di Alamanda pun orang belanja. Ye betul, KFC takde nasi. Jadi dah dua hari. Dan kalau ikutkan 3 dari 4 hari kebelakangan ni aku tak makan nasi pun. Hari ahad lepas aku belanja diri sendiri berbuka di Hartz Chicken Buffet di Berjaya Times Square. Puas makan ayam. Aku dah muak dengan ayam. Aku nak makan nasi. Esok mesti kena beli nasi.

23.10.05

TEST

Test : Editing Template

21.10.05

Proton dan Keluarga Mereka

Cari old generation Civic dan tengok apa problem dia. Orang dulu kata, kereta karat sebab cepat sangat karat. Tengok Hyundai Sonata lama dan tengok betapa hodoh designnya sampai tak laku langsung. Jepun baru menyerlahkan kualiti kereta (sebab itu harga kereta Jepun semakin mahal), Korea ikut sama. Berapa lama mereka dalam industri automobil? Mitsubishi dulu siap pernah buat Zero (kapal terbang perang dunia ke2).

Jadi tak payah banding dengan Proton sebab memang jauh. Tapi silapnya Proton awal-awal lagi takde partnership dengan big company. Dengan Mitsubishi pun takat rebadging. Kata seorang analisis dahulu, tujuan kerjasama dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi Heavy Industries ada buat kapal terbang, jadi alang-alang kongsi teknologi, baik kongsi yang lain-lain sama.

Proton sebenarnya kena cari partner secepat mungkin. Dan pada pendapat aku, partner dari european country atau US lebih baik sebab mereka lebih terbuka dengan teknologi berbanding partner Jepun. Tengok Skoda, Audi, Volvo, Saab, Mini, Opel yang semuanya bawah partner yang lebih besar. Dulu hampir melingkup tapi sekarang semakin bagus. Kalau dapat dengan Renault aku rasa bagus sebab ada Mr. Ghosn yang mengembalikan semula kegemilangan Nissan. Lagipun Renault sekarang banyak bagi bantuan termasuk enjin kepada Proton. Renault juga ada legasi F1. Volkswagen entahlah, di europe pun tengah tak betul, ada hati nak beli kompeni lain. Tapi kena akui, Volkwagen boleh naikkan jenama bawah syarikat dia.

Proton kena tambah model terutamanya model SUV, VAN, MPV dan sedan. Sekarang ni aku tak tahu GEN2 nak letak dalam kategori mana. Ikut skema model BMW, MERC dan Audi lebih senang dan jelas. Aku cadangkan wujudkan kelas Saga, Wira, Waja dan Perdana. Kelas Saga untuk kategori enjin 1.3 hingga 1.5 dengan tambahan 2.0 diesel kalau boleh. Dalam kelas Saga, ada sedan (4 pintu), hatchback (5 pintu) dan Saga 3 pintu ala Satria. Mungkin boleh dipanggil dengan nama lain. Kemudian kelas Wira. Kategori enjin boleh bermula dari 1.5 hingga 1.8 dengan tambahan 2.0 diesel kalau boleh. Dalam kelas Wira boleh ada sedan, hatchback dan wagon (ada orang nak guna juga). Satria letak dalam kelas Wira juga sebagai sport version (macam Colt untuk Lancer). Gen2 boleh juga letak dalam kelas Wira. Tak payah letak nama Gen2 la. Tak glamer langsung. Satria tu pula patut ada 3 dan 5 pintu macam VW Golf. Mesti orang nak.

Kemudian kelas Waja dengan kategori enjin bermula dari 1.7 hingga 2.0 petrol. Tambahan 2.0 diesel supercharge kalau boleh dan 2.5 petrol supercharge untuk performance car. Kalau berani letak enjin Petronas E01, baru gempak (kira kategori EVO la ni). Dalam kelas Waja ada sama macam kelas lain tapi ada tambahan satu, coupe. Spesifiknya Putra. Letakkan Putra dalam kategori ini dengan enjin 2.0 E01 atau 2.5 supercharge tadi. Kalau nak buat cabriolet pun boleh sebab mesti laku di europe. Kemudian kelas Perdana. Ini kelas mewah dengan kategori enjin bermula dari 2.0 V6 hingga ke 3.0 V6. Kemudian tambahan 3.6 liter V8 kalau boleh untuk yang gila kuasa. Kelas ini hanya ada sedan saja. Kalau nak tambah pun, buat coupe atau cabriolet. Kemudian bawah kelas ini juga boleh letak Proton Ultimate, supercar Proton tu. Tak tahu? cari dalam internet. Cantik.

Ada kategori lain. Kategori Tiara/Savvy untuk enjin dari 1.0 liter hingga 1.3 liter. Jenis kereta pula ialah kompak 3 dan 5 pintu dan kalau boleh buat sedan kecil 4 pintu ala Daihatsu Charade Espri. Kemudian Juara diubah 100% daripada kotak kasut menjadi MPV, mini MPV dan Compact MPV macam Kia Carnival, Toyota Avanza dan Hyundai Matrix. Arena pula dibuat dalam bentuk truck seperti sekarang dan juga satu model macam Mitsubishi Storm/Nissan Frontier. Dalam Arena juga patut adakan kategori SUV macam Land Cruiser dan Rav4/CRV.

Cukup. Berapa model? Lebih kurang 15 dari kecil sampai besar. Semua kategori ada dan semuanya ada pasaran yang besar di Malaysia dan luar. Trak boleh dieksport ke Thailand. Van ke Indonesia, SUV ke Filipina dan kereta mewah ke Singapura. Dah boleh cover AFTA sebab model ASEAN, jadi duty-free nanti. Perdana dengan Perdana Coupe boleh dieksport ke Australia sebab orang sana memang suka kereta besar. Waja boleh hidup di Europe dan Amerika (kena ambitious). China boleh terima Wira dan Waja. Saga dan Tiara/Savvy mesti laku di sini. Cukup sudah meniru Alfa (Hidung Alfa hanya untuk Alfa), kalau kita buat sah-sah orang kata tiru. Kekalkan konsep hidung (front grille)wau macam Gen2/Savvy sekarang. Proton boleh hidup kalau perancangan betul. Selama ini Proton aku nampak berusaha nak jadi macam BMW dan Mitsubishi iaitu konsep kereta sporty. Cukuplah. Orang bukan boleh bawak laju pun di Malaysia ni. Encik polis sini permurah kertas saman...

20.10.05

Sehari Hujan

Datin Seri Endon Mahmood, isteri Pak Lah telah meninggal dunia pada jam 7.50 pagi, 20 Oktober 2005 di Putrajaya. Al-Fatihah.

====

Kenapa aku letak komik Calvin And Hobbes? Kalau korang perati dan fahami betul-betul ianya sungguh ironi. Realitinya manusia dikuasai oleh media hiburan yang begitu banyak dikawal oleh peti TV.

Calvin, si budak berusia 6 tahun mengerti dan memahami kekuasaan TV. Adakah anak-anak zaman moden ini dimomok dengan TV sepanjang masa menyebabkan mereka bebal dengan realiti dunia?

14.10.05

Laptop Bukan Ikan Bakar Cicah Air Asam...

Berkaitan dengan pertanyaan Miza mengenai laptop NEC. Sebenarnya apa saja laptop atau barangan elektrik yang kita beli atau guna, kalau tahu cara guna, ok la dia. Kalau tak tau guna, beli barangan RM sejuta pun akan rosak.

Mengenai NEC, ianya sebuah kompeni Jepun yang terkenal dalam bidang elektronik. PC dan laptop NEC amat popular di Jepun. Jadi kalau aku dah kata Jepun tu, orang mesti fikir, kualiti mesti bagus. Boleh kata memang bagus. Tapi tak sebagus Toshiba. Suatu masa dulu, Toshiba adalah pengeluar Laptop terbesar didunia. Dan sampai sekarang orang masih akui laptop Toshiba memang bagus. NEC lebih kurang macam tu la auranya. Tak sehebat Toshiba tapi memang boleh dipercayai.

Apa-apa pun, yang penting sebelum beli laptop, kena fikir beberapa perkara ini:

1. Buat apa aku nak beli laptop? Untuk mengada-ngada depan member atau untuk buat kerja (kira baik la ni ye?)
2. Berapa banyak kerja/games/aplikasi yang nak aku jalankan di laptop tersebut? Kalau nak buat bom, beli second hand pun boleh. Kalau nak main games, takat Celeron, menangis la laptop.
3. Berapa lama nak pakai? Bukan pakai buang ye.
4. Berapa budget? Satu ringgittt... dua ringgittt... (sila nyanyi ala M.Daud Kilau)
5. Berbaloi ke aku beli??? Jawab sendiri.

Kalau takat nak buat kerja biasa dan jarang sangat kesana kemari, pakai saja PC biasa. Lebih selamat dan lebih mudah dibaiki kalau rosak. Lagipun murah. Tapi kalau sibuk kesana sini macam tak cukup tanah, atau kononnya guru berdedikasi, atau pekerja yang bagus, beli la laptop, senang kerja. Kalau nak menunjuk, beli kotak lukis jadi laptop pun orang percaya.

Kalau betul nak beli laptop sebab memang nak guna, fikir ini pula. Apa yang aku nak gunakan? Nak menaip sudah-sudah kertas kerja, buat programming, buat itu ini yang memerlukan kita kesana sini, kira okay. Tapi kalau nak buat MAYA, edit imej PSD 100MB guna Adobe Photoshop, main games Unreal Tournament, hentikan serta merta. Laptop yang berkeupayaan begitu, mahal gila. kebanyakkan laptop harga sub-RM4000 semuanya guna kad grafik integrated Intel dengan shared memory (kongsi dengan RAM). Kalau ada pun guna ATI yang bangang. Baik beli PC yang ada grafik kad harga seribu ringgit. Lagi berbaloi.

Berapa lama nak pakai laptop ni? Ye laptop tak payah basuh, jadi boleh pakai lama-lama. Keupayaan prosesor laptop sekarang tak semestinya berupaya menampung operasi program masa akan datang. Kalau keluar Microsoft Windows Vista tahun 2006 nanti, aku tak fikir laptop sekarang berupaya berfungsi dengan okay kalau korang cuba install. Investment laptop ni memang mahal tapi teknologinya tak berbaloi. Jangan panik. Itu memang realiti laptop. Acer Ferrari dengan prosesor AMD Turion 64 4000+ harga nak cecah RM6000. Kira murah untuk performance laptop. Tapi yang lain memang mahal. Itu memang boleh tahan 3-4 tahun selamba boleh jalan program masa akan datang. Laptop lagipun tak laku kalau nak jual balik. Tapi kalau dah beli, memang seronok guna. Boleh guna lama tapi kena pandai jaga terutama bateri. Dan bateri tak boleh hidup selama-lamanya. Itu realiti.

Berapa yang korang nak peruntukkan untuk beli laptop? RM2000 saja? Takde apa yang korang boleh dapat selain ECS dengan prosesor VIA atau laptop second hand. Bawah RM3000, boleh dapat Celeron, Sempron dan kadang-kadang ada Pentium M tersesat. Kira okay untuk kerja-kerja biasa dan main games sekali sekala. Bawah RM4000 banyak boleh dapat pilihan yang menarik. Bawah RM50000, aku cadangkan korang ambil yang slim dan sleek. Bawah RM6000, ambil Acer Ferrari, banyak best ooo... Tak caya pergi tengok sendiri. Laptop yang sama digunakan oleh mekanik team F1 Ferrari. Lebih dari RM6000, aku nak persoalkan satu je, banyak duit?

Berbaloi tak beli laptop? Kalau aku cikgu, businessman, programmer, dan lain-lain yang memerlukan aku kesana-sini, berbaloi sangat. Student? Kira ok la kalau nak senang buat kerja dan ada duit lebih. Kalau aku student, aku beli PC. Lebih selamat dan senang maintain. Kalau rasa besar sangat PC, aku beli Mini PC yang besar lebih kurang kotak kasut. kalau susah juga, beli Apple MINI. Besar mana? Ambil casing CD lima keping, susun bertingkat, itulah besarnya.

Kalau dah decide semua tu dan masih juga nak beli laptop, barulah pilih laptop mana yang nak dibeli. Dan fikirkan semua ini:

1. Prosesor apa? Pentium M adalah subset Centrino. Untuk jadikan laptop tu digelar Centrino, kena ada prosesor, motherboard dan wifi yang berjenama INTEL. Itu saja. Kalau laptop tu tulis Pentium M, kira ok la. Celeron dari Intel juga, untuk low cost dan hampir-hampir konsep pakai buang. Baik jangan beli. Sempron keluaran AMD dan lebih baik jangan beli sebab lebih kurang macam Celeron. Mobile Athlon keluaran AMD dan kekuatan hampir sama dengan Pentium M. Turion adalah prosesor 64 bit keluaran AMD, kalau dapat yang ni, memang best. Lebih laju tapi masih mahal. VIA pun ada prosesor dan aku cakap, pejam mata dan blah je. My take? Pentium M without Centrino, lebih murah (INTEL nak kaya jual nama saja)

2. RAM, berapa banyak? Standard sekarang adalah 256MB. Itu pun kena fikir sebab kebanyakkan laptop guna grafik yang shared memory dengan RAM. Jadi kalau grafik tu 64MB, tolah dengan 256MB, dapat la balance RAM yang PC boleh guna. 512MB yang terbaik buat masa sekarang. Kalau boleh, pujuk penjual supaya dapat free upgrade RAM kepada 512MB. Lebih kurang RM90 je. Tak payah la korang mintak hadiah lain, mouse ke, tali pusat ke, mouse pad ke. Mintak free upgrade RAM lagi berbaloi. My take, mintak orang kedai bagi free upgrade RAM kalau boleh. Kalau tak boleh, tambah saja RM90-120 untuk 256MB atau RM200-RM220 untuk 512MB. Go for 768MB guys!

3. Hard disk space? Standard sekarang adalah 40GB. Kira okay la tu. Sebab korang kena ingat, takkan boleh korang main SIM2 dalam laptop cikai. Takat simpan data, MP3 dalam 500 lagu, kira okay la. Kalau nak besar, sukahati. Tapi aku rasa kedai tak tanggung waranti upgrade harddisk.

4. Saiz skrin LCD. Standard sekarang adalah 15 inci. Ye 15 inci, lagi besar dari TV 14 inci. Normal ye, bukan wide screen. Kalau WXGA lebih mahal sikit sebab wide. Skrin lebar. kalau nak portable habis, ambil saja skrin 12.1 inci pun ada. Nak lagi kecil, 10 inci pun ada. Sony ada keluarkan yang lagi kecil, entah berapa inci. Tapi aku tak pasti apa yang korang boleh nampak. Pilih ikut sedap mata ye.

5. DVD-ROM/CDRW kombo, paling koman. Bawah pada tu, buang masa beli.

6. Ada WIFI. Tak kira la pakai ke tak. Korang bukan boleh ramal masa depan. Ini untuk connection network dan internet yang lebih mengada-ngada. Boleh la duduk di Starbuck sambil surf internet.

7. Lain-lain? Tak berapa signifikan. Touch pad. Card reader, grafik engine. Itu ikut suka.

Selalu aku tengok orang beli laptop ikut estatika penampilan. Kalau cantik takde guna, buat apa? Beli yang berguna. Lupa pula, pastikan berat laptop bawah 3.0 kilo. Lebih pada tu korang akan rasa macam pikul batu. Pastikan waranti support ada. Lagi baik yang support waranti internasional. Last, ermm... Jangan beli brand yang korang tak kenal.

NEC kenal tak? Kenal.. ACER, Hewlett-Packard, Packard-Bell, Compaq, Toshiba, IBM, Ftec? Kenal kan... MY10? M-Life? Targa? Kenal? Heh.

Nak lebih tahu mengenai sesuatu produk, surf internet. Masuk website pengeluar dan baca dokumen yang disediakan. Pergi kedai, tanya orang kedai mana satu brand laptop yang selalu dihantar balik untuk service. jangan beli yang itu.

Last, beli ikut kemampuan, bukan ikut perasaan.

8.10.05

Calvin And Hobbes

6.10.05

Ramdhan dan MyVi

Selamat menyambut Ramadhan. Rasanya baru saja puasa dulu. Kejap betul masa berlalu. Di Putrajaya, mereka buat pasar Ramadhan besar di Presint 2 (depan kompleks Kementerian Kewangan). Kira besar la bagi sebuah bandar sebesar Putrajaya. Aku ingat tak ramai yang nak datang, tapi silap. Ramai betul macam ada pesta. Jam sana sini dah Putrajaya tu. Semalam aku tengok berderet kereta kena saman sebab parking kereta tengah-tengah jalan. Harini takde. Agaknya polis dah insaf, orang nak beli makanan buka puasa takkan nak saman juga kot.

Menariknya ada satu gerai pak Arab dan anak-anaknya menjual Kebab. Ye la, selalu orang Melayu jual kebab, tapi kali ini dah ada orang Arab yang jual kebab original. Memang mahal (RM4) satu tapi puas hati makan sebab besar. Kalau orang Melayu kita jual kebab harga RM2.50 (rata-ratanya), roti pita siap belah dua, ini roti pita bulat besar dengan isi macam tak cukup tempat nak letak. Yang lain ada la jual macam-macam. Tapi memang ramai, mungkin bebudak MMU pun datang. Ye la, student sentiasa kelaparan.

Tapi dah dua hari bulan puasa ni berlalu, tapi tak rasa apa pun. Sibuk dengan kerja menyiapkan keceriaan pejabat. Nak kena hias sana sini pejabat sebab ada pertandingan. Aku kena siapkan carta organisasi dan termasuk ambil gambar staf. Jadi inilah masanya aku tunjukkan skil grafik aku. Kalau bahagian lain di JPN Putrajaya tu sibuk guna gambar photostat, gambar betul dan gambar print inkjet printer, kami guna Color Laser Printer syarikat swasta (vendor kami) taja. Mulanya minta nak guna sekejap saja. Datang pegawai mereka, suruh guna sebanyak mana nak. Habis aku print gambar staf dengannya dan macam-macam lagi. Sure jeles orang bahagian lain kalau tengok nanti. Aku sebenarnya nak tunjukkan kepada seorang staf tu yang digelar orang Pengarah JPN sebagai pereka grafik JPN yang bagus. Sebagus mana aku tak tahu tapi setakat ni aku cuma dengar orang komplen betapa buruknya design sticker kereta/motor, pelekat dan kad ucapan hari lahir yang dia design. Apa taknya, guna Powerpoint nak design semua tu, memang kualiti taraf PowerPoint je la.

Kami di unit PC guna Macromedia Fireworks, Adobe Photoshop dan lain-lain perisian grafik untuk design. Hak peribadi ye (BSA tak payah nak cari).

Kerja sendiri tetap buat dan sekejap je dah siap. Jangan risau, pengeluaran MyKad korang tak terjejas, malah sekarang semakin cepat dan kadar menunggu aku jangkakan semakin menurun. Aku pelik orang Malaysia ni, lagi dekat tarikh akhir buat MyKad, lagi kurang orang datang. Suka kena bayar denda ke? Buat sekarang, ada hadiah MyVi untuk cabutan bertuah (aku dah usha MyVi 1.3 kaler hitam tu). Hari tu ada orang menang laptop dan motosikal. Buat cepat sebelum akhir bulan November untuk berpeluang menang hadiah. Lepas daripada tu tak boleh menang hadiah dah, boleh dapat free sampai akhir Disember saja.

Heh!

1.10.05

Kalau Tak Update, Orang Kata Malas...

Web ni betul-betul semak. Bukan senang nak cari sesuatu yang betul-betul kita mahu. Kalau setahun dua dulu mungkin agak senang, tapi sekarang semakin susah. Malah disebabkan spam, muka pertama search engine, resultnya mungkin tak berkaitan langsung dengan apa yang kita cari. Kadang-kadang kita buang masa semata-mata nak dapat result yang kita nak yang cuma mungkin sebaris dua atau sekeping gambar. Letih.

====

Aku mencari koleksi kereta tahun 70an. Bagi aku secara peribadi, dekad 70an adalah dekad yang paling aku blur. Langsung tak nampak apa-apa. Padahal aku dilahirkan dalam dekad tersebut. Aku lebih tahu mengenai dekad 60an, 80an dan 90an berbanding 70an. Kenapa ye? Mungkin tahun 70an, filem-filem melayu makin suram dan jarang sangat dapat dilihat di televisyen.

Apa yang aku ingat mengenai dekad 70an? Bell-bottom, rambut menggerbang, baju ketat, kereta semuanya pelik, banyak gambar slow-motion (tengok la acara sukan, semua slow-motion, kenapa ye?).

Aku dah jumpa website yang buat kronikal secara ringkas mengenai dekad-dekad yang berlalu, Nostalgia Central hasil karya orang Australia.

Banyak lagi aku nak cari ni...

====

Heh..

22.9.05

Lily

26/9 ni birthday Lily, adik angkat aku yang paling lama setakat ni. Dari tahun berapa ye? Rasanya tahun 1999. Lama tu. Mula kenal macam IRC dulu, aku ingat dia tua dah atau terlampau garang nak mampos. Ye la nampak berlagak je.

Kalau dia tak tegur aku, jangan harap aku nak tegur dia. Rupanya tak jauh dari kampung aku. Sampai sekarang aku masih rapat dengan budak Lily ni walaupun jarang sangat dah jumpa. Tapi baik macam tu jugak.

Sekarang dia dah jadi cikgu matematik di Kamunting, Perak. Mula dulu punya la bertegas taknak jadi cikgu. Habis dah takde kerja, terpaksa la apply. Sekarang dah dekat 2 tahun jadi cikgu. Bagus la. Dapat sekolah pun dekat kampung sendiri.

Dia dah mintak hadiah, apa hadiah aku nak bagi ni?

20.9.05

Uhhhhh... Aaaaa.... Cantiknya!

Aku tengah sibuk menghias pejabat. Ikutkan kerja orang perempuan yang 3/4 jumlahnya tapi seorang pun tak buat. Pemalas betul. Atau memang mereka mengaku tak kreatif. Ye la, takat nak buat solekan gaya perkahwinan mungkin terer la. Tapi nak buat interior design untuk opis, beku otak kot.

Kemudian ada seorang brader yang diakui memang pandai melukis ditugaskan untuk decorate opis. Ini sebab orang gomen takde kerja la ni. Ye la tu. Sibuk gile dengan kerja tau tak. Ini pun curi-curi masa buat hiasan sebab ada pertandingan keceriaan pejabat. Pelik. Patut la orang awam kata orang gomen takde kerja. Sebab menyibuk ditempat lain.

Jadi brader tadi ajak la aku tolong buat dengan dia decorate opis. Mungkin sebab dia tahu aku mahir guna komputer. Senang tugas dia. Dia design artwork, aku buat guna komputer. Mulanya bos besar (dia ni jenis pilih bulu) memang tak berminat nak ambil tahu atau memang tak minat sebab orang yang buat kerja bukan orang-orang dia. Tapi bila hari semalam dia datang, dia terkejut tengok kami decorate opis dan tunjuk proposal bagaimana carta organisasi akan kelihatan nanti siap dengan laser color print lagi. Tak pasal-pasal dia jadi minat dan tak habis-habis memuji. Kami buat deco bodoh pun dipujinya. Kemudian dia minta tambah itu ini. Agaknya dia dah minat. Tapi masalahnya nak keluar modal tak nak. Duit kelab memang banyak. Bayangkan kalau sekali jual kertas terpakai dan kotak-kotak tak berguna boleh dapat sampai RM200 sebulan. Tambah yuran kelab RM2 sebulan seorang. Memang cecah ribu RM. Tapi nak minta RM50 untuk print poster pun susah. Itu ini ditanya. Keluar duit nak makan senang je. Sebab itu juga korang tengok orang gomen sihat-sihat. Ada saja jamuan makan. Nak pindah bahagian dalam satu bangunan yang sama pun dibuat jamuan makan perpisahan. Nak dapat anak pun buat jamuan juga.

Jadi sekarang masih tengah sibuk mendeco opis. Bila siap nanti sure gempak. Selama ni orang dok fikir bahagian rekod JPN je yang hebat deco opis (ye la, bukan ada kerja pun mereka tu). Nanti tengok unit PC macamana.

====

Aku takde nak komen apa pasal Pengarah Imigresen tu. Realitinya dia memang tahu ada sambutan persaraannya dan mungkin dia tak tahu kos berapa tapi dia tahu dia akan dapat macam-macam. Kalah Mawi dapat hadiah menang AF3.

Itu realiti pegawai atasan kerajaan. Mewah melampau dan kadang-kadang aku rasakan terlampau mewah. Beza antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan macam langit dengan bumi baik dari segi pendapatan, taraf dan status. Malah aku berani akui, terdapat gaya-gaya kasta dalam sistem pentadbiran. Pegawai atasan menikmati segalanya. Malah kalau korang pergi tengok Putrajaya, rumah pegawai besar melampau. Tapi rumah untuk kerani dibagi apartment dan itu pun kena tunggu queue sampai entah berapa lama.

Aku bukan anti kerajaan. Aku hargai apa yang kerajaan buat. Tapi kadang-kadang aku rasa kerajaan tidak bersikap adil dengan kakitangan bawahan yang bekerja bertungkus lumus setiap hari. Mereka ini yang berdepan dengan orang awam sepanjang masa; dimaki, dimarah, dikutuk dan macam-macam lagi. Kalau ada kes pun, pegawai memang bertanggungjawab. Tapi akhirnya nanti kakitangan bawah yang akan ditukarkan tempat kerja dan dikena itu ini tindakan. Pegawai tetap pegawai.

Dan memang bahaya kalau melawan pegawai. Senang-senang kita boleh ditukarkan kehulu ceruk mana atau senang-senang dia boleh abaikan kenaikan pangkat kita. Sistem sekarang patut diperbaiki atau dirombak langsung. Banyak aku lihat kenaikan pangkat tidak ikut kemahiran tapi seniority. Ada yang langsung tak reti buat kerja tapi kalau pandai bodek, senang saja dapat naik pangkat. Yang pandai tapi diam, sampai pencen la duduk ditempat yang sama.

Sepatutnya ada jemaah nazir yang pergi keliling dan melihat setiap seorang kakitangan. Mereka menilai secara langsung tanpa gangguan pegawai atasan kakitangan tersebut. Itu lebih adil.

Berbalik pada sambutan persaraan RM5 juta. Apa nak hairan, Kastam memang kaya. Terlampau kaya. Jadi tak perlu nak hairan sangat. Lain la kalau RM5 sambutan persaan untuk Pengarah Hal Ehwal Orang Asli. Itu pelik. Patut siasat habis-habisan. Faham tak?

15.9.05

Yang Membuatkan Aku Tak Tidur Malam

Sambung pasal PC baru aku. Heh.

Aku guna AMD Sempron 2500+ 64Bit Soket 754 dengan motherboard Asrock (cikai gila) yang boleh di upgrade kepada soket 939 untuk akan datang. RAM aku guna Apacer DDR400 512MB. Grafik pula aku cuma guna ATI Radeon 9550 256MB, DVD-ROM Drive Samsung, dan casing Tsunami Pisces Ps-47 Series kaler hitam. Sound card masih guna yang lama, Creative Sound Blaster! Live. Monitor masih pakai Philips 704S 17" Flat Screen. Kalau nak tengok apa benda yang aku beli, klik saja link yang aku sediakan tu. Setakat ni PC aku masih beroperasi dalam keadaan normal.

Observasi setakat ini; Grand Theft Auto San Andreas, gameplay okay dengan screen resolution aku set pada 800x600 dengan setting lain aku set pada medium dan high. Tapi kalau sengaja buat banyak letupan (baling bom tangan sebanyak mungkin), gambar jerking sikit tapi masih boleh main. Unreal Tournament 2004, gameplay okay dengan setting resolution pada 800x600 dan setting lain aku set pada high. Seperti biasa loading ambil masa, tapi masa gameplay, smooth habis. Kira okay la. Aku bukan jenis main games gila-gila dasyat.

Apa yang belum cukup? Aku nak beli speaker baru. Altec Lansing ATP3 aku dah rosak. Hajat dihati nak beli Altec Lansing MX5021 dengan sistem THX. Harga semasa sekarang ialah RM550. Ye, memang cuma 2.1 tapi kesan bunyi lebih baik dari 4.1 atau 5.1 biasa. Dan juga nak dapatkan Logitech™ MX1000 Laser Cordless Mouse dan juga kalau la boleh, AMD 64bit Dual Core. Itu saja.

Nanti la aku ambil gambarnya.

10.9.05

Techno Geek

At last aku beli juga laptop walau bukan milik aku. Tapi puas hati la sebab dapat buat laptop macam harta sendiri. Jenis Acer Travelmate 2419NCLi. Cosnya RM3000 tepat. Aku upgrade RAM 512MB DDR 533Mhz. Itu je yang penting. Nak upgrade hard disk, katanya nanti warantty void. Jadi kansel. Screen 15" dan combo drive. Okay la tu. Nak beli yang lain, aku rasa tak berbaloi. Kalau pandai jaga, tahan lama. Kalau tak pandai jaga, beli IBM ke, Apple ke, Fujitsu ke pun akan rosak juga.

Kemudian aku upgrade PC aku sendiri. Tukar kepada AMD 64 bit yang aku idam-idamkan sejak sekian lama. Baru sekarang dapat. Cuma dapat soket 754 buat masa sekarang tapi motherboard boleh support soket 939 dengan cuma tambah extension card. RAM 512 MB dulu buat masa sekarang. Grafik cuma ATI Radeon 9550 saja. Takpe la buat sementara waktu. Casing tukar kepada Tsunami warna hitam berkilat dengan 4 biji lampu biru yang berkelip-kelip bila hard disk beroperasi. Cool.

Nanti aku cerita lagi.

3.9.05

Laptop on The Way

Nak kemana harini? Agaknya aku kena tawaf Low Yat Plaza lagi sebab nak check harga terbaru Laptop yang bakal dibeli minggu depan. Dua choice yang aku short listed masa mula-mula buat survey, Toshiba dan Acer. Harga bawah RM3000 sebab itu saja yang aku mampu. Toshiba dengan prosesor Celeron, 256 DDR Ram, 40GB HDD, ATi Intergrated graphics dengan 64MB shared memory, Surround sound system dan 15" CVS screen. Acer pula dengan Pentium M, 256MB DDR2 Ram, 40GB HDD, 128MB Intel Extreme II graphics (shared memory), sound system dan 15" XGA screen.

Aku pernah guna Toshiba suatu masa dulu. Memang hebat dan memang dasyat. Pernah suatu masa dibiarkan laptop to on 24 jam tanpa apa-apa masalah. Suatu masa dulu dizaman laptop seberat batu-bata, Toshiba berada di tangga nombor 1 dunia sebagai pengeluar laptop. Sekarang sudah jadi milik DELL.

Aku pun pernah guna Acer. Takde apa masalah tetapi memang dari segi built quality boleh dipersoalkan. Dan aku tak yakin ianya mampu bertahan macam Toshiba.

Cuma yang menarik minat aku terhadap Acer berbanding dengan Toshiba ialah, satu, prosesor. Acer guna Pentium M iaitu salah satu set komponen Centrino. Sesuatu laptop kiranya mahu dikenali sebagai Centrino, perlu ada prosesor Pentium M, motherboard dengan chipset Intel dan sistem wireless (WIFI) Intel juga. Bila ada tiga set lengkap ini, barulah ianya digelar Centrino. Kalau takde salah satu komponen, tak boleh gelar Centrino. Jadi kalau ada Pentium M pun dah cukup menarik sebab berbanding Celeron yang digunakan oleh Toshiba, bezanya besar. Performance berbeza. Satu lagi yang menarik minat aku dengan Acer ialah penggunaan RAM DDR2 berbanding dengan Toshiba yang guna RAM DDR saja. DDR2 lebih bagus performance. Tapi apa pun jenis ram, aku akan upgrade tambah sekurang-kurangnya 512MB lagi. Jadi 768MB. Sesuai dengan Windows XP Pro.

Tapi Toshiba ada kelebihannya juga. Sound System guna Surround. Itu cukup menarik. Tambah lagi guna ATI graphics processor. Lagi baik dari pakai Intel. Paling bagus, screen LCDnya guna CVS (crystal bright), jauh lebih baik dari LCD yang biasa. Paling menarik ialah, Toshiba dah bagi bundle Windows XP Home dan Office One Note. Acer tak bagi apa-apa pun. Tapi tak signifikan bagi aku.

Jadi harini aku kena pergi survey lagi. Nak tengok yang mana betul-betul menarik dan mungkin ada lain jenama/model yang lebih okay.

29.8.05

Anjing Turut Berarak di Hari Merdeka (Serius!)

Sejak seminggu lepas, laluan istiadat depan JPN Putrajaya ni sibuk memanjang. Ye lah, orang sibuk-sibuk bersiap untuk perarakan hari merdeka Rabu nanti. Dah 3 kali aku tengok raptai termasuk harini. Harini kira aku tengok raptai 80% full dress. Kira hari Rabu nanti tak gempak langsung la. Cuma float kereta berhias saja yang belum ada. Setiap hari sesedap rasa saja aku melepak pagi-pagi tengok orang buat persembahan. Peduli apa dengan Ketua Pengarah, setahun sekali je.

Hari ni kira menarik sebab helikopter melintas sambil keluar asap warna-warni (helikopter ni ada siren macam siren bomba dan polis, pelik juga). First time tengok Kereta Kebal Utama (MBT) T91 buatan Poland yang Malaysia akan beli. Besar dan garang! Dan yang garang juga ada gerup Para ATM yang membuat tarian perang mereka dihadapan pentas utama nanti. COOL! Jangan lupa tengok yang itu. Tapi yang paling-paling best ialah lintas lalu kapal terbang pejuang FA-18 Hornet dan MiG-29 Fulcrum. Aku naik di kawasan ruang terbuka tingkat 8 opis sebab kapal terbang lalu betul-betul atas opis kami. Bunyinya MasyaAllah. Boleh pekak telinga. Rupanya tingkat 8 JPN tu begitu strategik sampai RTM pun letak kamera disitu dan TUDM letak tempat kawalan disitu. Jadi seronok jugalah sambutan hari merdeka bagi staf-staf JPN ni. Ada la sebab untuk buang masa tak tentu pasal.

Cuma yang tak bestnya, jalan tutup sana sini. Ye lah, pejabat betul-betul sebelah tempat sambutan hari merdeka. Nasib aku jenis datang awal gila. Masa ada option masuk jam 7.30 pagi dulu, tak nak masuk. Sekarang orang suruh masuk jam 8.00 pagi, aku jam 7.15 pagi dah sampai. Sah aku tengok bingung.

====

Handset aku dah semakin tak betul. Setahun lebih je sempat pakai. Nasib aku bukan dari jenis yang kemaruk handset. Ini tengah berkira-kira nak tukar yang baru. Choice samada Nokia 3230, SonyEricsson K750i, SonyEricsson W800i (+walkman), Motorola E1000 atau O2 Mini. Tengah dok berkira-kira.

====

Juga tengah dok berkira-kira nak beli Laptop. Tapi aku jenis sensitif dengan spec dan setakat ini aku belum jumpa spec yang aku nak dengan harga yang berpatutan. Mana pegi AMD punya laptop ni? Ye aku tahu Centrino bagus, tapi Aku tengah tunggu Mobile AMD 64 (Turion). Lagi menarik.

====

Juga tengah dok berkira-kira nak tukar kereta. Adik aku nak kereta aku sekarang dan aku rasa aku bagi saja dan suruh mereka sambung bayar. Aku tengah fikir samada nak ambil Proton Gen2 1.3, Proton Savvy atau Perodua MyVi. Gen2 1.3 lambat lagi keluar tapi memang bakal keluar. Proton Savvy aku paling tertarik tapi aku takut value takde nanti. MyVi aku rasa selamat kalau beli tapi aku rasa tak kena dengan gaya aku. Dok berkira-kira lagi ni.

====

Huh? Susah nak ajar orang buat website.

17.8.05

Savvy MyVi

Rasanya dah naik letih aku baca blog, website dan komen segala macam manusia mengenai Perodua MyVi dan Proton Savvy.

Kenapa orang bandingkan MYVI dan Savvy? Dua kereta ni memang tak sama dari segi spesifikasi dan konsep. Myvi lebih bersifat mini MPV macam geng Honda Jazz, Suzuki Swift baru dan juga Chevrolet Aveo manakala Savvy lebih bersifat sport mini macam Hyundai Getz, Renault Clio (obviously) dan kalau tak pun, Mini. Beza. Saiz dan spesifikasi pun beza walaupun enjin dekat sama besar. Itu pun beza sebab satu pakai DOHC dan satu lagi pakai SOHC.

Kenapa orang suka Myvi? Besar, terjamin sebab dah setahun lebih dijalan sebagai Toyota Passo dan Daihatsu Boon (kira main tipu la ni ye?), spesifikasi enjin, transmisi dan aksesori lebih meluas dan yang paling penting, ianya bukan Proton. Kenapa orang meluat dengan Savvy (ini berdasarkan kutukan orang di luar dan dalam internet)? Sebab bonet hodoh (bonet kereta mana yang tak hodoh?), enjin Renault (orang kata spare part mahal (pembeli belum pun buat first service lagi agaknya), pilihan tak banyak dan yang paling penting, ianya Proton. Ye lah, semua orang kata, kereta Proton takde kualiti, asyik rosak tingkap, bunyi sana sini, itu ini. Tapi rasanya orang yang kata ni adalah kebanyakkannya orang yang pakai Proton dan mungkin ada yang dah pakai begitu lama. Ye, aku tahu kereta lain mahal. Kalau tak mereka dah lama beli kereta Jepun, Korea dan mungkin, China.

Aku pernah berdebat dengan orang yang selama ini dia pakai Proton Wira Aeroback yang begitu diagung-agungkan olehnya. Katanya best, laju dan semua orang dia boleh potong termasuk Alex Yoong (kalau cakap Alonso nanti tak logik pula rasanya atas jalan Malaysia ni). Tapi bila saja dia tukar Myvi, habis semua Proton tu diantikan oleh dia. Jadi bila aku kata Savvy okey dari segi performance berbanding Myvi dan Savvy berbeza konsep dan kategori dari Myvi, dia suruh aku kerja tempat lain. Katanya aku fikir banyak sangat tapi aku rasa dia tak tau nak jawab apa.

Dua-dua kereta okay. Kalau nak beli kereta sebab nak bawa relax, ada anak dua orang yang masih budak, nak rasa duduk tinggi dari kereta lain, beli Myvi. Kalau rasa nak daring, nak pecut 170KM/J, nak buat corner macam Alex Yoong (aku dah cakap, Alonso tak drive atas Federal Highway!) dan nak bikin sana sini, beli Savvy. Itu memang teritori dia.

Aku tetap kata ada beberapa kelemahan terhadap kedua-dua kereta tersebut.

MyVi. Siapa pernah follow belakang Myvi dan terfikir betapa peliknya design belakang kereta ni. Sekali imbas macam katak. Tengok tayar yang digunakan. Kurus kering macam tak cukup makan. Kemudian driving position, kalau korang suka bawa van, Myvi kira okay sebab tinggi. Seat belakang agak nipis dan ada besi terbonjol keluar dari seat (tengok kalau tak percaya). Dan button di dashboard, masyaAllah, ingat orang ni buta ke? Besar gajah siap dengan tulisannya. Kalau tak nampak juga, korang memang buta.

Savvy. Bonet memang pelik. mengembang tak tentu pasal sebab mungkin nak ikut flow sisi badan, tapi memang pelik la. Tak ikut flow tak boleh ke? ada efek ke dengan cdi? (bukan pasal enjin, pasal drag). Lampu depan besar dan nampak sangat meniru BMW. Dan hood depan aku rasa aneh sebab singkat. Agaknya tak cukup besi. Seat belakang masing problem macam gen.2. Bumbung rendah. Lupa pula, apa hal tiru Alfa dengan styling tepi? Kalau buat line lurus ak boleh ke? Ini mesti sebab cermin sisi belakang ni.

Wish-List Myvi
1. Lampu depan ala Boon dan Passo.
2. Tayar lebih lebar supaya tak nampak macam guna tayar basikal.
3. Sport rim yang lebih menarik (tebal semacam je sekarang ni)
4. Dashboard yang lebih 'mulia' (orang bawa kereta tak buta la enche!)
5. Enjin lebih power, 1.6 ke macam Swift. Member yang bawa sekarang kata dia rasa macam bawa lori.

Wish-List Savvy
1. Lampu signal depan ikut kaler headlight, baru menarik.
2. Bonet belakang dibuat lain (sekali sekala aku meluat juga tengok)
3. Enjin 1.0 tak boleh taruk ke?
4. Kaler lain, silver ke, metalik green ke, putih ke, kuning cengkadak ke.
5. Styling tepi tu kalau boleh diluruskan. Tak payah curve tu, nampak sangat meniru Alfa. Aku rasa akan jadi lebih cantik dan cool.

Aku rasa tak patut korang nak kutuk mana-mana pun syarikat kereta Malaysia. Proton baru 20 tahun lebih dan Perodua baru 10 tahun lebih. Model T yang dikeluarkan oleh Ford awal kurun lepas tu pun penuh dengan masalah dan hodoh teramat sangat. Tak payah cakap pakai kereta Jepun, tanya atuk nenek korang. Takde sapa nak beli Diaorang lagi prefer kereta barat. Ingat, Mercedes ambil masa 100 tahun untuk jadi apa ianya sekarang. Toyota dan Honda ambil masa 60 tahun. Hyundai dan Kia ambil masa 40 tahun. Proton dan Perodua baru masih baru. Tunggu la 10 tahun lagi, mungkin korang dah tak pandang Toyota Corolla Altis dan Honda Civic dah. Proton baru start design kereta sendiri tahun 1997, so masih muda. Perodua masih beli design orang lain. Kia dan Hyundai masih tak sudah-sudah tiru idea orang lain. Mitsubishi pernah menyembunyikan masalah kereta mereka daripada orang ramai. Mercedes punya kereta pun pernah kena recall. Rover dah lingkup. Fiat group tak berapa untung, macam tu juga VW dan DaimlerChrysler. So, sabar. Jangan kutuk tak tentu pasal. Lagi baik korang buat forum dan bagi idea yang lebih menarik untuk Proton dan Perodua. Bagi design kalau terer dan bagi teknologi kalau bijak. Kutuk takde apa-apa result.

13.8.05

Apa Jadahnya Dengan NTV7?

Memo:

Liverpool vs Middlesbrough malam ni.
Duit OT dan Elaun Perjalanan belum masuk. Miskin dah ni.
Kredit handset dah nak habis. Duit takde la nak top-up.
Belum makan malam.

====

Tadi petang aku menonton NTV7 rancangan Edisi Siasat yang kononnya bagus tu. Cerita perihal bebudak Punk di Bukit Bintang yang katanya tak tahu adab dan merosakkan imej negara. Kemudian diulang berkali-kali klip aksi bebudak Punk ni (agaknya NTV7 tak cukup tape video). Temuramah dengan bebudak Punk ni tersangut-sangut dan penuh dengan potong sana sini. Dan dalam suara pemberita yang cuba mengatakan bahawa bebudak Punk ni anti kerajaan, diselitkan satu perkataan yang keluar dari mulut budak punk (yang blur dikaburkan oleh NTV7), "Kerajaan".

Aku pelik. Ini ke taraf jurnalisme wartawan Malaysia? Klip video yang sama diulang hampir sepuluh kali, kemudian di buat voice over menceritakan teruknya budaya Punk dengan klip yang blur dan tak pasti mana satu budak Punk dan mana satu budak bukan Punk. Tiada langsung padangan dari luar (selain budak Punk), tiada langsung temuramah yang jelas melainkan mencari negatif. Aku bukan sokong bebudak Punk, meluat lagi ada la. Tapi aku kecewa dengan mutu jurnalisme NTV7 yang cuba memperlekehkan mentaliti penonton. Apa ingat orang depan TV tu bodoh sangat ke korang nak sogok dengan klip video berulang-ulang sambil korang mengulas mengenai dogma tatasusila timur korang tu? Kononnya memperjuangkan nasib bangsa. Tapi apa ke jadahnya menggunakan ayat-ayat biadap dalam siaran TV? Yang tu nak letak dimana dengan nilai-nilai timur bangsa?

Kemudian malamnya pula aku menonton Majalah 3. Waktu iklan aku alih siaran ke NTV7 sebab ada cerita Seniman Bujang Lapok. Rasanya dari budak kecil sampai la orang tua, semua tahu jalan ceritanya macamana. Boleh kata hampir semua hafal jalan cerita dan setiap adegan dalam salah satu karya agung P. Ramlee ni. Tapi apa jadi? NTV7 dengan rakusnya memotong dan mencantas hampir keseluruhan jalan cerita dan akhirnya jadilah Seniman Bujang Lapok karya P. Ramlee ala NTV7. Berani sungguh NTV7 menghina mentaliti masyarat hingga sanggup merosakkan seni warisan negara. Tak tahu malu ke dan tak tahu bodoh ke dengan berbuat begitu orang semakin meluat dengan NTV7? Sebab itulah syarikatnya lingkup. Malah Puteri Gunung Ledang pun ditunggang terbalikkan oleh mereka hingga jadi cerita tak masuk akal. Ini kerja jadah orang NTV7. Patutnya mereka yang melingkup, bukan Chanel 9. Dan, apa kes iklan setiap 3 minit?

====

Jadi aku pun keluarlah mencari internet sebab bosan dengan rancangan TV selain majalah 3 tadi. Surf internet mencari hal-hal Liverpool. Membaca blog orang termasuk Rina (kerja apa di Putrajaya?) dan Bayah (nak melompat atas sofa baru, boleh?). Lepas ni aku nak ke laman web Paul Tan melihat perkembangan semasa industri automotif dan membaca kutukan orang terhadap Proton (yang aku berani jamin 90% dari mereka memandu Proton) dan Tom's Hardware untuk melihat perkembangan terkini industri komputer. Itu website yang lazim aku kunjungi.

Selamat Hari Minggu semua. Jerubu di KL dah hilang. Lain kali sebelum jerubu patut isytihar darurat, sah jerubu takkan datang.

9.8.05

PC Galore Continue

Berbalik kepada PC ni, PC Fair pun dah habis. Nak sambung ke hah?

Satu aku perasan bila orang beli PC, mouse dan keyboard ni memang dipinggirkan. Last-last baru nak beli. Aku antara benda paling penting bila aku beli PC ialah mouse. Sebab binatang tu la yang paling banyak aku akan sentuh dan guna sepanjang aku guna PC. Kemudian Keyboard. Aku suka yang lembut tapi tidak terlalu lembut dan responsif. Kalau key jenis macam korang letupkan jari setiap kali ketuk, letih la. Sekarang aku pakai keyboard Microsoft. Puas sebab memang baik dan harga berpatutan. Mouse aku pakai Microsoft Optical. Tapi aku kalau ada duit lebih nak beli optical wireless mouse, mungkin dari jenis Logitech atau Microsoft juga. Kenapa korang tanya? Macam aku kata tadi, dua benda ini ialah alat yang paling banyak disentuh dan digunakan oleh user komputer, jadi kenapa abaikan? Beli mouse RM10 mahu ianya beraksi macam mouse RM50. Mana ada jalan... Baru menaip lima muka surat dah komplen jari sakit. Itu sebabnya kalau beli barang murah dan tidak berkualiti. Jadi jari dan tangan. Nanti dapat sakit, susah (Karpal Tunnel Syndrome - google sendiri).

Lagi satu bila nak berjimat. Beli casing murah. Aku tak kisah kalau nak beli casing yang murah. Tapi satu, kena fikir power supply cukup tak untuk jalankan PC korang dengan baik dan dua, kitaran udara/angin dalam casing baik atau tidak untuk menjamin PC berfungsi dalam keadaan yang optimum. Kalau pakai PC siap dengan prosesor P4/Athlon XP keatas, grafik card yang ada kipas sendiri, sound card sendiri, dua hard disk, CDROM/DVDROM dan CDRW/DVDRW+-, efek lampu dan kolam renang, agaknya cukup ke power 300watt untuk jalankan PC dengan baik? Jangan pelik nanti kalau tengah sedap guna PC, tetiba off sendiri. Tak pun tak menyala langsung. Itu adalah berpunca dari power yang tak cukup. Aliran udara dalam casing pun penting. Tak guna kalau letak kipas depan dan belakang, kiri dan kanan casing kalau alirannya berterabur. Kalau depan masuk, kiri kanan dan belakang dan atas(?) mesti keluar. Fikir macam ni, kita sedut udara sejuk dari luar, tapi kalau kita tak biarkan udara panas dalam keluar, tidak efektif la sistem pengudaraan. Jangan tutup casing dengan segala macam pelapik plastik atau simpan dalam gobok bawah meja. Kononnya nak sorok dari pandangan mata orang la. Kalau rumah tu ada aircond, lainlah. Tapi kalau takde, cuba buka casing dan rasa betapa panas udara dalam casing tu. Ia boleh merosakkan komponen komputer. Letak disudut yang ada aliran udara yang baik. Halakan kipas kalau dirasakan perlu kearah PC. Sistem aliran udara paling mudah, pasang kipas depan dan belakang, depan menyedut masuk udara sejuk, belakang menolak keluar udara panas. Kipas tu boleh dibeli dan dipasang sendiri dengan mudah. Murah pun ye.

Bersambung...

6.8.05

PC Fairest of Them All...

PC Fair datang lagi.

Secara tiba-tiba semua orang yang kita kenal jadi terer mengenai hal komputer.

"Beli RAM Kingston, bagus. Tahan lama!"
"Jangan beli CD-ROM Sony, cepat rosak."
"Beli Apple baru cool!"
"Ala, aku pasang lagi murah dari ni..."

Kalau dalam dewan PC Fair tu, boleh dengar orang tunjuk kemahiran memilih komponen PC. Tapi realitinya jelas. Group bebudak perempuan ditemani orang sorang dua budak lelaki yang kononnya tok guru hal-hal komputer. Itu ini diterangkan kepada bebudak perempuan yang berkira-kira nak beli atau memang nak beli PC untuk buat assignment.

"Nak murah je, takat nak menaip buat assignment."
"Takde hal, bawah RM1000 boleh dapat!"

Suka budak perempuan tu...

Lepas siap nanti, tak sampai setahun terasa PC tu macam kura-kura tua. Nak marah member yang diajak beli, member. Nak marah diri sendiri, bodoh pulak rasanya. Jadi marahlah pada tuan kedai yang kononnya menipu barang semua baik.

Memang la tokey kedai jual semua barang baik-baik je. Larat ke dia nak tanggung kos ganti barang yang asyik rosak? Patutnya cari barang yang berkualiti dan elok. Kalau perhatikan betul-betul, apa yang dibeli oleh golongan ini dipenghujung hari?

Prosesor Intel Pentium IV/Celeron D
Motherboard MSI
256MB DDR400 Kingston Value RAM
Sound card & grafik built-in (nak jimat la ni)
52x CDROM / 52x48x52x CDRW
Floppy Disk Drive
15" / 17" CRT monitor (Samsung, Philips, LG, Likom dll)
Casing 300W
Mouse & Keyboard (RM25)
Printer Canon paling murah.

Tipikal spesifikasi untuk komputer guna setahun, buang dalam sungai kemudiannya. Tak pun bagi adik. Tapi handset sanggup habiskan RM1500 untuk dapatkan yang latest. Cuba bagitau aku, handset mana yang boleh korang guna untuk menaip assignment sesedap rasa? Ada, tapi yang RM1500 memang takde!

Kalau nak beli PC, fikirkan ini.

1. RAM macam kotak pos di rumah pangsa. Kalau rumah pangsa tu ada 100 rumah, kotak pos ada 50, jadi satu dua rumah kena kongsi satu kotak pos. Atau pun ikut queue. Mula masuk surat untuk rumah A, orang rumah A ambil. Baru masuk surat untuk rumah B. Tapi kalau rumah pangsa tu ada 100 kotak pos, semua boleh dapat sekali gus. Cepat bukan? Tapi kalau rumah pangsa tu dalam 100 rumah tu ada 500 penghuni, berat juga nak sumbat 5 surat dalam 1 kotak pos sebanyak 100 kotak tersebut. Jadi ada baiknya pemaju rumah buat 500 kotak pos untuk semua orang dalam rumah pangsa tersebut. Metaforanya begitu. Lagi besar saiz RAM, lagi banyak data dapat dialirkan dalam satu masa. Fikirkan kalau pakai Windows XP, RAM optimum untuk jalankan Windows XP sahaja dianggarkan sebanyak 256MB. Jadi kalau beli RAM 256MB, maknanya habis untuk Windows XP je. Program lain macamana nak jalan? Terpaksalah guna Virtual Memory atau nak senang faham, dekat atas lantai depan kotak-kotak surat rumah tu dilukis kotak-kotak yang kemudian diletak surat sementara waktu. Ambil tempat lain la ni. Dimana? Didalam Harddisk. Sebab itu harddisk jadi slow, sebab sistem asyik nak pergi cari data dalam harddisk. Mengganggu fungsi sebenar harddisk, menyimpan data. Beli RAM besar sikit. Minima 512MB dan tak semestinya Kingston. Apacer ada, Corsair ada, Gael ada, Kingsmax ada. Masa pasang tu, test satu persatu. Ye la, buat cara orang bodoh buat kerja. Janji kita tahu RAM tu okay.

2. HardDisk, kira kalau beli sekarang, 80GB kira standard. Ala, bukan nak simpan banyak data pun kan. Salah! Kadang-kadang sedar tak sedar, koleksi MP3 cetak rompak korang pun dah boleh cecah 5GB. Cuba buat PowerPoint hebat siap grafik, gambar dan effect. Tengok saiz berapa? Korang akan terkejut. Lepas tu mungkin nak install program itu ini. Program sekarang setiap yang baru semakin besar saiznya, bukan semakin kecil. Dulu Windows 98SE tak sampai 250MB untuk instal. Sekarang Windows XP Pro lebih 1GB. Sedar tak sedar, 80GB dirasakan kecil. Makin berat sebab makin banyak data. Beli yang bersaiz besar kalau mampu. Tapi yang penting, beli yang menggunakan SATA, bukan PATA. Lebih laju. Harga tak jauh beza. Bila nak setup komputer, buat sekurang-kurangnya 2 partition. Kalau tak faham, tanya member korang yang korang ajak beli PC tu. Diorang terer kan? Kenapa 2? Sebab satu untuk instal segala mak nenek program (drive C) dan satu lagi untuk simpan segala mak nenenk data (drive D), MP3, hasil kerja, gambar pakwe/makwe korang dan apa saja. Kenapa asingkan? Sebab kalau program rosak, sekurang-kurangnya data masih okay. Kalau hantar kedai suruh baiki, diorang takkan kacau drive D (kalau diorang terer buat la)... Zura baru saja rosak PC dia. Hantar kedai dan mereka jenguk ke drive C saja. Drive D yang penuh dengan data dan lain-lain, selamat tak terusik.

Bersambung...

30.7.05

Lampu Isyarat Putrajaya Menyala 3 Warna Serentak!

Sejak kerja di Putrajaya, tak sudah-sudah aku melihat orang bikin filem/iklan. Tambah-tambah depan bangunan JPN dan 3 buah bangunan lagi disekelilingnya. Kenapa menarik? Sebab rekabentuk 4 buah bangunan ini ala-ala barat terutama paling hampir sama dengan New York. Dengan dekor yang melampau dan tiang yang besar, ianya lebih barat dari sesetengah bangunan di negara Barat.

Baru dua minggu lepas mereka shooting iklan Celcom 3G baru (mamat bawa kete Volkswagen) dan ketika itu aku dan member-member hendak melintas jalan. Tiba-tiba si Volkswagen meluncur laju diiringi motor polis dan trak kamera. Tadi masa tengah buat overtime, penuh krew filem depan jalan besar untuk buat sebuah lagi iklan agaknya sebab ada teksi New York warna kuning. Aku sempat lihat adegan seorang perempuan naik teksi tersebut.

Kiranya jemu juga tengok orang shooting di Putrajaya. Tapi kira okaylah sebab lokasi banyak yang menarik. Senang dapat angle agaknya sebab jalan depan opis aku luas betul. Dari opis nak ke bangunan seberang, rasanya ada dekat 30 meter lebih.

Tapi yang letihnya Putrajaya ni, lampu isyarat. Dalam banyak benda yang canggih dan moden di Putrajaya, aku rasa lampu isyaratlah yang paling bodoh dan tak teratur. Tukar warna ikut sedap rasa dan timing langsung tak kena. Time orang rush nak masuk kerja, lampu hijau yang sepatutnya dibiarkan lama, jadi kejap je. Ada la sempat dua tiga baris kereta kemudian merah balik. Jam tak tentu pasal bila time masuk kerja. Bila time balik pun macam tu. Lampu hijau untuk jalan arah balik pula yang melampau pantas. Lampu isyarat belakang opis aku lagi pelik. Jalan yang kerap ada kereta lalu sepatutnya dibiarkan hijau lampunya hingga simpang lain ada kereta menunggu. Ini tidak, tak pasal-pasal lampu jadi merah walaupun simpan lain takde langsung kereta yang menunggu. Orang dalam kereta rasanya selalu maki hamun dengan karenah lampu isyarat ni.

Sudahlah begitu bodohnya lampu, polis trafik pula cukup suka ambil kesempatan. Biasanya kalau di Putrajaya, jalan dari highway utama dan masuk ke Presint 1 dan 2 termasuk Presint 7 & 8 memang sesak time datang dan balik kerja. Kalau pernah ke Putrajaya, laluan ini korang akan tempuh jambatan yang banyak kabel besi dekat masjid Putra tu. Polis akan tunggu di hujung jambatan dan disebelah hujung satu lagi ada simpang empat. Sini lampu isyarat memang bahaya. Boleh tukar sesuka hati dan tidak peduli masa ada sesak tidak jalan tersebut. Kalau kita asyik nak kejar lampu isyarat, alamatnya dihujung jambatan nanti, kena saman dengan polis. Tapi siapa tahan kalau 2 - 3 baris kereta lepas lampu terus tukar warna? Kalau kita bari yang ke 12, 4 kali tukar warna lampu baru lepas. Setiap pagi akan berderet kereta yang kena saman. Tak adil aku rasa. Ada baiknya polis jaga simpang yang sesak daripada sesedap rasa bagi saman orang yang berkejaran ke tempat kerja. Itu dalam lebih kurang jam 7.30 pagi tau! Staf kerajaan masuk jam 8 pagi.

Aku kadang-kadang tak ikut lampu isyarat ni. Tak masuk akal aku rasa. Harap Perbadanan Putrajaya boleh ubah sistem lampu isyarat mereka.

Kalau dah datang ke Putrajaya hari minggu (Sabtu), dan kalau belum buat MyKad, datang la JPN. Kaunter buka dan tak ramai orang. Kalau tak tahu nak makan dimana (ye la, orang kata makan di Putrajaya ni mahal), pergi di Taman Warisan Pertanian atau Medan Selera Presint 8 Jangan gatal order kopi di San Francisco Coffee di Sauk tepi Masjid Putra tu, nanti ada yang menangis. Itu yang masuk paper seorang makhluk komplen harga kopi di Putrajaya RM7 secawan. Air minuman masih murah di Putrajaya, lebih kurang harga KL je. Di Presint 8 dan 9 ada kedai mamak. Nak makan McD, KFC, PizzaHut atau Chicken Rice, pergi Alamanda. Tapi parking kena bayar dan harga parking mahal (macam bagus je..)

Setiap pejabat kerajaan ada kafetaria sendiri dan harganya agak berpatutan walaupun sebenarnya agak mahal untuk kakitangan kerajaan sendiri. Imigresen di Presint 2, depan JPN je. JPN dan Imigresen di sebelah Palace of Justice. Siapa pernah tengok konsert AF3 buat di Putrajaya, situlah tempatnya. Dari masjid Putra, ada satu jalan besar menjalar lurus hingga ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Ikut jalan ni terus melintasi Kementerian Kewangan (bangunan melengkung) sampai korang tiba di simpang depannya ada 4 buah bangunan dengan tiang tebal-tebal empat segi. Situlah JPN dan Imigresen. Kalau dari KL, naik bas Metro nombor 68. Nak senang naik ERL tambang pergi balik RM15. Disitu ada bas NadiPutra dengan tambah 50 sen. Kalau kaya naik teksi, RM5 saja.

Di Putrajaya kalau tak tahu jalan, boleh sesat. Aku pernah sesat bawa kereta di jalan besar 4 lorong dihujungnya tiba-tiba jalan mati! Lampu isyarat banyak jadi hati-hati. Polis di Putrajaya ni budak-budak mudah jadi semangat masih tinggi, agaknya. Satu paling penting, jangan lupa payung! Cuaca sini tak menenti Sekejap boleh panas terik melampau, tiba-tiba boleh hujan...

p/s: Memang ada dua lampu isyarat di Putrajaya yang menyala 3 warna lampu serentak, konfius gile. Cari kalau terer!

27.7.05

Bos Dan Percutian Hebatnya.

Kerja kerajaan ni satu je kita kena tahan. Tahan karenah bos dan rakan sekerja. Kalau dapat bos yang okay, senang hati kita. Kalau dapat rakan sekerja yang okay, rileks sikit kerja. Tapi kalau dua-dua kita dapat yang rasanya kalau boleh nak hempuk je kepala mereka kedinding, memang susah.

Satu yang aku perasan bila menghadapi bos, jangan tunjuk kita lagi pandai dari dia. Dia takkan suka. Agaknya dalam sektor swasta pun sama. Tapi sekurang-kurangnya di sektor swasta bos take notice dan untung kita, boleh naik pangkat. Tapi kalau kerja kerajaan, sampai berkulat la kita akan duduk ditempat yang sama. Bos dalam sektor kerajaan lebih suka nak jaga tempat duduk dia dari bagi peluang orang bawahannya yang berkebolehan untuk naik.

Idea adalah suatu konsep yang bagus. Tapi tidak bagi bos kerajaan. Mereka selalunya lihat idea adalah suatu yang merbahaya. Kenapa? Sebab bila idea itu direalisasikan, mereka susah sebab banyak kerja kena buat. Kalau boleh, biarlah cara yang sama dilakukan sampai 100 tahun sekalipun. Asal mereka rileks. Mereka lebih rela (tersangat suka sebenarnya) menghabiskan 5 hari seminggu dengan bermesyuarat dari pagi hingga ke petang. Ataupun berseminar. Ataupun berkursus. Ataupun apa saja aktiviti yang membolehkan mereka tinggal di hotel, resort atau yang seangkatan dengannya tanpa perlu bayar sesen pun. Balik nanti, tak perlu risau orang tanya itu ini sebab biasanya orang bawah takkan tanya. Kalau tanya pun, tak perlu jawab. Sebab aku yakin, 99% dari pegawai yang pergi berkursus tentang perkara, teknologi atau teknik baru, balik nanti takkan faham, takkan amalkan atau yang paling sinis, takkan buat kerja tersebut. Semua itu akhirnya menjadi tugas kerani. Bos belajar sistem baru, yang amalkan kerani. Bos bincang untuk buat sistem baru, yang menjalankan sistem, kerani. Siapa yang pandai sebenarnya?

Berkaitan dengan sistem baru, aku rasa sebenarnya salah bila sesuatu sistem itu pada awal proses design, hanya bos, konsultan dan orang atasan saja yang membincangkannya. End user atau kerani (yang sebenarnya) tidak dihiraukan pendapat mereka walaupun merekalah yang sebenarnya nanti akan menggunakannya 100%. Dan yang paling peliknya, bos atau pegawai atasan yang kononnya membantu mereka-cipta sistem baru tersebut, langsung tak faham dan tak tahu untuk menggunakannya. Pelik bukan?

Jadi semenjak aku kerja, banyak sistem baru yang diperkenalkan. Pada awal dulu, masa bos dulu la, aku selalu terlibat dalam proses awal design. Dan hasilnya sistem tersebut lebih senang digunakan sebab aku lebih bersifat end user. Tapi bila sekarang satu lagi sistem baru sedang dibuat, aku hanya dipanggil setelah 70% siap. Akibatnya satu persatu design menjadi kritikan dan diubah sana-sini kerana ianya langsung tidak user-friendly. Itu disebabkan bos baru aku ni rasa dia pandai sangat sampai boleh agak apa yang kami user mahu. Jadi muncung bibir dan merah padam muka dia bila satu persatu idea dia aku kritik.

Lagipun, masa design awal, dia memang minta pendapat. Tapi pendapat itu ditanya dari kroninya saja. Orang yang suka mengipas lipas dia sepanjang masa. Dan mamatnya, rather than asking 2 orang lain yang kerjanya sama saja dengan dia, dia buat keputusan sendiri-sendiri atas banyak hal dalam design awalnya. Akibatnya 2 orang lain lagi tu termasuk aku jadi keliru terutama bahagian yang hanya kami berdua saja yang 90% akan menggunakannya. Mungkin aku rasa dia agak tak puas hati bila sekarang aku ambil alih dan ubah sana sini idea dia. Tapi dia kena faham, nak buat sesuatu, kena fikir persepsi orang lain. Jangan senang untuk dia saja tapi orang lain susah.

Pernah dulu aku reject User Acceptant Test walau pun bos dah luluskan. Sebabnya, aku rasa ianya susah untuk digunakan dan ada cara lain yang lebih mudah. Nasib baik bos lama tu jenis faham dan boleh terima hakikat. Aku rasa kalau aku buat perkara yang sama sekarang, melenting la bos baru aku ni. Aku bukan melawan bos, tapi bos takkan buat kerja tersebut hari-hari dalam seminggu. Aku yang akan buat. Jadi kenapa aku kena terima cara bos sedangkan cara aku lebih sesuai dengan kerja aku? Lainlah kalau bos dengan senang hati nak buat kerja aku hari-hari. Ye la, lebih baik dia habiskan masa berseminar, berkursus dan bermesyuarat di Port Dickson, Cameron Highland, Pangkor dan Langkawi tiap-tiap minggu. Membazir betul. Nak sign projek pun nak kena buat di resort ke?

Orang kata jangan melawan bos. Aku tak melawan. Aku menegakkan apa yang benar saja. Kalau orang tersebut tidak boleh menerima kebenarnya, apa nak buat. Terpaksalah kita bekerja dengan orang yang hipokrit setiap hari. Suka?

Nanti aku cerita perihal Savvy dan MyVi dan perdebatan aku dengan seorang pengguna MyVi (baru sebulan lebih guna) yang sebelum ni 3 tahun pakai Proton Wira Aeroback.

Kenyataan paling best:

"Engkau ni tak payah kerja JPN la, kerja tempat lain yang boleh fikir hal-hal macamni. Engkau fikir masalah negara!" - jenis cakap orang yang tak boleh terima hakikat dan tak berfikiran rasional bila berdebat.

Bukan apa, dia ni kira brother yang senior dalam opis. Kira otai yang hampir semua bebudak lelaki dalm unit aku tu anggap. Aku dan beberapa orang lagi tak termasuk dalam geng ala Ayah Pin ni. Pernah aku kena marah orang bebudak geng ni sebab aku tak join mereka dan tak tunduk hormat pada otai mereka ni. Aku cuba berbaik dengan mereka tapi hakikatnya sukar. Setiap hari perbualan mereka tidak susah mencaci hina (sebab aku rasa gurauan mereka melampau) kawan (budak temp. jadi mangsa), atau mengusik hampir setiap perempuan yang lalu lalang atau membincangkan isu-isu seks (pelik juga sesama lelaki ni). Nanti la ye cerita.

4.7.05

Nostalgia 92

Kadang-kadang aku jeles tengok sekolah-sekolah di negara barat. Mereka sentiasa ada reunion untuk pelajar-pelajar lama tak kira berapa lama mereka telah tinggalkan sekolah mereka tersebut. Malah kalau nak contact atau nak buat query melalui internet cukup senang boleh dapat data yang lengkap. Paling aku jeles ialah 'School Book' mereka. Sudahlah hard-cover, classy pulak tu. Agaknya kalau buat disini, mau harganya cecah puluhan ringgit semata-mata nak buat hard-cover je. Tapi kalau fikir-fikir balik, tak la rugi sangat sebab ianya akan sentiasa dikenang.

Aku ex-mrsm Balik Pulau. Batch 89, maksudnya aku masuk tahun 1989, walaupun sepatutnya aku masuk tahun 1988 masa form 1. No maktab aku, 89031. Aku masih ingat. Homeroom Emas 89. Apa dia homeroom? Sekumpulan pelajar lebih kurang 15 orang dikumpulkan dalam satu kumpulan bermula mereka masuk belajar hingga tamat form 5. Kumpulan ini macam ahli keluarga mereka. Apa sahaja aktiviti maktab pasti akan sedikit sebanyak merujuk kumpulan keluarga pelajar. Contohnya, rumah sukan, seluruh ahli homeroom Emas 89 termasuk dalam rumah merah atau Purnama. Sepanjang aku ingat la, Purnama zaman aku dulu memang hebat. Sentiasa menang johan keseluruhan. Samudra rumah biru, Belantara rumah hijau dan Suria rumah kuning. Kalau tak silap, paling cikai time tu rumah Suria ni la. Tapi aku masih dok fikir apasal letak nama Purnama pada rumah merah sedangkan bulan bukan pun berwarna merah. Kalau planet Marikh ye la. Mungkin agak nanti budak-budak lain jeles kalau letak rumah merah dengan nama Marikh, heh!

Aku masih ingat hampir semua ahli homeroom aku, Pye, Farid, Pak Wan, Tosya, Nash, Renny, Hafizah.. erm, banyak juga yang aku lupa ye. Faris homeroom apa ye? Azrul? Sama homeroom aku juga kot. Ramai dari mereka ni dah berjaya, lebih berjaya dari aku.

Majalah sekolah namanya Nostalgia. Geli pulak kalau difikirkan sekarang tapi menarik. Tahun 1992, majalah Nostalgia mengalami satu revolusi yang paling menarik berbanding majalah sebelumnya. Cover depan di'cat' hitam sepenuhnya dengan tulisan Nostalgia berwarna emas ditulis secara melintang. Itu idea aku! Aku berani sumpah. Mana datang ilham? Cover album metallica Black Album). Cikgu punyalah tak suka pada mulanya. Ye la, sebelum ni cover majalah maktab biasanya dipenuhi dengan gambar atau lukisan artistik yang berwarna warni. Tapi tahun 1992, ianya menjadi begitu simple tapi, classy. Ramai yang akui. Ramai yang puji (tahniah Joke sebab hasilkan cover yang menarik). Waktu itu juga, penggunaan komputer dimulakan untuk majalah tersebut. Tahun 1992 dah guna komputer untuk buat majalah maktab? Ye, teks guna WordStar je. Lukisan kartun dan artwork banyak karya Fahmi. Foto, aku dan Amron (mana kau ha?).

Tapi sayang, majalah aku hilang. Sampai harini aku cuba cari kalau ada yang sudi keluarkan second edition. Erm, menarik juga tu. Aku nak cadangkan buat second edition Nostalgia 1992 dengan hard-cover.

Arrrr.....

2.7.05

Vertical Horizon - Finding Me

I don't think you notice
When you see my face
I guess you're waiting
To spin me around again

Wheels I guess are turning
Somewhere inside my head
I know that this is
Deeper than you get

But you're coming back again
You don't mean to waste my time
But you're coming back so

Don't tell me
How to be
'Cause I like some suffering
Don't ask me
What I need
I'm just fine
Here finding me
Me

I've already given
Up on getting through
I never question
Who I'm talking to

Oh so much for nothing
But nothing means so much
I know it's touching
But I've been out of touch

And it's all that I can do
I'm a sight for my sore eyes
But it's all I am so

I don't think you notice
When I can't reach out
I guess you're waiting
On somebody else again

Oh so much for talking
It's all been said before
I'm hearing something
but I wish you'd just say more

But you're going off again
When I try to just hold on
But you're going off so

29.6.05

Panduan Membeli PC Secara Rawak (Sila Bookmark Kalau Berminat)

Sepatutnya dalam minggu lepas aku dah beli sebuah komputer baru. Maksud aku, pasang sebuah komputer baru. Tapi nampaknya kewangan tidak mengizinkan. Jadi terpaksa tangguh dulu.

Ikutkan, tak banyak yang aku perlukan. Prosesor AMD Athlon XP/AMD Sempron, DDR Ram dan SATA Hard Disk. Itu sudah cukup. Yang lain termasuk motherboard dah ada. Monitor pun dah ada. Aku cari Athlon XP (Barton Core) tapi susah betul nak jumpa. Jangan harap boleh jumpa di area KL ni melainkan orang jual second-hand. Ralat juga nak beli yang orang dah pakai. Kita tak tahu apa yang dia dah buat. Jadi aku cari Sempron saja. Aku pernah pakai Sempron 2200+ (1.13GHz), okay saja. Cuma tak cukup berkuasa. Jadi aku fikir baik aku beli Sempron 2600+, takat nak pakai beberapa bulan. Tak sampai RM300 pun. Kemudian RAM. Mulanya aku nak beli 1GHz sebab harga RAM sekarang murah gile. Dua keping 512MB DDR400 (Kingston Value Ram) baru RM330. Kalau nak yang elok tapi masih dalam kategori value RAM, aku boleh pilih Corsair Value Select dengan harga RM180 sekeping 512MB. Kalau beli 1GHz sekeping terus tak berbaloi. Masih mahal. Harddisk, SATA pilihan aku. Tak kira apa juga alasan, aku dah pakai dan aku tahu lajunya macamana. Aku ingatkan nak beli Samsung Spinpoint 120GB, tapi susah betul nak cari di KL ni. Pelik juga. Harga dalam RM300 lebih sikit. Tapi budget pun tak berapa ada. Jadi kalau ikutkan, pilihan aku ialah (paling cikai);

AMD Sempron 2600+ - RM260
512MB DDR400 Kingston - RM165
80GB 7200RPM 8MB Cache SATA HDD - RM220
Jumlah = RM645

Kalau ikutkan, spec yang aku nak untuk PC baru aku nanti adalah seperti berikut

AMD Athlon 64 (socket939) 3200+
NForce4 Motherboard with PCIX (lagi bagus kalau boleh support SLI)
1GB 533MHz Corsair Twinx atau Kingston HyperX performance RAM
ATI Radeon X700 atau NVidia 6600GT Graphics Card
Creative Audigy 2 ZS Sound Card
250GB 7200RPM SATA HDD x 2 unit.
DVDRW & CDRW
Floppy Disk Drive (perlu ke?)
Cooler Master Centurion 5 Casing denga 450Watt Power Supply.
Water-cooling system (sekarang dah murah)
19" Samsung Syncmaster LCD Screen (Sony, LG, Philips atau apa-apa pun boleh)
Microsoft Natural Wireless keyboard
Logitech Laser mouse.

Kos? Aku agak dalam RM5000 lebih sebab aku perlu beli speaker baru. Altec-Lansing ATP3 aku dah gila. Siapa nak? Aku nak jual RM50 je. Volume tak boleh nak kontrol. Rasanya kotak pun ada lagi. Aku nak cari speaker yang jenis 5.1 atleast la.

Tunggu lepas bulan Ogos nanti, ada la.

Apa cadangan aku kepada orang nak beli PC? Kalau takat nak guna buat kerja Word, Powerpoint dan sikit-sikit games (The Sims 2, Unreal Tournament 2004 dan Solitaire), ini cadangan aku,

AMD Athlon XP 64-bit 3000+ / Intel Pentium 4 Socket 775LGA 3.0GHz
Motherboard sesedap rasa
512MB DDR RAM (paling koman)
80GB SATA HDD (sebaiknya 120GB HDD) *The Sims 2 je dekat 4GB tau! 1000 lagu MP3 lebih kurang 3.5GB
Graphics Card asing (bukan integrated dengan motherboard - tak nyesal nanti), tapi jangan beli GForce4 atau ATI Radeon 9250, dah tua.
Sound Card yang integrated dah cukup bagus sekarang. Nak puas, beli Creative Sound Blaster Live!
DVD-ROM (nak beli DVD-+RW boleh, tapi tak glamer pun lagi)
CDRW, wajib ada. Jangan banyak tanya, beli je. sekeping CDR kosong tak sampai singgit. Lagi murah dari disket!
Floppy Drive, huh? Bukan ke orang dok kecoh dengan THUMBDrive, PENDrive DLL?
Casing, beli yang cantik. Bukan apa, nanti asyik dok tengok casing bodoh je, bosan juga. Tapi lagi penting, pastikan power supply cukup. Tanya tokey kedai kalau tak reti. Penting sebab barang sekarang banyak makan letrik.
Monitor? LCD dah murah. 15" baru RM650, nak elok sikit, RM700+. Monitor CRT biasa kalau nak juga, beli yang FLAT SCREEN. Puas hati. Kalau jenis nak main games, Monitor CRT masih lebih bagus dari LCD, takde ghosting. CRT, 17" tak sampai RM400.
Keyboard + tikus ekor terbalik = cari yang elok. Tak perlu berjimat dengan barang ni. Sebab yang penting kita selesa guna. Nanti tangan asyik crammed, siapa susah? Ambil keyboard yang key lembut. Beli mouse yang guna optical sensor. Sekarang dah murah. Tak perlu wireless, rugi bateri.
Speaker? Ikut suka. Kalau member bilik jenis suka duduk dalam gua, baik beli Headphone yang besar gajah. Selesa dan sedap bunyinya. Jangan beli earphone macam Sony Walkman, tak sesuai. Untuk speaker, elok beli yang 2.1, maksudnya dua speaker kecil + satu subwoofer. Aku cadangkan Altec Lansing atau Creative. Ada warranty. Heh.
Meja komputer? Ala, letak atas meja makan emak korang pun boleh.

Aku nasihat satu, orang suka sangat beli cover komputer plastik yang bila habis guna, mereka cover dengan plastik jadah ni PC. Habis semua monitor, keyboard, mouse, cpu dengan meja pun nak cover. Tak baik untuk kesihatan PC tau tak! Nak cover juga, cover je dengan kain batik lama atau apa-apa saja kain. Kain telekung entah. Tapi pastikan PC sejuk dulu baru cover. Kalau tak haba panas tak boleh nak keluar (sebab tu aku cakap cover plastik tak elok!). PC ni panas, kalau tak percaya cuba pegang. Silap-silap melecur jari. Sebab tu ada yang guna penyejuk banyak untuk sejukkan PC, ada yang guna air. Ada yang 'bogel'kan CPU. Berkaitan dengan tu, letak la PC korang tu dekat kawasan yang agak sejuk, bukan tepi tingkap mengadap matahari. Tak pun, tala je kipas ke PC.

Apa lagi ye? Kenapa aku sembang pasal PC harini? Entah. Agaknya aku bengang tak dapat beli PC baru kot. Mungkin sebenarnya aku tersengih melihat orang sebelah tengah surf internet cari panduan beli PC. Kelakar.

20.6.05

Sejenak Mengeluh

Sepanjang masa bermasalah.
Tiada satu saat dalam ketenangan.
Aku lari dari pelbagai perkara.
Aku bersembunyi dari ramai orang yang bukan musuh.
Tiap ketika aku diburu rasa bersalah.
Aku mengendap-ngendap dari balik jendela memerhatikan sesuatu.
Aku mimpikan segala kepahitan.

30.5.05

NinD

NinD sahabat lama, orang Singapura. Aku dah kenal lama. Lebih dari 4 tahun mungkin. Pernah jumpa sekali saja sepanjang waktu tersebut tapi kenangannya hingga ke hari ini. Mana boleh lupa makan nasi campur tepi sungai (longkang besar?) dengan si NinD yang tak pernah makan tempoyak sebelum tu. Bila balik Singapura dia cuba buat, tapi tak menjadi. Heh!

Sebenarnya aku kenal melalui internet. Kemudian jadi baik. Semasa dia sakit dan terlantar di Hospital, aku temankan dia melalui chatroom. Ye lah kan? Pelik juga dalam hospital boleh chatting. Itu Singapura, sini kuno sikit. Selepas dari itu hubungan kami tenggelam timbul. Kejap ada kejap takde, tapi sentiasa ingat antara satu sama lain. Agaknya dia sibuk.

Dia banyak juga tolong aku. Tak payah la cakap apa dia. Tapi aku masih terhutang budi lagi. Entah sampai bila, tak tau la. Tapi bukan senang nak jumpa kawan yang sentiasa menghargai kawan. Dia sakit atau susah, senang atau gembira sekalipun, kawan dia tak lupa.

Semoga tenang dan damai selalu hidup NinD.

27.5.05

Strong In The Force, Liverpool Is...

Okay, Liverpool menang Champion League untuk kali kelima.

Ramai orang komen, positif, negatif dan blur di tengah-tengah. Tapi menang tetap menang kan? Arsene Wenger patut sedar, Arsenal tak pernah pergi lebih dari suku akhir. Manchester United pun kena ingat Liverpool dah menang 5 kali dan dua kali daripadanya back-to-back! Manchester menang 2 kali selang 30 tahun. Chelsea? Duit banyak, cuba tahun depan ye. Kalau rasa terdesak sangat, beli je piala tu. Pasukan Liverpool yang rata-ratanya pemain biasa (bukan superstar) boleh menang sebab mereka berusaha untuk menang. Bukan sebab nasib. Kalau nasib, takkan 3 gol penyamaan nasib.

Err, Liverpool menang ye! CL - 5, Premier - 18. Beat that MU, Arsenal, Chelsea!

p/s : to be as annoying as I can be. Heh!

====

Star Wars : Revenge Of The Sith

Aku dah menontonnya dua kali. Sekali aku tonton dalam kelas Premier dia GSC Berjaya Times Square. Kesimpulan? Dari seorang peminat Star Wars ianya memuaskan. Aku dah tahu sebelum The Phantom Manace apa akan jadi pada Anakin di Mustafar (terbakar kena lava gunung berapi). Aku tahu anak-anaknya disorok di Alderaan dan Tatooine untuk mengelak mereka dipengaruhi oleh bapa mereka. Tapi aku tetap puas hati menonton filem ini. Sedih sebab ianya dah habis. Tapi tak sabar nak tengok episod animasi Clone Wars dan juga (dengar cerita) 100 episod mini-siri televisyen. Katanya ada prequel lagi yang mengisahkan Yoda dan kehebatan jedi pula. Ada pula kata ada sequel selepas Revenge of The Sith yang mengunjur hingga ke Tantive 5 dikejar oleh Star Destroyer dalam episod IV: A New Hope. Tantive 5? Ala, itu kapal angkasa yang korang nampak semasa pengenalan episod IV. Kapal angkasa yang sama dalam Revenge of The Sith dimana Bail Organa dan Yoda melarikan diri dari Coruscant. Ada juga kata ada sequel selepas Return of The Jedi. Maknanya mungkin ada cerita mengenai perkahwinan Hans Solo dan Laea (The Courtship of Princess Laea) dan mungkin juga ada cerita mengenai Luke jadi jahat seketika. Dan mungkin juga ada cerita mengenai Jacen, Jaina dan Anakin Solo! Hmm... Menarik tu.

Apa perkara menarik dalam Revenge of The Sith?

- Nampak Millenium Falcon! Korang kena tengok betul-betul sebab ianya datang di bawah fokus utama cerita. Hint: tengok bawah skrin wayang!
- Kapal angkasa Tantive 5 dan alleyway dimana Darth Vader pertama kali diperkenalkan dalam episod IV. Ala, yang kapal angkasa dalamnya dinding putih tu, masa Yoda, Obi-Wan dan Bail Organa jalan. Itu tempat sama Darth Vader pecah masuk dalam kapal angkasa tersebut dalam episod IV (tengok la..)
- Robot droid menjerit "Oh! My Eyes!" bila R2D2 sembur minyak kepada mereka. Pelik pula rasanya tapi kelakar. Orang dalam wayang tak ketawa kecuali aku seorang. Tak pelik ke robot menjerit kesakitan?
- Owen Lars berdiri tepi 'crater' sambil memandang dua matahari planet Tatooine semasa Obi-Wan menyerahkan Luke kepada Beru Lars untuk dijaga . Sama sebijik aksi Luke dalam episod IV.
- Planet Alderaan. Itulah pertama kali orang dapat tengok planet tu macamana. Dalam episod IV, ianya dimusnahkan oleh Death Star depan mata Laea.
- The first breathe of Darth Vader thru the mask. Chilling...
- Dan baru aku faham kenapa Qui-Gon Jin mati tapi jasadnya tak hilang macam Yoda dan Obi-Wan. Rupanya itu perkara baru dan Obi Wan pun belum tahu lagi. 'Back from the dead', kata Yoda.

Satu je aku agak rasa ralat dalam cerita ni ataupun 2 episod sebelumnya. Takde sebut pun mengenai planet Corellia iaitu tempat asal Hans Solo. Tapi takpelah, mungkin tak penting tapi mengikut timeline Star Wars, Corellia amat penting untuk Empire.

Nak kritik mengenai cerita, bagi orang lain je lah. Aku cuma bagi bit-bit yang menarik yang mungkin orang lain tak tahu. Lagi satu, Anakin bukanlah yang pertama seorang jedi baik yang hebat bertukar menjadi dark lord (Sith). Sebelum ini sudah ada, contohnya Exar Kun dan Ulic-Qel Dorma. Dan juga ada super jedi perempuan yang amat kuat iaitu Naomi Sunrider (ikut cerita, nenek moyang Skywalker!).

Ermm.. May The Force Be With You All.

26.5.05

Liverpool!

You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm,
Hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm,
There's a golden sky,
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Though your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on, with hope in your heart,
And you'll never walk alone…

Walk on, walk on, with hope in your heart,
And you'll never walk alone…
You'll never walk alone.

Liverpool F.C. Anthem.
Tribute to Liverpool F.C. Winner of the 50th Champion League Final!

p/s : a fan since 1982

18.5.05

!

Kereta aku yang rosak entah berapa lama sudah okay. Rosaknya sikit tapi kesannya begitu menduga iman. Hantar kedai kereta, mereka nak RM500++. Katanya gasket head blok mungkin rosak. Itu ini.

Hari sabtu aku minta tolong dari member yang mahir dengan kereta. Dia settle dalam masa 30 minit dan kosnya, free. Apa masalahnya? Paip yang menyambung kotak angin brek dengan air intake dah pecah. Potong, sambung balik semula. Sihat balik kereta.

====

Star Wars esok mula. Takpelah. Walaupun aku minat Star Wars (members lagi!), sabar je la. Bagi la orang yang gila, kemaruk atau buat-buat pandai tengok dulu.

7.5.05

Dalam Vakum

Tengok Paintball di PJ
Cari scented candle
Beli 3 buah back issue National Geographics untuk RM10
(diselubungi dengan satu pertanyaan oleh tuan kedai: "Kumpul buku ni ke?")
Beli coklat Cadbury Black Forest
Tengok Handset
Tengok Kamera Digital
Makan McD
Baca The Star
Berteduh dari hujan yang tiga kali lebat, tiga kali reda
Turun naik LRT
Swipe TnGo
Keluarkan duit dari Maybank Kawanku
Surfing internet
Makan

4.5.05

17 Years of Friendship.

Selamat Hari Lahir Renny Suzanna, my dear friend.

Sahabat lama yang lebih 15 tahun ku kenali. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Semoga menemui segala kebahagiaan dalam hidup dan semoga menemui apa yang dicari dalam hidup ini.

Semoga segalanya sentiasa dalam ketenangan, sahabat.

1.5.05

Memenggal Perokok Dengan Lightsaber

Sepatutnya aku balik kampung. Nak beli tiket bas, dah habis. Jadi nak drive. Entah apa malang, kereta ditimpa problem. Enjin bergegar. Agaknya mounting enjin dah rosak. Bukan tak boleh drive. Tapi tak best nak drive dengan enjin bergegar 200km. Risiko. Jadi tersadailah aku di Kuala Lumpur dihujung minggu tanpa arah tujuan.

Petang Ahad aku merayau ke Pesta Buku Antarabangsa KL yang dah lama aku nak pergi. Kalau aku pergi hari biasa takde la aku lemas dengan orang yang ramai. Tapi ini masalah kalau tunggu last minute. Ramai orang. Ramai budak-budak. Aku beli 2 buah buku dengan 10% diskaun. Okay la tu. Banyak buku yang menarik. Kalau ada duit banyak, aku rasa borong sampai boleh jadi library.

Cuma, ralatnya bila aku datang masuk ke PWTC dan keluar. Perokok. Sudah jelas ditampal pada dinding tak sampai 2 meter, DILARANG MEROKOK! Tapi ada la makhluk yang agaknya tak sekolah sanggup juga merokok. Kalau orang tu betul tak sekolah, takpe. Ini AHLI UMNO merokok didalam bangunan milik UMNO yang jelas menampal arahan larangan merokok. Pelik juga aku. Agaknya sebab macam ini la, banyak orang UMNO yang suka buat sesuka hati. Siap ada orang yang berjalan mencemuh,

"Ini ke nak jadi pemimpin! Tak nampak ke orang kata jangan merokok!"

Kalau nak jadi orang politik, kena sentiasa sedar dengan tingkah laku. Sebab mata orang sentiasa memandang. Aku ni dari golongan mereka yang digelar ATAS PAGAR. Jadi apa aku fikir? Mestilah negatif. Merokok diluar dewan yang sedang menjalankan mesyuarat UMNO dan ditampal arahan larangan merokok disebelahnya, BAD IDEA!

Aku tak kisah orang nak merokok. Tapi aku benci perokok yang tak hormati orang lain, terutama orang yang tidak merokok. Nak bakar paru-paru, bakar paru-paru sendiri. Aku nak guna paru-paru aku.

====

Aku baru mula membaca novel "Da Vinci Code" oleh Dan Brown. Baru mula. Ye, aku ketinggalan. Tapi lebih baik aku baca dulu sebelum diwayangkan tahun depan. Macam LOTR, aku tengok semuanya tapi buku masih belum dibaca. Harap aku boleh baca LOTR dan The Hobbits dan Similirian sebelum diwayangkan juga. Tapi aku pasti takkan baca buku Gerak Khas (kalau pun ada) sebab aku tak tengok pun Gerak Khas The Movie. Aku dah tengok Sepet. Pontianak Harum Sundal Malam pun dah!

Aku cuma tunggu 19 Mei 2005. Conclusion Star Wars Prequel. Ye, aku dah tahu ceritanya macamana. Tapi aku nak tengok wayang. Harap selepas dari itu, keluar lagi cerita selepas episod 6 seperti Truce At Bakura dan The Courtship of Princess Leia dimana akhirnya Leia dan Hans Solo kahwin (Hans Solo siap culik Leia!) Dan seterusnya mungkin cerita seperti Luke membuka kembali Jedi Academy di Yavin 5, Luke jumpa Mara Jade (The Emperor's Hand) yang akhirnya menjadi isteri Luke. Anak Hans Solo dan Leia kena culik (Jacen, Jaina & Anarkin) dan kematian Chewbacca. Menarik tu kalau dibuat movie atau dijadikan animasi digital atau dibuat siri TV.

Ye, aku peminat Star Wars (members lagi tu!). Tapi aku masih takde sut Storm Trooper atau lightsaber.

====

Siapa yang ramai sangat masuk web aku ni?

24.4.05

Weekend Summary...

Susah kalau kenal seseorang yang begitu mudah menarik perhatian orang lain. Terasa begitu banyak cabaran dan dugaan. Terasa begitu banyak saingan. Ditambah kalau orang itu sendiri begitu terbuka menerima sesiapa sahaja dalam hidupnya.

====

"Wah sudah lama tak nampak?"
"Ada, lu saja yang sudah pindah atas"
"Kawan, RAM sudah turun banyak woo"
"Aiya, saya cari LCD la"
"RM700 Viewsonic"
"Minggu depan beli. RAM murah?"
"Ya la, DDR 512 sekalang sudah RM169 saja"
"Mak aih, murahnya!"

Aku dok berkira, kalau beli dua keping, dapat 1GB RAM. Besar tu. Main dengan graphics ni best. Harap tak naik balik. Sayang PC aku tak support DDR2, kalau tak aku dah beli yang tu. Murah juga.

====

"Saya gaduh dengan orang tu"
"Orang tu? Aik, ingat pegi seminar?"
diam...
"Awak okay ke?"
diam...

Telefon...
"Saya dalam kereta"
"Kereta?"
"Pinjam kereta orang, nak beli kek sambung birthday member"
"Okay"

Semakin jauh semakin terpinggir...

====

"Saya nak ke Bukit Bintang cari monitor untuk awak. Lepas tu ke pesta buku di PWTC cari buku untuk awak."

====

MRSM Balik Pulau vs MRSM Taiping. Piala Salam, jam 5 Ptg, 24 April 2005. Padang Mardi 1, Serdang. Nak Pergi ke? Lama tak jumpa member.

====

"Bos, lama tak nampak"
"Saja jalan-jalan"
"Jalan-jalan saja ahh, mau beli datang sini saja!"

Macam dah kawan lama.

====

Hujan lebat semalam disulami dengan dengan petir sabung menyabung. Aku tutup semua pintu dan tingkap rumah kemudian menyorok antara dinding tandas dan bilik. Pernahkah aku bagitau yang aku penakut dengan kilat?

====

Pakcik bagi tayar kereta 12 inci sebab tayar aku dah pecah satu (rabak dikoyak skru). Rupanya walaupun 12 inci tapi tak muat sebab tayar tu tayar van. Agaknya 13 inci kot. Pakcik suruh aku jualkan saja di kedai tayar, trade in. Masalahnya aku dah beli tayar second-hand sebagai tayar spare aku kelmarin, RM30. Siapa nak tayar? Rasanya van Subaru EN punya kot. Mungkin boleh muat. Nanti aku tengok balik saiz berapa. Tayar baru tak pernah guna siap dengan rim.

====

Besar betul CC ni...

19.4.05

Lagenda MyKad...

Maka pada hari ini berakhirlah stok MyKad. Tak habis tapi belum ada stok. Jadi rilekslah staf-staf yang berhempas pulas siang malam menyiapkan MyKad untuk jutaan rakyat Malaysia (yang tak sudah-sudah komplen). Sekarang tengah tunggu stok baru sampai. Bukan jauh pun. Kompeni Malaysia juga yang buat. Tapi kualiti sedang menjadi persoalan. Sebab itulah jadi lambat pengiriman stok baru. Mula-mula Sirim mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Kemudian staf persoalkan sebab begitu mudah rosak. Akhirnya pengguna mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Agaknya mereka masih tak nampak rasional institusi piawaian beri respon negatif. Mereka hendak letakkan salah kepada kerajaan kerana tidak menyediakan kad yang bermutu. Kemudian bos-bos dalam kerajaan pula letakkan salah kepada anak-anak buah kononnya mereka tak buat kerja dengan baik, akibatnya kualiti kad tiada. Dimana agaknya staf-staf yang bersengkang mata dari jam 7.30am - 9.00pm Isnin sampai Jumaat dan 8.00am - 4.00pm Sabtu dan Ahad bercuti untuk menyiapkan MyKad tersebut? Nasib tingkap pejabat terkunci rapat. Agaknya kalau letak beranda, setiap hari boleh dengar orang gila menjerit.

Mitos: MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan bermutu rendah menyebabkan ia mudah rosak dan tidak berfungsi.
Realiti: Harga sekeping MyKad kosong yang dibeli oleh kerajaan dari syarikat swasta lebih mahal dari harga yang pengguna kena bayar (sebelum free sekarang). Lebih dari itu, plastik cover depan dan belakang dan semua bahan mentah adalah diimport dari syarikat yang begitu terkenal didunia sebagai syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan kad pintar tersohor. Mesin yang digunakan sama seperti mesin yang ada di bank-bank mahupun di pusat pengeluaran kad pintar diseluruh dunia. Proses pembuatan dilakukan dengan penuh kawalan kualiti dan terkawal.

Ye, korang boleh kata, aku orang kerajaan bolehlah pertahankan semua ini. Tapi kalau dah betul sebegitu, kenapa aku mahu menipu? Ianya diiktiraf oleh Proton World (bukan syarikat buat kereta tu), satu badan sedunia yang membuat pengiktirafan pusat-pusat pengeluaran kad pintar.

Puncanya aku boleh jelas dengan mudah. Kepingan kad itu sendiri. Kad yang tidak bermutu yang menjadi persoalan tadi oleh Sirim, staf dan orang ramai. Sekeping kad itu sendiri. Kerajaan dengarnya hendak tukar syarikat pembekal. Muak sudah dengan sikap angkuh mereka yang tak sedar, tak semua orang kerajaan ni bodoh (ramai ye..) Kad telah dihantar ke USA, kesyarikat yang membuat mesin itu sendiri untuk mengkaji masalah yang dihadapi. Pada awalnya dituduh mesin yang tidak berfungsi dengan baik. Namun setelah kajian kimia dibuat, ternyata kandungan bahan dalam kad yang mempengaruhi kualiti kad itu sendiri. Dahulu, masa awal buat, kad begitu berkualiti. Ketuk tepi pun tak kemik. Sekarang cuba ketuk (tapi rugi kalau rosak). Lapisan plastik ber hologram itu amat berkualiti dan mahal. Sekeping lebih mahal dari setin Coca Cola.

Aku tak mahu menuduh, tapi realiitnya begitu. Kualiti kad akan bagus sekiranya pembekal menyediakan kad yang bagus. Bukan tau kutip untung saja.

Ini lagi satu hal. Orang komplen apply MyKad seratus tahun lepas, masih belum dapat. Okay setahun...
Kalau rajin baca piagam pelanggan JPN, ada menyatakan bahawa MyKad akan diproses dan disiapkan selewat-lewatnya 3 bulan. Kalau baca la. Tapi kalau tak baca pun, kenapa tunggu sampai setahun baru nak komplen.
"Aku dah buat MyKad, settle..."
Setahun kemudian,
"Apahal tak dapat-dapat lagi MyKad aku ni, lembab betul JPN!"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata masih dalam proses"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata application ada masalah. Patut bagitau awal-awal!"
"Peduli apa aku, janji aku dah buat!"

Biasa kita jumpa jawapan sebegitu. Tetiba marah di akhbar. Lepas setahun baru nak marah? Pergilah ke kaunter dan tanya betul-betul. Minta kepastian. Kalau orang kaunter tu marah, report saja pada pegawai dia. Atau marah dia balik. Dia memang tak patut marah. Kalau dia kata masih dalam proses, tanya kenapa lambat sangat. Kalau dia kata ada masalah dengan cap jari, contohnya, tanya dia samada kena buat balik atau tidak. Kalau dia kata tak tahu, minta dia buat kepastian dengan segera. Orang kaunter tu dibayar untuk jaga kaunter. Kalau taknak duduk situ, pegi cari kerja lain.

Katakan harini korang apply MyKad. Lepas dua minggu, kalau rajin masuk website JPN



Semak status permohonan korang. Kalau takde situ, telefon khidmat pelanggan JPN,

03-8880 7000

Kalau susah nak dapat, tunggu sebulan kemudian datang ke cawangan dan jangan lupa bawa resit putih yang korang dapat masa apply dulu. Tanya dah siap ke belum atau kalau belum siap, tanya apa masalahnya.

Lepas tu kalau dah setahun tak dapat juga, baru masuk surat khabar. Itu yang patutnya...