Nak menulis dah semakin malas...
Kelmarin menjenguk ke PC Fair untuk kesekian kalinya. Dah muak dengan PC fair. Cari monitor LCD. Jumpa dan murah, RM580. Memang la tak berjenama. Kalau nak beli brand, baik beli Sony, Samsung atau NEC. Takat nak guna sehari-hari tanpa main games yang perlukan refresh rate yang tinggi. Tapi orang yang nak beli tu berbelah bagi hatinya. Jadi aku kata jangan beli kalau masih belum mahu guna. Jadi dia tak jadi beli. Aku tak berani jamin harga akan kekal pada yang aku jumpa. Mungkin naik. Ye lah, semua orang tahu PC Fair orang lelong komponen PC murah. Tak semua murah.
Tadi beli DVD haram 13th Warrior. Lama dah sangat tak tengok cerita tu. Cerita pak Arab sesat di bumi Scandanivian memburu manusia-beruang. Ada satu adegan yang aku rasa cukup kelakar dan menunjukkan betapa naifnya orang barat tentang Islam. Norseman (gelaran orang-orang Scandinivian) suruh pak Arab minum air dalam tanduk lembu, agaknya lembu. Pak Arab ni tak nak sebab katanya sebagai orang Islam dia tak boleh minum arak atau dia jelaskan barli, gandum yang diperam (fermented wheat). Norseman ni gelak, dia kata jangan risau, minuman tu dibuat daripada madu. Hmm.. kalau sudah diperam, jadi arak juga. Pak Arab minum. Patutlah manusia sentiasa keliru. Sebab susah sangat nak ambil tahu budaya dan agama orang lain.
Pasal orang melayu bangang tak nak bagi orang tua, perempuan mengandung dan orang tua duduk di kerusi dalam LRT pun boleh jadi isu. Katanya tak molek orang melayu yang kononnya terkenal dengan budi bahasa digambarkan sebegitu bebal. Tapi hakikatnya berapa ramai menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat yang naik LRT atau bas atau sampan tambang kesana kemari? Cakap ikut sedap rasa nak menangkan hati pengikutnya. Orang melayu sekarang dah makin sombong dan kurang budi bahasa. Mereka kena akui dan kena cari jalan perbetulkan. Habis nak gambarkan bangsa apa yang tak berbudi bahasa? Tak mereka juga nanti bising? Akhirnya tak payah buat promo macam tu sebab semua orang sensitif. Maka makin jadi bebal la setiap orang kita tak kira apa jua bangsanya.
Aku pun sensitif. Sensitif dengan keadaan yang aku tak boleh nak kawal. Tapi apa nak buat. Buat tak tahu...
No comments:
Post a Comment