Letih kesana kemari hanya kerana nak print pelan rumah. Print di Jln TAR tak menjadi. Rugi RM80. Sekarang tengah tunggu blue print siap di Melawati. Letih drive dari Putrajaya ke Melawati. Lepas ni nak balik ke Kerinchi. Esok nak ke Jalan Duta hantar pelan. Apa punya hal la. Habis duit dekat RM300 semata-mata nak siapkan pelan. Itulah kalau aku tak diberitahu dengan detail apa yang perlu buat. Rugi banyak.
Minggu depan ikutkan kena pergi kursus Bina Insan. Tapi tak boleh nak pergi sebab takde siapa nak jaga sistem di pejabat. Member sorang nak cuti pergi tengok orang kahwin. Ramai betul kawan dia kahwin, dia entah bila. Jadi aku terpaksa stay. Aku tak kisah stay sebab sepanjang minggu tu Zura ada di sini. Takkan aku nak lari pula.
Err... Letih.
No comments:
Post a Comment