Takde apa yang seronok melihat orang memperbodohkan kita. Takde apa yang dapat kita lakukan orang itu lebih berkuasa daripada kita. Aku sudah bosan dengan suasana kerja. Bukan bosan dengan kerja kerna kerja memang menarik.Tetapi aku bosan dengan pegawai yang saban hari pilih bulu dan berkronisme sehebat mungkin. Tapi itulah hakikat kerja kerajaan. Siapa pandai membodek, senang naik. Kalau tak pandai bodek, engkau kerjalah di tempat yang sama sampai pencen.
Sampai bila aku akan disana, entah. Beberapa orang pengarah sebuah syarikat pernah kata aku tak sesuai kerja disitu. Rugi keupayaan aku. Aku patut kerja dalam arena swasta. Itu kata mereka sambil dijamu makanan Mexico mewah (aku sedang diperhatikan oleh mereka). GM syarikat tersebut menjanjikan sesuatu pada aku tapi perlu bersabar.
Jadi aku bersabar hingga tiba waktu itu. Sementara ini, aku cuma diam membisu. Kalau dulu aku cukup berminat untuk membaiki sistem operasi situ. Cukuplah apa yang aku dah buat tapi pegawai tak pernah nak hargai. Mulai sekarang, buat sendiri.
No comments:
Post a Comment