Aku selak-selak balik catatan lama, rupanya banyak yang aku janjikan ada sequel tapi aku tak tulis pun. Paling baru pasal Miri. Malas la nak cerita. Takde idea. Kenangan ada la. Tak payah la ye.
Minggu lepas balik kampung. Lama betul tak balik. Rasanya last time hari adik aku kahwin bulan 12 dulu. Lama dah. Seronok dapat balik sekali sekala. Tapi tak seronoknya sebab tak dapat merasa laksa Kuala dan cendol. Kalau korang ke Kuala Kangsar, jangan lupa rasa laksa dan cendol di Lembah, tepi sungai. Tapi sempat aku merasa udang galah yang pakcik aku ternak. Ada 4 kolam besar yang setiap kolam boleh hasilkan dalam 100 kilo udang setiap kali. Tapi malangnya haritu satu kolam yang cuma tinggal 2 minggu lagi untuk dituai hasil, semua udang mati. Bukan sakit tapi mungkin tak cukup oksigen dalam kolam. Tapi itu jadi rezeki kami saudara-saudara pakcik aku dapat la merasa udang galah. Bukan tak pernah merasa dulu. Tapi sekarang dapat merasa balik, puas hati. Emak buat sambal udang, aku baham sampai dekat 10 ekor. Puas hati. Dulu masa mula-mula pakcik aku start, aku selalu pergi tengok di kolam udang dia. Kadang-kadang tolong tangkap lagi. Sekarang dah tak sempat.
Aku kalau ada modal dan kalau dah putus asa hidup dikotaraya ni, mahu saja berhenti kerja dan balik kampung. Aku nak ternak udang galah juga. Hasilnya lumayan dan kerjanya agak mudah. Kena rajin la juga dan kena sabar. 4 bulan nak tunggu hasil pertama. Tapi rasanya boleh sebab ayah pernah pergi kursus menghasilkan benih udang dan pakcik aku sendiri dah beberapa tahun berpengalaman menternak udang. Tapi sekarang ni bukan sesuka hati boleh pergi ternak udang komersial. Kena pergi kursus dulu baru boleh dapat bantuan itu ini terutama dari nasihat dan bantuan teknikal. Lepas tu baru boleh boleh ternak.
Aku nak buat tapi bukan sekarang.
No comments:
Post a Comment