Bila mana aku baca komen orang terhadap apa yang telah aku tulis, nyata semuanya suruh aku teruskan saja hidup dan lupakan apa yang telah berlalu. Tak guna nak toleh kebelakang kalau apa yang aku lihat itu semakin menyakitkan hati saja. Lebih baik aku lihat permandangan indah yang sedang aku lalui dihadapan. Tapi payahnya aku ini adalah disebabkan kenangan lalu itu sukar sangat untuk dilupakan. Jadi asyik-asyik aku akan mengeluh dengan keadaan dan peristiwa yang telah berlalu.
Agaknya aku perlukan sesuatu untuk mengalih pemikiran aku. Jadi aku berpaling kepada Asyikien, adik angkat aku yang dah 6 tahun aku kenal. Sekarang dia sudah hampir habis belajar dan dah pun bekerja di Jalan Sultan Ismail. Dari aku kenal budak yang baru habis SPM sampai la sekarang dah jadi dewasa. Senang hati aku tengok dia dan dia masih tetap macam dulu terhadap aku, manja macam adik aku sendiri.
Sekarang dia sibuk nak siapkan final presentation dan aku rasa kesal sebab aku jarang sangat tolong dia dulu (mungkin sebab tumpuan aku kearah yang lain ketika tu). Tapi bila dapat tolong Asyikien, rasa lapang dada dan masalah yang menimpa hilang seketika dari ingatan.
Hanya Asyikien saja yang pernah menulis blog dalam ruangan aku ini. Tapi sudah lama sangat dah. Aku tak pasti bila tapi aku akan cuba cari kalau boleh. Tapi memang ada dia menulis dua kali atas permintaan aku. Menarik. Dia juga mungkin orang yang pertama baca blog aku ketika mula-mula aku menulis dulu, September 2001. Sudah lama. Aku akan publish semula blog lama kalau ada kesempatan nanti. Dalam Bahasa Inggeris!
Maka sekarang aku sibuk melayan karenah adik aku seorang ni, fikiran aku pun kurang berserabut sangat. Aku telefon ex-girlfriend lama semasa di UiTM dulu (aku break dengan dia pada tahun 1998). Sekarang dia sudah ada 2 orang anak dan masih tinggal dekat dengan rumah ibu bapanya di Batu 9, Cheras. Yuslina namanya dan orang yang cukup baik. Tapi memang masa tu aku takde rezeki betul sebab aku cuma penganggur. Malangnya aku habis belajar tahun 1998, time ekonomi merudum. Jadi agaknya salah satu punca dia tinggalkan aku, aku takde kerja dan terumbang ambing. Satu lagi sebab yang paling jelas, sebab dia terpikat dengan orang yang selalu tumpangkan dia ke tempat kerja. Padan muka aku.
Yus pernah cakap pada aku, "Setia saja tak cukup. Idan memang cukup setia, tapi tak cukup. Kena ada usaha dan kena ambil berat"
Aku ingat kata-kata dia dan aku berubah. Alhamdullillah.
Zura pernah cakap pada aku, "Idan dah cukup setia, cukup usaha dan cukup ambil berat"
Tapi masih takde nasib. Heh.
Siapa lagi akan komen pada aku? Oh ya, aku kena berubah dari segi fizikal juga. Takat gemuk dan selekeh ni, siapa nak tengok. Kena tukar penampilan diri supaya orang confident dengan kita. Jangan malu mengakui kelemahan diri tapi jangan bongkak dengan keupayaan diri.
Orang kata aku mahir itu ini, tapi hakikatnya aku takat tahu setakat mana yang aku boleh tahu. Aku masih belajar sebanyak mungkin. Aku masih tak tahu semua.
Berbalik pada segi fizikal. Aku sebenarnya obese. Terlebih berat 15 kilo. Sepatutnya berat ideal aku cuma 70 kilo. Sekarang sudah jadi 85. Itu pun tetap dalam lingkungan tu sejak 3 tahun lepas. Fitness aku dah rendah gila. Kalau dulu jalan satu KL pun aku sanggup dan masih ok. Sekarang dah cepat mengah. Nak kata aku merokok, jangan harap la. Aku benci rokok dan perokok (keadaan mereka sedang merokok). Aku suka makan agaknya.
Dulu aku pernah keliling Pulau Pinang dengan basikal dengan masa cuma 4 jam. Siap daki 2 kawasan bukit tinggi. Tanya Amron, tanya Suffian dan tanya Shah Jihan, siapa yang paling handal daki bukit. Pasti mereka akan kata aku (kalau mereka masih ingat). Itu geng lumba basikal semasa di sekolah dulu. Sekarang suruh kayuh basikal pergi kedai depan rumah, penat oo..
Aku ni macam-macam nak cuba. Pilates, yoga, senamrobik dan lain-lain yang berkaitan. Aku pernah nak join Fitness First tapi disebabkan aku tak kaya nak habiskan duit, aku kensel. Di opis ni pun ada gym tapi aku jarang masuk sebab nak masuk susah sangat. Kena tulis buku, kemudian minta security guard buka, baru boleh guna. Banyak songeh.
Kalau dulu masa di UiTM aku selalu berjongging dengan Yus di taman tasik Shah Alam. Itu saja cara mudah untuk bersama berbual-bual dan untuk bersenam. Dia suka, aku pun suka. Sihat juga aku time tu. Sekarang aku nak ajak siapa dan aku nak kemana? Putrajaya ni nama saja bandar dalam taman. Tapi tamannya jauh dan ruang joggingnya tak menarik minat. Mungkin 10 tahun lagi bila semua pokok dah rendang, mungkin baru ok nak jogging. Kalau sekarang, berpeluh la korang.
====
Tiada sebab nak kecewa lama-lama. Apa fikir dia akan pedulikan semua tu? Hatta kalau dia baca sekalipun semua ini, dia hanya akan baca dan tidak akan berasa apa-apa.
Banyak yang dia berjanji dengan aku, dan aku mahu tengok setakat mana dia akan kotakan janji-janji dia tu. Sekarang ni pun banyak yang dia tak boleh nak kotakan, aku tak harap dia akan terus kotakan yang lain. Aku tak salahkan dia. Mungkin dia cakap semata-mata nak sedapkan hati aku. Tapi sekurang-kurangnya aku buat apa yang aku cakap.
Tiada apa yang lebih menakutkan dari takut dengan bayang-bayang sendiri.
Suatu masa nanti kalau timbul semula semua ini, aku rasa baik aku diam saja. Aku malas nak cakap pada orang yang aku sentiasa ingat pada mereka sedang mereka yang selalu lupakan aku.
Kenapa?
Tidak ada seorang pun kawan aku dulu yang sudi nak contact aku sekarang. Balik-balik aku yang contact mereka. Tanya khabar itu dan ini. Kadang-kadang terasa menyibuk pula. Tapi itu aku. Aku tak janji yang aku akan susah sama susah dan senang sama senang dengan mereka semua tapi aku berjanji dalam hati aku, selagi nyawa ni ada, aku akan cuba kekalkan silatulrahim dengan mereka kecuali kalau mereka tu orang yang menyusahkan aku.
Jadi, tak kisah la kalau dia nanti nak lupakan aku. Sebab aku masih ingat dan sampai mati pun aku akan ingat. Itu malangnya sumpahan orang yang tak boleh nak lupa, macam aku.
No comments:
Post a Comment