Aku tengok opening X-MEN: The Last Stand. Pelik la sekarang ni. Senang sangat aku dapat tiket tengok wayang tambah-tambah time opening. Dulu nak dapat bukan main susah. Agaknya orang tak minat tengok wayang atau ramai yang dah nak balik kampung sebab cuti sekolah.
Kali ni X-Men agak memeranjatkan. Banyak benar mutant yang mati dan hilang kuasa. Prof-X mati, Cyclops mati, Mistique dan Magneto hilang kuasa. Oh ya, Rogue yang aku masih tak faham kenapa dijadikan watak utama, hilang kuasa. Abis spoiler korang. Haha. Tapi yang best dapat tengok Juggernaut (yang dieja salah oleh penterjemah, kalau tak silap aku, Javerhaut!), real Iceman (baru la nampak dia jadi Iceman betul, Beast dan lain-lain. Kali ni filem diarahkan oleh pengarah SpyKids, jadi kalau korang rasa pelik kenapa ianya melantun kesana kemari, sebab mamat tu memang suka buat filem macam tu. Pendek pulak tu. Aku rasa tak sampai 2 jam habis. Habis cerita X-Men yang bakal diganti dengan citer khusus untuk Wolverine saja. Ala, boringnya.
Okay, lepas ni tunggu Superman Returns. Tengok teaser memang menarik. Apa taknya, pengarahnya ialah Brian Singer, mamat yang mengarah X-Men. Sure best sebab dia memang bijak memfilemkan komik. Dulu masa mereka buat Superman dengan Christopher Reeves, ianya rupanya sebuah filem gred B untuk Hollywood. Jadi hebat tak tentu pasal. Tapi sekarang, Superman Returns adalah filem gred A yang kosnya melampau mahal. Tengok la. Eh, betul ke Kal-El tu nama tuhan Yahudi? Bukan Yehovah? Nak kena kaji ni. Kal-El sapa? Nama saintifik Superman la. Heh. Nama Superman di Krypton.
Lepas tu filem apa pula? Ada beberapa yang aku nak tengok. Pirates of The Carribean sebab aku suka Johnny Depp. Tak. Suka ceritanya. Cars sebab aku suka semua yang Pixar buat (betul la ni), The Fast And The Furious : Tokyo Drift, Ghost Rider dan erm, apa lagi ye? Takat ini, itu saja. The film setakat ini? The DaVinci Code. X-Men nombor dua. Dan aku tak faham kenapa orang tak suka sangat dengan Mission Impossible. Oh ya, nak tengok Casino Royale. Lantakla James Bond blond.
====
Kereta aku yang bonet depannya berwarna hitam dulu, aku dah cat balik dengan warna asal. Member tolong buat dengan kos RM180.00. Termasuk cat bumper depan dan letak gloss. Nampak la berkilat sikit. Nampak la kereta budak baik. Tidak dulu, mesti polis toleh tengok kereta aku. Bukan ada modified apa pun. Cuma bonet depat saja yang hitam sebab aku tukar bonet lama yang dah rosak. Macamana bonet boleh rosak? Aku makan...
Accident la. Lama dah.
Ingatkan nak cat saja satu kereta, tapi aku fikir, rugi je. Takde la teruk sangat cat sekarang ni. Apa yang aku nak buat lagi selepas ni? Tukar absorber sebab aku rasa dah tak best. Kalau ada duit lebih, nak tukar drive shaft yang dah berbunyi. Kalau ada duit lagi, nak tukar sport rims 13 inci. Rasanya tak cantik sangat kalau letak 14 inci. Nampak macam kereta kartun.
Oh, tadi aku pergi KLIMS (KL International Motor Show), sempat aku ambil gambar kereta perodua (prototaip) yang aku fikir bakal menjadi Kancil yang baru. Nanti kalau senang aku uploadkan. Cantik juga designnya. Kalau tengok betul-betul terutama dari sudut belakang, ada iras Daihatsu Mira yang baru. Tapi apa yang Perodua buat memang dah menarik.
Proton takde satu pun kereta konsep kecuali Lotus APX. Kalau aku dalam pengurusan Proton, Lotus APX (yang Lotus sendiri tak mahu keluarkan sebab bercanggah dengan prinsip mereka) tu Proton patut bangunkan sebab kereta SUV Proton sendiri. Ambil kereta tu bulat-bulat kemudian letak saja jenama Proton. Orang takkan bising sebab semua orang tahu Lotus tu Proton punya. Lagi baik kalau letak saja enjin 2.0 Petronas EO1 yang hebat tu. Enjin dalam APX sekarang ialah 3.0 V6 yang mungkin agak besar dan mahal road-taxnya kalau dijual nanti. Tapi boleh juga jual, apa salahnya. Ada orang yang suka. Tapi aku berani cakap, kalau betul Proton ambil APX, mesti laku dan teramat-amat laku. Kalau suka tengok Mitsubishi Air-Trek, lebih kurang macamtu la. Tapi lagi best tadi Air-Trek.
Ingat nak tengok Asimo (robot Honda) tapi tak jadi. Lain kali sajalah. Dulu pun aku pernah tengok dah. Robot putih yang perasan dia Isaac Asimov. Huh?
Kereta apa yang menarik di KLIMS 2006? Paling best dapat tengok depan mata mestilah Ferrari Enzo. Tapi yang menarik untuk dilihat ialah Lotus APX, Toyota concept (ada 3 buah), Volvo 3CC. Oit, pergila tengok sendiri.
3 comments:
Hai...jaga diri! awak akan bahagia...Amin!
jangan lupa tulis perkembangan yek...bye.
Terima Kasih Zura.
Post a Comment