Semalam Birthday Asyikien yang ke-22. Sempat ucap je tapi tak bagi apa-apa pun. Takde masa nak jumpa dan entah bila nak jumpa. Aku sibuk, dia pun sibuk. Adik aku sorang ni bila sibuk dengan kerja dia, benda lain dah tak ingat. Jangan nak kacau, pening kepala dia nanti. Kesian juga aku tengok. Lepas tu handset dia pula tiba-tiba rosak harini. Nokia 6101 kalau tak salah aku. Entah apa rosaknya tapi simcard tak boleh nak detect. Agaknya hardware tapi mungkin juga software. Aku cakap beli baru je, suruh pakwe dia belikan. Hadiah birthday la kononnya tu. Nak je aku bagi handset aku, tapi aku nak pakai apa pula nanti. Heh. Idea yang bodoh. Nanti mesti ada orang yang marah.
Aku kenal dia 4 tahun yang lepas masa dia baru lepas SPM dan aku belum kerja dia JPN. Sekarang dah 4 tahun, tapi lama betul rasanya dah kenal. Apa-apa pun dia mesti mengadu pada aku. Tapi ada juga yang dia rajin sembunyi. Hal peribadi la. Takkan semua nak cerita pada aku. Lebih kurang macam Lily la dia ni. Dua beradik (sepatutnya) yang memang baik dengan aku. Seorang dengan kepala angin, seorang yang rajin blur. Hehe. Jangan marah la ye.
Aku sebenarnya tak cukup tidur. Dalam 3 hari ni aku rasa aku baru tidur tak sampai 10 jam. Sikit sangat. Tengok bola punya pasal la ni. Lepas tu aku susah nak tidur sebab dok bayangkan muka mayat hidup yang aku tengok dalam VCD Indonesia yang kononnya mayat dibangkitkan semula. Aku bukan takut. Tapi letih sebab asyik dok bayangkan perkara-perkara begitu. Sudahlah aku ni dari jenis orang yang senang sangat bayangkan sesuatu depan mata. Imaginasi tinggi agaknya. Itu ruginya jadi orang kidal ni. Tapi itu yang untungnya juga. Lepas ni aku rasa tidur aku ok sikit. Kerja di pejabat pun dah tak banyak. Tadi aku selesaikan sebanyak mungkin kerja agar esok aku boleh rehat sikit bila dipejabat.
Kerja cincai? Kerja aku tak boleh buat cincai. Nak mampos kena marah nanti! Kerja aku kena betul sebab kalau silap sikit, boleh kelam kabut nak cari balik mana perginya MyKad korang yang aku hantar tu. Sepatutnya pergi JPN Maju Junction tapi terpergi ke JPN Melaka. Tak susah dibuatnya nanti? Kerja aku buat despatching MyKad telah siap. Kena authorised kad yang hendak dihantar, periksa kandungan agar betul (ada la silap sekali sekala), buat acknowledgement, lepas tu baru hantar. Aku rasa sehari ribuan ringgit diperlukan untuk hantar MyKad korang ke destinasinya diseluruh negara. Tapi nasib aku kena buat untuk zon lembah Klang sahaja. Lepas ni kena buat untuk semua ibu negeri yang boleh guna Touch'N'Go. Cara mana hantar? Rahsia. Takkan nak bagitau kot? Kerja gila. Tapi kalau bagitau pun apa gunanya. Kalau dapat pada orang, kad tu belum verified lagi. Jadi kalau guna pun takde dapat apa-apa. Status masih "Despatched". Kad yang korang pegang sekarang, statusnya "Kad Aktif". Jadi kalau kena tahan dengan polis dan dia buat check, data korang dia boleh baca. Kalau tak boleh baca, huh, bahaya tu! Siap-siap kena tidur lokap dulu.
Berbalik kepada birthday Asyikien. 22 tahun dah dia sekarang ni. Aku kenal masa dia lepas SPM dulu time Valentine's Day. Dia tanya aku, tak sambut Valentine's ke. Aku cakap nak sambut dengan siapa. Last-last kami sambut la secara online. Hehehe. Adik aku sorang ni sekarang dah kerja. Aku tengok dia membesar dari bekas budak sekorang sampai sekarang. Sekarang aku senang hati dia dah berjaya. Dan kenapa dengan 22 tahun? 22 adalah nombor kegemaran aku. Kenapa? Alahai, 22.2.1975 tarikh lahir aku. Huh, dah lepas dah ye. INGAT! Tahun depan beli hadiah untuk aku!! Sedih betul tahun ni tak dapat apa-apa. Macam budak-budak pula aku ni.
Mungkin juga aku ni macam budak-budak lagi kot walaupun dah berumur. Dah 31 tahun. Dah beruban rambut. Dan gemuk. Dan selekeh. Tapi masih tengok Crayon ShinChan, masih tengok Sponge Bob, masih tengok Thundercats, masih masuk kedai permainan tengok barang-barang mainan. Tadi sempat masuk kedai jual teddy bears. Kalau diikutkan, nak saja aku beli teddy bear. Paling aku nak, teddy bear Totoro, karekter animasi Jepun karya Hayao Miyazaki. Hehehe. Macam bloated cat. ada Whiskers.
La la la la la...
Happy birthday Asyikien. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa dalam kegembiraan dan hidup yang mendamaikan.
Jangan jeles Lily, time birthday nanti, penuh skrin orang tulis ye. :-) Lagi 3 bulan, tunggu!
28.6.06
21.6.06
With Or Without You
Sudah lama aku mencari akhirnya aku ketemuinya. Lagu U2 - With Or Without You. Ye la. Bukan susah sangat nak dapat. Tapi aku nak cari MP3. Jadi dapatlah aku download semalam dan puas aku dengar berulang-ulang kali.
Kenapa aku suka dengan lagu ni? Pertamanya alunan muziknya yang begitu menarik. Kalau korang biasa dengan lagu-lagu U2, korang akan faham macamana. Melankolik diawalnya kemudian over-the-top dipenghujungnya. Ikutkan, aku pertama kali dengar lagu ini melalui sitcom Friends dan first sekali aku dengar ketika Ross dan Rachel mula-mula start bercinta. Indah betul ayat yang didendangkan. Kemudian lagu ini terus berdendang dengan benak otak ini hingga hari ini. Ye, aku belum tahu semua liriknya tapi itu senang nak cari. Aku dapat tangkap serba sedikit maksudnya.
Aku rasa inilah lagu kedua yang aku betul-betul cari bersungguh-sungguh dalam masa yang lama untuk mendapatkannya. Lagu first yang terkial-kial aku mencarinya ialah Joseph Arthur - Honey And The Moon yang first aku terdengar semasa filem American Wedding. Itu pun satu lagu yang menarik.
Bercakap pasal muzik, aku bukanlah dari jenis yang fanatik satu-satu genre. Aku boleh dikatakan mendengar hampir semua genre. Mungkin, kecuali dangdut. Entah kenapa aku tak minat walaupun ex-gf aku, Yus beria-ia hasut aku mendengarnya. Hasut? Paksa kot. Sampai sekarang aku tak minat.
Tapi sejak kebelakang ini minat aku tertumpu kepada muzik-muzik instrumental etnik dan tradisional. Semalam dalam perjalanan pulang dari bekerja, aku buka Klasik FM dan sempat mendengar instrumental muzik wayang kulit yang amat-amat menarik. Dimana boleh aku dapat semua muzik-muzik instrumental tradisioanl ni ha? Susah betul nak cari. Kalau aku terlibat dalam industri muzik, mungkin aku akan compile semua irama-irama tradisional tersebut.
Artis yang aku minat? P.Ramlee, M.Nasir, Saloma, R.Azmi, Coldplay, Travis, Vertical Horizon, Metallica, Joseph Arthur, Radja, Peterpan, Search, Wings, Kembara, Kopratasa, Iron Maiden, U2, James Blunt, Padi, Siti Nurhaliza (huh?), Goo Goo Dolls, OAG dan my personal favorite, The Beatles.
Ada la yang lain tapi tak signifikan sangat. Atau aku memang terlupa nak list. Banyak la. Tak, aku tak fanatik dengan muzik. Aku tak berkaraoke pun semata-mata berangan-angan nak jadi penyanyi pujaan aku. Aku tak pasti samada aku benar-benar ada penyanyi yang aku puja atau tidak. Yang pasti aku boleh mendengar muzik dan menilai mana satu yang baik atau tidak untuk aku. Bukan untuk korang, untuk aku saja. Kalau aku boleh kritik bagi pihak korang, baik aku ambil alih tempat Saniboey yang tak best tu.
Yes, aku boleh hidup tanpa muzik. Takde masalah. Cuma masalahnya ialah kalau aku selalu sangat dengar lagu yang sama, suka atau tidak ianya akan terlekat di benak otak ni sampai ada ketika dengan tersemena-mena, dalam kepala ini terdengar bunyi muzik yang aku ingat. Last lagu yang terlekat dalam kepala aku ialah lagu yang dibawa oleh Asyikin semasa dia mendapat tempat ke-3 pertandingan JPN Idol. Seksa juga nak lupakan humming lagu yang dia bawak tu. Lagu apa ye? Azean Irdawaty - Wajahmu Di Hatiku. Itu kot. Err... Ntah. Aku lupa.
Tapi disebabkan aku dok dengar berulang-ulang U2-With Or Without You, dah lupa pula dah.

20.6.06
Carta Bingung FROSSONICE
Movie Paling Best Setakat Ni : Cars (woohoo!!)
Movie Paling Ditunggu : Superman Return (agaknya)
Kereta Paling Best Dapat Tengok : Ferrari Enzo
Kereta Paling Baru Dapat Tengok : Proton Satria Neo
Member Paling Best Aku Layan Minggu Ni : Asyikin (JPN Manjung) - Dia menang tempat ketiga kategori solo JPN Idol 2006.
Member Paling Baru Aku Kenal : Icha.. Hehehe. Jangan marah kalau tulis lagi.
Apa lagi? Udah la tu. Banyak songeh nak tau banyak-banyak pasal aku. Korang takde pulak nak citer apa-apa hal pasal korang. Tulis la. Boleh juga aku baca. Jangan tak jemput dah la. Huh!

Icha
Semalam ada post something tapi agaknya tak masuk kot. PC kat CC bawah rumah memang selalu gila. Ntah macamana dia boleh claim dia cukup bagus baiki PC orang. Asyik tak pernah elok je.
Harini bosan pula nak post. Huh!
Anyway, nice knowing you Icha.
Harini bosan pula nak post. Huh!
Anyway, nice knowing you Icha.
10.6.06
Beranjak
Tension je orang perempuan kalau kita cakap kita tak boleh nak jumpa diorang sebab sekejap lagi ada game bola sepak. Sekarang musim piala dunia jadi memang bertambah marah la orang perempuan.
Tapi tadi masa menonton England vs Paraguay di kedai makan dekat rumah, ramai juga bebudak perempuan turun duduk sesama mereka menonton. Agaknya nak tengok David Beckham, atau Owen, atau Lampard atau sesiapa saja yang hensem. Tapi aku rasa tidak. Mereka betul-betul menonton. Siap ada dua orang budak perempuan ni, order air, makan kacang goreng yang dibawa bersama. Lebih la tu. Orang lelaki kat situ pun tak buat macamtu. Tapi kira okay la juga kan. Takde pun orang lelaki kat situ nak kutuk mereka. Apa salahnya nak join. Lagi meriah. Tapi aku sebenarnya bukan jenis orang yang suka tengok bola ramai-ramai. Lepas tu tengok satu skrin yang semua orang tengok. Kalau layar perak tu boleh la. Tapi ini peti TV 20 inci nun jauh sana. Malas la macamtu.
Lagi senang duduk rumah tengok TV. Puas hati. Nak buat apa pun boleh. Nak letak tangan, kaki, kepala dan badan kat mana pun boleh. Tapi lupa pula yang rumah aku belum masuk Astro. Jadi kena cari kedai. Nasib ada kat depan rumah. Kalau tak, melepas. Aku takde la kemaruk bola. Takde nak tengok semua game. Takkan aku buat macam tu. Gila. Aku tengok games yang aku suka saja. Brazil, England, Holland, Italy dan mungkin, mungkin la, Togo. Hehehe. Tengok la kederat aku macamana. Aku bukan free sepanjang masa. Nak kena bangun awal, kerja. Ada konsert yang aku kena urus hujung minggu depan. Jadi sibuk juga la.
Member pun ada yang bercadang nak guna khidmat aku design website mereka. Harap menjadi. Dapat la isi masa lapang. Tapi ada beberapa perkara lain yang aku kena siapkan; flash animation untuk Angel, video intro untuk JPN Idol dan website aku sendiri. Tapi mungkin yang akhir tu aku tolak tepi dulu.
Aku rindu nak menonton animasi Hayao Miyazaki. Dok dengar petikan piano di CC ni yang bunyi ala-ala lagu "Country Road: dari animasi "Whisper of My Heart". Ah, lupa pula. CD semuanya ada di pejabat. Hmm. Sambung tengok Friends season 9 la. Sementara memikirkan efek dan gimik yang akan digunakan dalam JPN Idol nanti.
====
Tadi aku pergi kursus Anjakan Paradigma dan Pemikiran Kreatif. Menarik. Kena pula tu aku kena lukis potret sendiri dengan menggunakan tangan kanan. Aku kidal. Tapi takde masalah untuk aku melukis dengan tangan kanan walaupun agak kekok. Lama tak guna agaknya. Aku makan dengan tangan kanan. Tapi bila guna sudu, tangan kiri. Aku guna mouse dengan tangan kanan dan lebih mahir guna arrow di keyboard dengan tangan kanan. Aku drive dengan sebelah tangan kanan lebih cekap daripada tangan kiri. Tapi aku main bola dengan majoriti kaki kanan. Aku lebih kuat grip dengan tangan kiri. Pegang raket badminton, baling bola, cat dan apa saja yang kena pegang, semua tangan kiri. Aku membelai lebih lembut dengan tangan kiri. Entah. Mungkin dua-dua belah anggota badan ni sama banyak fungsi. Cuma nampak tangan kiri yang lebih.
Hmm.. Apa lagi? Nak rehat.

3.6.06
Laksa & Cendol
Sekarang di Kuala Kangsar. Bercuti. Esok ke rumah Lily, kakak sulungnya akan berkahwin. Aku kena sponsor kek. Kek macamana, ntah. Diorang yang beli. Ye lah, dah kenal lama. Takkan nak buat bodoh je.
Lama dah tak balik. Takde nampak beza pun Kuala Kangsar. Bukan macam KL yang macam cendawan tumbuh. Sini semuanya slow motion. Nak berubah pun amat-amat lambat. Manusia dan perangai mereka sahaja yang amat-amat cepat berubah.
Apa yang ada? KFC ada, 7-Eleven, bangunan baru yang dibuat kerangka besi (menarik ni) masih dalam pembinaan. Patut ada sebuah shopping complex ala-ala Jusco sini. Kawasan kelilingnya ramai orang. Patut ada Pizza Hut dan McD. Orang sini dah pandai makan semua tu. Tapi yang paling patut, kekalkan Laksa dan Cendol yang gmaler di sini. Uh.. Lapo. Nak pegi makan Laksa & Cendol.