21.6.06

With Or Without You

Sudah lama aku mencari akhirnya aku ketemuinya. Lagu U2 - With Or Without You. Ye la. Bukan susah sangat nak dapat. Tapi aku nak cari MP3. Jadi dapatlah aku download semalam dan puas aku dengar berulang-ulang kali.

Kenapa aku suka dengan lagu ni? Pertamanya alunan muziknya yang begitu menarik. Kalau korang biasa dengan lagu-lagu U2, korang akan faham macamana. Melankolik diawalnya kemudian over-the-top dipenghujungnya. Ikutkan, aku pertama kali dengar lagu ini melalui sitcom Friends dan first sekali aku dengar ketika Ross dan Rachel mula-mula start bercinta. Indah betul ayat yang didendangkan. Kemudian lagu ini terus berdendang dengan benak otak ini hingga hari ini. Ye, aku belum tahu semua liriknya tapi itu senang nak cari. Aku dapat tangkap serba sedikit maksudnya.

Aku rasa inilah lagu kedua yang aku betul-betul cari bersungguh-sungguh dalam masa yang lama untuk mendapatkannya. Lagu first yang terkial-kial aku mencarinya ialah Joseph Arthur - Honey And The Moon yang first aku terdengar semasa filem American Wedding. Itu pun satu lagu yang menarik.

Bercakap pasal muzik, aku bukanlah dari jenis yang fanatik satu-satu genre. Aku boleh dikatakan mendengar hampir semua genre. Mungkin, kecuali dangdut. Entah kenapa aku tak minat walaupun ex-gf aku, Yus beria-ia hasut aku mendengarnya. Hasut? Paksa kot. Sampai sekarang aku tak minat.

Tapi sejak kebelakang ini minat aku tertumpu kepada muzik-muzik instrumental etnik dan tradisional. Semalam dalam perjalanan pulang dari bekerja, aku buka Klasik FM dan sempat mendengar instrumental muzik wayang kulit yang amat-amat menarik. Dimana boleh aku dapat semua muzik-muzik instrumental tradisioanl ni ha? Susah betul nak cari. Kalau aku terlibat dalam industri muzik, mungkin aku akan compile semua irama-irama tradisional tersebut.

Artis yang aku minat? P.Ramlee, M.Nasir, Saloma, R.Azmi, Coldplay, Travis, Vertical Horizon, Metallica, Joseph Arthur, Radja, Peterpan, Search, Wings, Kembara, Kopratasa, Iron Maiden, U2, James Blunt, Padi, Siti Nurhaliza (huh?), Goo Goo Dolls, OAG dan my personal favorite, The Beatles.

Ada la yang lain tapi tak signifikan sangat. Atau aku memang terlupa nak list. Banyak la. Tak, aku tak fanatik dengan muzik. Aku tak berkaraoke pun semata-mata berangan-angan nak jadi penyanyi pujaan aku. Aku tak pasti samada aku benar-benar ada penyanyi yang aku puja atau tidak. Yang pasti aku boleh mendengar muzik dan menilai mana satu yang baik atau tidak untuk aku. Bukan untuk korang, untuk aku saja. Kalau aku boleh kritik bagi pihak korang, baik aku ambil alih tempat Saniboey yang tak best tu.

Yes, aku boleh hidup tanpa muzik. Takde masalah. Cuma masalahnya ialah kalau aku selalu sangat dengar lagu yang sama, suka atau tidak ianya akan terlekat di benak otak ni sampai ada ketika dengan tersemena-mena, dalam kepala ini terdengar bunyi muzik yang aku ingat. Last lagu yang terlekat dalam kepala aku ialah lagu yang dibawa oleh Asyikin semasa dia mendapat tempat ke-3 pertandingan JPN Idol. Seksa juga nak lupakan humming lagu yang dia bawak tu. Lagu apa ye? Azean Irdawaty - Wajahmu Di Hatiku. Itu kot. Err... Ntah. Aku lupa.

Tapi disebabkan aku dok dengar berulang-ulang U2-With Or Without You, dah lupa pula dah.

No comments:

Post a Comment