3.6.06

Laksa & Cendol

Sekarang di Kuala Kangsar. Bercuti. Esok ke rumah Lily, kakak sulungnya akan berkahwin. Aku kena sponsor kek. Kek macamana, ntah. Diorang yang beli. Ye lah, dah kenal lama. Takkan nak buat bodoh je.

Lama dah tak balik. Takde nampak beza pun Kuala Kangsar. Bukan macam KL yang macam cendawan tumbuh. Sini semuanya slow motion. Nak berubah pun amat-amat lambat. Manusia dan perangai mereka sahaja yang amat-amat cepat berubah.

Apa yang ada? KFC ada, 7-Eleven, bangunan baru yang dibuat kerangka besi (menarik ni) masih dalam pembinaan. Patut ada sebuah shopping complex ala-ala Jusco sini. Kawasan kelilingnya ramai orang. Patut ada Pizza Hut dan McD. Orang sini dah pandai makan semua tu. Tapi yang paling patut, kekalkan Laksa dan Cendol yang gmaler di sini. Uh.. Lapo. Nak pegi makan Laksa & Cendol.

1 comment:

Syima said...

My feveret tu.....laksa n cendol..kalo balik jumpa nenek kat Bkt Chandan....or g umah sedara mara kat KK....musti singgah kat Lembah makan laksa n cendol.... (syarat wajib yg perlu dilakukan ketika ke KK or berada dkt2 ngan KK...muahahha...)Azrul pun hantu laksa gak....my kids too...;p

Post a Comment