Semalam Birthday Asyikien yang ke-22. Sempat ucap je tapi tak bagi apa-apa pun. Takde masa nak jumpa dan entah bila nak jumpa. Aku sibuk, dia pun sibuk. Adik aku sorang ni bila sibuk dengan kerja dia, benda lain dah tak ingat. Jangan nak kacau, pening kepala dia nanti. Kesian juga aku tengok. Lepas tu handset dia pula tiba-tiba rosak harini. Nokia 6101 kalau tak salah aku. Entah apa rosaknya tapi simcard tak boleh nak detect. Agaknya hardware tapi mungkin juga software. Aku cakap beli baru je, suruh pakwe dia belikan. Hadiah birthday la kononnya tu. Nak je aku bagi handset aku, tapi aku nak pakai apa pula nanti. Heh. Idea yang bodoh. Nanti mesti ada orang yang marah.
Aku kenal dia 4 tahun yang lepas masa dia baru lepas SPM dan aku belum kerja dia JPN. Sekarang dah 4 tahun, tapi lama betul rasanya dah kenal. Apa-apa pun dia mesti mengadu pada aku. Tapi ada juga yang dia rajin sembunyi. Hal peribadi la. Takkan semua nak cerita pada aku. Lebih kurang macam Lily la dia ni. Dua beradik (sepatutnya) yang memang baik dengan aku. Seorang dengan kepala angin, seorang yang rajin blur. Hehe. Jangan marah la ye.
Aku sebenarnya tak cukup tidur. Dalam 3 hari ni aku rasa aku baru tidur tak sampai 10 jam. Sikit sangat. Tengok bola punya pasal la ni. Lepas tu aku susah nak tidur sebab dok bayangkan muka mayat hidup yang aku tengok dalam VCD Indonesia yang kononnya mayat dibangkitkan semula. Aku bukan takut. Tapi letih sebab asyik dok bayangkan perkara-perkara begitu. Sudahlah aku ni dari jenis orang yang senang sangat bayangkan sesuatu depan mata. Imaginasi tinggi agaknya. Itu ruginya jadi orang kidal ni. Tapi itu yang untungnya juga. Lepas ni aku rasa tidur aku ok sikit. Kerja di pejabat pun dah tak banyak. Tadi aku selesaikan sebanyak mungkin kerja agar esok aku boleh rehat sikit bila dipejabat.
Kerja cincai? Kerja aku tak boleh buat cincai. Nak mampos kena marah nanti! Kerja aku kena betul sebab kalau silap sikit, boleh kelam kabut nak cari balik mana perginya MyKad korang yang aku hantar tu. Sepatutnya pergi JPN Maju Junction tapi terpergi ke JPN Melaka. Tak susah dibuatnya nanti? Kerja aku buat despatching MyKad telah siap. Kena authorised kad yang hendak dihantar, periksa kandungan agar betul (ada la silap sekali sekala), buat acknowledgement, lepas tu baru hantar. Aku rasa sehari ribuan ringgit diperlukan untuk hantar MyKad korang ke destinasinya diseluruh negara. Tapi nasib aku kena buat untuk zon lembah Klang sahaja. Lepas ni kena buat untuk semua ibu negeri yang boleh guna Touch'N'Go. Cara mana hantar? Rahsia. Takkan nak bagitau kot? Kerja gila. Tapi kalau bagitau pun apa gunanya. Kalau dapat pada orang, kad tu belum verified lagi. Jadi kalau guna pun takde dapat apa-apa. Status masih "Despatched". Kad yang korang pegang sekarang, statusnya "Kad Aktif". Jadi kalau kena tahan dengan polis dan dia buat check, data korang dia boleh baca. Kalau tak boleh baca, huh, bahaya tu! Siap-siap kena tidur lokap dulu.
Berbalik kepada birthday Asyikien. 22 tahun dah dia sekarang ni. Aku kenal masa dia lepas SPM dulu time Valentine's Day. Dia tanya aku, tak sambut Valentine's ke. Aku cakap nak sambut dengan siapa. Last-last kami sambut la secara online. Hehehe. Adik aku sorang ni sekarang dah kerja. Aku tengok dia membesar dari bekas budak sekorang sampai sekarang. Sekarang aku senang hati dia dah berjaya. Dan kenapa dengan 22 tahun? 22 adalah nombor kegemaran aku. Kenapa? Alahai, 22.2.1975 tarikh lahir aku. Huh, dah lepas dah ye. INGAT! Tahun depan beli hadiah untuk aku!! Sedih betul tahun ni tak dapat apa-apa. Macam budak-budak pula aku ni.
Mungkin juga aku ni macam budak-budak lagi kot walaupun dah berumur. Dah 31 tahun. Dah beruban rambut. Dan gemuk. Dan selekeh. Tapi masih tengok Crayon ShinChan, masih tengok Sponge Bob, masih tengok Thundercats, masih masuk kedai permainan tengok barang-barang mainan. Tadi sempat masuk kedai jual teddy bears. Kalau diikutkan, nak saja aku beli teddy bear. Paling aku nak, teddy bear Totoro, karekter animasi Jepun karya Hayao Miyazaki. Hehehe. Macam bloated cat. ada Whiskers.
La la la la la...
Happy birthday Asyikien. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa dalam kegembiraan dan hidup yang mendamaikan.
Jangan jeles Lily, time birthday nanti, penuh skrin orang tulis ye. :-) Lagi 3 bulan, tunggu!
1 comment:
Idan....bukan ko sorg je yg masih tgk Sin Chan....aku yg umur sama cam ko ni....masih peminat setia Ninja Boy...Sponge Bob....(gelak sorg2 pun boleh jadi) Skg tak suka sangat nengok Sin Chan sbb dia tu kkdg cam gatal....hummmm...tu sbb beralih suka nengok Ninja Boy...ari Sabtu n Ahad...tu je keje aku....tengok ngan anak2 dok ulang yg sama pun boleh layan jer...Atasinchi...Chibi Maruko Chan....Prince Of Tennis...(suka sgt n kagum tul nengok citer nih)...Mirmo Zirbang...Card Captor Sakura)....Ninja Hattori Kun...heeee....
Post a Comment