Harini entah kenapa, badan masih rasa letih. Mungkin penat seminggu lepas masih belum habis sepenuhnya. Ingatkan nak balik kerja awal dan rehat. Tapi petang tadi tiba-tiba bos datang minta aku siapkan draf untuk laporan tahunan. Ahhh... Letihla.
Tapi kena buat juga. Ikutkan memang dah siap. Cuma yang payah nak masuk ialah gambar-gambar saja. Ikutkan prosedur laporan tahunan, kurang gambar dan lebih banyak data serta statistik. Tapi mungkin sebab bekas pengarah bahagian aku dulu suka dengan gambar, jadi dia nak tengok ada banyak gambar. Rasanya tak perlu sangat.
Aku tak kisah dengan gambar sebenarnya. Asal betul format dan cara penghantaran kepada aku. Senang buat kerja kalau dapat gambar yang raw atau asli yang bukan telah di insert dalam Word, PowerPoint atau yang sewaktu dengannya. Agaknya ramai staf kerajaan hanya tahu guna cara itu untuk transfer gambar. Masa aku bagi taklimat tentang prosedur penghantaran gambar dan format gambar kepada liason JPN seluruh Malaysia haritu, 99% daripada mereka terpinga-pinga dengan penerangan aku. Itu dah siap dengan slide show dan gambar-gambar bagi memudahkan kerja. Bukan susah sangat, add attachment pada email atau kirim saja CD atau gambar yang telah dicetak di kedai gambar. Apa yang susah?
Susahnya mereka ni dari jenis belajar satu, guna sampai mati. Insert picture dalam Word, itu je. Kalau yang rasa lebih hebat, siap ubah skel (saiz) gambar sesedap rasa sampai yang gemuk jadi lonjong dan yang kurus dari leper. Takde siapa suruh skel gambar. Aku nak yang asli. Biar sekecil mana atau biar sebesar mana, jangan ubahsuai sesedap rasa. Sebab tu kalau korang tengok slide-show PowerPoint staf kerajaan buat, gambar-gambar nampak pelik. Lepas tu suka fancy font. Kalau guna Sloop ke, Glypic ke kira okay la sebab memang cantik (TV3 asyik dok guna sekarang). Tapi mereka ni suka sangat guna Comic San Serif. Apahal? Cantik sangat ke font jenis Comic ni? Kalau budak sekolah darjah 5 buat PowerPoint guna font macamtu, okaylah. Sesuai dengan jiwa mereka. Ini bebudak tua kerja JPN.
Hari mereka guna font Comic tu hantar softcopy kepada Pencetakan Nasional (PNMB). Bengang je orang PNMB kena tukar semua font tu jadi standard balik sebab draf yang mereka hantar tu melibatkan buku atur cara majlis. Takkan buku atur cara majlis rasmi pakai font Comic? Menteri gelak je nanti. Aku dah warning awal-awal tapi mereka degil. Sebabnya PNMB ada prosedur dan tatacara sendiri. Mereka company half-government jadi kena ikut prosedur pencetakan kerajaan. Kena tukar jadi Arial.
Satu lagi yang orang kerajaan suka guna, WordArt dan ClipArt. Apa kes? If talk about professionalisme, rasanya banyak slide-show presentation jabatan kerajaan untuk pelawat-pelawat negara asing dah jadi slide-show kartun. Dengan warna yang garang dan kontra dan tak masuk akal. Tulisan Comic, atau apa saja yang macam kartun, siap dengan ClipArt. Grrr... Marah juga aku tengok hasilnya.
Memang la tak salah buat slide-show macamtu. Tapi tak kena gaya. Kena la tonjol professionalisme, kesekataan dan elegence dalam persembahan. Baru orang dalam hati kata... Whooaaa... Hebat. Takde la mereka dalam hati tahan gelak sambil fikir, Mamat buat slide-show ni otak macam SpongeBob SquarePants.
You can have special effects and such tapi kena la limit dan bersesuaian dengan keadaan. Ini kalau slide-show penuh dengan Kaboom, Kring, Bling, Zoomm dan lain-lain, rasa macam nak tunjukkan pada budak sekolah je. Tekan sikit Bling; gerak sikit ayat Zoommm; Tukar scence, Kaboom!!! Duh!..
Aku nak salahkan siapa? Salahkan Microsoft sebab buat kerja macam budak-budak. Agaknya la. Tapi takkan tak boleh ubah semua tu? Aku tengok program presentation untuk Apple, Keynote 3.0. Ternganga tengok kehebatan effects dan transitions yang ada. Macamtu la professional. Itu yang buat aku tak sabar nak dapat Apple iMac ni. Aku dah cakap pada bos, kalau boleh dapatkan yang skrin bersaiz 24". Hah! Lagi besar dari TV rumah aku.
Entahlah, kadang-kadang aku rasa aku kritikal sangat dengan semua ini sampai aku takut orang kata aku berlagak. Suka nak tunjuk pandai, rasa diri hebat. Tapi kalau kita tak tunjuk semua tu, macamana mentaliti orang nak berubah? Bila aku buat slide-show guna flash tempohari, orang datang minta aku ajar. Yeah, right. Ingat senang? Cuma cakap suruh ajar. Sampai harini takde yang betul-betul datang minta tunjuk ajar. Bukan susah pun. Aku pun belajar sendiri. Kalau aku ada cert. ilmu komputer, takde aku kerja JPN dah. Ayah sentiasa bebel pada aku pasal tu; dia kata aku ni rugi, mahir komputer tapi takde sijil. Takde proof.
Betul juga. Tapi belum ada masa nak belajar dapatkan sijil. Sibuk. Sibuk dengan belajar dan kerja lain.
====
Semalam ada seseorang tanya, kenapa aku hargai dia. Aku tak pasti samada aku dapat berikan jawapan yang tepat untuk dia atau tidak. Tapi aku pasti jawapan begitu yang aku akan berikan walau seribu kali dia tanya. Sebab tak ada jawapan yang lain. Ada seribu jawapan ke untuk satu soalan? 2+2 tetap 4 juga kan? Cuma orang yang bercinta je yang ada berjuta-juta jawapan.
Macamana awak sayangkan saya? Macam pasir dan pantai, macam air dan tebing, macam belangkas, macam itu macam ini. Rasanya ramai orang bercinta ni memang tak tetap pendirian. Ada saja jawapan yang dirasakan menarik dan hebat untuk diluahkan kepada yang tersayang.
Aku rasa aku takde jawapan untuk persoalan sebegitu. Bukan tak reti nak bagi jawapan tapi tak tahu nak bagi jawapan yang paling tepat. Patut ke aku samakan perasaan dengan sesuatu?
Tapi aku ada satu rangkap poem dari cerita Patch Adams yang sungguh-sungguh menyentuh jiwa mengenai perasaan dan hatinya. Jadi selamanya aku bagi poem tu pada orang, bukanlah hasil kerja sendiri ye? Lebih kurang la. Lupa la pula. Esok-esok je aku tulis. :-p. Yang aku ingat..
When you close you eyes, I fall asleep.
Lepas tu Robin Williams menangis dipusara awek dia. Kesian. Eh, tengok la sendiri cerita tu.
The point is, kalau ada orang tanya persoalan sebegitu atau yang berkaitan dengan hati, maaf, aku tak dapat nak bagi jawapan yang sempurna yang seperti diharapkan. Mungkin aku dapat berikan gambaran saja. Tapi realitinya aku sendiri sukar hendak jelaskan.
Ditambah pula aku takut bila aku berikan sesuatu jawapan yang pasti, orang akan salah faham dan berfikir lain pula. Lagi susah. Maka malangnya bagi aku, setiap jawapan yang aku berikan, kebanyakkannya berada ditengah-tengah. Tiada kepastian yang nyata. Memang rugi jadi orang macam aku. Maka aku adalah orang yang sebenarnya tiada berpendirian. Sedang mereka yang bercinta dan mempunyai perasaan dan meluahkannya dengan penuh yakin dan lancar adalah orang yang benar-benar jujur perasaannya. Mungkin begitu?
Untuk dia tadi yang bertanyakan soalan, aku berikan jawapan yang senang diterimanya. Kerana dia juga sentiasa menghargai jadi adalah wajar bagi aku membalas penghargaan dia dengan apa cara yang aku fikirkan sesuai dan berbaloi. Selebihnya dari itu, sukar untuk diperkatakan. Biarkan saja.
====
Maka esok pagi buta aku kena cetak lebih 160 muka helaian draf untuk laporan tahunan. Malam ini aku perlu siapkan apa yang patut.
Tidur lambat lagi...
1 comment:
Akum, en ahmad, saya secara tak sengaja termasuk dalam laman en ahmad ni...sebenarnya tengah cari cara nak wat profil sebuah syarikat..ceritanya begini saya baru masuk kerja...lepas tu ada seorang member minta tolong sangat buat profil syarikat dia tapi saya sedang cari cara lain nak present selain power point boleh bantu tak...ain6624@yahoo.com.my
Post a Comment