18.8.07

Persona Atau Pesona?

Proton dah keluarkan model baru. Model baru ke? Tak juga. Mungkin sepatutnya Proton keluarkan Persona dulu, baru keluarkan Gen.2. Baru nampak sesuai. Tapi kalau Proton Persona keluar dahulu, kemudian baru Gen.2 keluar, aku rasa Proton akan bertambah teruk. Proton Persona ni jauh lebih bagus dan menarik dari Gen.2. Malah jauh lebih baik daripada Waja, mungkin. Aku terfikir nak beli. Tapi banyak perkara yang menyebabkan aku berfikir dua kali.

Kalau nak beli yang base-line, serupa macam beli tong sampah beroda. Tak ada apa yang menarik. Kalau nak beli medium-line, kena pula beli wing kecil belakang yang kosnya RM950. RM950 untuk sekeping plastik yang dilekatkan pada bonet belakang. Aku tanya salesman, takde option ke kalau tak nak? Dia cakap takde dan menambah plastik yang ditampal pada bonet belakang Proton Persona ini membantu kereta ini melekap pada permukaan jalan dengan lebih baik. Berapa laju yang aku nak bawa sehingga Proton Persona boleh terbang kalau tak guna sayap belakang tu?

Kemudiannya speaker. Kalau base-line, ada dua saja. Kalau medium dan high-line ada empat. Berapa harga dua buah speaker yang dikurangkan untuk Persona base-line tu? RM500 sebuah ke? Speaker je pun. Kalau letak empat dengan RMS yang lebih kurang dari medium dan high-line, apa salahnya. Takde la aku nak komplen sebab aku pasti orang akan pasang 3rd party punya nanti. Tapi still, aku bukan suka ubahsuai kereta.

Sport rim tak menarik perhatian aku jadi aku tak kisah kalau dia nak bagi rim besi untuk base line. Boleh tukar nanti. Nasib tak bling-bling macam Satria Neo.

Aku sebenarnya suka Proton Persona. Sedan, nice line dan nice stance. Tak terlalu pelik macam Honda City dan tidak terlalu gedik macam Vios. Aku tak peduli berapa laju ianya boleh pergi sebab aku takkan pandu laju sepanjang hari setiap masa. Aku tak peduli berapa besar bonet atau berapa senang nak letak barang dalam bonet sebab aku takkan penuhi bonet tu dengan durian atau pasir. Aku cuma mahu kereta yang 'reasonable'. Kalau aku nak jimat minyak, baik aku beli kereta elektrik, atau Honda Civic Hybrid atau basikal. Kalau aku nak laju, baik aku beli bugatti Veyron atau basikal. Kalau aku nak ruang yang luas, baik aku beli lori kontena atau basikal. Aku nak kereta yang biasa. Yang bila aku drive, rasa biasa.

Bila nak beli? Nantilah...

1 comment:

Mohd Asri said...

ari ni aku baru g tengok kereta pesona kat kedai kete. aku nak beli keta pesona base line pasal tak yah kuar deposit. aku nak beli kete aku punya suka la nak beli yang mane. aku nak beli tong sampah ke, basikal ke, kete sorong ke.

esok aku bwak slip gaji n segala dokumen,... pas ni boleh la aku balik terengganu naik pesona.

kita bisa memilih....

Post a Comment