11.9.07

Asal Dekat Ramadhan Mesti Ingat Nak Makan...

Aku teringat suatu masa dulu aku pernah makan fast food Carl's Jr. Siapa pernah dengar? Masa tu kalau tak salah aku ada dua cawangan di KL, di Lot 10 dan dekat Jalan Silang. Masa tu kira dah mahal sebab burger saja dah RM5 lebih. Tahun 1993 burger harga macamtu memang mahal. McD Big Mac pun baru RM3.60 kalau tak silap. Tapi aku pasti itulah burger paling sedap aku pernah makan. Sayangnya tak lama lepas tu Carl's Jr. tutup kedai.

Tahun 2007 aku jumpa papan iklan yang Carl's Jr. akan buka kembali di MidValley semasa aku jalan-jalan disana. Tak sabar nak rasa kembali burger bapak gajah mereka. Rupa-rupanya di 1 Utama dah lama buka. Lama ke baru aku tak pasti tapi yang pasti dah buka. Jadi bila aku jalan-jalan sana hujung minggu lepas, aku terserempak dengan iklannya. Aku tak peduli. Member aku nak bebel aku makan burger pagi-pagi, pedulikan. Aku tahu dia tak suka sangat dengan burger tambah-tambah burger yang dia tak pernah kenal dan dengar. Tapi aku kenal dan aku pernah rasa...

Jumpa saja aku terus terkedu. Banyak juga menunya dan aku dah lupa apa yang last aku makan. Harga pun boleh tahan. Satu set boleh cecah RM20 lebih untuk seorang. Tapi aku memang dah agak sebab burgernya memang besar. Okay mungkin tak sebesar Wendy's tapi still, 1/2 kali ganda lagi besar dari Big Mac. Aku order Charboiled Double Western Bacon Cheeseburger (aku tengok web sebab aku dah lupa apa yang aku order, tapi kira sama la). Aku order set large dan aku terkejut bila aku dapat cup besar sebesar cup paling besar di 7Eleven. Gila... Member order... err... Chicken Sanwish. Besar juga. Meja makan agak menarik sebab tepinya ada salt and pepper dan kotak tisu ala Amerika yang korang selalu nampak dalam Diner citer-citer omputeh tu. Aku tak sudah-sudah belek. Memang dari sana pun. Tiba je burger, masing-masing terpinga-pinga tengok betapa besar burger yang ada depan mata.

Ingatkan tak boleh nak habis, tapi habis juga. Burger sedap, rasa fresh. Roti lembut dan rasa macam baru masak. Tak kering macam burger biasa. Potato chips lebih sedap. Sos pula diberinya Heinz. Patut la harga mahal. Tapi amat-amat berbaloi. Member yang mulanya agak keberatan nak makan, puji makanannya yang sedap dan berbaloi. Aku terpaksa habiskan sedikit Sanwich dia.

Cuma, tak boleh la nak makan selalu. Mahal. Dan jauh. Jauh tu yang betulnya. Kalau dekat, boleh kata selalu juga aku akan pergi. Apa kelas McD... hehe. Cubalah. Korang pasti akan puas hati. Cuma jangan expect makan burger macam makan steak.

Aku tunggu White Castle pula. Agak-agaknya bila nak buka balik di Malaysia ni. Pernah dengar White Castle? Fast Food juga.

http://www.whitecastle.com/

Aku ingat dulu masa sekolah di Penang, burger White Castle paling murah siap dengan set cuma RM1.40. Murah tapi burger kecil empat segi yang kalau mulut cukup besar, sekali suap pun dah habis. Setahu aku memang semua burgernya bentuk empat segi. Takde la sedap mana. Cuma menarik kalau ada pilihan untuk kita makan. Aku bukan suka teramat suka nak makan fast food. Kita makan nasi hampir setiap hari, apa salahnya kita makan fast food ni sekali sekala. Sakit? Sekali sekala makan fast food lebih bahaya dari tiap-tiap hari makan nasi? Menarik juga teori tu.

Apa lagi yang aku nak makan? Erm... Roti Pisang + aiskrim di Teluk Bahang, Penang selepas pusing keliling Pulau dengan basikal... Ahhh.. Puas. Tapi aku dah gemuk. 100 meter kayuh basikal roda tiga pun mungkin dah kondem.

Apa lagi yang aku nak makan? Umai di Miri. Mula-mula, Yuck! Yuck! Yuck!... Kemudian, hmmm... sedap. Ikan/obor-obor mentah la brader. Bayangkan dalam kepala tu.

Apa lagi? Laksa mak aku buat. Cendol mamak di Lembah, Kuala Kangsar.

Apa kes ni??? Esok nak puasa kan? :P

2 comments:

renny said...

weh! i baca post ni first day puasa...gila lapar now! rasa nak buka puasa kat carl's jr. le pulak...btw cik idan, selamat berpuasa...jom bukak puasa together

SB said...

patut jadi pengkritik makanan / restoran awak ni Idan. Boleh terliur org dibuatnya dgn hanya membaca tulisan awak ni...

Post a Comment