Tadi berbual-bual dengan Asyikin di YMS. Sudah lama tidak berbuat begitu. Sibuk mungkin. Kemudian aku katakan padanya yang sudah lama aku tidak hadiahkan bunga ros kuning. Itu yang dia suka. Ros kuning. Kalau orang bagi ros warna lain padanya, mungkin dia terima. Tetapi tidak segembira menerima ros kuning.
Selesai berbual aku mencapai akhbar Kosmo! yang amat-amat jarang aku baca. Selak-selak kemudian terbaca perihal David Beckhman yang setiap hari tidak pernah miss (betul ke ni?) berikan bunga ros kuning kepada isterinya, Victoria.
Hmmm...
Ini teori aku. Maka bermula esok hari Asyikin bakal menerima kuntuman demi kuntuman ros kuning dari para peminat/pemujanya. Sudah pasti sekurang-kurangnya ada yang akan berbuat begitu. Mungkin juga di Malaysia ini akan kehabisan bunga ros kuning tidak lama lagi semata-mata orang ingin meniru keluarga Beckham. Ros kuning juga bakal naik harga nanti. Habis, macamana aku nak belikan untuk Asyikin?
Bodoh punya Kosmo!
31.10.07
28.10.07
Town Boy di Amerika
Kenapa hidup sekarang tidak boleh menjadi semudah "Kampung Boy" dan "Town Boy" oleh Lat? Kenapa hidup sekarang penuh dengan kekeliruan tanpa jalan penyelesaian, malah tanpa jalan keluar?
Pembaca di USA sedang sibuk memperkatakan mengenai "Town Boy" dan "Kampung Boy" oleh Lat. Malah salah seorang pengkritik disana telah menampilkan "Kampung Boy" sebagai komik terbaik untuk tahun 2006. Menarik bukan? Suasana hidup orang kampung yang digambarkan oleh Lat mendapat perhatian ramai di negara barat. Aku pernah lalui hidup cara begitu.
Kenapa manusia, secara khususnya orang Malaysia pelbagai bangsa sekarang terlalu mengikut cara hidup yang lain dari norma hidup mereka sendiri?

27.10.07
Hari Ini Bahagia
Apabila melihat senyuman seseorang, hati ini menjadi gembira. Walau senyuman itu cuma hanya untuk seketika, cukup. Aku tidak perlu lebih dari itu. Kerana sekurang-kurang dihari yang sebegini cerah langit dan awan, dia ingat pada aku yang sebegini pudar.
Maka apabila mengharapkan aku terserempak dengannya, aku sebenarnya bukan mengharap. Aku mahu lakukan dan aku lakukannya. Suatu kepuasan.
Ianya mungkin tidak membawa maksud apa-apa. Tidak akan kemana-mana. Namun, untuk hari ini yang indah, ianya cukup sempurna.
Aku tidak mahu memikirkan kemungkinan. Aku mahu hanya sebuah suasana yang damai dan aku milikinya sebentar tadi. Selepas dari itu, bahagia.
:-)

Open House Dahulu Dan Sekarang
Tadi pergi Open House rumah office mate. Ada nasi briyani, ada spageti dan ada kuih-muih. Seperti biasalah untuk sebuah Open House hari raya. Sebenarnya aku tak berapa faham konsep Open House. Adakah ianya bermaksud,
"Maka hari ini kami sekeluarga akan membuka pintu rumah kami untuk menerima tetamu dari pagi hingga petang atau mungkin malam dan anda boleh menikmati juadah hari raya sebanyak mungkin, duduk berbual-bual dengan kami atau mungkin bermain-main dengan anak-anak kami selama beberapa minit atau hingga anda fikir tuan rumah sudah berasa rimas dengan kehadiran anda untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Maka ini juga dimaklumkan bahawa hari-hari sebelum dan selepas dari hari ini, pintu rumah kami akan tertutup rapat dan kami tidak akan menerima kehadiran tetamu lagi. Sekian, terima kasih."
Begitu mungkin maksudnya open house?
Oh, seingat aku masa aku masih berhari raya suatu waktu dahulu, aku tidak pernah dengar Open House diadakan dikalangan orang-orang biasa. Cuma Pak-Pak Menteri dan orang yang perasan kaya saja yang buat. Itu pun disebabkan kalau mereka tidak buat, orang akan kata mereka pemimpin yang tidak bagus.
Masa aku tahu beraya dahulu juga, kami akan pergi berhari raya bila kami suka dan kemana saja kami suka tanpa menanda dalam kalendar handphone waktu-waktu yang sesuai untuk beraya kerumah seseorang. Dan tuan rumah dengan senang hati menerima tetamu tanpa mengira waktu, walaupun pada waktu itu mereka mungkin sedang mula hendak menyuap nasi makan tengahari. Malah rumah arwah datuk di kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak, pintu rumahnya pasti akan terbuka dari pagi hingga ke senja untuk menerima sesiapa saja yang datang sepanjang waktu hari raya. Walau yang datang itu kami seorang pun tidak mengenalinya, mereka akan tetap dijamu dan dilayan sebagai tetamu. Malah sesiapa saja yang melintas depan rumah pasti akan dipanggil masuk untuk beraya walaupun kami tidak kenal. Cuma ketika itu mamat-mamat Bangla dan Indon tidak seramai sekarang. Maka, kami pasti yang kami jemput itu orang melayu seperti kami juga.
Jadi apa sebenarnya maksud Open House masa kini?
Fikiran aku satu saja, untuk memudahkan kerja.

Kebodohan ASTRO
Para penterjemah di ASTRO tu samada faham bahasa Inggeris atau buat-buat tak faham. Mutu penterjemahan amat teruk sampai kadang-kadang aku boleh tergelak membaca hasil terjemahan suatu adegan walau adegan tersebut adalah adegan sedih.
"I got you" - dengan niat asal dalam cerita untuk memberitahu,
"Saya faham"
maka ASTRO dengan riang gembira menterjemahnya menjadi,
"Saya dapat awak"
Para penterjemah ASTRO, terjemah ni,
"I'm an idiot!"

26.10.07
Siapa Yang Membuahkan Perkauman Sebenarnya?
Sebenarnya aku tidak suka berpolitik. Kalau boleh aku mahu membenci politik. Namun tidak pula aku seorang anarki. Politik adalah ciptaan manusia untuk membeza-bezakan pendapat dan fahaman dan mewujudkan dogma dalam hidup mereka. Politik sebenarnya cuba mewujudkan pengaruh, dan cuba mempengaruhi.
Tidak kira apa jua fahaman; sosialis, demokrasi, kapitalis, fasict, liberal. Apa saja dan ianya mempunyai suatu niat yang antara sedar dan tidak, mempengaruhi corak hidup atau mungkin secara jelas fahaman itu dipengaruhi oleh corak hidup individu itu sendiri. Kenapa dan mengapa dia memilih fahaman tersebut adalah kerana faktor-faktor hidup yang dilaluinya. Tidak ada manusia yang mahu menyusahkan dirinya sendiri atau secara sedar menyusahkan diri sendiri. Manusia mahu senang. Susah payah yang dihadapinya jua adalah untuk mencapai kesenangan. Perit jerih hidupnya juga adalah untuk mencapai kesenangan. Ada ke manusia yang membina satu jalan yang akhir tujuannya untuk mencapai kesusahan dalam hidup? Kecuali orang itu mahu membunuh diri, mungkin. Tapi kalau difikirkan balik, bagi yang membunuh diri itu, kematian itu adalah 'kesenangan' hidupnya.
Maka politik dan apa jua faham dalam diri manusia adalah suatu cara atau tools untuk mencapai sesuatu dalam hidup mereka. Aku tidak bercakap mengenai fahaman agama. Itu cerita lain. Melalui dunia web ini aku dapati ramai orang Malaysia malah dari kaum Melayu sendiri yang berfahaman sosialis. Kalau suatu masa dahulu disekolah, fahaman ini disama ertikan dengan fahaman komunis. Ianya menuntut kesamaan hak dan kalau dalam bentuk yang jujur, lebih bersifat perkongsian komuniti untuk mencapai kesamaan hidup antara satu sama lain. Dalam situasi Malaysia, aku tidak nampak bagaimana ianya boleh berfungsi dengan baik. Ada sesetengah kaum yang memang terkenal dengan kaedah hidup amalan kapitalis mereka sejak azali. Untuk mengubah cara kehidupan sebegitu, amat-amatlah susah.
Pada suatu kaum yang lain, komuniti terbina atas dasar wujud satu ketua yang berkuasa dan mereka secara gigih mempertahan institusi ketua ini. Merujuk kepada Malaysia, ianya lebih bersifat partriach kerana mungkin terselit faktor agama. Bagaimana hendak mewujud kesamaan hak (walau secara teori, kaum ini lebih mudah menerima sosialisme kerana sifat-sifatnya) sedang kaum ini masih memartabatkan pemimpin agung? Mungkin sosialisme boleh wujud di Malaysia, tetapi aku yakin ianya takkan berjaya sebagai sebuah fahaman di Malaysia bukan kerana faktor kaum, tetapi sebab utama kegagalannya kerana resam asal fahaman ini yang dikaitkan dengan komunisme. Sedang di Malaysia ini komunisme itu dilihat sejak wujudnya dahulu sebagai sebuah pergerakan bersifat perkauman. Dalam otak orang-orang Malaysia ini, apa bila disebut komunis, hanya ada satu kaum sahaja yang terpampang diruang minda mereka.
Malah sejak dahulu pun manusia di Malaysia ni sebenarnya terpisah baik dari faktor geografi, kaum dan ideologi. Orang asli tinggal dihulu sungai, orang laut dan pendatang lain tinggal di pesisir pantai. Malah kalau difikirkan balik, semasa zaman Melaka, Bukit Cina yang diwujudkan adalah kerana bertindak untuk pengasingan bangsa. Malah pada zaman British lebih jelas pengasingan kaum yang wujud bukan saja secara umum, namun secara sekecil-kecilnya seperti jalan-jalan diwujudkan berkaitan dengan kaum yang mendudukinya.
Maka sekarang orang bising dengan kegagalan integrasi kaum di Malaysia sebagai suatu punca Malaysia masih gagal mencapai kecemerlangan baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Masing-masing cuba mengeluarkan teori dan cara masing-masing bagaimana ianya boleh dipulihkan atau diperbaiki. Aku mahu bertanya, apa yang hendak dibaiki dan apa yang hendak dipulihkan?
Dari mata aku, kaum-kaum di Malaysia ini tidak ada masalah untuk hidup bersama antara satu sama lain. Aku sebenarnya tidak faham apa jenis integrasi kaum yang cuba dicapai oleh orang-orang politik dan pemikir agung di Malaysia. Aku lihat pelbagai kaum di Malaysia boleh hidup dan berjalan ditempat yang sama, duduk didalam tempat yang sama, membeli-belah, tidur dan buat apa saja dalam tempat yang sama tanpa prejudis. Aku tidak ada prejudis untuk masuk kekedai milik orang bukan melayu. Aku tidak ada prejudis untuk berselisih dengan orang bukan melayu. Aku tidak punya prejudis untuk berbual dengan orang bukan melayu. Malah orang lain juga begitu. Sesiapa saja disekeliling kita bila kita lihat, mereka tidak punya prejudis dengan kaum bukan bangsa mereka. Yang mewujudkan prejudis ini adalah orang yang dari kalangan pemikir, ahli politik, pejuang sosialis dan para manusia yang mengaku mahu penyatuan kaum. Mereka yang sebenarnya mewujudkan kemelut perbezaan kaum dengan mengutarakan pendapat dan kritikan mereka terhadap corak hidup masyarakat di Malaysia.
Oh, mungkin mereka hanya melihatnya di bandar-bandar besar tempat mereka berdiri. Orang-orang kecil di pekan kecil dan kampung nampak lebih ikhlas dengan penyatuan bangsa.
Itu pendapat aku. Aku berkaca mata, maka mungkin aku kabur dengan keadaan sebenar.

24.10.07
Metroseksual Yang DiLanggar MetroBus
Semalam menghadiri majlis jamuan hari raya kementerian. Seperti biasa kementerian dalam kerajaan pasti akan mengadakan majlis jamuan hari raya dengan tujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama rakan sekerja dan orang ramai. Selalunya majlis ini akan diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan konvensyen yang besar. Makanannya pelbagai jenis dan sudah pasti tidak sedap. Katering, apa yang sedap?
Serentak dengan majlis itu juga, diadakan majlis perpisahan KSU. Maka majlis kali ini adalah edisi bumper dan sudah semestinya masa yang diambil pun akan jadi bumper juga. Artis yang dijemput, Anita Sarawak. Wahh... Berapa banyak sistem kecantikan yang dia guna untuk nampak sebegitu muda? Takkan la tak buat apa-apa. Takkan la natural. Sudah semestinya mesti ada Botulinum Toxin (BOTOX). Tak apalah, duit dia. Persembahan yang seperti diduga untuk seorang artis seperti dia, baik.
Kemudian bermulalah edisi sambutan perpisahan. Dimulakan dengan deklamasi puisi selama 7 hari 7 malam. Oh, sebelum itu, ada tayangan video snippet sambutan dan ucapan selamat hari raya dari semua, maksud aku SEMUA kakitangan kementerian tersebut. Ibu pejabat je la. Aku tak kisah kalau diorang nak buat video tersebut. Menarik. Tapi yang tak menariknya, 20 minit. Lawak bodoh. Paksa lawak dan adegan syok sendiri. Akhirnya pembuat video diperkenalkan. Patutlah. Aku sudah agak. Patutlah tak best.
Berbalik dengan puisi. Entah kenapa dan apa dosa aku kena dengar puisi yang paling tak best dalam dunia selama 20 minit? Kenapa? Kenapa perlu ada puisi yang mengampu orang yang sudah bersara? Buat puisi pasal ayam, aku terima. Buat puisi pasal rendang, ketupat, bahulu, serunding, baju raya, duit raya dan apa saja, aku terima. Tetapi puisi yang langsung tiada nilai estatika perlu aku dengar. Ianya dimulakan dengan gesekan biola. Amat sedap, tambah pula dengan lagu Jangan Tinggal Daku - P.Ramlee. Awal puisi memang menarik. aku cuba pejam mata untuk mendalaminya. Masuk baris ketiga, mata aku terbuka dan otak aku short circuit. Bodoh punya puisi! Kalau aku ada lastik, mahu saja aku lastik pemuisi dari meja aku.
Kemudian video lagi. Oh! Apa dosa aku! Inilah video rentetan sejarah hidup seorang pegawai yang paling bosan pernah aku tonton. Selepas 2 minit, aku cuba tidak menonton video tersebut. Sebaliknya aku cuba mengira berapa banyak kristal yang tergantung pada chandelier di bumbung dewan. Atau melihat telatah awek berbulu ayam (sebab dirambutnya diselit bulu-bulu ayam). Atau mencari makanan. Aku rasa asap kepanasan makanan lebih istimewa dari video yang sedang ditayangkan. Lebih aku tidak boleh terima, kenapa perlu guna lagu 'Goodbye My Lover' oleh James Blunt sebagai muzik latar tayangan video tersebut? Kenapa? Apa salah lagu tersebut hingga mereka sanggup menggunakannya dalam sebuah video perpisahan. Oh, aku nampak kenapa. Tapi still, tidak sesuai. Yang bersara itu bukan kekasih engkau.
Kejap... Aku fikir balik. Pembuat video tersebut pernah mengakui dia seorang metroseksual. Adakah dia juga seorang gay?
Aku berazam untuk tidak lagi menghadiri majlis hari raya atau apa jua majlis hari apa pun untuk kementerian ini. Cukuplah aku diseksa 3 jam malam semalam. Ada baik aku terbaring depan TV sambil menonton The Deadliest Catch. Sekurang-kurangnya aku akan teruja melihat ketam-ketam gergasi di perangkap dalam sangkar besi.
Untuk mamat metroseksual, engkau memalukan kaum metroseksual. Ah, engkau memalukan kaum! Cukup.

21.10.07
Mengenai Photoshop Brushes
Sekarang aku sudah jadi Photoshop Brushes fanatic. Perlu diingatkan bahawa aku adalah pengguna amatur maka kelibat aku terkinja-kinja kegembiraan temui brushes tidak perlu dihairankan. Ianya telah menyenangkan kerja aku dengan faktor 10 skala richter kerana selama ini aku terkial-kial mencari cara yang paling menarik untuk design sesuatu backdrop dan background agar kelihatan menarik dan boleh menyebabkan orang berkata
"Wow!"
walau cuma di dalam hati...
"Wow!"
walau cuma di dalam hati...
Mengenai Sunyi
Watak-watak sunyi dalam hidup ini sudah kembali. Sudah menari-nari depan mata mengajak aku bersama mereka menghadapi hidup yang suram. Aku tidak mahu memperdulikannya namun kerana orang disekeliling juga membisu diri, lalu turut serta membisu. Bukan kerana aku kecewa tetapi senang untuk aku berdiam diri dari menyibuk dengan hidup orang lain. Mungkin mereka juga rimas dengan suara dan sms aku kepada mereka. Maka, aku mahu diam sahaja. Harapnya mereka lebih bahagia begitu. Aku tidak bersedih pun. Kerana aku sudah terlalu letih untuk bersedih. Jadi aku biarkan saja.
Mengenai Hit Counter
Entah bila masa hit counter web ini sudah mencecah 9900 lebih. Ramai betul. Tapi mungkin juga sebab aku sudah guna hit counter yang sama sejak 2001 lagi. Lebih lama mungkin. Aku sudah lupa. Jadi selama itu kalau 9000 lebih orang yang datang berulang-alik mengunjungi web ini, kiranya sudah bagus kerana aku tidak menulis hal dunia. Aku cuma menulis hal aku.Mungkin aku perlu 70 tahun lagi untuk hit counter aku mencecah 90000 pula. Aku suruh anak cucu aku yang sambung nanti. :-)
Mengenai Blog
Ya, ianya telah menjadi komersial. frossonice.com pun sudah bermaksud komersial. Namun isinya tetap sama. Cuma aku perlu cari duit lebih untuk menyara diri sendiri. Jadi aku letakkan iklan-iklan dengan harapan ada yang 'terklik'. Satu klik aku cuma untung 0.05 sen. Tak sebanyak mana dan aku perlu ratusan klik untuk dapat duit. Hehe. Biarlah. Bukan harapan. Cuma mencuba.
18.10.07
Aku Tahu Macamana Raya
Sewaktu di kampung.
Hari ke-3 berhari raya di kampung. Tiada apa yang menarik sama seperti hari raya yang lalu. Mungkin aku sudah terlalu tua untuk menikmatinya. Mungkin ini masih kawasan bandar. Maka kurang budak-budak kecil yang datang berderetan dari rumah ke rumah untuk berhari raya atau yang lebih penting mengutip duit raya. Kalau di kampung, hari raya ke-3 ini adalah sama seperti hari raya pertama kerana pasti ada budak-budak atau orang yang datang berhari raya. Maka kuih raya mesti banyak dan sentiasa ada. Lemang dan ketupat mesti sentiasa ada. Sekurang-kurangnya cukup sehingga hari raya ke-7 atau budak-budak sudah kembali ke sekolah.
Aku pernah melalui fenomena berhari raya sebegitu semasa zaman budak-budak di Gerik. Sekitar hujung 70an dan 80an ianya perkara yang amat-amat biasa. Sekumpulan budak-budak berjalan kaki atau berbasikal akan singgah dari rumah kerumah untuk makan sebiji dua kuih dan kalau sedap akan tambah sekali lagi dengan harapan untuk dapat duit raya 10 sen atau kalau bernasib baik, 20 sen. Aku sebut ‘harapan’ kerana ianya cuma sebuah harapan. Kalau tak dapat, tidak apa. Rumah lain ada. Selalunya dapat dan pastinya tidak akan ada sarung kertas ala ‘ang pow’ yang cukup popular sekarang. Cukup dengan diletakkan terus duit ketapak tangan. Tidak perlu teka kerana sudah nampak jelas berapa tuan rumah akan beri.
Peliknya kalau pergi 20 rumah sekalipun, tidak akan terasa kenyang sesudah makan di setiap rumah tersebut. Mungkin kerana terlalu gembira berhari raya dan mengumpul duit raya, segala rasa kenyang itu hilang. Entah, mungkin. Pastinya setelah petang, kami akan berkumpul dan mengira hasil usaha kami. Kalau sehari dapat seringgit dua, kira sudah cukup. Cukup banyak buat masa itu yang 5 sen sudah dapat gula-gula 3 biji. Dalam seminggu berhari raya, mungkin kalau bernasib baik dapatlah duit raya dikumpul sebanyak 10 ringgit. Ah, banyak sungguh nilai RM10 itu.
Samada kami guna untuk duit sekolah yang pastinya boleh tahan 2 – 3 bulan, atau emak dan ayah suruh simpannya di dalam tabung atau di bank. Apa pun, duit syiling yang paling banyak dikutip. Duit ringgit kertas adalah suatu kemewahan kalau diterima. Kelibat budak-budak dengan poket berdeting-deting dengan duit syiling adalah perkara biasa. Sekali sekala kalau terjumpa kedai runcit, kami akan pergi untuk membeli air soda atau sarsaparila yang berharga 20 sen sebotol. Air soda orang kampung. Murah.
Baju raya. Cuma ada sepasang dua. Sepasang baju melayu kalau baju melayu lama sudah tidak muat atau lusuh. Sepasang baju t-shirt dan seluar slack. Kasut getah yang dibeli di kedai Bata atau pasar malam. Mungkin ianya tidak lebih RM20. Aku masih ingat sewaktu darjah 4, ayah belikan sepasang kasut sukan berjenama Patrick berharga RM35. Cukup mahal ketika itu. Baju t-shirt pastinya berkolar dan berbelang-belang seperti baju Arnold Palmer.

17.10.07
Mengenai "<" dan ">" lagi...
Mengenai '<' dan '>'. Aku belum habis bercerita.
Sebenarnya aku tak faham dengan <. Kenapa dan mengapa mereka perlu persoalkan apa saja tindakan orang lain? Mungkin mereka mahu memperjuangkan semangat dakwah mereka sehingga dalam dunia virtual ini pun boleh dijadikan tapak untuk mereka berdakwah. Cuma, melalui pandangan aku, mereka ini adalah pendakwah naif yang secara amnya mengambil petikan dari blog atau web lain untuk dijadikan intipati tulisan, kritikan, bantahan atau teguran mereka. Akhirnya yang benar atau yang salah jadi amat-amat kabur.
Disebabkan internet bersifat universal dan bergerak pada kelajuan cahaya atau gigabits per saat, informasi doktrin mereka itu mudah tersebar luas dalam sekelip mata. Maka > secara sekelip mata terpopular kerana penulisan rebelius mereka menongkah arus norma hidup melayu biasa (yang majoriti). Sementara > mentafsirkan diri mereka sebagai menjadi lain, keluar dari kekotak hidup dan cuba menjadi yang tidak biasa, < pula menambah cerita dan menegatifkan > secara membabi buta (kenapa babi jadi mangsa? - aku sebenarnya tak pernah tengok babi yang buta, babi kena virus nipah pernah la tengok).
Maka > terus diangkat sebagai 'wira' sekiranya boleh digunakan perkataan itu dikalangan penyokongnya kerana tulisan non-kompromi mereka terhadap golongan <, puak < pula semakin hebat membincangkan kepincangan hidup > (yang takde kena mengena dengan <) dan pengaruh gaya penulisan golongan > terhadap orang lain yang bukan < dan >. Maka orang seperti aku dan ramai lagi yang selalu dianggap oleh parti-parti politik sebagai pengundi atas pagar (walaupun aku tidak pun berada atas pagar, sebaliknya atas kerusi yang empuk) menjadi semakin asyik untuk membaca ulasan dan kritikan, hentaman dan teori-teori kelangsungan hidup masa kini. Ianya sesuatu yang menarik untuk dibaca tetapi tidak menarik untuk diketengahkan secara kritis.
Ada kalanya aku melihat ramai antara mereka ini yang sebenarnya hidup berlandaskan fahaman Will Hunting dalam cerita Good Will Hunting. Baca buku atau apa saja artikel sebanyak mungkin dan berdasarkan pembacaan itu mereka membuat teori dan andaian mengenai dunia sekeliling mereka. Dan berada dikalangan warga yang sekepala dengan mereka, prinsip dan teori yang terbincang oleh mereka pastinya berkisarkan pada dasar yang sama, pengaruh yang sama dan ideologi yang sama.
Maka siapa sebenarnya yang tidak keluar dari kekotak? Tanya diri sendiri.
Suatu masa dahulu, semasa kawan aku sakit (mungkin buatan orang, katanya), aku berkata yang aku akan balas dendam untuk dia. Namun dia tegah. Katanya kalau dia jumpa orangnya yang menyakiti dia, dia akan memohon maaf terhadap orang itu. Aku tanya kenapa perlu mohon maaf kepada orang yang sakitkan kita. Katanya, kalau kita tak sakiti orang itu dahulu, sudah tentu dia takkan sakiti kita balik. Secara teorinya mungkin betul keadaan sebegitu. Dan aku percaya apa saja tindakan kita, ada sebab dan ada akibatnya. Kenapa orang lain perlu persoalkan? Lainlah tindakan kita itu menyebabkan orang lain yang susah. Itupun pastinya bukan niat kita diawal perbuatkan kita secara sengaja.
Maka sudah pasti kalau golongan > hendak menulis tentang seks bebas, anarki dan arak, mereka menulis kerana mereka mahu menulis dan ianya di'benar'kan berbuat begitu akibat daripada orang-orang yang membenarkannya secara tidak langsung. Engkau takkan gigit tangan orang yang bagi engkau makan, begitu? Kecuali kalau kita mahu jadi seperti Burma atau Laos atau mana-mana tempat yang menyekaat kebebasan bersuara secara total, maka hormati walau sedikit kebebasan yang ada. Kalau tiba waktu ianya dirampas dari diri kamu, maka pada masa itu sajalah bergunanya fahaman doktrin anarki yang diperjuangkan oleh sesiapa saja. Tengok Braveheart. Dia mahu hidup seperti orang lain asal jangan ada orang kacau hidup dia. Tapi bila dia dikacau, baru dia memberontak. Memberontak sebelum dikacau adalah bodoh.
Puak < pula perlu faham situasi dan keadaan sekeliling dengan lebih mendalam sebelum membuat ulasan tanpa batas mengenai sesuatu perkara yang mereka cuma faham dipermukaannya saja. Bila orang lain kata pegang babi dan anjing tu salah, mereka pun menyalak macam anjing kata ianya salah. Oh, mereka lupa cerita anjing dalam gua bersama pengikut Allah suatu masa dahulu. Mungkin < kata, itu cuma cerita yang menunjukkan kebaikan dalam Islam. Itu saja ke? Jadi kenapa bagi contoh anjing? Kenapa tidak unta? Keldai? Tak susah nak fikir pasal halal haram. Itu masalah umat <. Malas berfikir. Malas untuk mengurai apa yang ada depan mata. Malas nak kaji dari semua sudut (golongan > tak kurang malasnya juga).
Jadi aku tanya sekali lagi, siapa sebenarnya yang tidak keluar dari kekotak lagi?
Untuk A.K.A.B, email aku: ahmadsharidan@gmail.com. Aku suka penulisan dia, cuma aku fikir dia terlalu 'Will Hunting' dalam penulisannya. Aku lebih senang terima penulisan INI, lebih jujur dari minda, pada pendapat aku.
Mahu aku sambung lagi?

10.10.07
Tutup Sementara
Ini tulisan terakhir sebelum aku tutup sementara blog ini. Aku sedang dalam proses berpindah ke domain baru,
www.frossonice.com
Maka setelah selesai perpindahan nanti, korang boleh terus saja taip alamat di atas untuk ke sini. Secara beransur-ansur nanti website ini akan menjadi sebuah website komersial yang antara lain akan menjual produk-produk seperti kraftangan tempatan bermula dari Kuala Kangsar seperti labu sayong dan songket tekad. Semua akan dijual secara online.
Blog tetap akan diteruskan seperti biasa melalui website ini. Tetap ada. Jangan risau. :-) Cuma aku rasa sekarang aku perlu bergerak. Tidak lagi boleh berdiri mati disini melihat orang lain pergi sedang aku masih cuma menyimpan angan-angan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.

8.10.07
"<" dan ">"
Seperti yang selalu aku sangka, dalam internet ini pasti akan ada seseorang yang mahu mengakui sesuatu itu adalah hasil usahanya, atau paling itu dialah yang mempengaruhi orang lain berbuat sedemikian. Contohnya seperti menulis blog dalam bahasa Malaysia, seperti yang diakui oleh orang INI. Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kelibat penulis melayu yang menulis blog dalam bahasa Melayu. Ribuan ahli Geng Jurnal sejak wujud sejak dahulu. Cuma mungkin, mereka adalah terdiri dari amatur yang menulis dalam gaya bahasa Melayu sekolah, bukan Melayu universiti berfikiran lampauan imaginasi.
Tidak ada apa yang hendak dibanggakan oleh sesiapa sahaja melainkan orang mereka yang sentiasa egois yang dari sudut mereka adalah betul, orang lain adalah bodoh. Maka, mereka yang berkata-kata dalam lingkungan dasar Islam (golongan <) itu adalah bodoh kerana memperjuangkan Islam dikalangan orang-orang peminum arak, penggemar seks bebas dan pemikir terhebat melayu alternatif masa kini (golongan >). Mereka (>) ini akan menghentam sesiapa saja yang cuba menyuntik Islam (<) dalam tulisan mereka (>) atau cuba menegur tingkah perbuatan mereka (>). Menurut (>), apa yang mereka lakukan adalah berdasar hak dan kehendak masing-masing maka tiada sesiapa pun dalam dunia ini berhak untuk menafikan, menghalang dan menegur mereka. Cuma peliknya, sejak kebangkitan Revolusi Sami Buddha Burma/Myanmar tempohari, mereka lebih memihak kepada golongan Sami Buddha. Kenapa ye?
Oh, mungkin (>) adalah golongan yang bencikan penindasan. Bencikan tekanan dan berbangga dengan kebebasan. Mungkin mereka boleh jelaskan dengan lebih terperinci keadaan mereka sekarang dalam suasana yang bagaimana, adakah cukup bebas? Perlukah apa-apa tindakan yang membolehkan mereka lebih bahagia? Perlukah dihapuskan golongan-golongan (<) kerana selagi mereka ada, golongan (>) tidak akan aman? Perlukah mereka (>) terus labelkan penentang mereka sebagai bodoh, berpemikiran tertutup, kolot dan segala yang sepatutnya untuk melambangkan keburukan seseorang?
Mungkin, aku rasa mungkin mereka (>) lupa, kebebasan yang mereka miliki sekarang itu adalah hasil kerana mereka (>) diberi ruang untuk dibuat begitu. Mereka (>) tidak dihalang. Tetapi paranoia mereka (>) yang menyebabkan orang lain yang menegur adalah penghalang segalanya. Maka setiap dari golongan (<) adalah penghalang mereka (>).
Bersambung...
* aku guna < dan > kerana A dan B serta 1 dan 2 sudah menjadi teramat cliche.

6.10.07
Aku dan Apple; 18 Tahun Lalu dan Kini
Ini dia. Inilah benda yang membuat aku meminati Apple sejak dahulu lagi. Sebuah komputer yang amat 'mudah' ianya seperti sebuah permainan. Ianya wujud dalam makmal komputer MRSM Balik Pulau dahulu dan hampir setiap pelajar pernah menggunakannya. Tidak perlu bersusah payah. Cuma hafal dan faham beberapa kod dalam bahasa pengaturcaraan Basic, cukup.
Ianya amat hebat. Ketika menteri-menteri pendidikan negara-negara Komanwel melawat maktab, aku ada situ untuk mengendalikan salah sebuah komputer tersebut yang telah disiapkan dengan sebuah perisian asas geografi. Aku mengendalikannya.
Aku cuma perlu masukkan disket liut 5.25 inci dan ON komputer. komputer terus membaca isi kandungan disket lantas memulakan program yang terdapat dalamnya. Cukup. 1 minit ianya selesai dan siap sedia. Monochrome saja warna yang terdapat di skrin komputer. Kawan dapat skrin warna. Tapi aku tidak peduli. Pastinya aku cukup senang hati dapat mempersembahkan kepada menteri-menteri tersebut apa yang telah aku belajar.
Hari ini dan ketika menulis ini, dengan sebuah iMac, tanpa slot disket, hard disk 250GB yang lebih separuh telah digunakan, skrin LCD penuh warna seluas 20 inci, sebuah keyboard dan mighty mouse putih. Ada iSight yang boleh aku guna untuk video conferencing dan photo capture sesuka hati. OSX 10.4.10 yang amat menakjubkan. Pelbagai perisian yang boleh aku hasilkan apa saja yang terlintas di fikiran.
Tetapi Apple 128K yang pertama dahulu tetap menarik perhatian. Ketika itu, ianya seperti sebuah mesin ajaib.
5.10.07
Mengenai Yus
Inilah satu-satunya foto aku bersama Yus, ex-girlfriend aku semasa di universiti dahulu. Selama 4 tahun aku belajar di sana, selama itu juga aku bercinta dengannya. Lepas habis belajar, tidak lama kemudian putus. Sebahagiannya salah aku dan selebihnya salah dia. Tetapi tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain.
Sebelum foto ini, dia tidak bertudung. Rambut lurus hitam dipotong layered gaya orang cina. Kalau sekali tengok pun macam orang cina juga. Masa awal dulu, tidak terlintas untuk aku bersama dia. Mungkin kerana memikirkan ianya masih awal belajar dan banyak perkara lain perlu aku lakukan. Malah mungkin, dia bukan dalam pandangan aku walaupun secara jujur, banyak-banyak perempuan dalam kelas, dia yang paling menarik.
Pada malam qiamulail untuk majlis apa pun aku dah lupa, kami sedang mendengar ceramah agama. Dalam masjid, aku duduk dibelakang dalam kelompok orang lelaki bersama seorang kawan. Manakala orang pempuan duduk tidak berapa jauh dibelakang kami. Sedang kusyuk (konon) mendengar ceramah, aku berpaling melihat suasana sekeliling. Mungkin aku bosan ketika itu. Pada waktu itu aku nampak Yus bertelekung. Manis. Lalu aku berbisik pada kawan aku,
"Yus tu kalau pakai tudung, lawa kan?"
"A ah. Boleh tahan juga" jawab kawan aku.
Esoknya semasa sebelum masuk bilik kuliah, aku dan kawan-kawan sedang berbual-bual di luar bilik kuliah. Kemudian Yus datang... Aku terpaku. Kalau ikutkan bukan aku seorang saja yang terpaku. Semua lelaki lain yang ada di situ pun terpaku. Maka semua memujinya. Ada yang bersinar-sinar mata, entah apa yang mereka nampak. Aku pun tidak semena-mena jadi sinikal.
"Yus, kalau dah pakai tudung, jangan buka balik. Nanati ada orang yang kutuk"
Duh! Ada patut aku sound macamtu pada dia sedang itulah hari pertama dia bertudung ke kuliah. Mungkin niat aku baik tapi salah timing/ayat. Dia cuma tersenyum. Tudung tu sedikit besar dan labuh dan pemakaiannya ada sedikit kurang sempurna. Masih baru.
Kelas batal. Maka ramai yang mula bergerak samada pulang ke kolej atau pergi sarapan pagi. Aku minta diri.
"Idan nak kemana?" Tiba-tiba Yus menyapa.
"Ke library, nak baca buku" Jawab aku. Geek? Taklah. Aku suka membaca. Peduli apa aku dengan korang yang suka termenung.
"Boleh Yus ikut?"
"Huh?" Aku terpinga-pinga. Apa tak faham apa yang sedang terjadi. "Boleh, kalau sudi." Jawapan yang amat ringkas. Mungkin hanya untuk kali ini, aku fikir.
Seterusnya hari demi hari begitu hingga akhirnya mengaku suka antara satu sama lain... Aku akan ceritakan kemudiaan.
Mungkin aku patut tulis novel.
Puasa Yang Dulu
Inilah suasana berbuka puasa di kampung bersama ayah, emak, adik beradik dan pakcik. Aku rasa ini gambar tahun 90an. Sudah lama. Aku pun tak pasti gambar ini diambil di rumah yang mana satu. Mungkin kuarters kerajaan sebelah stesen keretapi Kuala Kangsar.
Selalunya pasti ada cucuk udang yang emak sendiri buat dan juga kadang-kadang bubur. Semua orang dalam keluarga sudah ada tempat masing-masing untuk duduk dan makan. Ayah pasti di tengah mengadap TV. Emak pasti dipaling hujung berhampiran dengan air minuman. Aku pastinya di hujung lagi satu atau di mana saja ada ruang. Sebenarnya sejak aku berumur 14 tahun, aku amat jarang berada di rumah. Aku bersekolah jauh dan selepas SPM, terus aku sambung merantau bekerja di Kuala Lumpur. Jadi kalau sekali sekala balik, emak akan sediakan makanan yang lebih banyak. Biasanya ayah pada jam 5 petang akan keluar dengan motosikal bersama salah seorang adik aku atau berseorangan untuk ke pasar ramadan membeli kuih muih, lauk dan air. Selebihnya emak masak. Kalau adik perempuan aku balik, mereka akan tolong masak. Kalau adik lelaki aku si chef jadi rajin, dia akan masak masakan pelik.
Jarang sekali makan di meja makan. Selalunya di lantai kerana keluarga kami besar. Cuma waktu aku balik tempohari sempat makan di meja. Aku fikir lebih baik di meja kerana cuma ada 5 orang yang makan. Menyusahkan pula untuk makan di lantai kemudian makanan lebih perlu diangkat ke atas meja.
Aku akan balik beraya mulai 11hb ni, maka aku akan sempat berpuasa di kampung selama 2 hari. Ok tu. Kiranya secara total, aku berpuasa selama 5 hari di kampung untuk tahun ini. Itu sudah kira amat banyak. Gabungan 2 tahun puasa sebelum ini pun masih tak cukup 5 hari.
Kalau aku balik kampung untuk berpuasa, aku mesti ke pasar ramadan untuk membeli murtabak pakcik pendek (aku lupa gelarannya) dan laksa. Harapnya sempat aku buat nanti.
4.10.07
Untuk Lily
Ini Lily. Seorang kenalan lama yang suatu ketika dahulu cukup rapat dengan aku. Semasa dia belajar di USM dahulu, aku sering kesana, satunya untuk bertemu dia dan selebih dari itu, aku memang suka Pulau Pinang. Tempat aku sendiri belajar suatu masa dahulu. Aku dari Kuala Lumpur akan menaiki bas atau tren malam dan sampai di Butterworth awal pagi. Kemudian terus aku naik bas mini ke USM. Di sana nanti aku akan singgah di masjid USM untuk mandi. Kemudian bertemu Lily. Kami akan jalan-jalan sekitar Pulau Pinang. Sayangnya aku tak pernah bawa dia ke Balik Pulau, tempat aku belajar.
Sekarang dia sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Aku terkenangkan masa lalu di masa aku begitu senang dengannya. Banyak juga salah aku terhadap dia. Semenjak aku sibuk kerja di sini, aku amat-amat jarang menghubungi dia. Hingga ulang tahun hari lahirnya tempohari aku lupa.
Tak mengapalah, hilang di pandangan. Takkan hilang dalam kenangan.
1.10.07
Spageti Melayu
Semalam berbuka makan spageti berperisa cendawan pedas. Si Lea, member dekat rumah aku cakap kalau nak makan spageti, belikan daging, cendawan dan sos prego apa-apa perisa, spageti sudah ada. Jam 5 petang aku berjalan ke Jusco yang hanya 5 minit dari rumah. Ramai orang.
Cari daging cincang. Mulanya nak ambil daging kambing. Tak jadi. Kemudian tengok daging lembu. Kenapa beza harga besar sangat padahal lebih kurang sama saiz? Rupanya ada dua jenis. Satu daging tempatan dan satu daging Australia. Terfikir nak guna daging Aussie tapi fikir-fikir balik, takat nak letak pada spageti je. Tak payah la. Jadi aku ambil daging tempatan saja.
Kemudian cari cendawan. Susah juga cari cendawan butang. Tak pasti mana satu yang halal. Hatta cendawan butang cap Ayam pun halalnya diragui. Jadi aku settle dengan satu cap yang kurang glamer tapi halalnya dari JAKIM. Mungkin benar. Cari sos spageti segera. Prego la jawabnya. Terpinga-pinga aku lihat pelbagai perisa yang terhidang depan mata. Mana satu nak pilih? Ada carbonara, ada cheese, ada original, ada cendawan pedas, ada filiphino style dan macam-macam lagi. Belek-belek, fikir... Cendawan pedas sajalah sedang dalam hati kalau sos tu penuh dengan tomato, mana nak rasa pedasnya? Tunggu untuk bayar saja dah ambil 10 minit. Kaunter sampai 20 tapi yang buka 5. Tapi orang masih komplen kaunter kerajaan yang lembab. Pelik manusia ni. Cashier kaunter Jusco tu siap bising sebab ada orang mintak plastik lebih nak masukkan pek beras. Hmm..
Balik terus ke rumah Lea.
Sampai saja depan rumah dia, aku hulurkan barang yang diperlukan untuk buat spageti kemudian mahu terus beredar sehingga dia selesai masak. Tapi dia suruh tunggu. Katanya kejap saja. Rupanya spageti sudah siap direbus. Cuma tinggal sos saja yang belum siap. Lalu aku berdiri tepi dapur tengok macamana dia buat sos spageti.
Masukkan minyak masak sedikit dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih. Kalau dah melayu tu, tak boleh nak lepas dengan dua bahan ni. Tak perlu pun sebenarnya. Masukkan daging cincang dan biarkan masak seketika. Tuang sos spageti segera dan kacau sehingga agak pekat. Tapi si Lea ada letak air sikit. Nak kurangkan masam agaknya. Masukkan garam (aku cakap tak payah). Tunggu la sampai kuah jadi pekat. Siap. Kejap je rupanya. Kenapa masa Amron buat dulu lama gila baru nak siap? Mungkin takde sos spageti segera kot.
Jadi lepas ni aku boleh la buat sendiri spageti ye? Barang memasak pun sudah dibeli. Maka untuk kesekian kalinya tahun ini aku berbuka puasa dengan spageti depan TV di rumah.
====
Pagi tadi datang kerja dengan Lea. Hari-hari pun macamtu. Office mate jadi baik kongsi kereta saja. Jimat kos. Dalam perjalanan aku tegur kain yang dipakainya seperti kain Jepun. Terus aku terfikir. Mudah juga jadi orang perempuan bekerja ni. Pakai apa saja pun takpe. Kalau pakai kain batik sarong ikat di pinggang pun orang takkan komplen sebab sekarang ni apa saja sudah kira fesyen. Tambah kalau dikenakan pula baju kebaya. Orang lelaki tak boleh pergi kerja pakai kain pelikat. Malah sekarang di pejabat, Timbalan bos cakap kalau nak pakai seluar, pakai seluar slack kerja betul. Dockers, Khaki atau apa saja yang berkain jenis denim/cotton keras tidak dibenarkan.
Pakai kasut kerja. Jangan pakai sandal. Habis orang perempuan pakai sandal biasa tak bertutup depan tu boleh je pergi kerja. Kenapa orang lelaki nak pakai sandal kulit hampir bertutup penuh depan tak boleh? Tak segak agaknya. Rambut panjang pun tak boleh walaupun tiada dalam peraturan mengatakan ianya tak boleh. Haa... Jubah Arab pun tak boleh kalau ikutkan. Mungkin takut dengan gejala al-Arqam.
Orang melayu dulu-dulu pakai kot dengan t-shirt pagoda, kain pelikat berikat tali pinggang haji kemudian kasut kulit hitam atau kadang-kadang hitam putih boleh saja diterima orang. Kenapa sekarang kalau orang buat mereka akan digelar pelik dan gila? Agaknya apa la orang fikir kalau kita datang kerja berbaju melayu, bersamping, keris terselih di pinggang dan bertengkolok?
"Nak kahwin agaknya." Ini yang pasti keluar.
"Gila agaknya." Ini yang amat-amat mungkin.
Cuma bagus juga setiap Jumaat staf lelaki boleh berpakaian kebangsaan (berbaju melayu). Sekurang-kurangnya masih ada budaya melayu yang terpelihara. Tapi tak boleh ke pakai hari-hari?