1.10.07

Spageti Melayu

Semalam berbuka makan spageti berperisa cendawan pedas. Si Lea, member dekat rumah aku cakap kalau nak makan spageti, belikan daging, cendawan dan sos prego apa-apa perisa, spageti sudah ada. Jam 5 petang aku berjalan ke Jusco yang hanya 5 minit dari rumah. Ramai orang.

Cari daging cincang. Mulanya nak ambil daging kambing. Tak jadi. Kemudian tengok daging lembu. Kenapa beza harga besar sangat padahal lebih kurang sama saiz? Rupanya ada dua jenis. Satu daging tempatan dan satu daging Australia. Terfikir nak guna daging Aussie tapi fikir-fikir balik, takat nak letak pada spageti je. Tak payah la. Jadi aku ambil daging tempatan saja.

Kemudian cari cendawan. Susah juga cari cendawan butang. Tak pasti mana satu yang halal. Hatta cendawan butang cap Ayam pun halalnya diragui. Jadi aku settle dengan satu cap yang kurang glamer tapi halalnya dari JAKIM. Mungkin benar. Cari sos spageti segera. Prego la jawabnya. Terpinga-pinga aku lihat pelbagai perisa yang terhidang depan mata. Mana satu nak pilih? Ada carbonara, ada cheese, ada original, ada cendawan pedas, ada filiphino style dan macam-macam lagi. Belek-belek, fikir... Cendawan pedas sajalah sedang dalam hati kalau sos tu penuh dengan tomato, mana nak rasa pedasnya? Tunggu untuk bayar saja dah ambil 10 minit. Kaunter sampai 20 tapi yang buka 5. Tapi orang masih komplen kaunter kerajaan yang lembab. Pelik manusia ni. Cashier kaunter Jusco tu siap bising sebab ada orang mintak plastik lebih nak masukkan pek beras. Hmm..

Balik terus ke rumah Lea.

Sampai saja depan rumah dia, aku hulurkan barang yang diperlukan untuk buat spageti kemudian mahu terus beredar sehingga dia selesai masak. Tapi dia suruh tunggu. Katanya kejap saja. Rupanya spageti sudah siap direbus. Cuma tinggal sos saja yang belum siap. Lalu aku berdiri tepi dapur tengok macamana dia buat sos spageti.

Masukkan minyak masak sedikit dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih. Kalau dah melayu tu, tak boleh nak lepas dengan dua bahan ni. Tak perlu pun sebenarnya. Masukkan daging cincang dan biarkan masak seketika. Tuang sos spageti segera dan kacau sehingga agak pekat. Tapi si Lea ada letak air sikit. Nak kurangkan masam agaknya. Masukkan garam (aku cakap tak payah). Tunggu la sampai kuah jadi pekat. Siap. Kejap je rupanya. Kenapa masa Amron buat dulu lama gila baru nak siap? Mungkin takde sos spageti segera kot.

Jadi lepas ni aku boleh la buat sendiri spageti ye? Barang memasak pun sudah dibeli. Maka untuk kesekian kalinya tahun ini aku berbuka puasa dengan spageti depan TV di rumah.

====

Pagi tadi datang kerja dengan Lea. Hari-hari pun macamtu. Office mate jadi baik kongsi kereta saja. Jimat kos. Dalam perjalanan aku tegur kain yang dipakainya seperti kain Jepun. Terus aku terfikir. Mudah juga jadi orang perempuan bekerja ni. Pakai apa saja pun takpe. Kalau pakai kain batik sarong ikat di pinggang pun orang takkan komplen sebab sekarang ni apa saja sudah kira fesyen. Tambah kalau dikenakan pula baju kebaya. Orang lelaki tak boleh pergi kerja pakai kain pelikat. Malah sekarang di pejabat, Timbalan bos cakap kalau nak pakai seluar, pakai seluar slack kerja betul. Dockers, Khaki atau apa saja yang berkain jenis denim/cotton keras tidak dibenarkan.

Pakai kasut kerja. Jangan pakai sandal. Habis orang perempuan pakai sandal biasa tak bertutup depan tu boleh je pergi kerja. Kenapa orang lelaki nak pakai sandal kulit hampir bertutup penuh depan tak boleh? Tak segak agaknya. Rambut panjang pun tak boleh walaupun tiada dalam peraturan mengatakan ianya tak boleh. Haa... Jubah Arab pun tak boleh kalau ikutkan. Mungkin takut dengan gejala al-Arqam.

Orang melayu dulu-dulu pakai kot dengan t-shirt pagoda, kain pelikat berikat tali pinggang haji kemudian kasut kulit hitam atau kadang-kadang hitam putih boleh saja diterima orang. Kenapa sekarang kalau orang buat mereka akan digelar pelik dan gila? Agaknya apa la orang fikir kalau kita datang kerja berbaju melayu, bersamping, keris terselih di pinggang dan bertengkolok?

"Nak kahwin agaknya." Ini yang pasti keluar.
"Gila agaknya." Ini yang amat-amat mungkin.

Cuma bagus juga setiap Jumaat staf lelaki boleh berpakaian kebangsaan (berbaju melayu). Sekurang-kurangnya masih ada budaya melayu yang terpelihara. Tapi tak boleh ke pakai hari-hari?

No comments:

Post a Comment