Nasi Putih, Ikan Sardin
Dulu semasa tinggal sementara di kampung (aku sudah lupa bila sebenarnya), kalau balik ke rumah, biasanya lauk sudah habis dan yang tinggal cuma nasi. Aku akan cari telur lalu digoreng. Makan dengan nasi dan kicap. Duduk seorang diri di dapur sambil membayangkan aku sedang makan set makanan paling hebat di dunia. Tidak lupa, segelas air sejuk. Kalau aku terlebih rajin, aku akan goreng kentang (ubi kentang yang dipotong-potong seperti kentang goreng KFC) atau aku goreng ikan bilis. Itu sudah cukup untuk aku.
Satu tabiat aku yang biasa apabila makan adalah, aku akan makan makanan yang sama berulang-ulang kali (boleh kata setiap hari) sehingga bosan. Apabila sudah bosan, baru aku cari makanan lain. Jadi entah berapa kali lagi aku akan makan nasi putih berlauk sardin ini. Pasti beberapa kali lagi. Aku masih belum jemu.
Teh O Ais Limau
Tidak kira dalam apa jua variasi, ianya sedang menjadi minuman kegemaran aku. Malah kelmarin aku beli sebotol besar teh O ais limau jenama Lipton. Tetapi aku tidak pula minum teh O ais limau di restoran makanan Melayu. Entah, aku tidak pasti kenapa.
Tombol Kunci Pintu
Terkial-kial aku memasang tombol kunci pintu bilik yang baru setelah tombol kunci lama rosak kelmarin. Sebenarnya, itulah kali pertama aku memasang tombol kunci pintu. Jadi, aku dapat ilmu baru. Kalau tadi aku mengambil masa lebih setengah jam untuk siap, mungkin selepas ini lebih cepat.
Seperti apa jua hasil kerja aku, aku pasti akan membelek beberapa kali. Mencari kepuasan, mungkin. Malah laptop yang aku guna ini juga tidak terlepas dari dibelek. Setiap sudut dan penjuru aku teliti. Bukan mencari kerosakan, tetapi lebih bersifat melihat hasil kerja (rekabentuk produk).
Begitu juga dengan tombol kunci pintu tadi. Aku perhati lama dan mencuba beberapa kali. Aku dengar bunyinya, respon apabila kita memulas tombol. Aku perhatikan pergerakannya. Bukan cerewet, tetapi lebih bersifat "teliti". Tidak, tidak semua kerja aku teliti. Ada yang bersepah.
Teliti
Akibat dari ketelitian aku ini juga, ramai yang mungkin salah faham dengan aku. Terutama perempuan, rasanyalah. Aku apabila memandang sesuatu, aku akan pandang dengan sepenuhnya. Melihat dari semua sudut (kalau boleh). Contohnya telefon bimbit baru aku. Setiap liku dan keadaannya aku teliti. Lihat dengan sepenuhnya.
Berapa ramai antara kamu buat perkara yang sama?
3 comments:
Berapa ramai?..hm mungkin tak ramai
saya salah seorg drp nya.. ttp kadangkala rasa x best jgk.. sbb rasa terbelenggu oleh sikap sendiri.. cuba utk berubah.. tp rasa tak boleh. mesti nak teliti jgk..
Sardin rampai ubi kentang? Hmm boleh cuba ni. Selama ni sardin rampai bawang besar dengan cili aje.
Post a Comment