Rupa-rupanya, hal Tanpa Nama lebih menarik perhatian dan menerima banyak komen. Terima kasih. Aku tidak tahu berapa ramai Tanpa Nama yang terlibat dalam komen ini kerana aku tidak pantau. Aku cuma dapat mengagak dari Tanpa Nama yang mana satu komen-komen tersebut datang. Itu saja.
Suatu ketika dahulu, identiti Tanpa Nama yang digunakan untuk menulis komen begitu mengjengkelkan aku. Agak rimas kerana dengan keadaan aku yang sentiasa ingin tahu, aku tidak tahu mengenai identiti Tanpa Nama. Bukan aku tidak boleh mencari, cuma usahanya tidak mudah. Aku juga tidak set blog ini agar cuma menerima komen yang bernama saja.
Aku fikir, kalau orang tidak bersedia untuk diketahui siapa dirinya, tidak perlulah aku paksa. Jadi aku biarkan saja. Aku juga amat-amat jarang memadam komen dari pembaca melainkan komen tersebut amat-amat memalukan atau menimbulkan aib.
Cuma ini yang hendak aku tulis buat masa ini. Aku akan sambung kemudian. Agak kelakar bila terjemahan kepada Anon. adalah Tanpa Nama. Heh.
No comments:
Post a Comment