12.10.08

Hari Ini

Tengahari tadi aku ke majlis perkahwinan Asyikin, muse aku. Sempat aku mengambil gambar beliau di dalam bilik. Mungkin antara beberapa orang yang dibenarkan untuk berbuat begitu kerana keluarganya memang mengenali aku sejak sekian lama.

Nanti aku akan upload gambar beliau.

Aku berada di majlis tersebut buat sementara waktu sahaja. Aku ada temu janji di kedai tinted cermin kereta untuk tint cermin depan kereta aku yang pecah tempohari. Sampai di situ, niat mulanya untuk tint cermin depan sahaja berakhir dengan aku tint ke semua cermin. Tint lama sudah calar dan rasanya dari kualiti yang jauh lebih rendah. Tint baru ini terasa lebih sejuk dan gelap.

Semasa di kedai tint, aku bertemu kembali dengan seorang perempuan cina yang aku temui semalam semasa menukar cermin kereta. Jadi kami berbual-bual sambil menunggu kereta masing-masing siap di buat tint.

Terdetik di benak hati ini, rakyat Malaysia ini sebenarnya peramah antara satu sama lain. Kita boleh beramah mesra dengan sesiapa pun tanpa mengira kaum dan agama. Punca yang selalu menimbulkan masalah perkauman ini bagi aku adalah media dan ahli-ahli politik. Media menghujahkan kononnya rakyat Malaysia tidak bersatu padu, perkauman menebal dan antara kaum tidak mempercayai antara satu sama lain. Begitu juga dengan ahli politik. Mereka mempergunakan perkauman sebagai aspek membeli kuasa politik.

Perbualan aku dengan perempuan cina beranak satu tadi dan semalam langsung tidak membicarakan hal-hal perkauman. Apa yang dibicarakan adalah anaknya yang lasak dan hyper-active, masalah kos minyak yang meningkat dan juga masalah capaian internet.

Rakyat Malaysia lebih terbuka berbanding dulu, itu pasti. Cuma yang suka mengongkong pemikiran rakyat Malaysia adalah media dan ahli politik.

1 comment:

kaplabot said...

lepas nie kuar jalan2 boleh laa naik keta yang baru tinted cermin...

Post a Comment